Letupan lelangit tak bersuara
Nombor AFA | 107 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | c | ||
| |||
Sampel audio | |||
Letupan lelangit tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara c dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan c dalam X-SAMPA.
Bunyi ini serupa dengan letusan belakang gusi tak bersuara [tʃ] (seperti c dalam cepat), tetapi disebabkan sukarnya menyentuhkan lidah dengan lelangit keras sahaja tanpa menyentuh belakang batas gusi, maka [c] kurang didapati berbanding [tʃ].[1] Aksara <c> sering digunakan untuk melambangkan [tʃ] atau mana-mana letusan seumpamanya, contohnya dalam bahasa-bahasa Indik, dan cara ini boleh diterima apabila perlunya menentukan daerah artikulasinya, cuma perbezaan antara hentian dan letusan tidak banyak bezanya, oleh itu tidak sebegitu penting.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri letupan lelangit tak bersuara:
- Cara artikulasinya adalah letupan atau hentian, iaitu dihasilkan dengan menghalang aliran udara dalam saluran vokal.
- Daerah artikulasinya adalah lelangit, iaitu disebut dengan bahagian tengah atau belakang lidah menyentuh lelangit keras.
- Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ladefoged (2005:162)