Portal:Hal semasa di ASEAN/2011
Penampilan
2011
[sunting sumber]- 17 Disember - Ribut Tropika Washi melanda Filipina, menyebabkan lebih 950 kematian.
- 26 November - Jambatan gantung Kutai Kartanegara di Kota Samarinda, Kalimantan Timur runtuh, mengorbankan lebih 20 orang.
- 22 November - Sukan Asia Tenggara ke-26 berakhir dengan tuan rumah Indonesia mendapat pingat terbanyak.
- 21 November - Pasukan Malaysia B-23 berjaya mempertahankan pingat emas dalam pertandingan bola sepak Sukan SEA ke-26.
- 16 November - 13 rakyat Malaysia dan Filipina ditahan di bawah ISA, kerana dikatakan merancang membunuh seorang ADUN Sabah.
- 11 November - Sukan Asia Tenggara ke-26 dibuka secara rasmi (gambar) di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia.
- 31 Oktober - Mahkamah Rayuan Malaysia mendapati AUKU bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
- 13 Oktober - Banjir berterusan di Thailand mengorbankan sekurang-kurangnya 283 orang.
- 2 Oktober - Taufan Nalgae melanda Filipina beberapa hari selepas kawasan yang sama dilanda Taufan Nesat.
- 30 September - Loji penapisan minyak Shell di Pulau Bukom, Singapura terbakar.
- 29 September - Taufan Nesat mengorbankan sekurang-kurangnya 82 orang di Filipina dan Republik Rakyat China.
- 15 September - Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia) bakal dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baharu.
- 12 September - Kapal tangki minyak Indonesia MT Cendanawati karam selepas berlanggar kapal MT Cosmic berhampiran Pulau Tioman.
- 2 September - Wartawan Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor maut akibat tembakan peluru sesat semasa membuat liputan misi kemanusiaan Malaysia di Mogadishu, Somalia.
- 1 September - Singapura memulangkan kembali empat kemudahan utama perbekalan air kepada kerajaan negeri Johor yang tamat kontrak.
- 27 Ogos - Tony Tan Keng Yam menang tipis dalam pilihan raya untuk menjadi Presiden Singapura.
- 26 Julai - Truong Tan Sang menjadi Presiden Vietnam manakala Nguyen Tan Dung kekal sebagai Perdana Menteri.
- 15 Julai - Gunung Lokon di Sulawesi Utara, Indonesia, meletus.
- 15 Julai - Ansonia latidisca, sejenis spesies kodok yang hilang sejak 1924, ditemui semula di Sarawak dan diambil gambarnya buat pertama kali.
- 10 Julai - Kejohanan Bola Jaring Sedunia di SIngapura berakhir dengan Australia menewaskan New Zealand untuk kejuaraan ke-10nya.
- 9 Julai - Polis menahan lebih 1,600 orang kerana terlibat dalam Perhimpunan Bersih 2011 di Kuala Lumpur.
- 7 Julai - Seorang lelaki menjadikan sekumpulan murid tadika dan guru mereka di Johor sebagai tebusan, namun mati ditembak polis.
- 6 Julai - Kelantan FA muncul juara Liga Super Malaysia 2011.
- 3 Julai - Dalam pilihan raya umum Thai, Parti Pheu Thai pimpinan Yingluck Shinawatra mendapat kemenangan besar menewaskan Parti Demokrat pimpinan PM Abhisit Vejjajiva.
![Lee Hsien Loong](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/ef/Lee_Hsien_Loong_-_20101112.jpg/67px-Lee_Hsien_Loong_-_20101112.jpg)
- 24 Jun - Datuk T mengaku bersalah menayangkan video lucah lalu didenda RM5,500 dalam kes video seks Anwar Ibrahim.
- 23 Jun - AirAsia membuat pesanan tunggal terbesar dalam sejarah penerbangan komersil, membeli 200 pesawat Airbus A320neo.
- 21 Mei - Tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor menimbus sebuah rumah anak yatim, menyebabkan 16 penghuninya maut dan sembilan lagi cedera.
- 20 Mei - Spesies baharu kulat Spongiforma squarepantsii dilaporkan ditemui di Taman Negara Bukit Lambir, Sarawak.
- 8 Mei - Dalam pilihan raya umum Singapura, Parti Tindakan Rakyat pimpinan Lee Hsien Loong (gambar) kembali berkuasa, manakala pembangkang memenangi Kawasan Perwakilan Berkumpulan pertama mereka.
- 16 April - Barisan Nasional mengekalkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya DUN Sarawak 2011, namun dengan margin lebih rendah.
- 24 Mac - Gempa bumi bermagnitud 6.8 melanda timur laut Myanmar, mengorbankan lebih 100 orang.
- 4 Februari - Perdana Menteri Myanmar Thein Sein dinamakan sebagai Presiden, ekoran pilihan raya umum 2010.
- 1 Februari - Tour de Langkawi 2011 berlangsung.
- 28 Januari - Orang utan Sumatera menjadi spesis hominid ketiga yang genomnya diturutkan selepas manusia dan cimpanzi.
- 27 Januari - Novel Interlok kekal sebagai buku teks komponen sastera Tingkatan Lima, tetapi dengan beberapa pindaan.