Mind Your Language
Mind Your Language | |
---|---|
Format | Komedi |
Pencipta | Vince Powell |
Dibintangi oleh | Barry Evans Albert Moses George Camiller Kevork Malikyan Zara Nutley Robert Lee Dino Shafeek Pik-Sen Lim Tommy Godfrey Iris Sadler Françoise Pascal Ricardo Montez Jacki Harding Jamila Massey Anna Bergman Gabor Vernon Jenny Lee-Wright Marie-Elise Grepne Raj Patel Vincent Wong Sue Bond Harry Littlewood |
Negara asal | United Kingdom |
Bilangan episod | 42 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Stuart Allen Albert Moses |
Tempoh siaran | 30 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | ITV |
Siaran asal | 30 Disember 1977 – 15 Disember 1979 dan 1986 |
Mind Your Language adalah suatu siri televisyen komedi British yang terdahulunya disiarkan di ITV di antara 1977 dan 1979. Dikeluarkan oleh LWT dan diarah oleh Stuart Allen, ia terletak di sebuah sekolah untuk para pelajar dewasa di London, berfokus pada kelas Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing oleh En. Jeremy Brown, dilakon oleh Barry Evans, yang harus menguruskan sekumpulan orang asing yang pelbagai ragam. Suatu versi baru sketsa ini dengan sesetengah pelakon asalnya disiarkan pada 1986.
Premis
[sunting | sunting sumber]Siri ini memberi tumpuan kepada pelajar dewasa dalam kelas bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing di sebuah sekolah London. Kelas-kelasnya diadakan pada awal petang, dan diajar oleh Encik Brown, walaupun adakalanya individu lain mengambil alih kelas tersebut jika dia tidak hadir. Kelas tersebut terdiri daripada warga asing dengan pelbagai peringkat penguasaan bahasa Inggeris. Jenaka persembahan berasal dari pelajar salah faham mengenai perkataan atau istilah Inggeris, dan memainkan stereotaip budaya negara individu asal mereka.
Musim Pertama berlaku lebih sepenggal penuh di sekolah, bermula dengan Encik Brown diupah oleh Guru Besar Cik Courtney, dan berakhir dengan pelajar menduduki peperiksaan Sijil Rendah Cambridge mereka. Musim Kedua bermula pada permulaan tahun persekolahan yang seterusnya, dengan semua kesepuluh pelajar tahun sebelumnya kembali selepas gagal dalam peperiksaan, dan dua pelajar baru menyertai mereka, ,menjumlahkan semuanya dua belas orang. Musim Pertama dan Dua khususnya berlaku dalam bilik darjah, tetapi musim kemudiannya mempunyai babak di luar sekolah.
Baru-baru ini rancangan itu telah dikritik kerana perkauman tanpa fantasi dan kekurangan ketepatan politik, tetapi ketika ditayangkan, rancangan tersebut popular kerana berseloroh tentang kepelbagaian budaya.
Pengeluaran
[sunting | sunting sumber]Rancangan tersebut dibatalkan pada tahun 1979 oleh Michael Grade, Timbalan Kawalan Hiburan LWT, yang menganggap rancangan itu berbentuk serangan stereotaip. Walau bagaimanapun siri ini telah dijual ke negara-negara lain, termasuk Pakistan, Australia, New Zealand, Sri Lanka, India, Malaysia dan Singapura. Ia juga merupakan salah satu program TV British pertama yang ditayangkan di Afrika Selatan selepas berakhirnya boikot oleh Equity. Ia telah bangkit sebentar untuk pasaran eksport oleh pengeluar bebas pada pertengahan 1980. Beberapa syarikat ITV tidak menunjukkan satu episod yang dibuat dalam 1986. Hanya Granada menayangkan 13 episod akhir berturut-turut sebagai suatu siri lengkap. Siri 1986 pula telah difilemkan di Uxbridge Technical College, Middlesex.
Pelbagai rancangan televisyen antarabangsa berdasarkan premis Mind Your Language telah mengikuti siri asal. Antaranya ialah What a Country! (US), Zaban Sambhal Ke (India), Zaban Sambhal Kai (Pakistan) dan Second Chance! (Nigeria).
Episod
[sunting | sunting sumber]Musim 1
[sunting | sunting sumber]Episod | Tajuk | Tarikh penyiaran asal | |
---|---|---|---|
01 | "The First Lesson (Pelajaran Pertama)" | 30 Disember 1977 | |
Encik Brown menjadi guru baru Bahasa Inggeris sebagai kelas Bahasa Asing dan bertemu pelajar buat kali pertama. | |||
02 | "An Inspector Calls (Satu Panggilan Inspektor)" | 6 Januari 1978 | |
Seorang inspektor pendidikan dijangka tiba di sekolah untuk memerhatikan kelas, kesilapan Encik Brown menganggap dia sebagai seorang pelajar baru. | |||
03 | "A Fate Worse Than Death (Takdir yang Lebih Buruk Daripada Kematian)" | 13 Januari 1978 | |
Ranjeet meminta bantuan Encik Brown untuk lari dari dijodohkan. | |||
04 | "All Through The Night (Sepanjang Malam)" | 20 Januari 1978 | |
Prestasi bahasa Inggeris para pelajar tidak bertambah baik, jadi Encik Brown menahan mereka untuk malam, tetapi mereka terkunci selepas waktu pejabat. | |||
05 | "The Best Things In Life (Perkara Dalam Hidup)" | 27 Januari 1978 | |
Jamila ditangkap kerana dituduh mencuri, tetapi bukan salahnya, kerana bahasa Inggerisnya yang lemah, benda yang dicuri dia fikirnya adalah "percuma" , she asks Mr. Brown to return the items without getting caught. | |||
06 | "Come Back All Is Forgiven (Kembali Semua Dimaafkan)" | 3 Februari 1978 | |
Cik Courtney mengumumkan bahawa Encik Brown tidak menunjukkan prestasi yang baik dan mengancam untuk memecat beliau. | |||
07 | "The Cheating Game (Permainan Menipu)" | 10 Februari 1978 | |
Para pelajar perlu menduduki peperiksaan olok-olok untuk membuktikan kemajuan mereka. | |||
08 | "Better To Have Loved and Lost (Lebih Baik Untuk Mengasihi dan Hilang)" | 17 Februari 1978 | |
Ali dan Su Li mengumumkan bahawa mereka akan berkahwin, tetapi Encik Brown mendapati bahawa Ali sudah berkahwin dan mengambil Su Li untuk isteri keduanya. | |||
09 | "Kill Or Cure (Bunuh Atau Rawat)" | 24 Februari 1978 | |
Encik Brown jatuh sakit, meninggalkan kelas bawah ihsan Cik Courtney. | |||
10 | "Hello, Sailor (Helo, Kelasi)" | 3 Mac1978 | |
Juan membawa rakan kelasi dari Rusia iaitu Boris ke kelas Encik Brown, Boris menjelaskan kepada Encik Brown mengapa dia meninggalkan Rusia untuk tinggal di England, ia adalah kerana dia telah jatuh hati dengan seorang wanita Inggeris. | |||
11 | "A Point Of Honour (Satu Kebanggaan)" | 10 Mac 1978 | |
Danielle diganggu oleh Encik Jarvis, guru kerja kayu, selepas dia memberitahu bahawa dia bertunang dengan Encik Brown, Encik Brown dicabar oleh Encik Jarvis untuk bertarung di gelanggang gym. | |||
12 | "How's Your Father? (Bagaimana dengan Bapa Anda?)" | 17 Mac 1978 | |
Encik Brown menceritakan kisahnya kepada kelas bagaimana dia telah ditinggalkan di rumah anak yatim di Jeremy Street sebagai bayi 30 tahun yang lalu, dia membesar dan tidak pernah mengenal ibu bapanya. Walau bagaimanapun, apabila dia mendengar bahawa Sidney mempunyai bayi dan meninggalkannya di rumah anak yatim yang sama, dia percaya bahawa Sidney mungkin bapanya. | |||
13 | "The Examination (Peperiksaan)" | 24 Mac 1978 | |
Para pelajar menduduki peperiksaan Sijil Rendah Cambridge mereka, tetapi mereka sedikit gugup. |
Musim 2
[sunting | sunting sumber]Episod | Tajuk | Tarikh tayangan asal | |
---|---|---|---|
14 | "All Present If Not Correct (Semua Hadir Jika Tidak Betul)" | 7 Oktober 1978 | |
Dalam tahun persekolahan baru, Encik Brown berjumpa dua muka baru dan sepuluh orang lama yang tidak lulus peperiksaan. | |||
15 | "Queen For A Day (Ratu Untuk Sehari)" | 14 Oktober 1978 | |
Diumumkan bahawa Ratu akan melawat sekolah. | |||
16 | "Brief Re-encounter (Pertemuan Semula yang Ringkas)" | 21 Oktober 1978 | |
Cik Courtney bertemu semula dengan teman lelaki lama. | |||
17 | "Many Happy Returns (Banyak Bahagia Kembali)" | 28 Oktober 1978 | |
Ranjeet telah menabung wangnya pergi untuk mengunjungi ibunya pada hari jadinya, tetapi Encik Brown terhilangkannya dan seluruh kelas perlu bekerja untuk mendapatkannya kembali. | |||
18 | "Don't Forget The Driver (Jangan Lupakan Pemandu)" | 4 November 1978 | |
Kelas amat teruja dengan rombongan sekolah, tetapi ada yang tidak kena. | |||
19 | "A Hard Day's Night (Malam Selepas Seharian Penat)" | 11 November 1978 | |
Rumah Encik Brown sedang dicat dan dia berpindah ke rumah Giovanni dan Max. | |||
20 | "Take Your Partners (Bawa Pasangan Anda)" | 18 November 1978 | |
Encik Brown terpaksa memilih siapa untuk dibawa ke tarian amal. | |||
21 | "After Three (Selepas Jam Tiga)" | 25 November 1978 | |
Kelas perlu bersedia untuk persembahan bakat sekolah. |
Musim 3
[sunting | sunting sumber]Episod | Tajuk | Tarikh tayangan asal | |
---|---|---|---|
22 | "I Belong To Glasgow (Aku Orang Glasgow)" | 27 Oktober 1979 | |
Pelajar baru dari Glasgow menyertai kelas dan mula membuat huru-hara. | |||
23 | "Who Loves Ya Baby? (Siapa Suka Bayi Kamu?)" | 3 November 1979 | |
Danielle membawa bayi ke kelas. | |||
24 | "No Flowers By Request (Tiada Bunga Mengikut Permintaan)" | 10 November 1979 | |
Encik Brown sakit kaki dan dimasukkan ke hospital. | |||
25 | "Just the Job (Hanya Kerja)" | 17 November 1979 | |
Encik Brown ditawarkan pekerjaan baru bergaji tinggi di sekolah lain. | |||
26 | "Guilty Or Not Guilty? (Bersalah Atau Tidak Bersalah)" | 24 November 1979 | |
Semua pelajar dibawa ke mahkamah kerana menyebabkan kerosakan di tempat awam. | |||
27 | "Repent At Leisure (Bertaubat Apabila Senang)" | 1 Disember 1979 | |
Anna tertekan kerana ada sesuatu yang dia perlu betulkan. | |||
28 | "The School Fete (Pesta Ria Sekolah)" | 8 Disember 1979 | |
Sekolah ini mengadakan pesta ria. Max diberi tanggungjawab membawa seorang pelakon yang dia kenali untuk merasmikan pesta itu. Di tempat lain, Encik Brown terhilang kot Cik Courtney. | |||
29 | "What A Tangled Web (Sungguh Kusut)" | 15 Disember 1979 | |
Ali mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit. |
Butiran tayangan
[sunting | sunting sumber]- Siri Satu (13) 30 Disember 1977-24 Mac 1978 · Jumaat 7 petang.
- Siri Dua (8) 7 Oktober-25 November 1978 · Sabtu kebanyakannya 6 petang.
- Siri Tiga (8) 27 Oktober - 15 Disember 1979 · Sabtu kebanyakannya 6.45 petang.
- Siri Empat (13) 4 Januari - 15 Disember 1986
Siaran DVD
[sunting | sunting sumber]Siri ini dikeluarkan sebagai satu set berkotak DVD Rantau 2 pada tahun 2003, dan DVD Rantau 1 pada tahun 2004. Walau bagaimanapun, set ini tidak termasuk episod Kill Or Cure Musim 1, episod Don't Forget The Driver Musim 2, episod Guilty Or Not Guilty? Musim 3 dan keseluruhan daripada Musim 4.
Satu set berkotak alternatif telah dikeluarkan oleh Network DVD pada bulan November 2007, yang mengandungi Musim lengkap 1 hingga 3.
Baki siri keempat masih belum dikeluarkan pada DVD.
Pelakon dan watak-watak
[sunting | sunting sumber]Kakitangan Sekolah
[sunting | sunting sumber]- Jeremy Brown, dilakonkan oleh Barry Evans, adalah guru bahasa Inggeris dan tumpuan kebanyakan siri. Dia diamvbil bekerja dalam episod pertama siri ini, di mana beliau diberi amaran bahawa guru sebelum ini jadi gila disebabkan oleh pelajar. Encik Brown menyahut cabaran, dan sering bersabar dengan tafsiran harfiah pelajar terhadap bahasa Inggeris. Walaupun kecewa dengan pelajar-pelajar, dia semakin menyayangi mereka dan sering berusaha untuk membantu mereka dan sebaliknya.
- Cik Dolores Courtney, dilakonkan oleh Zara Nutley, adalah pengetua sekolah yang sombong dan bakhil. Dia memandang rendah kepada Encik Brown dan kebolehan beliau sebagai seorang guru, dan sering muncul secara mengejut ke dalam kelasnya dari semasa ke semasa untuk memeriksa kemajuan pelajar. Lama kelamaan dia turut menyukai Encik Brown dan juga pelajarnya.
- Sidney, dilakonkan oleh Tommy Godfrey (Musim 1 - 3), adalah penjaga sekolah. Dia adalah seorang Cockney London yang sering bercakap dalam slanga rima. Dia ibarat seorang bapa dan rakan kepada Encik Brown dan pelajar lelaki kelasnya.
- Gladys, dilakonkan oleh Iris Sadler (Musim 1 - 3), adalah perempuan tua yang menjaga tempat minum teh di sekolah. Dia, berbeza dengan Cik Courtney, ramah dan mesra kepada Encik Brown dan pelajar. Dia menghadap sikap dominan Cik Courtney dengan tenang dan berbaik dengan semua orang.
Pelajar
[sunting | sunting sumber]- Giovanni Capello (dalam musim 2 Giovanni Cupello), dilakonkan oleh George Camiller, adalah seorang tukang masak Itali, pelajar terbising dalam kelas dan ketua kelas secara bidan terjun. Dia berkawan karib dengan Max, yang menjadi teman sepangsapurinya. Masalah bahasa Inggeris Giovanni adalah masalah memahami metafora dan peribahasa, walaupun dia sering menjawab salah dengan sengaja untuk membuat para pelajar dalam kelas ketawa. Apabila terkejut, dia sering mengatakan "Santa Maria" atau "Holy Ravioli", dan dia sering mengata "Okey kokey" daripada "OK".
- Anna Schmidt, dilakonkan oleh Jacki Harding, adalah seorang Jerman stereotaip 1970-an dan seorang au pair. Dia sering merujuk dengan "kecekapan Jerman", dan ditunjukkan bahawa Anna dalah seorang pelajar yang rajin, sering menanyakan soalan yang sah dan apabila siri-siri dilanjutkan, menjawab soalan Encik Brown dengan betul. Masalah utamanya adalah mencampurkan bunyi "V" dan "W".
- Chung Su-Lee, dilakonkan oleh Pik-Sen Lim (Musim 1 - 3), adalah seorang setiausha di Kedutaan China. Dia tidak akan dilihat tanpa buku merah kecilnya tentang Mao, yang dia sering memetik kata-kata dari dalamnya. Dia sering menukar "R" dan "L". Pada awal siri, dia mempunyai persaingan ideolagi garang dengan Taro, kawan sekelas Jepunnya, tetapi kemudian dalam siri-siri seterusnya, dia sering mempertahankannya apabila suatu penghinaan sifat padanya atau China.
- Taro Nagazumi, dilakonkan oleh Robert Lee (Musim 1 - 3) ialah wakil syarikat elektronik Jepun. Dia mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang munasabah, tetapi mempunyai tabiat menambah "-o" pada setiap perkataan yang dia cakap. Pada awal siri ini beliau bertentangan dengan Su-Lee disebabkan oleh perbezaan politik mereka tentang Jepun dan China pada 1970-an, tetapi menjadi kawan rapat di kemudian hari. Dia tidak pernah dilihat tanpa kameranya.
- Jamila Ranjha, dilakonkan oleh Jamila Massey (Musim 1 - 3), merupakan suri rumah India dari Bombay. Apabila dia mula-mula menyertai kelas itu dia hampir tidak boleh berbahasa Inggeris, dan memerlukan Ali untuk menterjemahkan Urdunya, tetapi menjelang siri 3, dia telah menjadi salah satu daripada penutur bahasa Inggeris yang lebih baik. Dia sering memanggil Encik Brown "Masterjee".
- Maximillian Papandrious, dilakonkan oleh Kevork Malikyan (Musim 1 - 3), ialah pekerja pejabat penghantaran Greek, dan sering bergandingan dengan Giovanni. Beliau tertarik dengan Danielle tetapi apabila siri ini berlangsung, ketiga-tiganya menjadi geng. Max cenderung untuk salah faham metafora dan ayat yang berat. Beliau juga mempunyai loghat berat, yang menyebabkan dia untuk menambah "H" kepada hampir setiap perkataan yang dia cakap. Kemudian, beliau berkongsi rumah dengan Giovanni.
- Juan Cervantes, dilakonkan oleh Ricardo Montez, ialah pelayan bar Sepanyol dengan coretan optimis. Juan selalu mentertawakan dirinya, yakin dengan jawapannya walaupun benar-benar salah. Pada awal siri Juan hampir tidak bercakap Bahasa Inggeris, dan menjawab segala-galanya dengan "por favor", yang memerlukan Giovanni untuk menterjemahkan beberapa istilah utama untuk dia. Bahasa Inggeris Juan bertambah baik lama-kelamaan, tetapi dia tetap penutur yang paling teruk, selalu bercakap campuran bahasa Inggeris dan Sepanyol. Dia mengambil berat tentang Encik Brown, yang dianggapnya hampir seperti keluarga.
- Ranjeet Singh, dilakonkan oleh Albert Moses, adalah seorang pekerja Tube (keretapi bawah tanah) dari Punjab di India dan Sikh yang sangat setia. Dia sentiasa bertengkar dengan Ali, yang merupakan seorang Muslim Pakistan. Dia cenderung untuk campur adukkan ilmu pengetahuan umum, dan setelah diperbetulkan dia selalu meletakkan tangannya bersama-sama dan berkata "a thousand apologies (seribu maaf)".
- Danielle Favre, dilakonkan oleh Francoise Pascal (Musim 1 - 3), adalah au pair Perancis yang menggoda yang menangkap perhatian semua orang, termasuk Encik Brown. Penampilannya sering mengganggu Giovanni dan Max dari jawapan mereka, manakala Encik Brown sering dijumpai dalam kedudukan yang kelihatan memberatkan kepadanya. Dia marah apabila Ingrid Svenson menyertai kelas itu, cuba bersaing untuk perhatian Encik Brown.
- Ali Nadeem, dilakonkan oleh Dino Shafeek (Musim 1 - 3), adalah salah seorang pelajar pertama Encik Brown jumpa di sekolah. Dia berasal dari Lahore, Pakistan, walaupun dia pernah menyatakan dia membesar di Delhi. Tidak pernah sekali-kali dilihat tanpa topi Jinnahnya, dia adalah pelajar yang paling lantang dan sering secara harfiah menyalahfahami semua yang dikatakan oleh orang lain. Sebagai seorang warga Islam Pakistan dia sering bertengkar dan kadang-kadang secara fizikal dengan Ranjeet, yang merupakan seorang Sikh India. Menjelang pertengahan Musim 2, walaupun mereka terus bertelagah, permusuhan Ali dengan Ranjeet menjadi kurang jahat, dan ada kala mereka bekerja bersama-sama tanpa sebarang rungutan. Frasa biasa Ali adalah "oh blimey!", dan juga "jolly good".
- Ingrid Svenson, dilakonkan oleh Anna Bergman (Musim 2 and 4), ialah au pair Sweden yang menyertai kelas itu pada awal Musim 2. Dia menarik dan mudah mengenakan tarikan beliau kepada Encik Brown, mencetuskan permusuhan antara beliau dan Danielle. Masalah utama beliau dengan bahasa Inggeris adalah susunan perkataan, selalu perkataannya bercampur, seperti "you for I question answer". Dia dipindahkan sekolah pada akhir Musim 2, tetapi kembali dalam Musim 4 yang dihasilkan secara bebas.
- Zoltán Szabó, dilakonkan oleh Gabor Vernon (Musim 2), ialah pelajar Hungary yang hanya muncul semasa Musim 2. Dia mempunyai tahap bahasa Inggeris yang sangat asas dan memerlukan buku frasa untuk segala-galanya. Dia mengikut loghat dengan cepat, kebanyakan yang datang dari Giovanni dan Juan. Pada akhir siri 2, dia kembali ke Hungary. Ucapan biasa beliau adalah untuk mengatakan "Bocsánat?" [diucapkan "bochanot", perkataan Hungary untuk 'Maaf','Maafkan saya'] dengan apa sahaja yang dikatakan kepadanya dalam bahasa Inggeris.
- Dalam musim keempat, Encik Brown dan Cik Courtney masih di sekolah, begitu juga Anna, Giovanni, Ingrid, Juan dan Ranjeet. Pelajar baru termasuk Maria Papandrious, dilakonkan oleh Jenny Lee-Wright, Michelle Dumas (Marie-Elise Grepne), Farrukh Azzam (Raj Patel), dan Fu Wong Chang (Vincent Wong).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Tributes to Mind Your Language
- Second Chance![pautan mati kekal]
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Mind Your Language |