Adi Putra
Adi Putra | |
---|---|
Kelahiran | Mohamed Hadi Putera bin Halim 26 Februari 1981 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Hadi Putera, Ady Putra |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, pengarah, penulis, penerbit |
Tahun aktif | 2003–kini |
Terkenal kerana | Watak Jai dalam filem KL Gangster |
Ketinggian | 1.72 m (5 ka 7 11⁄16 in) |
Pasangan | Datin Zuhaida Yusof (k. 2006; c. 2017) (k. 2018) Norshahida Dzolkifly (k. 2016; c. 2017) |
Anak-anak | 2 |
Ibu bapa |
|
Dato' Mohamed Hadi Putera bin Halim (lahir 26 Februari 1981) atau lebih dikenali sebagai Adi Putra merupakan seorang pelakon dan penyanyi di Malaysia kelahiran Singapura. Beliau membuat penampilan sulung di televisyen Singapura pada 2003 menerusi drama Cinta Bollywood 2, dan terkenal dengan peranannya dalam filem Anak Halal (2007), Akhirat (2008), KL Gangster (2011-13), Aku Terima Nikahnya (2012), Langgar (2013), Balistik (2014), Isyarat Cinta (2015), Hanyut (2016), Makrifat Cinta (2018), Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (2022). Beliau juga berjinak-jinak menceburi bidang muzik dengan melancarkan album studio solo perdananya, Kelahiran (2008).
Bagi peranan lakonannya di televisyen, beliau terkenal dengan watak Ridzuan dalam Akukah Tanggang? (2008), Reza dalam Na O Mei (2010), Indra Putra dalam Suria di Cordoba, Tengku Samson dalam Samson dan Delaila dan Zikir dalam Tentang Dhia (2011), Wahyu dalam Cinta Qaseh (2013), Fariz Adryan dalam Cinta Si Wedding Planner (2015) dan Alif dalam Sejadah Untuk Dia (2018). Selain peranan di televisyen dan filem, Adi juga terkenal dengan peranan di pentas teater termasuk Sri Mersing (2010) dan Di Bawah Lindungan Ka'bah (2014).
Sehingga 2017, Adi telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan sepanjang kerjayanya termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah Melodi TV3. Pada 23 Disember 2017, beliau dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.[1]
Pada April 2018, beliau telah mengumumkan di laman Instagramnya bahawa beliau telah mendapat taraf warganegara Malaysia.[2]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan sebagai Mohd Hadi Putera bin Halim pada 26 Februari 1981 di Singapura. Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 adik-beradik dan berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan di Institut Pendidikan Teknikal Singapura. Adi memulakan kerjaya awalnya sebagai budak penghantar Pizza Hut, kemudian bekerja sebagai kakitangan kedai serbaneka 7-Eleven dan seterusnya bekerja sebagai juruteknik penghawa dingin.[3] Beliau tiba di Kuala Lumpur pada tahun 2002, dan pada mulanya mahu menjadi warganegara Malaysia.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Perjalanan kerjaya Adi bermula di Singapura sebagai model, pelakon dan pengacara di MediaCorp Suria. Pada ketika pertama kali berlakon, beliau pernah dikenali sebagai Hadi Putera. Beliau juga pernah menjadi duta syarikat Triways. Pekerjaan sepenuh masa pertamanya setelah menamatkan khidmat negara ialah sebagai juruteknik pencahayaan untuk siri televisyen Cina MediaCorp.[3] Ketika berusia 21 tahun, beliau membuat penampilan sulung di televisyen Singapura pada 2002 menerusi drama Cinta Bollywood 2 yang turut dibintangi oleh Aaron Aziz dan Suhailah Salam, beliau kemudian membintangi drama Anak Metropolitan musim kedua, yang mana beliau memegang watak sebagai instruktor gimnasium.[3] Pada tahun 2003, beliau menyertai pertandingan kecantikan yang dianjurkan oleh majalah gaya hidup dan hiburan Melayu Singapura Manja dan dinobatkan sebagai Encik Fotogenik.[3]
Beliau berhijrah ke Malaysia pada 2004 di mana kerjaya lakonan beliau bermula dan meniti puncak populariti. Beliau melakonkan watak sebagai Zainuddin dalam drama Haryati musim kedua yang dibintangi oleh Lisdawati dan Rusdi Ramli dan bersiaran di TV1. Ini diikuti oleh watak sebagai Carl Zafran dalam Tak Tercapai Akalmu.[4] Ditanya mengenai watak Carl dalam Tak Tercapai Akalmu, Adi berkata: "Saya lakonkan peranan yang berbeza, dari seorang anak yang tidak berterima kasih kepada adik lelaki yang kurang bernasib baik. Jadi memegang watak Carl yang mengalami kesulitan menyatakan perasaannya agak mencabar buat saya."[4]
Pada tahun 2006, Adi berlakon di samping Eja dalam drama Mya Zara yang bersiaran di Slot Samarinda TV3.[5] Beliau membuat penampilan filem pertama menerusi filem sejarah 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba yang ditayangkan pada 25 Oktober 2007. Dalam filem ini, Adi menjayakan watak Syed Alwi Al-Hadi.[6] Beliau kemudian berlakon bersama Farid Kamil, Fauzi Nawawi, Fizz Fairuz, Maya Karin dan Fasha Sandha dalam filem aksi arahan Osman Ali, Anak Halal yang ditayangkan pada 13 Disember 2007.[7]
Adi melakonkan watak sebagai Ridzuan dalam drama Akukah Tanggang? yang memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 pada 28 Julai 2008. Ia turut dibintangi oleh Fasha Sandha, Aida Radzwill, Jalaluddin Hassan, Wan Hanafi Su, Fizz Fairuz, Almy Nadia dan Fauziah Nawi,[8] Beliau turut menyumbangkan suaranya dengan menyanyikan lagu tema drama ini, "Kelahiran".[9] Beliau melancarkan album solo pertama, Kelahiran yang memuatkan sebanyak 11 lagu, dikeluarkan pada tahun yang sama.[10]
Sepanjang 2009 dan 2010, Adi tidak berlakon filem, sebaliknya lebih menumpukan perhatian kepada drama dan telefilem. Di dalam drama Kala Hati arahan Harris Fadhilah, Adi menjayakan watak utama bersama Dynas. Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama Grand Brilliance, Nurul Aini Abu Bakar berkata: "Kami cuba memberikan yang terbaik kepada penonton kami terutama penggemar-penggemar slot ini. Untuk itu, kami telah memilih siri ‘Kala Hati’ untuk mengisi slot ini kerana ianya menarik untuk ditonton oleh seisi keluarga. Watak utama yang dilakonkan oleh Adi Putra dan Dynas semestinya memberikan impak yang sangat berkesan disamping diperkuatkan lagi oleh pelakon-pelakon yang tidak boleh disangkal lagi kehebatannya menambahkan lagi perisa di dalam kisah ‘Kala Hati’ ini." Drama ini mengisahkan Faizal, seorang pemuda yang kacak dan baru kembali setelah menamatkan pengajiannya di Amerika.[11] Adi menjayakan watak utama bersama Elly Mazlein dalam drama Na O Mei arahan Fairuz Loy dengan skrip ditulis oleh Rozie Rashid yang diilhamkan dari kisah benar mengenai gadis Siam yang berkahwin dengan lelaki Melayu dan mempunyai anak dinamakan Na O Mei.[12]
Selepas sekian lama berehat panjang dari berlakon filem, Adi kembali beraksi menerusi filem HAQ arahan bersama Hor Chee Leong dan Jumaatun Azmi.[13][14] Dalam filem ini, Adi melakonkan watak Badrul Ibrahim. Feride Hikmet Atak dari mSTAR Online mengulas: "Haq sebuah filem yang membuatkan penonton keliru dengan jalan cerita yang hendak ditampilkan".[15]
Bekerjasama bersama Syamsul Yusof, beliau menjadi pelakon utama bersama Aaron Aziz, Soffi Jikan, Syamsul dan Zizan Razak menerusi filem aksi pecah panggung, KL Gangster yang ditayangkan pada 9 Jun 2011 di mana beliau memegang watak Jai, adik kepada Malek lakonan Aaron Aziz.[16] Ady menjayakan watak bersama Sari Yanti dalam siri drama Suria Di Cordoba yang memulakan siaran pada 7 Jun di Astro Prima.[17] Drama ini menjalani penggambaran di dua bandar utama Sepanyol—Cordoba dan Madrid dan juga di Malaysia—Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, Selangor. Adi memegang watak sebagai Indra Putra.[18] Beliau berpasangan bersama Nora Danish dalam filem romantik Aku Terima Nikahnya arahan sulung Eyra Rahman yang ditayangkan pada 11 Oktober 2012.[19]
Dalam filem aksi jenayah 2013, Langgar arahan sulung Syed Hussein, Adi memegang watak sebagai Nizam, seorang pemuda biasa yang ingin menuntut keadilan atas isteri dan bakal bayinya akibat dibunuh oleh sekumpulan samseng. Filem ini turut dibintangi oleh Namron, Zul Huzaimy, Hans Isaac, Nasrizal Ngasri, Khir Rahman dan Natasha Hudson.[20]
Beliau kembali menjayakan watak Jai dalam prekuel filem KL Gangster, KL Gangster 2,[21] bagaimanapun dua bulan sebelum ditayangkan, salinan filem ini mula tersebar di internet. Namun demikian, ia berjaya mencuri perhatian penonton biarpun sekadar meraih kutipan lebih rendah berbanding filem terdahulu.[22]
Pada 9 Januari 2014, beliau berlakon dalam filem aksi jenayah Balistik arahan Silver Chung. Adi menjayakan watak sebagai Nizam, rakan karib Saga lakonan Rosyam Nor dan suami kepada Salina lakonan Rita Rudaini.[23][24] Beliau membuat kemunculan khas dalam filem komedi jenayah Amir dan Loqman Pergi ke Laut arahan Mamat Khalid. Adi berlakon dalam satu-satunya drama lakonannya bagi tahun 2014, Zahira yang mana beliau melakonkan watak Iqbal dan menjadi hero utama Zara Zya yang memegang watak tajuk.[25]
Adi bersama-sama Nasha Aziz serta barisan pelakon lain menjayakan pementasan teater adaptasi dari novel 1938 karya sasterawan Indonesia Hamka, Di Bawah Lindungan Ka'bah yang dipentaskan di Istana Budaya dari 10 hingga 18 Mei 2014.[26][27]
Adi menjayakan watak sebagai Iskandar, seorang pemuda yang cacat pendengaran dalam filem drama arahan Bade Hj. Azmi, Isyarat Cinta yang turut dibintangi oleh Liyana Jasmay dan Fizo Omar. Untuk menjayakan peranannya, beliau menghadiri kelas bahasa isyarat.[28][29]
Adi digandingkan kembali bersama Nora dalam filem romantik Suami Aku Ustaz arahan Ghaz Abu Bakar, ditayangkan pada 14 Mei 2015.[30][31] Filem yang diadaptasikan daripada novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan Hannah Dhaniyah mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah, Alisa yang dipaksa untuk berkahwin dengan sepupunya dan guru agama di sekolahnya, Ustaz Hafiz.[32][33]
Pada 30 Disember 2015, Adi bergandingan bersama pendatang baharu, Mira Filzah sebagai pelakon utama drama adaptasi novel terbitan Penulisan2U, Cinta Si Wedding Planner yang mengisahkan Izara Batrisya (Mira Filzah) seorang gadis bercita-cita tinggi dalam bidang perancang perkahwinan bertemu dengan seorang lelaki penuh egois, Fariz Adryan (Adi) sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin. Dalam drama ini, beliau memegang watak sebagi Faiz Adryan. Siri ini mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 4.5 juta.[34]
Adi merupakan salah seorang pelakon utama filem Hanyut arahan U-Wei Hj Saari yang ditayangkan pada 24 November 2016 selepas sekian lama tertangguh.[35] Dalam filem yang diadaptasi dari novel Almayer's Folly karya Joseph Conrad, beliau memegang watak sebagai Dain Maroola.[36][37] Dalam satu temuramah bersama Sinar Harian, Adi berkata Watak Dain sedikit sebanyak memberi cabaran baru buatnya: "Daim hidup sekitar tahun 1800 yang mana, kita tidak mengetahui bagaimana slanga bahasa Melayu yang digunakan pada ketika itu. Saya cuba mencari slanga yang tepat di internet namun tak berjaya menemuinya. Jadi, saya perlu merujuk slanga yang hampir serupa pada tahun itu."[38]
Beliau berlakon bersama Janna Nick, Izara Aishah dan pelakon Indonesia, Irwansyah dalam drama gabungan kerjasama tiga negara–Malaysia, Singapura dan Indonesia, Dia arahan Eoon Shuhaini yang bersiaran di TV3 dari 14 Oktober 2017 - 11 Mac 2018.[39] Bermula 1 Januari 2018, Adi memegang watak sebagai Alif, seorang pemuda yang dihukum penjara selama 10 tahun, namun kemunculan semulanya tidak diterima masyarakat setelah dibebaskan dalam drama Sejadah Untuk Dia arahan Rahila Ali terbitan Skop Productions. Ia turut dibintangi oleh Rashidi Ishak, Ben Amir, Tania Hudson dan Wawa Zainal.[40]
Beliau seterusnya muncul dalam filem drama biografi romantik, Makrifat Cinta arahan Kamal G,[41] beliau memegang watak Rizal. Filem ini ditayangkan pada 1 Februari 2018 dan turut dibintangi oleh Nora Danish, Nabila Huda dan Syamsul Yusof.[42][43] Selepas Sejadah Untuk Dia, Adi menjayakan watak sebagai Fikri dalam siri TV Teratai Kemboja, beliau digandingkan sekali lagi dengan Fasha Sandha. Drama ini menjalani penggambaran di Kemboja dan bersiaran di Slot Zehra pada 13 April 2018.[44][45]
Adi menjayakan watak Mat Kilau, pejuang Melayu yang menentang pentadbiran British di Pahang dalam filem biografi sejarah, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof yang memulakan penggambaran pada April 2018.[46][47] Syamsul mengulas mengenai pemilihan Adi untuk watak Mat Kilau: "Pemilihannya adalah kerana dia mampu menjiwai watak tersebut dan saya yakin dia sebagai pelakon berpengalaman akan membawakan watak ini dengan baik,".[48][49]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau berkahwin dengan Zuhaida Yusof pada 14 April 2006 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Zara Adelia yang dilahirkan pada 18 Oktober 2012 sebelum bercerai pada Mac 2017 dan kemudian bernikah semula pada Januari 2018.[50][51] Adi berkahwin kali kedua dengan Norshahida Dzolkifly pada 20 Jun 2016 sebelum bercerai pada Mac 2017.[52] Adi dalam satu kenyataan di laman Instagram beliau memberitahu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua-dua isterinya dan memfailkan perceraian dengan Aida di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac 2017.[53][54]
Adi didakwa oleh bekas isterinya, Norshaida Zolkifly kerana menggunakan sijil perkahwinannya secara berniat jahat untuk menjalankan perniagaan di luar negara, menggunakan namanya tanpa persetujuannya. Laporan polis dibuat oleh Norshaida pada 10 Disember 2017.[55] Adi mengumumkan di laman Instagram miliknya pada April 2018 bahawa beliau telah menerima taraf warganegara Malaysia. Selain beliau, isteri dan anak-anaknya turut memperoleh kewarganegaraan Malaysia.[56]
Beliau merupakan penyokong tegar Barisan Nasional dan turut menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya umum ke-14 yang diadakan pada 9 Mei 2018.[57]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2007 | 1957: Hati Malaya | Syed Alwi Al-Hadi | Filem pertama, penampilan khas |
Anak Halal | Erzan | ||
2008 | Akhirat | Ari | |
Histeria | Cikgu Helmi | ||
2010 | 2 Hati, Satu Jiwa | — | Juga sebagai peneka produksi |
2011 | Haq | Bad | |
KL Gangster | Jai | ||
Don 2 | Peguam | Penampilan pertama untuk filem Bollywood | |
2012 | Aku Terima Nikahnya | Johan | |
2013 | Langgar | Nizam | |
KL Gangster 2 | Jai | ||
2014 | Balistik | Inspektor Nizam | |
Amir dan Loqman Pergi ke Laut | Mamat | Penampilan khas | |
2015 | Isyarat Cinta | Iskandar | |
Suami Aku Ustaz | Ustaz Hafiz | Juga sebagai lakon layar | |
2016 | Hanyut | Dain Maroola | |
2017 | Kanang anak Langkau: The Iban Warrior | Kopral Omar | |
2018 | Makrifat Cinta | Rizal | |
2022 | Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan | Mat Kilau | |
Jerangkung Dalam Almari | Fikri | ||
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa | Mejar Adnan Zaid Rahmat / Lejen | ||
Seratus | Pembaca Surat Khabar | Penampilan khas | |
2023 | Syaaban | Shabby | Juga sebagai pengarah, penulis dan penerbit |
2024 | Saazish | Inspektor Ray | Filem usahasama Malaysia-Punjabi |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2005 | Juminten | Mediacorp Suria | |
Dakapan Senja | |||
2006 | Kasih Rela Ku Pujuk | ||
2007 | Kalis Cinta | Borhan | TV3 |
2008 | Kehangatan Lantana | Hakim | |
Kelahiran Teristimewa | Abdul Muhaimin | ||
2009 | Paku Di Dinding Hati | Fazli | Astro Prima |
Anak Cucu Tokwan | Mansor | TV2 | |
2010 | Emily | Uria Hannan | TV3 |
Mencintaimu | Airil | TV1 | |
Qasidah Buat Laila | Astro Oasis | ||
Aku Cinta Padamu | |||
2011 | Mengurai Rindu | TV3 | |
Air Mata Salina | Azman | ||
Karma Salina | |||
Flamenco di Hatiku | Irsyad/Azhan | Astro Prima | |
Sumpahan Anjasmoro | Zahid | TV3 | |
Kasih Suraya | |||
Cinta Zanita | |||
2012 | Di Langit Lazuardi | Rauf | TV9 |
Maharku Untukmu | Putera | TV3 | |
Jauh | Fikri | Astro Citra | |
Lailatul Qadar | Hasbullah | TV9 | |
Fantasi Si Laila | TV2 | ||
2013 | Siapa Aku di Hatimu | ||
Ijab dan Qabul | Imran | TV3 | |
Serindu Taj Mahal | Shahrizal | ||
2015 | 3 Hari Menanti Mati | Shahrul | |
2016 | Teroka | Borhan | |
Cinta Si Wedding Planner Raya | Fariz Adryan | ||
Permata Rasul | Salahuddin Alayubi | Astro Oasis | |
Jauh | Fikri | Astro Ria | |
2017 | D'Kayangan | Mahadi | TV1 |
2018 | Mentari | Khalid | TV3 |
Kelir | Badrul | TV1 | |
2019 | Aku Belum Mahu Mati | Irfan | TV3 |
2021 | Epilog: Aku Yang Kau Gelar Isteri | Ezlan | |
Rabak | Azri | ||
2022 | Kasih Dia | Rashdan | TV2 |
Kerana Dia Isteri | Halimi |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2002 | Cinta Bollywood 2 | Sheikh | Mediacorp Suria | Drama pertama |
Anak Metropolitan 2 | Khairul | |||
2003 | E.C. | Yusri | ||
2004 | Haryati 2 | Zainuddin | TV1 | |
2006 | Tak Tercapai Akalmu | Carl Zafran | ||
Mya Zara | Azlan | TV3 | ||
Kerana Dosa Kelmarin | TV1 | |||
2007 | Kasih Suci | Luke | TV3 | |
Spa Q | Nasir | |||
2008 | Akukah Tanggang | Ridzuan | ||
Abadi Sebuah Cinta | Irwan | |||
Mat Jenin | Mat Jenin | TV9 | ||
KL Menjerit The Series | Shahrol | Astro Ria | ||
Jangan Main Belakang | ||||
7 Tahun Menggendang Cinta | TV1 | |||
2009 | Kala Hati | Faizal | TV3 | |
Issandra | Irfan | TV2 | ||
2010 | Na O Mei | Reza | TV3 | |
Chinta | Amar/Rasul Iman | dua watak | ||
Nur Kasih di Jabal Rahmah | Harun | TV1 | ||
2011 | Bidadari Dari Raudhah | Khir | ||
Suria Di Cordoba | Indra Putra | Astro Prima | ||
Mantera Anjasmoro | Zahid | TV3 | ||
Samson & Delaila | Tengku Samson | |||
Tentang Dhia | Zikir | |||
Kala Terbit Cinta | Munir | TV AlHijrah | ||
2013 | Sehangat Asmara | Zainal Arief | Astro Mustika HD | |
Teduhan Kasih | Ehsan | TV3 | ||
Cinta Qaseh | Wahyu | |||
Ammara Batrisya | Rayyan | |||
2014 | Zahira | Syed Iqbal | ||
2015 | Cinta Si Wedding Planner | Fariz Adryan | ||
2016 | Lambaian Ramadan | Adam | ||
2017 | My Sweet Lavender | Amirul | TV9 | |
Dia | Zaid | TV3 | ||
2018 | Sejadah Untuk Dia | Alif | Astro Oasis | |
Teratai Kemboja | Fikri | TV3 | ||
Bahagia Bukan Bidaan | Nik Zachary | |||
2020 | Bicara Cinta | Rais | ||
2021 | Aku Yang Kau Gelar Isteri | Ezlan | ||
2022 | PA Lelaki Kerek | Irshad | TV Okey | |
2024 | Lelaki Itu | Syed Mirza dan adik kembar | TV3 | dua watak |
Teater
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2005 | Rubiah | Alang[58] |
2010 | Sri Mersing | Damak |
2013 | Akulah | Dato’ Seri Hilal Ashwad |
2014 | Di Bawah Lindungan Ka'bah | Hamid |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2018 | Ketuk-Ketuk Ramadan | Artis undangan | TV1 |
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Maklumat album |
---|---|
Kelahiran (Akukah Tanggang) |
|
Single
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk lagu |
---|---|
2011 | "Tentang Dhia"
|
2012 | "Tiada Kasih Tiada Cinta"
|
"Dia Untukku"
|
Videografi
[sunting | sunting sumber]Muzik video
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2024 | "Dulu Kini dan Akhirnya" | Marsha Milan |
"Hening Rindu" |
Aktivisme
[sunting | sunting sumber]Pada Julai 2013, beliau bersama-sama dengan Neelofa, Nora Danish, Fiza Sabjahan, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza telah dilantik sebagai duta untuk kempen Anugerah Syawal 2013 oleh TV3. Menurut TV3 "pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal.[59][60]
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2010 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 | Pelakon TV Lelaki Popular | — | Tercalon |
2011 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Tercalon | |
Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon | |||
Artis Lelaki Anggun Bergaya | Menang | |||
Anugerah Skrin ke–15 | Pelakon Lelaki Terbaik Filem | KL Gangster | Tercalon | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama | Airmata Nur Salina | Tercalon | ||
2012 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 | Pelakon Filem Lelaki Popular | — | Tercalon |
Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon | |||
Watak Jahat dalam Filem / Drama Popular | Tercalon | |||
Artis Lelaki Stailo | Tercalon | |||
Gandingan Serasi di Layar (bersama Nora Danish) | Tercalon | |||
Anugerah Seri Temasek 2013 | Anugerah Harapan Seri Temasek | Menang | ||
2013 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Tercalon | |
Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon | |||
Artis Lelaki Stailo | Tercalon | |||
Anugerah Skrin ke–17 | Pelakon Lelaki Terbaik Filem | Langgar | Tercalon | |
Anugerah Melodi ke–3 | Anugerah Artis Sensasi | — | Menang | |
2014 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Tercalon | |
Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon | |||
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Zara Zya) | Tercalon | |||
Selebriti Lelaki Paling Seksi | Menang | |||
2015 | Anugerah Skrin ke–19 | Pelakon Lelaki Terbaik Filem | Isyarat Cinta | Tercalon |
2017 | Anugerah Skrin ke–21 | Pelakon Lelaki Terbaik Filem | Hanyut | Tercalon |
2018 | Anugerah Skrin ke–22 | Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian | Teratai Kemboja | Tercalon |
2022 | Festival Filem Malaysia ke-32 | Pelakon Lelaki Terbaik | Air Force The Movie: Selagi Bernyawa | Tercalon |
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan | Menang | |||
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Aktor Filem Popular | — | Tercalon |
Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]Adi Putra dianugerahkan dengan Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' pada 24 Oktober 2017.[61][62]
- Penghargaan Malaysia
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Adi Putra dikurniakan gelaran Dato' oleh Sultan Pahang". Berita MediaCorp. 27 Oktober 2017. Dicapai pada 20 April 2018.
- ^ Rozaimi Zubaidi (29 April 2018). ""Sudah Tiba Masa Umumkan Status Warganegara Saya Ialah Malaysia" - Adi Putra". Gempak. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-20. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
- ^ a b c d Eddino Abdul Hadi (26 Januari 2014). Adi Putra's royal flush. The Star Online. Dicapai pada 3 September 2014. "Hard work, luck and looks shot former lighting technician Adi Putra to acting stardom".
- ^ a b Azhariah Kamin (20 November 2006). "Love in the office". The Star Online. Dicapai pada 2 Mac 2013.
- ^ Nor Fadzilah Baharudin (19 Januari 2006). "Mya Zara drama terbaru Samarinda". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-14. Dicapai pada 6 Julai 2015.
- ^ "1957: Hati Malaya menghidupkan semula perjuangan bersejarah". Utusan Malaysia. 30 Oktober 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-14. Dicapai pada 6 Julai 2015.
- ^ "ADI PUTRA AKUI RAPAT DENGAN FASHA SANDHA". Sensasi Selebriti. 28 September 2008. Dicapai pada 6 Julai 2015.
- ^ Akukah Tanggang & Mahsuri bakal ditayangkan di TV3 Sensasi Selebriti (22 Julai 2008). Diperoleh pada 17 Ogos 2015.
- ^ Metra Syahril Mohamed (5 Ogos 2008). Ady menyanyi sekadar hobi Diarkibkan 2018-08-17 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 17 Ogos 2015.
- ^ Profil popular Adi Putra Diarkibkan 2018-09-02 di Wayback Machine Kosmo! (3 Oktober 2010). Dicapai pada 1 November 2010.
- ^ "'Kala Hati' temui penonton dalam slot Samarinda". mStar Online. 29 Jun 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-21. Dicapai pada 21 Oktober 2012.
- ^ Raja Intan Dianna Raja Azaham (10 Februari 2010). "Pengalaman Fairuz arah Na-O-Mei dalam laut". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-21. Dicapai pada 21 Oktober 2012.
- ^ Budiey (26 Januari 2011). "Aksi Zul Huzaimy & Adi Putra dalam Filem HAQ". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Oktober 2012.
- ^ Syazwan Zakariah (3 Februari 2011). "Haq yang keliru". Sensasi Selebriti. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-28. Dicapai pada 28 Oktober 2012.
- ^ Feride Hikmet Atak (8 Februari 2011). "'Haq', Buat Penonton Keliru". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-28. Dicapai pada 28 Oktober 2012.
- ^ KL Gangster, Filem Aksi Yang Realistik Diarkibkan 2012-01-11 di Wayback Machine, gua.com.my, 9 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
- ^ Budiey (24 Mei 2011). "Suria Di Cordoba di Astro Prima". Senasasi Selebriti. Dicapai pada 3 Jun 2011.
- ^ Khadijah Ibrahim (6 Jun 2011). "Temui Suria Di Cordoba". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-21. Dicapai pada 3 Jun 2011.
- ^ "'Aku Terima Nikahnya' RM1.3 Juta". Malaysian Digest. 16 Oktober 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-17. Dicapai pada 2 Mac 2013.
- ^ Raziatul Hanum A. Rajak (4 April 2013). Langgar bukan filem aksi kosong Sinar Harian. Diperoleh pada 22 April 2013.
- ^ Eddino Abdul Hadi (8 October 2013). "Aaron Aziz gangs up with Adi Putra". The Star. Dicapai pada 15 Julai 2015.
- ^ Nazeri Nong Samah (7 October 2013). KL Gangster 2 isytihar perang Diarkibkan 2017-03-02 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Retrieved on 1 March 2014.
- ^ Wanda Idris (17 Mac 2013). "Kepantasan Balistik". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ Melati Pusaka (25 Januari 2014). "Balistik kisah hidup polis". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-29. Dicapai pada 19 April 2014.
Filem ini mendapat sambutan hangat daripada penonton walaupun ketika ini berlakunya kemerosotan hasil kutipan filem-filem tempatan.
- ^ Ardini Sophia Sina (7 Februari 2015). "Populariti Adi tak terjejas". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 1 Januari 2017.
- ^ "Teater Di Bawah Lindungan Kaabah buka tirai pementasan". Utusan Malaysia. 11 Mei 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 1 Jun 2014.
- ^ "Foto panas Adi Putra tidak jejaskan Di Bawah Lindungan Kaabah". Malaysian Digest. 4 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-13. Dicapai pada 1 Jun 2014.
- ^ Tengku Suzana Raja Hamat (28 Januari 2015). "Isyarat amal Isyarat Cinta". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 1 Januari 2017.
- ^ Shakilawati Abd Rahman (15 Februari 2015). "Cinta si bisu, si buta". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-09. Dicapai pada 1 Januari 2017.
- ^ "Suami Aku Ustaz gabungkan semula Adi dan Nora". Kosmo!. 25 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-17. Dicapai pada 12 April 2018.
- ^ Nannie Isa (13 Mei 2015). "Suami Aku Ustaz, Gabungan Nora Danish & Adi Putra Dinantikan Semua". Kite Punye. Dicapai pada 12 April 2018.
- ^ Rozaimi Zubadi (12 April 2018). "'Suami Aku Ustaz' Sarat Pengajaran, Menghiburkan". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-07. Dicapai pada 2 Mac 2018.
- ^ Aqmar Mustaza (12 April 2018). "Suami Aku Ustaz menghiburkan". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-17. Dicapai pada 2 Mac 2018.
- ^ "4.5 juta tonton episod akhir Cinta Si Wedding Planner". Sinar Harian. 19 Februari 2016. Dicapai pada 28 Ogos 2016.
- ^ "Adi Putra feels pressured by "Hanyut" role". Yahoo! Lifestyle. The Hive Asia. 14 Oktober 2016. Dicapai pada 1 November 2016.
- ^ Israr Khalid (13 October 2016). "Hanyut akhirnya sangkut". Astro Awani (dalam bahasa Malay). Astro Awani Network Sdn. Bhd. Dicapai pada 21 October 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Roy Lim Jian-Min (2009). "Visualising 'Hanyut The Movie'". Photo shoot. Kuala Lipis, Pekan: Cinema Online. Dicapai pada 18 February 2011.
- ^ Wawann Mohd (30 Oktober 2016). "Dain Maroola cabar Adi". Sinar Harian. Dicapai pada 1 November 2016.
- ^ "Dalam 'Dia' di TV3 mulai 14 Oktober". Utusan Borneo. 11 Oktober 2017. Dicapai pada 1 November 2017 – melalui Pressreader.
- ^ "Sejadah Untuk Dia lakonan Adi Putra". My Info Taip. 1 Januari 2018. Dicapai pada 6 September 2018.
- ^ Dennis Chua (21 Disember 2016). "Makrifat Cinta: The tale of a self-made millionaire". New Straits Times. Dicapai pada 1 Februari 2018.
- ^ Zulhilmi Jalil (24 Disember 2017). "Kisah benar dalam Makrifat Cinta". Kosmo!. Dicapai pada 7 April 2018.
- ^ Ramlah Zainal (23 Januari 2018). "Makrifat Cinta ala Bollywood". Harian Metro. Dicapai pada 6 Februari 2018.
- ^ Emma Hassan (30 Januari 2018). "Adi Putra, Fasha Sandha Diuji Dalam Teratai Kemboja". Mangga Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-06. Dicapai pada 6 Julai 2018.
- ^ Salma Syahbuddin (15 April 2018). "Elemen Cinta Penuh Emosi Dalam Teratai Kemboja". XTRA. Dicapai pada 6 Julai 2018.
- ^ Florey DM (3 April 2018). ""Mat Kilau" will be more than just a martial arts movie". Yahoo! News. Dicapai pada 20 April 2018.
- ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 20 April 2018.
- ^ Qarami Hashim (31 Mac 2018). "Adi Putra layak jadi Mat Kilau: Syamsul Yusof". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-28. Dicapai pada 20 April 2018.
- ^ Najiy Jefri (22 April 2018). "Adi Putra ada aura Mat Kilau". Berita Harian. Dicapai pada 19 September 2018.
- ^ Meen Tahrim (27 Ogos 2018). "Adi Putra nikahi semula bekas isteri". Sinar Harian. Dicapai pada 19 Januari 2018.
- ^ Arina Azlan (27 Ogos 2018). "Adi Putra nikah semula dengan bekas isteri pertama". Kosmo!. Dicapai pada 19 Januari 2018.
- ^ Aida Rismariza Kamarudin (29 Disember 2016). "Adi Putra suami yang baik - Shahida". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-27. Dicapai pada 29 Disember 2016.
- ^ "Adi Putra ceraikan kedua-dua isteri". Astro Awani. 23 Mac 2017. Dicapai pada 2 September 2017.
- ^ Tahir Alhamzah (23 Mac 2017). "Adi Putra split from both wives". New Straits Times. Dicapai pada 29 September 2017.
- ^ "Actor falsified marriage cert". The Star Online. 11 Disember 2017. Dicapai pada 19 September 2018.
- ^ Dennis Chua (5 April 2018). "#Showbiz: I have become a Malaysian: Adi Putra". New Straits Times. Dicapai pada 2 September 2018.
Datuk Adi Putra says Malaysia and Singapore shares a common history.
- ^ Dennis Chua (29 April 2018). "#Showbiz: Actor Adi Putra looking forward to voting for the first time". New Straits Times. Dicapai pada 18 September 2018.
- ^ http://blog.azhad.com/2005/05/teater-rubiah.html
- ^ Kemalia Othman (25 July 2013). "Lapan Selebriti Popular Jadi Duta Anugerah Syawal TV3". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 25 July 2013.
- ^ Marina Sahabudin (4 August 2013). "TV3 saji program terbaik sepanjang raya". Sinar Harian. Dicapai pada 5 August 2013.
- ^ "Singaporean actor Adi Putra conferred title of Datuk in Malaysia". Yahoo! Lifestyle. 24 Oktober 2017. Dicapai pada 24 Oktober 2017.
- ^ "Digelar Datuk, Ada Yang Tanya Apa Jasa Adi Putra". My News Hub. 24 Oktober 2017. Dicapai pada 24 Oktober 2017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1981
- Orang hidup
- Orang dari Singapura
- Pelakon lelaki Singapura
- Penyanyi lelaki Singapura
- Orang Singapura berketurunan Melayu
- Muslim Singapura
- Pelakon televisyen Singapura
- Pelakon filem Singapura
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pengarah filem Malaysia
- Penulis skrip Malaysia
- Penerbit filem Malaysia
- Penerima Darjah Indera Mahkota Pahang