Lembah
Penampilan
Lembah ialah kawasan rendah di antara bukit, kerap dengan sebatang sungai yang mengalir melaluinya.
Dalam geologi, lembah atau solok ialah lekukan yang lebih panjang daripada kelebarannya. Istilah berbentuk U dan berbentuk V merupakan istilah perihalan dalam geografi untuk mencirikan bentuk lembah. Kebanyakan lembah tergolong dalam salah satu daripada kedua-dua jenis utama ini atau gabungan daripada kedua-duanya, (sekurang-kurangnya) dengan kaitan keratan rentas cerun atau lereng bukit.