Pergi ke kandungan

Anjing Jämtland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Jämtland
Nama lainAnjing pemburu elk Sweden
Negara asalSweden
Trait
Tinggi Jantan 57–65 sentimeter (22–26 in)
Betina 52–60 sentimeter (20–24 in)
Bulu Lapis bulu ganda panjang, keras, dan terletak rapat
Warna Muncung, sebelah bawah, dan tungkai kelabu dengan kelabu muda atau krim
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Jämtland[a] atau anjing pemburu elk Sweden[b] ialah satu baka anjing daripada jenis spits yang ditemukan di Eropah Utara. Anjing Jämtland dinamai sempena Jämtland, sebuah provinsi di tengah-tengah Sweden.

Anjing pemburu elk Sweden ialah salah satu daripada sebilangan baka anjing pemburu jenis spits yang telah dikenali di serata Skandinavia selama berkurun-kurun.[1][2] Dahulu, anjing ini telah digunakan untuk memburu pelbagai buruan termasuk beruang, elk, serigala, dan lynx.[1][3]

Anjing pemburu elk Sweden menerima pengiktirafan rasmi sebagai baka pada tahun 1946, oleh sebab usaha intensif oleh Aksel Lindström dan lain-lain. Sebelum itu, ia dan anjing pemburu elk Norway dipandang sebagai baka sama. Kedua-duanya digunakan untuk memburu buruan besar seperti elk dan beruang.

Baka ini tergolong di bawah sub-klad DNA mitokondrion yang dirujuk sebagai d1 yang hanya ditemukan di Skandinavia utara. Ini merupakan hasil daripada penghibridan anjing jantan–serigala betina yang berlaku pascapembelajinakan.[4][5] Subklad d1 disangkakan telah berasal "tidak lebih dari 480–3,000 tahun lalu" dan menyertakan semua baka berkaitan dengan orang Sámi: anjing Lap Finland, anjing Lap Sweden, anjing gembala Lapland, anjing pemburu elk Sweden, anjing pemburu elk Norway, anjing pemburu elk hitam Norway, dan anjing pemburu elk Hällefors. Jujukan ibu serigala yang menyumbang kepada baka-baka ini belum dipadankan di serata Eurasia[6] dan cabangnya di pokok filogenetik berakar pada jujukan sama dengan anjing Altai yang berusia 33,000 tahun (bukan leluhur langsung).[7]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Anjing ini patut mempunyai ekor yang melingkar secara longgar yang tergantung di belakang dan tidak terlalu nipis atau melingkar secara terlalu ketat; apabila dikendurkan ekornya patut tergantung lurus ke bawah. Baka ini mempunyai telinga tegak dengan ruang lebar di antara kedua-dua telinga, muncung sederhana hingga panjang, dan lapis bulu ganda dengan bermacam-macam cahaya warna agouti. Matanya perang. Saiz jantan biasanya 57–65 sentimeter (22–26 in) dengan berat 30–35 kilogram (66–77 lb). Betina pula setinggi 52–60 sentimeter (20–24 in) dan seberat 25–30 kilogram (55–66 lb).

Anjing pemburu elk Sweden patut dibezakan daripada anjing pemburu elk Norway. Anjing pemburu elk Norway adalah jauh lebih pendek dan lebih gempal berbanding dengan anjing pemburu elk Sweden dan rupa bentuk ekornya sangat berbeza. Ia juga mempunyai topeng hitam pada muncung, manakala anjing pemburu elk Sweden mempunyai muncung putih, pipi putih, dan tanda-tanda serigala tipikal.

Walaupun tenang dan penyayang dengan keluarganya, anjing pemburu elk Sweden dapat menjadi dominan terhadap anjing lain dan mempunyai dorongan pemangsa kuat. Sebagai anjing yang benar-benar serba guna, ia mampu beralih daripada acara perburuan langsung kepada perdiangan keluarga dengan keyakinan tinggi. Ia tenang dalam suatu tujuan dan tidak mudah terusik, yang menjadikannya pasangan sesuai di lapangan atau di rumah.

Anjing pemburu elk Sweden ialah pelajar gembira yang suka menyenangkan tuannya.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ييمتلند; Svensk: jämthund
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ايلک سوءيدن; bahasa Inggeris: Swedish elkhound

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 145. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
  2. ^ Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995). The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-5). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 355–357. ISBN 9780793812844. OCLC 32596861.
  3. ^ Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 104. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
  4. ^ Pang, Jun-Feng; Klütsch, Cornelya F. C.; Zou, Xiao-Ju; Zhang, Aibing; Luo, Li-Yang; Angleby, Helen; Ardalan, Arman; Ekstrom, Camilla; Skollermo, Anna; Lundeberg, Joakim; Matsumura, Shuichi; Leitner, Thomas; Zhang, Yaping; Savolainen, Carl Peter Olavi (1 September 2009). Saitou, Naruya (penyunting). "mtDNA Data Indicate a Single Origin for Dogs South of Yangtze River, Less Than 16,300 Years Ago, from Numerous Wolves" [Data mtDNA Menunjukkan Satu Asal Usul Tunggal untuk Anjing di Selatan Sungai Yangtze, Kurang daripada 16,300 Tahun Lalu, daripada Banyak Serigala]. Molecular Biology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 26 (12): 2849–2864. doi:10.1093/molbev/msp195. ISSN 1537-1719. PMC 2775109. PMID 19723671. S2CID 15737104.
  5. ^ Duleba, Anna; Skonieczna, Katarzyna; Bogdanowicz, Wiesław; Malyarchuk, Boris; Grzybowski, Tomasz (16 Julai 2015). "Complete mitochondrial genome database and standardized classification system for Canis lupus familiaris" [Pangkalan data genom mitokondrion lengkap dan sistem pengelasan terpiawai untuk Canis lupus familiaris]. Forensic Science International: Genetics (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 19: 123–129. doi:10.1016/j.fsigen.2015.06.014. ISSN 1878-0326. PMID 26218982. S2CID 27345931.
  6. ^ Klütsch, Cornelya F. C.; Savolainen, Carl Peter Olavi (18 Januari 2011). "Regional occurrence, high frequency, but low diversity of mitochondrial dna haplogroup d1 suggests a recent dog-wolf hybridization in scandinavia" [Kehadiran serantau, kekerapan tinggi, tetapi kepelbagaian rendah bagi kelompok haplo d1 DNA mitokondrion mencadangkan penghibridan anjing-serigala baru-baru ini di Skandinavia]. Journal of Veterinary Behavior (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 6 (1): 85. doi:10.1016/j.jveb.2010.08.035. ISSN 1878-7517. S2CID 86008047.
  7. ^ Thalmann, Olaf; Shapiro, Beth Alison; Cui, P.; Schuenemann, Verena J.; Sawyer, S. K.; Greenfield, D. L.; Germonpré, Mietje B.; Sablin, Mikhail Valerievich; López-Giráldez, F.; Domingo-Roura, X.; Napierala, Hannes; Uerpmann, Hans-Peter; Loponte, D. M.; Acosta, A. A.; Giemsch, Liane; Schmitz, Ralf W.; Worthington, B.; Buikstra, J. E.; Druzhkova, Anna S.; Graphodatsky, Alexander Sergeyevich; Ovodov, Nikolai D.; Wahlberg, N.; Freedman, Adam H.; Schweizer, Rena M.; Koepfli, Klaus-Peter; Leonard, Jennifer A.; Meyer, M.; Krause, Johannes; Pääbo, Svante; Green, Richard E.; Wayne, Robert Keith (15 November 2013). "Complete Mitochondrial Genomes of Ancient Canids Suggest a European Origin of Domestic Dogs" [Genom Mitokondrion Lengkap bagi Canid Purba Mencadangkan Asal Usul Anjing Bela Jinak di Eropah]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 342 (6160): 871–874. Bibcode:2013Sci...342..871T. doi:10.1126/science.1243650. hdl:10261/88173. ISSN 0036-8075. JSTOR 42620103. PMID 24233726. S2CID 1526260.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]