Geseran belakang gusi bersuara
Penampilan
(Dilencongkan daripada Geseran lelangit-gusi bersuara)
Nombor AFA | 135 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | Z | ||
| |||
Sampel audio | |||
Geseran belakang gusi bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam kebanyakan/sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʒ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan Z dalam X-SAMPA.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri geseran belakang gusi bersuara:
- Cara artikulasinya adalah geseran sibilan, iaitu dihasilkan dengan menghalakan aliran udara melalui alur di antara lidah dan deaerah artikulasi ke hujung tajam gigi, menimbulkan gelora yang kuat.
- Daerah artikulasinya adalah lelangit-gusi, iaitu belakang gusi melengkung (separa dipalatalkan), dalam erti kata lain disebut dengan daun lidah di belakang batas gusi, dan bahagian hadapan lidah dilengkungkan ke arah lelangit.
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.