Pergi ke kandungan

Tamadun Etruscan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Tamadun Etruria
Tamadun Etruria
  • 𐌓𐌀𐌔𐌄𐌍𐌍𐌀
  • Rasenna
900 SM[1]–27 SM[1]
Keluasan tamadun Etruria dan dua belas kota Liga Etruria
Keluasan tamadun Etruria dan dua belas kota Liga Etruria
StatusNegara-negara kota
Bahasa yang umum digunakanBahasa Etruria
Agama
Agama Etruria
KerajaanKepenghuluan
Badan perundanganLiga Etruria
Era SejarahZaman Besi, Sejarah purba
900 SM[1]
• Bandar-bandar Etruria terakhir rasmi diilhak empayar Rom
27 SM[1]
Mata wangSyiling Etruria (bermula abad ke-5 SM)
Didahului oleh
Diganti oleh
Budaya Villanova Purba
Empayar Rom
Sekarang sebahagian dari

Sebuah ketamadunan didirikan sekelompok penduduk kawasan lembangan Etruria terletak di tengah Semenanjung Itali –yakni orang Etruria[a]– dari sekitar 900 SM ke 27 SM dengan sistem politik gabungan negara-negara kota sendiri.[5] Selepas menakluki tanah-tanah di sekelilingnya, jajahannya sampai ke Tuscana , Umbria barat dan utara Lazio,[6][7] begitu juga Lembah Po, Emilia-Romagna, tenggara Lombardia, selatan Veneto dan barat Campania.[8][9]

Banyak buku telah ditulis mengenai asal usul mereka Namun, sarjana moden bersepakat bahawa orang Etruria sudah lama bertempat di kawasan tersebut sejak prasejarah.[10][11][12][13][14] Bukti terawal yang boleh dikenal pasti sebagai budaya Etruria berasal dari sekitar 900 SM.[1] Ini tempoh budaya Villanova Zaman Besi, dianggap sebagai fasa terawal tamadun Etruria,[15][16][17][18][19] yang berkembang dari budaya Proto-Villanova Zaman Besi lewat yang wujud sebelum itu di kawasan yang sama,[20] sebahagian daripada sistem budaya Padang Tempayan Abu Mayat di tengah Eropah. Tamadun Etruria menguasai Itali sehinggalah ia jatuh kepada Rom yang berkembang pada lewat abad ke-4 SM akibat Peperangan Rom-Etruria;[21] orang Etruria diberikan kewarganegaraan Rom pada 90 SM, dan hanya pada 27 SM seluruh kerajaan Etruria diilhakkan ke dalam Empayar Rom yang baru diasaskan itu.[20]

Tamadun ini mencapai keluasan terbesarnya sekitar 500 SM, tidak lama selepas Kerajaan Rom menjadi Republik Rom. Budayanya berkembang di tiga gabungan kota: Etruria (Tuscany, Latium dan Umbria), Lembah Po dengan Alp timur, juga Campania.[22][23] Liga mereka dikatakan oleh Titus Livius bertempat di utara Itali.[24][25][26] Jajahan Etruria mengecil sedikit demi sedikit tetapi selepas 500 SM, kestabilan politik kuasa di semenanjung Itali teralih daripada kerajaan Etruria ke Republik Rom yang semakin berkuasa.[27]

Contoh tulisan Etruria terawal yang diketahui ialah batu-batu bersurat yang ditemui di selatan Etruria yang ditarikhkan ke sekitar 700 SM.[21][28] Orang Etruria menghasilkan sistem tulisan yang berdasarkan abjad Euboea, yang digunakan di Magna Graecia (kawasan pesisiran Itali Selatan). Bahas Etruria masih lagi hanya sedikit difahami, membuatkan kefahaman moden tentang masyarakat dan budaya mereka masih bergantung pada sumber-sumber Rom dan Yunani yang umumnya tidak menyukai mereka. Dalam sistem politik Etruria, kuasa terletak di setiap kotanya, mungkin juga dalam keluarga-keluarga pembesar. Pada kemuncak kuasa Etruria, golongan elit menjadi amat kaya dengan berdagang dengan orang Kelt di utara dan Yunani di selatan, juga mereka memenuhi makam-makam keluarga besar mereka dengan barangan mewah yang diimport dari luar.[29][30]

Pengenalan

[sunting | sunting sumber]
Batu sempadan dari CortonaEtruria: Tular Rasnal Melayu: Sempadan Kaum

Sejarawan Yunani Dionysios dari Halikarnassos menulis bahawa orang Etruria menggelarkan diri mereka Ῥασέννα Rasenna sedengar kata 𐌛𐌀𐌔𐌍𐌀 Rasna dalam bahasa mereka sendiri. Bukti inskripsi seperti 𐌕𐌖𐌋𐌀𐌛 𐌛𐌀𐌔𐌍𐌀𐌋 tular rasnal "sempadan kaumnya" atau 𐌌𐌄𐌙𐌋 𐌛𐌀𐌔𐌍𐌀𐌋 mekhlum rasnal "komuniti kaumnya" membuktikan penggunaan autonim ini. Etimologi dalam bahasa Tyrsenia bagaimanapun masih tidak diketahui.[31][32][33] Persuratan bahasa Yunani Attika pula menyatakan orang Etruria dikenali sebagai Τυρρηνοί Tyrrhēnoi atau bentuk lamanya Τυρσηνοί Tyrsēnoi;[34] nama Τυρρηνοί Tyrrhēnoi ini dilatinkan orang Rom sebagai penama laut pesisir tanah sejiran mereka.[35]

  1. ^ dalam Bahasa Etruria: 𐌀𐌍𐌍𐌄𐌔𐌀𐌓 ràsenna, 𐌀𐌍𐌔𐌀𐌓 rasna atau 𐌀𐌍𐌑𐌀𐌓 raśna; bahasa Latin: Tuscus muf. Tuscī atau Etruscī jam.;[2][3][4] bahasa Inggeris: Etruscans
  1. ^ a b c Bartoloni, Gilda, penyunting (2012). Introduzione all'Etruscologia (dalam bahasa Itali). Milan: Hoepli. ISBN 978-8820348700.
  2. ^ Menurut Dictionnaire Illustré Latin Français Félix Gaffiot, pengarang-pengarang besar zaman Republik (Livius, Cicero, Horatius, dan sebagainya) mencatatkan istilah Tusci. Perkataan serumpun terhasil, termasuk Tuscia dan Tusculanensis. Tuscī jelas merupakan istilah utama yang digunakan untuk menamakan benda-benda Etruscan; Etruscī dan Etrusia/Etrūria kurang kerap digunakan, terutamanya oleh Cicero dan Horace, dan tidak mempunyai kata serumpun.
  3. ^ According to the "Online Etymological Dictionary". the English use of Etruscan dates from 1706.
  4. ^ Tusci. Charlton T. Lewis dan Charles Short. A Latin Dictionary di Perseus Project.
  5. ^ Potts, Charlotte R.; Smith, Christopher J. (2022). "The Etruscans: Setting New Agendas". Journal of Archaeological Research. 30 (4): 597–644. doi:10.1007/s10814-021-09169-x. hdl:10023/24245.
  6. ^ Goring, Elizabeth (2004). Treasures from Tuscany: the Etruscan legacy. Edinburgh: National Museums Scotland Enterprises. m/s. 13. ISBN 978-1901663907.
  7. ^ Leighton, Robert (2004). Tarquinia. An Etruscan City. Duckworth Archaeological Histories. London: Duckworth. m/s. 32. ISBN 0-7156-3162-4.
  8. ^ Camporeale, Giovannangelo, penyunting (2004) [2001]. The Etruscans Outside Etruria. Diterjemahkan oleh Hartmann, Thomas Michael. Los Angeles: Getty Trust.
  9. ^ Della Fina, Giuseppe (2005). Etruschi, la vita quotidiana (dalam bahasa Itali). Rome: L'Erma di Bretschneider. m/s. 15. ISBN 9788882653330.
  10. ^ Barker, Graeme; Rasmussen, Tom (2000). The Etruscans. The Peoples of Europe. Oxford: Blackwell. m/s. 44. ISBN 978-0-631-22038-1.
  11. ^ De Grummond, Nancy T. (2014). "Ethnicity and the Etruscans". Dalam McInerney, Jeremy (penyunting). A Companion to Ethnicity in the Ancient Mediterranean. Chichester: John Wiley & Sons. m/s. 405–422. doi:10.1002/9781118834312. ISBN 9781444337341.
  12. ^ Turfa, Jean MacIntosh (2017). "The Etruscans". Dalam Farney, Gary D.; Bradley, Gary (penyunting). The Peoples of Ancient Italy. Berlin: De Gruyter. m/s. 637–672. doi:10.1515/9781614513001. ISBN 978-1-61451-520-3.
  13. ^ Shipley, Lucy (2017). "Where is home?". The Etruscans: Lost Civilizations. London: Reaktion. m/s. 28–46. ISBN 9781780238623.
  14. ^ Benelli, Enrico (2021). "Le origini. Dai racconti del mito all'evidenza dell'archeologia". Gli Etruschi (dalam bahasa Itali). Milan: Idea Libri-Rusconi Editore. m/s. 9–24. ISBN 978-8862623049.
  15. ^ Neri, Diana (2012). "Il periodo villanoviano nell'Emilia occidentale". Gli etruschi tra VIII e VII secolo a.C. nel territorio di Castelfranco Emilia (MO) (dalam bahasa Itali). Florence: All'Insegna del Giglio. m/s. 9. ISBN 978-8878145337. Il termine "Villanoviano" è entrato nella letteratura archeologica quando, a metà dell '800, il conte Gozzadini mise in luce le prime tombe ad incinerazione nella sua proprietà di Villanova di Castenaso, in località Caselle (BO). La cultura villanoviana coincide con il periodo più antico della civiltà etrusca, in particolare durante i secoli IX e VIII a.C. e i termini di Villanoviano I, II e III, utilizzati dagli archeologi per scandire le fasi evolutive, costituiscono partizioni convenzionali della prima età del Ferro [Istilah "Villanoviano" memasuki kesusasteraan arkeologi apabila, pada pertengahan abad ke-19, Count Gozzadini mendedahkan makam pembakaran mayat pertama di tanah beliau di Villanova di Castenaso, di perbandaran Caselle (BO). Budaya Villanova bertepatan dengan tempoh terawal tamadun Etruscan, terutamanya semasa abad ke-9 dan ke-8 SM. Istilah Villanova I, II, dan III, yang digunakan oleh ahli arkeologi untuk menandakan fasa-fasa evolusi, membentuk pembahagian konvensional Zaman Besi awal.]
  16. ^ Bartoloni, Gilda (2012) [2002]. La cultura villanoviana. All'inizio della storia etrusca (dalam bahasa Itali) (ed. III). Rome: Carocci editore. ISBN 9788843022618.
  17. ^ Colonna, Giovanni (2000). "I caratteri originali della civiltà Etrusca". Dalam Torelli, Mario (penyunting). Gi Etruschi (dalam bahasa Itali). Milan: Bompiani. m/s. 25–41.
  18. ^ Briquel, Dominique (2000). "Le origini degli Etruschi: una questione dibattuta fin dall'antichità". Dalam Torelli, Mario (penyunting). Gi Etruschi (dalam bahasa Itali). Milan: Bompiani. m/s. 43–51.
  19. ^ Bartoloni, Gilda (2000). "Le origini e la diffusione della cultura villanoviana". Dalam Torelli, Mario (penyunting). Gi Etruschi (dalam bahasa Itali). Milan: Bompiani. m/s. 53–71.
  20. ^ a b Moser, Mary E. (1996). "The origins of the Etruscans: new evidence for an old question". Dalam Hall, John Franklin (penyunting). Etruscan Italy: Etruscan Influences on the Civilizations of Italy from Antiquity to the Modern Era. Provo, UT: Museum of Art, Brigham Young University. m/s. 29–43. ISBN 0842523340.
  21. ^ a b Rix, Helmut (2008). "Etruscan". Dalam Woodard, Roger D. (penyunting). The Ancient Languages of Europe. Cambridge University Press. m/s. 141–64. ISBN 9780521684958.
  22. ^ "A good map of the Italian range and cities of the culture at the beginning of its history". mysteriousetruscans.com.
  23. ^ The topic of the "League of Etruria" is covered in Freeman, pp. 562–65.
  24. ^ Livius, Titus. Ab Urbe Condita Libri [The History of Rome] (dalam bahasa Latin). V.33. The passage identifies the Raetii as a remnant of the 12 cities "beyond the Apennines".
  25. ^ Polybius. "Campanian Etruscans mentioned".
  26. ^ Keseluruhan subjek dengan sumber-sumber purba yang lengkap dalam nota kaki telah diusahakan oleh George Dennis dalam Pengenalan beliau. Dalam transkripsi LacusCurtius, rujukan dalam nota kaki Dennis berpaut ke teks dalam bahasa Inggeris atau Latin; pembaca juga boleh mencari sesetengah teks Inggerisnya di WikiSource atau laman Internet lain. Memandangkan kerjanya telah dilakukan oleh Dennis dan Thayer, seluruh kerja lengkap mereka tidak akan diulang di sini.
  27. ^ Cary, M.; Scullard, H. H. (1979). A History of Rome (ed. 3rd). Bedford/St. Martin's. m/s. 28. ISBN 0-312-38395-9.
  28. ^ Bonfante, Giuliano; Bonfante, Larissa (2002) [1983]. The Etruscan language. An introduction (ed. Rev.). Manchester University Press. ISBN 0719055407.
  29. ^ Sassatelli, Giuseppe. "Celti ed Etruschi nell'Etruria Padana e nell'Italia settentrionale" (PDF) (dalam bahasa Itali).
  30. ^ Amendola, Carlo (2019-08-28). "Etruschi e Celti della Gallia meridionale – parte 1". CelticWorld (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 2022-02-15.
  31. ^ Rasenna berasal daripada Dionysius dari Halicarnassus. Roman Antiquities. I.30.3. Bentuknya yang digugurkan bahagian tengahnya, Rasna, datang daripada batu bersurat dan telah mengalami infleksi.
  32. ^ Topik ini dibincangkan dalam Pallottino, hlm.133.
  33. ^ Beberapa inskripsi, seperti cippus di Cortona, menggunakan ejaan lain Raśna (disebut Rasyna), seperti yang diterangkan di Bodroghy, Gabor Z. "Origins". The Palaeolinguistic Connection. Etruscan. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2008.
  34. ^ Τυρρηνός, Τυρσηνός. Liddell, Henry George; Scott, Robert; A Greek–English Lexicon di Perseus Project.
  35. ^ Thomson de Grummond, Nancy (2006). Etruscan Myth, Sacred History, and Legend (dalam bahasa English). Philadelphia: Penn Museum of Archaeology. m/s. 201–208. ISBN 9781931707862.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]