Animasi Malaysia
Wayang kulit merupakan salah satu contoh animasi awal. Dengan bentuk dan sendi tangan yang digerak-gerakkan, ia merupakan bentuk yang digunakan dalam animasi guntingan (cutout). Lotte Reiniger, juruanimasi dari Jerman mendapat ilham untuk membuat filemnya iaitu The Adventures of Prince Achmed (1926) berasaskan wayang kulit.
Sejarah ringkas animasi Malaysia
[sunting | sunting sumber]Animasi di Malaysia (atau dikenali sebagai #AniMY) bermula pada tahun 1946 dengan tertubuhnya Unit Filem Malaya (sekarang dikenali sebagai Filem Negara). Filem animasi pendek yang pertama ialah Hikayat Sang Kancil (Anandam Xavier, 1978) dan ditayangkan pada tahun 1983. Filem pendek yang muncul di antara tahun 1985 dan 1987 ialah: Sang Kancil & Monyet, Sang Kancil & Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan Singa Yang Haloba.
Gesaan kerajaan terhadap penggunaan teknologi digital pada awal 1980-an menyaksikan penghasilan siri TV pertama, Usop Sontorian oleh sektor swasta (Allahyarham Kamn Ismail, 1993). Manakala filem cereka pertama, Silat Lagenda (Hassan Abd Muthalib) ditayangkan pada tahun 1998. Terkini, sebanyak 31 siri TV, 4 telefilem dan 3 filem cereka telah dibuat (beberapa daripadanya telah dijual ke negara lain).
Beberapa orang kartunis juga telah mengangkat watak mereka kepada bentuk animasi. Antaranya ialah: Lat (Kampong Boy – dibangunkan di Amerika dan dianimasikan di Filipina); Imuda (Mat Gelap, filem tempatan pertama mempunyai watak animasi); Nan (Din Teksi); dan Ujang (Usop Sontorian).
Senarai ringkas
[sunting | sunting sumber]Siri dan filem animasi
[sunting | sunting sumber]- 1972: Selamat Hari Natal
- 1979: Hapuskan Nyamuk Aedes
- 1985: Sang Kancil & Buaya
- 1986: Gagak Yang Bijak
- 1986: Arnab Yang Sombong
- 1987: Singa Yang Haloba
- 1996: Usop Sontorian
- 1997: [[Sang Wira
- 1998: Frootees *1998: Keluang Man
- 1999: Kampong Boy
- 1999: Anak-anak Sidek
- 1999: Sang Wira
- 2006: Bola Kampung
- 2007: Upin & Ipin
- 2009: Geng: Pengembaraan Bermula
- 2013: Pada Zaman Dahulu
- 2014: BoBoiBoy
- 2014: Didi & Friends
- 2014: The Amazing Awang Khenit
- 2016: BoBoiBoy: The Movie
- 2016: Satria 7 Pahlawan
- 2016: Kazoops!
- 2018: [[Ejen Ali]
- 2019: Ejen Ali: The Movie
- 2021: Mechamato
- 2022: Mechamato Movie
Akan datang
[sunting | sunting sumber]- Dongeng Sang Kancil, filem animasi oleh Les' Copaque Production, bakal ditayangkan pada 26 Disember 2024
- PAPA Game On, filem animasi oleh Monsta Studios, bakal ditayangkan pada 2025
- Ejen Ali: The Movie 2, filem animasi oleh Wau Animation, bakal ditayangkan pada 2025
- Boboiboy Movie 3: Gur'latan, filem animasi oleh Monsta Studios, bakal ditayangkan pada 2025
- Gelecek, siri animasi oleh Wau Animation
- Neon Luna, siri animasi
Syarikat animasi
[sunting | sunting sumber]- Red Circle Studio
- Animonsta Studios
- Les' Copaque Production
- WAU Animation
- Riki Group & Fun Union
- SEAD Studios
- Brainy Bones Studios
- Animasia Studio
- Lensa Films
- Kartun Studios
- Fine Animation
- Funcel Studio
- Quest Animation
- Tomato Animation
- Nickelodeon Animation Studio
- Oscar Hallmark
- GanCho Studios
- Red Circle Studio
- Blindspot Studios
- Mirayi
- Digital Durian
- Warnakala Studios
- Radio Televisyen Malaysia (RTM)
- Roket Kertas
- Lemon Sky Studios
- Durioo
- Studio Quasa
- Spacesheep Studio
- Giggle Garage
- Lil Critter Workshop
- Inspedia
- Animatic Studios
- Happyeye Multimedia
- Nickelodeon Studios Malaysia