Pergi ke kandungan

Digital Durian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Digital Durian Sdn. Bhd.
Nama dagangDD Animation Studio
Nama dahuluDigital Durian Enterprise (2008–2012)
Jenis/bentuk sahSwasta
Industri
Ditubuhkan1 Oktober 2008; 16 tahun yang lalu (2008-10-01)
Pengasas
Ibu pejabatCyberjaya, Selangor, Malaysia
Keluaran
  • Siri animasi
  • Perlesenan
  • Cenderamata
  • Penajaan
  • Produk pengguna
  • Pengurusan acara
  • Pendidikan
  • Permainan dan aplikasi
Bilangan kakitangan140 (2020)
Tapak webdigitaldurian.tv
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Digital Durian Sdn. Bhd. (DD; juga dikenali sebagai DD Animation Studio) merupakan sebuah syarikat animasi 3D Malaysia yang berpangkalan di Cyberjaya, Selangor.[1] Ia diasaskan bersama oleh Sinan Ismail dan Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian pada 2008.[2][3] Bermula sebagai syarikat multimedia, kemudian beralih sebagai syarikat perkhidmatan perkahwinan, syarikat ini terkenal menerusi siri animasi prasekolah Didi & Friends dan Omar & Hana yang disiarkan di Astro Ceria.[4]

Digital Durian ditubuhkan pada 1 Oktober 2008 oleh dua sekawan, iaitu Sinan Ismail dan Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian. Ia bermula sebagai syarikat perkhidmatan multimedia dari tahun 2008 hingga 2010. Manakala dari tahun 2010 hingga 2012, mereka menjalankan perkhidmatan berkaitan perkahwinan iaitu Durian Kahwin, Style Weddings atau Hora Horey Videography.[5]

Bagaimanapun minat mereka dalam dunia animasi begitu mendalam. Justeru, mereka mula mencipta Didi dan bertanding dalam Cabaran Pencipta Harta Intelek (IPCC). Nasib ternyata menyebelahi mereka apabila Didi & Friends The Science Explorers terpilih sebagai pemenang pada tahun 2012.[5]

Digital Durian menghadapi tempoh yang sukar selepas Didi and Friends: Science Explorer tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dan terpaksa mengecilkan kekuatan pekerjanya kepada empat — Sinan, Hairul, seorang pengarah kreatif dan seorang pelatih.[5]

Pada Julai 2020, Digital Durian telah melancarkan aplikasi Didi & Friends dan Omar & Hana. Syarikat ini menyasarkan seramai 50,000 pengguna aktif bulanan secara purata di Malaysia bagi tahun pertama pelancarannya.[6][7]

Pada Disember 2021, Digital Durian mengumumkan bahawa ia telah melepaskan pemilikannya terhadap Didi & Friends dan menjualnya kepada studio animasi baharu, Warnakala Studios, yang diasaskan oleh Hairulfaizalizwan.[8]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Siri animasi

[sunting | sunting sumber]
  • Didi & Friends: The Science Explorers (2012)
  • Konsert Hora Horey Didi & Friends (2018)
  • Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends (2021)
  • Didi & Friends The Movie (2023)

Karya lain

[sunting | sunting sumber]
  • TudiDidi – versi 2D Didi & Friends
  • Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends – konsert
  • Oh Didi-K – program kokurikulum prasekolah
  1. ^ Lum Ka Kay (4 Mac 2017). "Educating through entertainment". Digital News Asia. Dicapai pada 21 April 2017.
  2. ^ Calyn Yap. "Digital Durian champions local cartoon content". Focus Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-13. Dicapai pada 2018-03-20.
  3. ^ Tan Kit Hoong (4 Januari 2016). "Digital Durian: Making a mark with nursery rhymes". The Star Online. Dicapai pada 10 Februari 2022.
  4. ^ Ikhwan Nazri (2016-01-23). "Bersama Digital Durian – Pembangun Siri Animasi Didi & Friends". Amanz.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-15. Dicapai pada 2018-03-20.
  5. ^ a b c "Di sebalik Didi & Friends". Utusan Malaysia. 27 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2017. Dicapai pada 4 April 2018.
  6. ^ Phic Arman (21 Julai 2020). "Lihat Apa Yang Menarik Dengan Dua Aplikasi Terbaharu Dari Digital Durian". Murai.my. Dicapai pada 19 April 2021.
  7. ^ Kamaruddin Razal (21 Julai 2020). "Digital Durian Lancarkan Aplikasi 'Didi & Friends' dan 'Omar & Hana'". Astro Gempak. Dicapai pada 19 April 2021.
  8. ^ Izwan Isa (14 Disember 2021). "Didi & Friends Kini Diterajui Oleh Warnakala Studios". Astro Gempak. Dicapai pada 1 Oktober 2022.
  9. ^ a b Nur Zarina Othman (13 Ogos 2018). Winning the hearts of children New Straits Times. Dicapai pada 28 September 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]