Agama Etruscan
Agama Etruscan merangkumi cerita-cerita, kepercayaan dan amalan keagamaan tamadun Etruscan, yang banyak dipengaruhi mitologi Yunani purba, dan berkongsi persamaan dengan mitologi dan agama Rom. Selepas tamadun Etruscan secara beransur-ansur diilhakkan ke dalam Republik Rom dari abad ke-4 SM, sebahagian agama dan mitologi Etruscan memasuki budaya Rom purba, berikutan kecenderungan Rom untuk menyerap beberapa dewa tempatan dan adat resam taklukan mereka. Bukti pertama bagi agama Etruscan boleh dikesan kembali kepada budaya Villanova.[1]
Kepercayaan
[sunting | sunting sumber]Sistem kepercayaan Etruscan ialah politeisme yang percaya tuhan ada di mana-mana; semua fenomena yang dapat dinampak dianggap manifestasi tuhan, dan kuasa tuhan terkandung dalam dewa-dewa yang mempengaruhi dunia tetapi boleh dibujuk oleh manusia.[perlu rujukan]
Lama selepas asimilasi orang Etruscan, Seneca yang Muda menyatakan perbezaan antara orang Rom dan Etruscan:[2]
Sementara kita percaya kilat terhasil akibat pertembungan awan, mereka percaya awan bertembung untuk menghasilkan kilat: disebabkan mereka mengaitkan semuanya dengan tuhan, mereka bukan percaya perkara-perkara ada makna kerana ia berlaku tetapi mereka percaya perkara berlaku kerana ia pasti ada makna.
Semangat dan dewa
[sunting | sunting sumber]Selepas abad ke-5, ikonografi mula menunjukkan si mati pergi ke alam ghaib.[3] Dalam beberapa sampel seni Etruscan, seperti di Makam François di Vulci, roh si mati dipanggil hinthial, diterjemahkan terus sebagai "(seseorang yang) di bawah". Roh nenek moyang, dipanggil man atau mani (Latin Manes), dipercayai ditemui di sekeliling mun atau muni, iaitu makam.[perlu rujukan]
Dewa dipanggil ais (kemudiannya eis), yang dalam bentuk jamaknya ialah aisar/eisar. Liber Linteus (lajur 5, baris 9–10, dan di tempat lain) nampaknya membezakan "Dewa-Dewa Cahaya" aiser si daripada "Dewa-Dewa Kegelapan" aiser seu:
nunθene eiser śic śeuc /unuχ mlaχ nunθen χiś esviśc faśe "Buatkan persembahan untuk kedua-dua Para Dewa Cahaya dan Kegelapan, / untuk mereka buatkan persembahan yang sesuai dengan minyak daripada Chi dan daripada ritual Esvi."[4]
Kediaman dewa dinamakan fanu atau luth, tempat suci, seperti favi, kubur atau kuil. Di sana, penganut perlu membuat fler (jamak, flerchva), atau "persembahan".
Terdapat tiga lapisan dewa yang digambarkan dalam seni Etruscan. Satu lapisan dewa nampaknya adalah asli kepada orang Etruscan: Voltumna atau Vertumnus, seorang dewa purbakala dan azali; Usil, dewa/i matahari; Tivr, dewa bulan; Turan, dewi cinta; Laran, dewa perang; Maris, dewi kelahiran (anak); Leinth, dewi kematian; Selvan, dewa hutan; Thalna, dewa perdagangan; Turms, utusan para dewa; Fufluns, dewa wain; si wira Hercle; dan beberapa dewa alam ghaib seperti Catha, Lur, Suri, Thanr dan Calus (semuanya disenaraikan di Plak Plumbum Magliano dan tempat lain.)[5]
Yang memerintah mereka ialah para dewa yang lebih tinggi yang nampaknya serupa dengan dewa-dewi Indo-Eropah: Tin atau Tinia, langit, Uni isterinya (Juno), Nethuns, dewa perairan, dan Cel, dewi bumi.
Dalam lapisan ketiga, dewa-dewi dan pahlawan Yunani telah diterima pakai oleh orang Etruscan semasa Tempoh Orientalisasi Etruscan sekitar 750/700–600 SM.[6] Contohnya ialah Aritimi (Artemis), Menrva (Minerva, bersamaan dengan Athena), si wira Hercle (Hercules), dan Pacha (Bacchus; setara Latin dengan Dionysus), dan lama-kelamaan triniti mereka yang utama ialah Tinia, Uni dan Menrva. Tiga dewa ini dipuja di kuil Tiga Pihak yang serupa dengan Kuil Jupiter Capitolinus Rom.[5]
Kumpulan keempat, yang dipanggil dii involuti atau "dewa-dewa terselindung", kadangkala dikatakan lebih tinggi daripada semua dewa lain, tetapi tidak pernah disembah, dinamakan, atau digambarkan terang-terangan.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Thomson de Grummond, Nancy; Simon, Erika (2006). The Religion of the Etruscans. Austin: University of Texas Press. ISBN 0-292-70687-1.
- ^ Seneca the Younger. "II.32.2". Naturales Quaestiones.
- ^ Krauskopf, I. 2006. "The Grave and Beyond." The Religion of the Etruscans. edited by N. de Grummond and E. Simon. Austin: University of Texas Press. pp. 73–75.
- ^ L. Bouke van der Meer's review of Il liber linteus di Zagabria: testualità e contenuto: (Biblioteca di "Studi Etruschi" 50, by Valentina Belfiore, Pisa/Roma: Fabrizio Serra editore, 2010. ISBN 9788862271943) in Bryn Mawr Classical Review (2011) 1.36. https://bmcr.brynmawr.edu/2011/2011.01.36/ Diarkibkan 30 Januari 2023 di Wayback Machine
- ^ a b Le Glay, Marcel. (2009). A history of Rome. Wiley-Blackwell. ISBN 978-1-4051-8327-7. OCLC 760889060. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2020. Dicapai pada 22 May 2020.
- ^ Dates from De Grummond & Simon (2006), p. vii.
- ^ Jannot, Jean-René (2005). Religion in Ancient Etruria. Diterjemahkan oleh Whitehead, Jane. Madison: University of Wisconsin Press. m/s. 15. ISBN 0299208400.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Bonfante, Giuliano; Bonfante, Larissa (2002). The Etruscan Language: an Introduction. Manchester: University of Manchester Press. ISBN 0-7190-5540-7.
- Bonnefoy, Yves (1992). Roman and European Mythologies. University of Chicago Press. ISBN 0-226-06455-7. Translated by Wendy Doniger, Gerald Honigsblum.
- Gaultier, F. and D. Briquel, eds. (F. Gaultier and D. Briquel, eds., Les Étrusques, le plus religieux des hommes. État de la recherche sur la religion étrusque, Paris, 1997; A. Pfiffig, Religio etrusca, Graz, 1975.) Les Étrusques, le plus religieux des hommes. État de la recherche sur la religion étrusque, Paris.
- De Grummond; Nancy Thomson (2006). Etruscan Mythology, Sacred History and Legend: An Introduction. University of Pennsylvania Museum of Archaeology. ISBN 1-931707-86-3.
- De Grummond, Nancy Thomson; Simon, Erika, penyunting (2006). The Religion of the Etruscans. Austin: University of Texas Press. ISBN 0-292-70687-1.
- Dennis, George (1848). The Cities and Cemeteries of Etruria. London: John Murray. Available in the Gazetteer of Bill Thayer's Website at [1]
- Jannot, J.-R. (2005) Religion in Ancient Etruria, trans. J. Whitehead, Madison, WI.
- Johnston, S. I. (ed.) (2004) Religions of the Ancient World: A Guide, Cambridge, MA.
- Pallottino, M. (1975). Ridgway, David (penyunting). The Etruscans. Diterjemahkan oleh Cremina, J (ed. Revised and Enlarged). Bloomington & London: Indiana University Press. ISBN 0-253-32080-1.
- Pfiffig, A. (1975) Religio etrusca, Graz.
- Richardson, Emeline Hill (1976) [1964]. The Etruscans: Their Art and Civilization. Chicago: University of Chicago Press. ISBN 0-226-71234-6.
- Rykwert, Joseph (1988). The Idea of a Town: the Anthropology of Urban Form in Rome, Italy and the Ancient World. MIT Press. ISBN 0-262-68056-4.
- Swaddling, Judith; Bonfante, Larissa (2006). Etruscan Myths. University of Texas Press. ISBN 0-292-70606-5.
- Thesaurus Cultus et Rituum Antiquorum (journal)(ThesCRA), Los Angeles, 2004-on
- Thulin, Carl (1906). Die Götter des Martianus Capella und der Bronzeleber von Piacenza (dalam bahasa Jerman). Alfred Töpelmann.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Cicero, Marcus Tullius (1923) [44 BC]. W.A. Falconer (penyunting). Cicero on Divination. Loeb Classical Library. XX. Harvard University Press.
- William P. Thayer (2008). "Cicero on Divination". Lacus Curtius. University of Chicago. Dicapai pada 25 June 2009.
- Cicero, Marcus Tullius (2009) [44 BC]. "De Divinatione". The Latin Library (dalam bahasa Latin). Dicapai pada 25 June 2009.