Laika Yakutia
![]() | |||||||||||||||||||
Nama lain | Laika Yakut Laika Kolyma-Indigirka Anjing tarikan Yakutia Husky Kolyma | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Rusia | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Laika Yakutia atau laika Yakut[a] ialah satu baka anjing yang baru diiktiraf yang berasal dari rantau Yakutia di Siberia. Pada zaman purba, anjing ini digunakan oleh orang Yakut sebagai haiwan serba guna.[1][2] Laika Yakutia ialah laika serba guna dengan banyak susur galur yang mampu menggembala rusa kutub, memburu buruan, dan/atau menarik kereta luncur salji.[3] Ia berdaftar dengan Persekutuan Kinologi Rusia,[4] Persekutuan Kinologi Antarabangsa,[5] dan Khidmat Ternakan Asasi AKC pada tahun 2017.[1][6]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Laika Yakutia ialah baka dengan asal usul purba yang dikembangkan oleh orang Yakut asli untuk memburu mamalia dan burung, menggembala ternakan, dan menghela buruan.[7] Anjing-anjing ini merupakan pembantu dan pendamping yang sangat diperlukan. Dalam bahasa Sakha, baka ini dikenali sebagai "Sakha yta", yang memaksudkan "anjing Sakha" atau "anjing Yakut". Bukti bagi baka ini dapat ditemukan pada tinggalan-tinggalan arkeologi yang bertarikh kembali ke 12,500 tahun lalu.[7] Sisa-sisa kereta luncur salji anjing dan abah-abah telah ditemukan dengan tinggalan-tinggalan anjing di Republik Sakha. Radiokarbon bertarikh kembali ke 7800–8000 tahun lalu.[8][b]

Sebutan saintifik pertama tentang laika Yakutia diterbitkan pada lewat abad ke-18, apabila kajian-kajian geografi tentang utara dijalankan oleh Putera Shirinsky-Shikhmatov. Beliau menulis dalam monograf beliau tentang laika: "Para penyelidik tentang utara, sepastinya, tidak dapat mengabaikan anjing utara; mereka tidak dapat bersetuju dengan fakta kukuh bahawa kehadiran anjing ini memungkinkan kehidupan orang-orang utara." Pada tahun 1896, Vlatslav Seroshevsky menerbitkan buku "Orang Yakut". Seroshevsky membahagikannya kepada dua kelompok, 1) anjing penjaga dan anjing pemburu dan 2) anjing tarikan maritim. Beliau menulis: "orang Yakut paling miskin yang tidak mempunyai haiwan lain pun mempunyai sekurang-kurangnya seekor anjing".[9][c]

Dari tahun 1940-an hingga tahun 1990-an, bilangan laika Yakutia semakin menurun. Populasi baka mencapai paras terendah sepanjang masa iaitu 3000 ekor anjing pada tahun 1998 sebelum usaha pemulihan bermula. Sebab-sebab penurunan angkanya termasuk:
- pengenalan penjenteraan di Artik,
- kemampuan berkurang untuk membela anjing, terutamanya dengan pengurangan ikan hasil tangkapan dan pengkolektifan pertanian dan penggembalaan rusa,
- penurunan pemburuan bulu,
- dan pengenalan penyakit.[10][3][11]
Ciri
[sunting | sunting sumber]

Laika Yakutia adalah serba guna dengan deria bau, pendengaran, dan penglihatan cemerlang, dorongan pemburu kuat, dan daya ketahanan; ia agresif terhadap pemangsa dan lemah lembut terhadap manusia jika tersosialiasi dengan betul dari usia muda. Walaupun kebanyakan baka laika peribumi terutamanya merupakan anjing pemburu, laika Yakutia kebanyakannya merupakan anjing tarikan yang juga mengekalkan kebolehan perburuan dan penggembalaan asasi.[3] Walau bagaimanapun, oleh sebab keluasan Yakutia, laika Yakutia dapat dikhususkan untuk memenuhi keperluan kawasan berlainan. Terdapat anggar-anggar 200 ekor anjing yang secara eksklusif merupakan anjing pemburu.[Penjelasan diperlukan][11] Laika Yakutia toleran berkenaan dengan keadaan kehidupan dan mudah mengharungi iklim mencabar di Siberia utara. Dalam keadaan ekstrem Siberia, ia menyerlahkan staminanya; ia cenderung untuk bekerja dalam kelompok kecil dan mampu bekerja seharian, dari subuh hingga matahari terbenam.[12]
Pengklonan
[sunting | sunting sumber]Dua ekor laika Yakut diklon pada tahun 2017 dalam usaha untuk memelihara baka yang terancam kritikal.[13] Pada tahun 2020, salah seekor anjing yang diklon itu berjaya melahirkan 7 ekor anak anjing.[14]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: لايکا ياکوتيا; لايکا ياکوت; Rusia: яку́тская ла́йка, rumi: jakútskaja lájka; bahasa Inggeris: Yakutian laika; Yakut laika
- ^ Sumber asli tidak menyebut bahawa itu khususnya merupakan laika Yakutia.
- ^ Seroshevskiy membahagikan anjing kepada kumpulan ketiga sebagai anjing pinggir bandar (iaitu campuran anjing Yakutia dengan pelbagai anjing tempatan lain). Dmitrieva-Sulima mengkritik Seroshevskiy kerana mengenal pasti laika Yakutia (penjaga dan pemburu) dengan laika Tunguska.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Yakutian Laika" [Laika Yakutia] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 6 Januari 2024.
- ^ "Yakutian Laika" [Laika Yakutia] (dalam bahasa Inggeris). Embark Veterinary. Dicapai pada 15 Februari 2025.
- ^ a b c Kuzina, Marina (2005). "LAIKAS" [LAIKA]. R-PADS Newsletter (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Anjing Primitif dan Peribumi (1): 8–10.
- ^ "Российская кинологическая федерация - РКФ" [Persekutuan Kinologi Rusia - RKF] (dalam bahasa Rusia). Persekutuan Kinologi Rusia. Dicapai pada 6 Januari 2024.
- ^ "FCI breeds nomenclature: YAKUTSKAYA LAIKA (365)" [Tatanama baka FCI: LAIKA YAKUTIA (365)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 6 Januari 2024.
- ^ DiNardo, Gina M. (September 2017). "SECRETARY'S PAGES" [HALAMAN SETIAUSAHA]. AKC Gazette (dalam bahasa Inggeris). Jil. 134 no. 93. New York, New York, Amerika Syarikat: American Kennel Club. m/s. 67–87. Dicapai pada 6 Januari 2024.
- ^ a b Gorodilov, Stanislav. "Yakutian Laika breed history" [Sejarah baka Laika Yakutia] (pdf) (dalam bahasa Rusia). Kelab Baka Laika Yakutia Kebangsaan. Dicapai pada 7 Januari 2024.
- ^ Pitulʹko, Vladimir Viktorovich; Kasparov, Aleksey Kasparovich (Januari 1996). "Ancient Arctic Hunters: Material Culture and Survival Strategy" [Pemburu Artik Purba: Budaya Kebendaan dan Strategi Kemandirian]. Arctic Anthropology (dalam bahasa Inggeris). University of Wisconsin Press. 33 (1): 1–36. ISSN 1933-8139. JSTOR 40316394. S2CID 221933058.
- ^ Seroshevskiy, Vatslav Leopolʹdovich (1896). Якуты: опыт этнографического исследования [Orang Yakut: Pengalaman Penyelidikan Etnografi] (dalam bahasa Rusia). Sankt-Peterburg, Rusia: Persatuan Geografi Imperial Rusia.
- ^ "ЯКУТСКАЯ ЛАЙКА" [LAIKA YAKUTIA] (pdf) (dalam bahasa Rusia). Kelab Baka Laika Yakutia Kebangsaan. Dicapai pada 7 Januari 2024.
- ^ a b "Russia: Yakutian Laika's clone - Reviving Siberian ancient traditions and breeds" [Rusia: Klon laika Yakutia - Menghidupkan tradisi dan baka purba Siberia semula] (dalam bahasa Inggeris). Asia News Monitor. 15 Februari 2018. Dicapai pada 7 Januari 2024.
- ^ "FCI-Standard N° 365 YAKUTSKAYA LAIKA (Yakutian Laika)" [Piawaian FCI No. 365 Laika Yakutia] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Persekutuan Kinologi Rusia. Disemak oleh Raymond Triquet pada Mei 2019. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 26 September 2019. Dicapai pada 7 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ Bender, Kelli (27 Jun 2017). "You Look Familiar! Cloned Puppy Meets Her 'Mom' for the First Time" (dalam bahasa Inggeris). People. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2022. Dicapai pada 7 Februari 2024.
- ^ "Cloned Dog Born in S. Korea Gives Birth to Seven Puppies" [Anjing Klon yang Lahir di Korea Selatan Lahirkan Tujuh Ekor Anak Anjing] (dalam bahasa Inggeris). The Korea Bizwire. 8 Januari 2020. Dicapai pada 7 Januari 2024.