Khinzir (zodiak)
Penampilan
Dua belas haiwan dalam zodiak Cina: | |
---|---|
Tikus | Lembu |
Harimau | Arnab |
Naga | Ular |
Kuda | Kambing |
Monyet | Ayam |
Anjing | Khinzir |

Babi (Cina Tradisional: 豬, Cina Ringkas: 猪; atau 豕[1]) ialah bintang haiwan yang terakhir dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Babi dilambangkan oleh dahan duniawi 亥. Dalam budaya Cina, babi dikaitkan dengan kesuburan dan kejantanan. Melahirkan anak pada tahun babi dianggap amat bertuah kerana anak-anak itu akan menjadi periang dan jujur.
Dalam versi Jepun zodiak ini, bintang zodiak ini hanya memaksudkan babi hutan (猪, inoshishi) sahaja dan bukan babi ternakan.
Tahun-tahun dan Lima Unsur
[sunting | sunting sumber]- 30 Januari 1911 - 17 Februari 1912: Babi Logam
- 16 Februari 1923 - 4 Februari 1924: Babi Air
- 4 Februari 1935 - 23 Januari 1936: Babi Kayu
- 22 Januari 1947 - 9 Februari 1948: Babi Api
- 8 Februari 1959 - 27 Januari 1960: Babi Tanah
- 27 Januari 1971 - 14 Februari 1972: Babi Logam
- 13 Februari 1983 - 1 Februari 1984: Babi Air
- 31 Januari 1995 - 18 Februari 1996: Babi Kayu
- 18 Februari 2007 - 6 Februari 2008: Babi Api
- 5 Februari 2019 - 24 Januari 2020: Babi Tanah
- 2031 - 2032: Babi Logam
- 2043 - 2044: Babi Air
Sifat
[sunting | sunting sumber]Kedudukan zodiak | ke-12 |
Waktu naungan | 9 – 11 malam |
Mata angin | Barat laut-Utara |
Musim dan bulan | Musim sejuk, November |
Bulan qamari | 8 November hingga 6 Disember |
Zodiak Barat yang bersamaan | Scorpio |
Polariti | Yin |
Unsur | Air |
Sifat positif | Penyayang, bertoleransi, peka, optimis, patuh, jujur, altruistik, senang menerima tetamu |
Sifat negatif | Materialistik, mudah terpengaruh, mudah terpedaya, boros, ragu-ragu, naif |
Paling serasi | Kambing, Arnab, Anjing |
Sederhana serasi | Tikus, Lembu, Naga, Kuda, |
Tidak serasi | Monyet, Ayam, Ular, Harimau |
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Aksara 豕 adalah aksara lama yang tidak digunakan lagi dalam penulisan moden.