Pergi ke kandungan

Rokiah Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rokiah Jaafar
Kelahiran
Rokiah binti Ahmad

1925
Meninggal dunia27 Julai 2020 (berumur 94–95)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1948–1967
PasanganAhmad Jaafar
Anak-anakA. Galak

Rokiah binti Ahmad (1925 - 27 Julai 2020) dilahirkan di Gemas, Negeri Sembilan pada tahun 1925. Pada usia 14 tahun, beliau berkahwin dengan Ahmad Jaafar dan telah dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Zakaria, yang kemudiannya terkenal sebagai A. Galak.

Rokiah mula berlakon sebagai tambahan dalam filem Chinta pada tahun 1948. Kemudian memegang watak utama dalam filem Berdosa. Puncak kariernya adalah sebagai heroin dalam filem Antara Senyum dan Tangis, Penghidupan dan Putus Harapan, kedua2 disamping P. Ramlee. Selepas bercerai dengan suami pertama, beliau telah berkahwin dengan Jaafar Abdullah, seorang pegawai Shaw Brothers. Maka nama glamournya ditukar menjadi Rokiah Jaafar. Selepas filem Arjuna pada tahun 1954, beliau tidak banyak berlakon. Antara filem terakhir Rokiah adalah Kacha Permata pada tahun 1966 dan Lampong Karam pada 1967.

Pada tahun 1967, beliau bercerai dengan Jaafar Abdullah dan terus berhijrah ke Sweden untuk bekerja di sebuah hospital. Di sanalah beliau bertemu dengan seorang pemuda Swedish dan telah mendirikan rumahtangga. Pemuda itu berusia 20 tahun lebih muda dari Rokiah. Selepas lama berapa di Sweden, Rokiah dan suaminya kembali di Malaysia dan sekarang mereka menetap di Gemas. Hingga setakat ini, Rokiah Jaafar boleh dianggap sebagai pelakon paling senior yang masih hidup. Tetapi beliau jarang sekali muncul di mana-mana majlis yang melibatkan kehadiran karyawan filem.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]