Pergi ke kandungan

Festival Filem Malaysia ke-26

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Festival Filem Malaysia ke-26
Tarikh29 Oktober 2014 - 1 November 2014
TempatAuditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, Negeri Sembilan
Pengacara
Gambaran keseluruhan
Filem TerbaikKIL
Pengarah TerbaikNik Amir Mustapha
Pelakon Lelaki TerbaikRusdi Ramli
Pelakon Wanita TerbaikLisa Surihani
Liputan televisyen
RangkaianAstro Ria
Tempoh masa3 jam

Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) merupakan acara penganugerahan filem Malaysia yang terdiri daripada dua acara besar-besaran, iaitu Malam Perasmian pada 29 Oktober dan Malam Anugerah pada 1 November 2014. Dianjurkan oleh Finas dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, ia disiarkan secara rasmi oleh RTM TVi dan Astro Ria dan Astro Mustika HD.

Pada asalnya, FFM26 dijadualkan berlangsung pada 20 September 2014, tetapi ditangguhkan oleh pihak penganjur sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa tragedi nahas kapal terbang MH17.[1]

Pemenang dan pencalon

[sunting | sunting sumber]
Penerbit filem KIL, Tunku Iesta Tunku Alaudin mengangkat trofi Filem Terbaik FFM 26.

Berikut ialah senarai calon yang bertanding[2] dan pemenang bagi setiap anugerah (ditebalkan dan berada di tangga atas setiap senarai):

Anugerah-anugerah Poster, Penataan Seni, Penataan Bunyi, Lagu Tema Asal, Pengarah Harapan, Pereka Kostum/Busana, Skor Muzik Asal, Pelakon Kanak-Kanak dan Filem Pendek Terbaik serta anugerah istimewa Penggiat Belakang Tabir disampaikan pada Malam Perasmian 27 Oktober 2014 di Emperor Ballroom, Empire Hotel, Subang Jaya, Selangor (kecuali Kesan Khas Terbaik). Juga diumumkan pada majlis ini bahawa tiadanya pemenang untuk kategori Animasi.[3]

Anugerah-anugerah yang selebihnya disampaikan di Malam Anugerah FFM26 di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, Negeri Sembilan.[4]

Filem Terbaik Pengarah Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Lakon Layar Terbaik Cerita Asal Terbaik
Penyunting Terbaik Sinematografi Terbaik
Skor Muzik Asal Terbaik Penataan Bunyi Terbaik
Pereka Kostum / Busana Terbaik Penataan Seni Terbaik
Lagu Tema Terbaik Pengarah Harapan Terbaik
Pelakon Harapan Wanita Terbaik Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Filem Animasi Terbaik
  • Tiada pemenang
    • The Adventure of Hoggie, Pinky Zero, Ali and Abu – Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan
    • The Curse – Thumbs Up Team
    • Jinggo – El Videographics
Kesan Khas Terbaik Poster Terbaik
Filem Pendek Terbaik Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik
  • Jahit – Reservoir Production Sdn. Bhd
    • Cerita Satu Malam – Nazri Mohd Annuar
    • Kekasih – Diffan Sina Norman
    • The Pillar – Thumbs Up Team
    • Mimpi Mah Meri – Yu Chee Boon

Anugerah istimewa[4]

[sunting | sunting sumber]
  • Filem Box-Office: Hussein, Mon & Jin Pakai Toncit
  • Anugerah Artis Sepanjang Hayat Lelaki: Rahim Razali
  • Anugerah Artis Sepanjang Hayat Wanita: Rosnani Jamil
  • Penggiat Belakang Tabir: Ali Hussin – atas sumbangan dalam kegiatan belakang tabir perfileman semenjak tahun 1970-an
  • Anugerah Khas Juri
    • Tanda Putera – filem ini mengangkat elemen kenegaraan dan patriotisme
    • Papermoon – mengangkat elemen budaya tempatan
    • Kolumpo – memaparkan isu-isu semasa di dalam filem tempatan
  1. ^ "FFM26 Perlu Ditangguhkan, Hormati Tragedi MH17 & MH370". Murai. 2014-08-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-04. Dicapai pada 2014-11-04.
  2. ^ "Senarai Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia 26". Sensasi Selebriti. 2014-10-27. Dicapai pada 2014-11-04.
  3. ^ "Grand Brilliance Dominasi Malam Perasmian FFM26". Gua.com.my. 2014-10-30. Dicapai pada 2014-11-04.
  4. ^ a b "KIL Filem Terbaik FFM 26". Gua.com.my. 2014-11-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-07. Dicapai pada 2014-11-04.