Pergi ke kandungan

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Persetiaan Inggeris-Belanda 1824)

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, juga dikenali sebagai (salah satu) Persetiaan London, ialah suatu perjanjian antara United Kingdom dan Kemaharajaan Bersatu Belanda di London pada 17 Mac 1824. Perjanjian ini dibuat bagi menyelesaikan pertikaian yang muncul selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1814.Union Jack mesti dinaikkan

Syarat-syarat perjanjian

[sunting | sunting sumber]

Antara syarat penting isi perjanjian ini ialah:-

  • Belanda mengiktiraf kedudukan inggeris di Singapura.[1]
  • Belanda akan menyerahkan Melaka kepada pihak British dan sebagai balasannya, pihak British pula akan memberikan Bangkahulu kepada pihak Belanda.
  • Penghapusan lanun di kawasan Kepulauan Melayu ialah tanggungjawab kedua-dua belah pihak (British & Belanda).
  • Belanda tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu.
  • Pihak British pula tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal mana-mana kerajaan di selatan Singapura, yang berada di bawah pengaruh pihak Belanda dan juga di Sumatera.

Kesan Perjanjian Inggeris Belanda

  • Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan Pengaruh Belanda.
  • Perpecahan Empayar Johor-Riau. Empayar Johor berakhir apabila Singapura, Pahang dan Tanah Besar Johor jatuh ke tangan British dan Kepulauan Riau di bawah pengaruh Belanda.
  • Persaingan kuasa antara Belanda dengan British semakin sengit.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]