Sa'amah
Sa'amah | |
---|---|
Kelahiran | Sa'amah 1916 |
Meninggal dunia | 20 Disember 1974 (berumur 57–58) |
Dikebumikan | Makkah, Arab Saudi |
Nama lain | Ibu Saamah |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1948–1969 |
Majikan | Malay Film Productions Cathay-Keris Film Productions Merdeka Film Productions |
Pasangan | Rahmat Ali |
Anak-anak | Abas Rahmat, Rahmah Rahmat, Abdul Rahman Rahmat, Ainon, Shahrol, Ribut, Idayu, Mohd Said |
Sa'amah Artian atau juga dieja sebagai Saamah dan dikenali dengan panggilan Ibu Saamah merupakan salah seorang pelakon filem Melayu tahun 1940-an dan 1950-an. Sa'amah dilahirkan pada 1916 dan berasal dari Medan. Beliau berhijrah ke Singapura pada 1938 bersama rombongan bolero dalam Kumpulan Pagoda sebelum memulakan penglibatan dalam bidang perfileman pada 1948.
Sa'amah terlibat dengan wayang bangsawan pada usia muda dan kemudiannya menjadi pelakon filem di Malay Film Productions (MFP) di Singapura. Beliau merupakan seorang pelakon terkenal di studio Malay Film Production Ltd dan antara lakonan yang paling diingati ialah filem Bujang Lapok (1957) apabila memegang watak sebagai ibu kepada seniman Allahyarhamah S. Shamsuddin. Beliau telah berlakon dalam lebih 100 buah filem dan filem terakhir beliau ialah Sial Wanita yang diterbitkan oleh Studio Cathay Keris pada tahun 1969.
Sa'amah pernah berkahwin dengan Rahmat Ali yang merupakan seorang peniup trompet dan pemuzik profesional Singapura, dan mempunyai zuriat iaitu antaranya Abdul Rahman dan Rahmah. Saamah mempunyai 10 orang anak.
Beliau meninggal dunia di tanah suci Makkah, Arab Saudi akibat serangan semput pada 20 Disember 1974 lebih kurang jam 3.30 pagi ketika dalam ibadah Haji. Beliau turut dikebumikan di sana.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Di antara filem-filem lakonan Sa'amah termasuk,
- Anjoran Nasib
- Antara Senyum dan Tangis
- Miskin
- Sedarah
- Putera Sangkar Maut
- Panggilan Pulau
- Empat Isteri
- Kipas Hikmat
- Penarek Becha
- Hang Tuah
- Semerah Padi
- Ribut
- Seruan Darah
- Batu Durhaka
- Bujang Lapok
- Hantu Jerangkung
- Anak Pontianak
- Hantu Kubor
- Sri Menanti
- Darah Muda
- Sri Tanjung
- Si Tanggang
- Sri Andalas
- Nujum Pa' Blalang
- Samseng
- Singapura Dilanggar Todak
- Panji Semerang
- Lubalang Daik
- Budi dan Dosa
- Dupa Cendana
- Bidasari
- Sayang Si Buta
- Jebak Maut
- Sial Wanita
- Ibulah Syurga
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Filem Klasik Malaysia: Pergimu Takkan Kembali Lagi
- Bintang filem veteran meninggal dunia di Mekah. Berita Harian, 8 Januari 1975, Page 2