Antara Dua Darjat
Antara Dua Darjat | |
---|---|
Pengarah | P. Ramlee S. Sudarmaji (pembantu pengarah) |
Penulis | Omar Rojik |
Lakon layar | Omar Rojik |
Cerita oleh | Omar Rojik |
Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
Dibintangi | P. Ramlee Saadiah Ahmad Nisfu Kuswadinata Yusof Latiff S. Kadarisman |
Sinematografi | A. Bakar Ali |
Muzik oleh | P. Ramlee |
Syarikat penerbitan | Malay Film Productions (MFP) |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan | 28 Mei 1960 |
Masa tayangan | 110 minit |
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Antara Dua Darjat merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan oleh Studio Jalan Ampas yang berpengkalan di Singapura pada 28 Mei 1960. Filem Antara Dua Darjat diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.[1]
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem Antara Dua Darjat diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 28 Mei 1960.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem ini berkisar tentang halangan percintaan terhadap sepasang kekasih disebabkan pegangan keluarga yang berpegang pada tangga darjat dan keturunan yang mana tiada boleh disatukan mereka yang berdarjat tinggi dan berdarjat rendah lalu mencetuskan konflik yang berdarah, tekanan jiwa, pertelingkahan keluarga sehinggalah kepada hipokrasi dan pembunuhan jiwa. Mengisahkan Ghazali (P. Ramlee) seorang ahli muzik yang berpacaran dengan Tengku Zaleha (Saadiah). Tengku Zaleha tinggal di Anggrek Villa bersama keluarganya yang berlatar belakang bangsawan antaranya Tengku Karim (Ahmad Nisfu), Yang Chik (Rahimah Alias) dan Tengku Hassan (Kuswadinata). Perhubungan mereka berdua ditentang hebat oleh keluarga Tengku Zaleha. Beberapa hari kemudian, Ghazali diberi kepercayaan untuk mengajar Tengku Zaleha bermain piano di Anggrek Villa. Sehingga pada suatu malam, Ghazali dipukul dengan teruk oleh Tengku Hassan dan kuncu-kuncunya. Manakala Tengku Zaleha telah disuntik dengan ubat penenang. Ketika jasadnya diusung keluar dari rumah, Sudin (S. Shamsuddin) dan rakan-rakannya yang menyaksikan menyangkan yang Tengku Zaleha telah meninggal dunia. Selepas peristiwa itu, Ghazali menjadi seorang yang tidak waras dan masih menyatakan bahawa Tengku Zaleha masih hidup.
Beberapa bulan kemudian, Tengku Zaleha mendiami semula Anggrek Villa bersama-sama dengan suaminya, Tengku Mukri (S. Kadarisman). Tengku Mukri mempunyai muslihat tersendiri untuk membolot harta yang diwarisi oleh Tengku Zaleha. Untuk memudahkan pertemuannya dengan Ghazali, Tengku Zaleha telah memilih Anggrek Villa di Johor Bahru untuk berbulan madu. Turut bersama mereka, Tengku Aziz (Yusof Latiff - sepupu kepada Tengku Mukri). Dengan pertemuan tersebut jalinan kasih sayang antara Ghazali dan Tengku Zaleha yang terbantut mekar semula. Ketika itulah, Tengku Zaleha menceritakan kisah sebenar mengenai peristiwa kehilangannya di malam itu. Malam itu juga kelaurga Tengku Karim berpindah ke Singapura serta merta. Semasa di sana, berlaku pengeseran di mana Tengku Hassan telah membunuh Yang Chik (ibu Tengku Zaleha) dan ditangkap oleh pihak polis manakala Tengku Karim yang tidak dapat menerima ke atas kematian isterinya telah dimasukkan ke hospital sakit jiwa (gila). Selepas peeistiwa tersebut, Tengku Zaleha berkahwin dengan Tengku Mukri.
Bagaimanapun, apabila Tengku Mukri mendapat tahu dari Tengku Aziz yang Tengku Zaleha dan Ghazali sedang bercinta dan Tengku Aziz pula meminta Tengku Mukri menceraikan Tengku Zaleha supaya Tengku Zaleha dapat berkahwin dengan Ghazali. Cadangan Tengku Aziz sangat memarahkan Tengku Mukri dan membuat rancangan membunuh Tengku Aziz cara melanggar dengan keretanya dari selepas itu pergi menemui Ghazali membuat perhitungan untuk membunuh Ghazali. Pertarungan sengit berlaku di antara Ghazali dan Tengku Mukri hampir meragut nyawa Ghazali, namun Tengku Aziz yang disangka terbunuh akibat muslihat Tengku Mukri muncul dengan tiba-tiba lalu menembak Tengku Mukri lalu membunuhnya. Dengan itu, bertautlah semula cinta antara Ghazali dan Tengku Zaleha.
Barisan pelakon
[sunting | sunting sumber]- P. Ramlee sebagai Ghazali (seorang ahli muzik versatil dan vokalis)
- Saadiah sebagai Tengku Zaleha kekasih Ghazali
- Ahmad Nisfu sebagai Tengku Karim (ayahnya tengku zaleha kemudian menjadi gila)
- Kuswadinata sebagai Tengku Hassan (abang tiri Tengku Zaleha)
- Yusof Latiff sebagai Tengku Aziz (sepupu Tengku Mukri)
- S. Kadarisman sebagai Tengku Mukri (suami tengku zaleha mengahwininya semata mata inginkan hartanya). Merupakan antagonis utama filem ini
- S. Shamsuddin sebagai Sudin (sepupu Ghazali; pemain double bass)
- Zainon Fiji sebagai Mak Jah (ibu Ghazali)
- Rahimah Alias sebagai Yang Chik
- Mariam Baharum sebagai Munah (orang gaji di Anggrek Villa)
- Mustarjo sebagai Wak Karto (tukang masak di Anggrek Villa)
- Aini Jasmin sebagai orang gaji Tengku Mukri (kekasih sudin)
- Kemat Hassan sebagai Tengku Ismail (bapa Tengku Mukri)
- Rahmah Rahmat sebagai kekasih sulit Tengku Mukri
- M. Rafiee sebagai pemandu di Anggrek Villa
- Ali Fiji sebagai pemain drum / cajon
- Kassim Masdor sebagai pemain gitar
- S. Sudarmaji sebagai pemain biola / marakas
- Mak Dara
Runut
[sunting | sunting sumber]- Alunan Biola nyanyian asal P. Ramlee
- Selamat Panjang Umur nyanyian asal P. Ramlee
- Getaran Jiwa nyanyian asal P. Ramlee
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.filemkita.com/filem/a/antara_dua_darjat_01.html Diarkibkan 2008-05-06 di Wayback Machine Dicapai pada 9 Oktober 2017
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Antara Dua Darjat di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- http://raimi-90.blogspot.my/2016/08/sinopsis-dan-pengajaran-filem-antara.html Dicapai pada 9 Oktober 2017