Pergi ke kandungan

Antara Senyum dan Tangis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Filem Antara Senyum dan Tangis)
Antara Senyum Dan Tangis
PengarahL. Krishnan
PenulisL. Krishnan
Lakon layarL. Krishnan
Dihasilkan olehRun Run Shaw
Dibintangi
SinematografiA. Bakar Ali
Disunting olehH. R. Narayana
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
  • 27 Februari 1952 (1952-02-27)
[1]
Masa tayangan
126 minit
NegaraMalaya
(Singapura & Malaysia)
BahasaMelayu

Filem Antara Senyum Dan Tangis merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaysia pada tahun 1952. Filem Antara Senyum Dan Tangis diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Antara Senyum Dan Tangis diarah oleh pengarah L. Krishnan dan dibantu oleh Omar Rojik.

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Abidin (P. Ramlee) ialah seorang jurutera yang berkerja di sebuah lombong. Tuan punya lombong tersebut yang bernama Hamid (Harun Omar) merupakan seorang yang bakhil dan tidak berperikemanusiaan terhadap orang-orang miskin terutama para pekerja bawahannya. Hamid mempunyai seorang anak perempuan bernama Maimun (Musalmah) yang cintakan Abidin. Pada suatu hari, telah berlaku satu kemalangan di lombong tersebut dan seorang pekerja telah meninggal dunia. Hamid tidak mahu membayar wang pampasan kepada keluarga pekerja tersebut. Abidin yang kesal dengan tindakan majikannya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Maimun begitu sedih dengan keputusan Abidin. Selepas itu, Abidin bekerja di lombong yang baharu dibuka oleh kawan baiknya Nasir (M. Amin). Dalam masa yang sama, Abidin juga telah berkahwin dengan seorang gadis bernama Faridah (Rokiah Jaafar). Tidak lama selepas itu, masalah kewangan yang melanda syarikat lombong milik Nasir yang menyebabkannya ia terpaksa dijual. Abidin begitu terkejut apabila mendapat tahu pemilik lombong baharu tersebut ialah Tuan Hamid. Maimun kembali memikat hati Abidin walaupun dia tahu yang Abidin sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Zaitun (Baby Zaitun). Akhirnya Abidin terpaksa menerima cinta Maimun walaupun dia sebenarnya telah membuat satu keputusan yang salah pada ketika itu. Dia lebih mementingkan kekasih gelapnya berbanding Faridah yang baharu sahaja selamat melahirkan anaknya. Keesokan harinya, Faridah yang kecewa dengan sikap Abidin lalu mengambil keputusan membawa diri pulang ke kampung halaman bersama sepupunya Fatimah (Saamah). Ketika di stesen keretapi, Faridah mendapati bahawa dia telah tertinggal gambarnya yang diletakkan di sisi anaknya yang ditinggalkan di rumah. Fatimah bersetuju untuk pulang mengambil gambar tersebut sementara Faridah meneruskan perjalanan dengan keretapi bagi perjalanan pertama. Malangnya keretapi perjalanan kedua yang dinaiki Fatimah telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri dan gambar yang dijumpai dalam beg kepunyaan Fatimah itu nampak meyakinkan Abidin yang isterinya Faridah telah meninggal dunia. Beberapa hari kemudian, Abidin mengahwini Maimun dan dia telah memungkiri janjinya untuk membawa Zaitun bertemu dengan bekas keluarga mertuanya dek kerana termakan hasutan dari Maimum yang tidak mahu Abidin sentiasa mengingati akan Faridah buat selama-lamanya. Abidin tetap membesarkan Zaitun tanpa kasih seorang ibu disisi. Zaitun tidak disukai oleh Maimun. Namun begitu Abidin begitu menyanyangi kedua-dua anaknya, salah seorang anaknya merupakan anak kandung kepada Maimun. Beberapa tahun kemudian, Abidin telah terlibat dalam satu kemalangan di tempat kerja yang menyebabkan kedua-dua matanya disahkan buta buat selama-lamanya. Maka bermulalah episod duka buat kehidupan Abidin dan Zaitun. Pembedahan matanya dilaporkan gagal dan perkhidmatan Abidin telah ditamatkan oleh Tuan Hamid dan Maimun. Abidin kini menjadi penganggur dan menumpang tempat tinggal di atas belas ihsan isterinya sahaja. Kebetulan pada waktu itu, Faridah sudah menjadi seorang guru di sebuah sekolah rendah awam. Masa itulah, Faridah mulai terperasan bahawa salah seorang anak muridnya yang bernama Zaiton seperti naluri anaknya sendiri. Faridah cuba mendekati akan Zaiton memandangkan Zaiton lebih tertarik akan kemurniaan hati gurunya seperti ibunya sendiri. Faridah mengetahui bahawa hidup Zaiton terseksa kerana tidak disayangi oleh Maimun. Semasa hari minggu, Faridah mempelawa Zaiton datang ke rumahnya tetapi dia membawa ayahnya bersama, walaupun Faridah nampak ketakutan akan rahsianya terbongkar begitu sahaja tanpa diketahui rupa-rupanya Abidin sudah menjadi buta kekal. Sementara itu, naluri Abidin ketika bersua dengan Faridah mendapati yang Faridah masih hidup kerana gaya suaranya sama seperti beberapa tahun yang lalu. Suatu hari, Zaiton disahkan menghidap demam panas walaupun tidak di endahkan oleh Maimun dan Tuan Hamid. Rupa-rupanya, salah seorang anak lelakinya telah meninggal dunia tanpa diketahui punca sebenar penyakitnya. Manakala, Abidin menyerahkan hak penjagaan anaknya kepada Faridah agar anaknya dipelihara dengan sempurna. Tetapi pada malam harinya, Maimun memasang niat untuk membunuh Zaiton dengan ubat beracun mujurlah Faridah pantas menyelamatkan keadaan. Dek kerana ketakutan dengan ugutan dan pengakuan dari Faridah, Maimun berlari melulu sebelum dia terjatuh dari tangga rumahnya dan meninggal dunia ditempat kejadian. Abidin sungguh gembira kerana bekas isterinya masih lagi hidup. Mereka bertiga hidup bahagia semula.

Pelakon tambahan

  • Bertemasya nyanyian oleh P. Ramlee dan Momo Latiff
  • Merayu Asmara nyanyian oleh P. Ramlee dan Lena
  • Cik Cik Keboom nyanyian oleh P. Ramlee
  • Nasib Si Miskin nyanyian oleh P. Ramlee

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]