BoBoiBoy Movie 3: Gur'latan
BoBoiBoy Movie 3: Gur'latan | |
---|---|
Pengarah | Nizam Razak |
Penulis | Nizam Razak Anas Abdul Aziz |
Berdasarkan | BoBoiBoy oleh Nizam Razak |
Dihasilkan oleh | Nizam Razak Yong Pin Kee |
Dibintangi | Nur Fathiah Diaz Dzubir Mohamed Zakaria Nur Intan Syuhadah Yap Ee Jean Wong Wai Kai |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
BoBoiBoy Movie 3: Gur'latan merupakan filem animasi komedi adiwira Malaysia 2026 yang akan datang diarahkan oleh Nizam Razak. Mengikuti BoBoiBoy dalam usahanya untuk membuka kunci Kuasa Elemen Peringkat Ketiganya
Ini merupakan filem ketiga yang diterbitkan oleh Monsta Studios selepas BoBoiBoy Movie 2 (2019). Ia merupakan kesinambungan tersendiri kepada musim kedua siri BoBoiBoy Galaxy.
'Ini telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Razak di Persidangan Maya bersama Kre8tif. Sehingga Mac 2021, filem ini sedang dalam peringkat awal produksi.[1] [2]
BoBoiBoy Movie 3: Gur'latan akan ditayangkan pada tahun awal 2026.
Pelakon suara
[sunting | sunting sumber]- Nur Fathiah Diaz sebagai BoBoiBoy
- Dzubir Mohammed Zakaria sebagai Gopal
- Nur Intan Syuhadah sebagai Yaya
- Yap Ee Jean sebagai Ying
- Wong Wai Kai sebagai Fang
Pengeluaran
[sunting | sunting sumber]Selepas kejayaan filem BoBoiBoy Movie 2, Nizam Razak menyatakan mereka telah merancang untuk menghasilkan filem ketiga BoBoiBoy. Namun, pada masa ini ia tidak menjadi fokus Monsta kerana mereka memberikan tumpuan kepada filem MechAmato yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun 2020, tetapi ditunda pada tahun seterusnya kerana pandemik COVID-19.[3]
MONSTA telah mendedahkan filem ketiga dalam francais filem BoBoiBoy bertajuk BoBoiBoy Movie 3: Gur'latan yang akan dikeluarkan pada Disember 2025[4] dengan memberi laluan terlebih dahulu kepada BoBoiBoy Galaxy Musim 2 yang ditayangkan pada Disember 2023 dan dibahagikan kepada 4 arc.
Keluaran
[sunting | sunting sumber]BoBoiBoy Movie 3 pada asalnya dirancang untuk ditayangkan pada 2022, tetapi ditunda ke 2024. Bagaimanapun, disebabkan ketidakpastian situasi dan vaksinasi wabak COVID-19, filem itu telah ditangguhkan beberapa kali, kepada Mac 2021 kepada Mei atau Jun 2021 dan akhirnya sehingga akhir 2021. akan ditayangkan di Malaysia pada awal 2026.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ https://themalaysianreserve.com/2021/03/16/monsta-celebrates-boboiboy-10th-anniversary-with-exciting-line-up/
- ^ https://www.facebook.com/BoBoiBoy/posts/pfbid0o4QxA2cvKUdE56Yqj9RBJrZPRYbwGcFft3hCrRNjqbeaykDX2daKyNzwWcEtXBwfl
- ^ "BoBoiBoy Movie 3" ada dalam kad
- ^ @BoBoiBoy (31 Oktober 2023). "[MONSTA CON 2023 LIVE UPDATE!] Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak turut berkongsi dengan orang ramai akan rancangan dan program bakal disajikan kepada penonton untuk tahun 2023 dan 2024. -- #Monsta #Mechamato #PapaPipi #BoBoiBoy #KembaliBeraksi #MonstaCon2023" (Twit). Dicapai pada 4 November 2023 – melalui Twitter.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]BoBoiBoy Movie 3: Gur'latan di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)