Do Re Mi (filem)
Do Re Mi | |
---|---|
Pengarah | P. Ramlee |
Penulis |
|
Lakon layar | P. Ramlee |
Dibintangi | |
Sinematografi | Hitam-putih |
Disunting oleh | P. Ramlee |
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Organisation |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 106 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Do Re Mi merupakan sebuah filem komedi Melayu hitam putih yang diterbitkan oleh Studio Filem Merdeka di Malaysia pada tahun 1966.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Do Re Mi mengisahkan tentang tiga orang sahabat iaitu Masdo atau Do (P. Ramlee), Amore atau Re (A. R. Tompel) dan Minami atau Mi (Ibrahim Din) yang menghadapi pergelutan dalam mencari pekerjaan dan juga rumah tangga. Do, seorang yang tidak mempedulikan hal rumahtangga dan banyak berhutang, telah menipu mertuanya untuk mendapatkan wang. Do dan isterinya kemudian berpisah akibat tidak sehaluan. Do mengembara ke kota untuk memulakan hidup baru. Re pula mempunyai seorang isteri yang bekerja di kelab malam, sementara dia sendiri menguruskan hal rumahtangga. Akibat kecuaian Re yang menyebabkan wang isterinya dicuri, dia dihalau keluar dari rumah dan membawa diri mencari kerja di kota. Mi, seorang bujang yang meminati gadis yang tinggal berhadapan rumahnya, iaitu Milah (Wan Chik Daud), sering bertuah kerana gadis tersebut sudi meminjamkan wang kepadanya yang tidak bekerja. Ketika Mi keluar mencari pekerjaan, dia telah menolong mengejar pencuri yang merampas beg tangan seorang wanita. Do dan Re yang sedang mencari kerja di pejabat buruh mendengar jeritan wanita tersebut, lalu mengejar Mi yang sedang berlari, kerana menyangka dia adalah pencuri itu. Maka semenjak itu, mereka bertiga berkawan rapat dan berlaku pelbagai perkara lucu. Pelbagai cabaran tiga sahabat dalam mencari ikhtiar hidup dan mengharungi liku-liku kehidupan demi sesuap nasi.
Barisan pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- P. Ramlee sebagai Do (Masdo)
- AR Tompel sebagai Re (Amore)
- Ibrahim Din sebagai Mi (Minami)
- Rohaya Rahman sebagai Minah (isterinya Do)
- Noran Nordin sebagai Midah (isteri Re)
- Wan Chik Daud sebagai Milah (teman wanita/isteri Mi)
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Mahmud Jun sebagai Bapak Minah (Bapa Mertua Do)
- Minah Hashim sebagai Ibu Minah (Ibu Mertua Do)
- Noraini Yusof sebagai Ibu Tiri Minah (Ibu Tiri Mertua Do)
- Idris Hashim sebagai Orang Kaya
- A. K. Jailani sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap (takut kepada bininya)
- Ahmad Dadida sebagai Bapa Milah (Jebon)
- Sharif Babu sebagai Chetty
- Usman Eot sebagai Apek
- Bakar M. sebagai Pakcik Sewa Rumah
- Raden Sudiro sebagai Pemilik Buloh Inn
- Karim Latiff sebagai Pelanggan Buloh Inn
Pelakon tambahan
[sunting | sunting sumber]- Minah Mahmud sebagai Isteri Ahli Mesyuarat Tingkap
- Noor K.K sebagai Tok Bilal
- Yusof Bujang sebagai Penyamun Long Ranger
- A. Bakar Jaafar sebagai Peragut
- Pak Yem sebagai Doktor
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Saloma sebagai Penyanyi Buloh Inn
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Do Re Mi terbit daripada rancangan P. Ramlee untuk menyambung siri filem komedinya, Bujang Lapok, yang dihasilkannya terdahulu ketika berkarya di Malay Film Productions, Singapura. Namun begitu, atas kesukaran untuk membawa rakan trio lawaknya ke Kuala Lumpur, beliau berbincang dengan rakannya, AR Tompel, untuk sebaliknya menghasilkan filem berbeza tetapi dengan konsep serupa. Mengetahui bakatnya, P. Ramlee membawa AR Tompel untuk menjadi pelakon utama, sebelum membawa juga Ibrahim Din untuk melengkapkan kumpulan lawaknya.[1]
Dalam satu temu bual dengan Majalah Filem, P. Ramlee mengaku bahawa beliau menghasilkan Do Re Mi secara "terpaksa", tetapi tetap berusaha untuk memberi kualiti perfileman yang sebaik mungkin, dan menjelaskan bahawa lakonan filem tersebut kebanyakannya terbit secara spontan.[1]
Runut
[sunting | sunting sumber]- "Rantai Terlepas" nyanyian P. Ramlee
- "Do Re Mi" nyanyian P. Ramlee, A. R. Tompel & Ibrahim Din
- "Bossanova" nyanyian Saloma
- "Gitar Berbunyi" nyanyian Saloma (Wan Chik Daud)
- "Bintang Malam" nyanyian Saloma
- "Hai Obat" nyanyian P. Ramlee, A. R. Tompel & Ibrahim Din
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Sekuel filem
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Razali, Hidir Ali (2024). "Tercipta Komedi Do Re Mi". P. Ramlee: Tiada Yang Kedua. Kuala Lumpur. m/s. 133–125. ISBN 9789672437871.