Pergi ke kandungan

Tapak Warisan Dunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO)
Piramid De la Luna di Teotihuacan
Tapak #86: Memphis dan Necropolisnya, termasuk Piramid Giza di Mesir.
Tapak #114: Persepolis di Shiraz (Iran).
Tapak #404: Akropolis di Athens, Yunani.
Tapak #292: Katedral Cologne di Jerman.
Tapak #307: Patung Liberty, (Amerika Syarikat).
Tapak #447: Uluru, (Australia).
Tapak #483: Chichen Itza di Yucatán, (Mexico).
Site #540: Pusat Sejarah St. Petersburg, (Rusia).
Tapak #772: Sawah Padi Berteres Banaue di pergunungan dekat Ifugao, (Filipina).
Warisan Budaya Dunia Pertama Quito, (Ecuador).

Tapak Warisan Dunia UNESCO adalah lain2 tempat-tempat khusus (seperti hutan, gunung, tasik, padang pasir, monumen, bangunan, kompleks atau bandar) yang dicalonkan dan juga, telah mendapat pengesahan untuk dimasukkan ke dalam senarai yang dikendalikan oleh Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO yang ditadbir oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO yang terdiri dari 21 kumpulan-kumpulan kenegerian (negara) yang dipilih oleh Perhimpunan Am Kumpulan-Kumpulan Kenegerian bagi tempoh terhad [1]. (Sama seperti Majlis Keselamatan PBB.)

Tujuan program

[sunting | sunting sumber]

Program ini bertujuan mengkatalog, menyenarai, menama dan mengabadikan tapak-tapak ulung warisan budaya atau warisan semula jadi penting demi warisan sejagat. Tapak-tapak warisan boleh mendapat dana dari Dana Warisan Dunia di bawah syarat-syarat tertentu. Program ini ditubuhkan di bawah "Konvensyen Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia" yang dipersetujui oleh Persidangan Am UNESCO pada 16 November 1972. Sejak itu, lebih 80 negara telah meratifikasi atau mengesahkan konvensyen tersebut.

Sehingga 2006, sejumlah 830 tapak telah disenaraikan sebagai Tapak Wariasan Dunia yang terdiri daripada:

  • 644 tapak bagi kebudayaan
  • 162 tapak bagi kawasan semulajadi
  • 24 tapak bagi ciri bercampur

Kaedah pemilihan

[sunting | sunting sumber]

Pencalonan

[sunting | sunting sumber]

Tapak yang dicalonkan mesti mempunyai "nilai sejagat luar biasa" (outstanding universal value) serta memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada sepuluh kriteria utama di bawah:[2]

Kategori budaya

I. Melambangkan mahakarya yang mencerminkan daya kreatif dan kecerdasan manusia serta nilai yang berpengaruh secara signifikan terhadap budaya

II. Menunjukkan keutamaan pada nilai-nilai kemanusiaan yang tidak berubah selama berkurun-kurun waktu tertentu dalam hal seni bina, teknologi, seni monumental, tatakota atau reka bentuk muka bumi

III. Mengandung perincian atau bukti bahwa pernah ada ritual peradaban pada masa lampau yang tersisa atau telah lenyap

IV. Wujudnya rasa kekaguman pada sebuah bangunan, seni bina atau teknologi yang memiliki penggambaran tentang tahapan penting dalam sejarah peradaban manusia

V. Wujudnya rasa kekaguman pada sebuah tempat tinggal, tanah, atau perairan yang dapat melambangkan budaya atau interaksi manusia dengan lingkungan, khususnya yang masih terpelihara terhadap perubahan zaman yang signifikan

VI. Memiliki kaitan yang erat pada suatu peristiwa atau tradisi tertentu, dari sisi pemikiran, kepercayaan, artistik dan sastra

Kategori alam

VII. Mengandungi fenomena alam luar biasa atau memiliki keindahan alam dan nilai estetika langka

VIII. Wujudnya kepentingan yang melambangkan tahapan utama dalam sejarah Bumi termasuk usia, perubahan geologis, perubahan tanah, simbol geomorfik atau fisiografik yang khas

IX. Wujudnya ciri utama yang memiliki peranan penting secara ekologi dan biologi terhadap evolusi dan perkembangan pola tanah, air, terumbu karang dan ekosistem bawah laut, serta kawasan ekosistem tumbuhan dan haiwan persekitaran

X. Mengandung habitat alami yang berperanan penting dalam pemuliharaan in-situ untuk keragaman biologi, termasuk spesies yang diancam punah yang bernilai khas dari sudut pandang sains dan konservasi[3]

Perangkaan

[sunting | sunting sumber]
Zon Kebudayaan Kawasan semulajadi Campuran Jumlah
Afrika 42 32 4 78
Arab 61 4 1 66
Asia dan kawasan Pasifik 138 51 9 198
Eropah dan Amerika Utara 377 58 10 445
Amerika Latin dan Caribbean 86 35 3 124
Jumlah besar 704 180 27 911
  1. ^ "About World Heritage". World Heritage. Dicapai pada 14 Oktober 2006.
  2. ^ "Criteria for Selection". World Heritage. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2016. Dicapai pada 14 Oktober 2006. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Kriteria

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]