Pergi ke kandungan

Rastafari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera Empayar Habsyah serta warna-warnanya - hijau, kuning dan merah - sering digunapakai para penganut Rastafari.

Rastafari merupakan sebuah agama Ibrahimi yang mula wujud di dalam kalangan masyarakat berbangsa Afrika di Jamaica pada tahun 1930-an.

Ia bertumpu kepada kepercayaan terhadap suatu Tuhan yang esa (dikenali dengan nama Jah) yang dikatakan duduk sebahagian—Nya dalam setiap. Haile Selassie, Maharaja Habsyah yang memerintah antara tahun-tahun 1930 dan 1974, merupakan tokoh utama dalam pergerakan ini di mana ada sesetengah penganut agama ini melihat baginda sebagai jelmaan Jah di Bumi malah sebagai ketibaan kedua Yesus selepas penyaliban tokoh tersebut, ada pula melihat mereka sebagai seorang pengutus atau "nabi" yang memahami kerohanian dalaman setiap manusia. Diaspora orang Afrika dipandang penganut Rastafari sebagai suatu masyarakat ditindas sepertimana golongan Yahudi yang melarikan diri ke Babylon menurut kisah dalam kitab Injil, manakala benua Afrika itu sendiri dilihat sebagai suatu "tanah dijanjikan" yang ditunggu-tunggu ketibaan mereka kembali.

Semangat memberontak dalam kalangan penganutnya mula menjadi suatu pengaruh kuat dalam kalangan warga Jamaica pada tahun 1950-an. Ia turut dimarakkan pada dekad-dekad berikutnya melalui seni muzik reggae yang banyak dipengaruhi kepercayaan itu lalu menjadi dikenali dan tersohor di seluruh dunia. Terdapat sebanyak 700,000 hingga 1 juta penganut kepercayaan ini di seluruh dunia setakat 2012,[1] termasuk di kawasan berpendudukan tinggi negara-negara.[1] Pengaruh kepercayaan ini sangat menjangkau perangkaan ini,[2] terutamanya dalam melahirkan semangat kesedaran bangsa, politik dan budaya dalam kalangan masyarakat berbangsa Afrika sedunia.[1]

Doktrin Rastafari sangat berbeza dengan norma-norma fikiran dunia barat moden - perkara ini disengajakan oleh kaum Rasta sendiri. Berbeda dengan banyak kelompok keagamaan modern dan Kristian yang cenderung menekankan konformitas dengan "kekuasaan yang ada", Rastafari sebaliknya menekankan kesetiaan kepada konsep mereka tentang "Sion" dan penolakan masyarakat moden ("Babel"). "Babel" dalam hal ini dianggap memberontak terhadap "Penguasa Dunia Sejati" (Jah) sejak zaman Namrud.

"Cara hidup ini" tidak sekadar diberikan makna intelektual, atau "keyakinan" seperti yang biasa diistilahkan. Ini adalah masalah mengetahui atau menemukan jati diri sendiri. Penyembahan Jah difahamkan sebagai menemukan, menyebarkan dan "menempuh" jalan di mana manusia telah dilahirkan dengan sebenar-benarnya.

Agama ini sulit dikategorikan, karena Rastafari bukanlah suatu organisasi yang berpusat. Masing-masing mencari kebenaran untuk dirinya sendiri, sehingga akibatnya terdapat berbagai keyakinan yang masuk ke bawah payung besar bernama Rastafari.

Afrosentrisme

[sunting | sunting sumber]

Secara sosial, Rastafari adalah suatu tanggapan terhadap penindasan terhadap orang-orang kulit hitam sebagaimana yang dialami bangsa kulit di Jamaika pada tahun 1930-an. Pada ketika ini, masyarakat tersebut berada pada tingkat sosial paling bawah,[3] sementara orang-orang kulit putih dan agama mereka (umumnya Kristian) berada di paling atas. Anjuran Marcus Garvey agar orang-orang kulit hitam berbangga akan jatidiri dan warinsan mereka mengilhami kaum Rasta untuk memeluk segala sesuatu yang bersifat Afrika. Mereka mengajarkan bahwa mereka "dicuci otak" ketika diperhambakan untuk menafikan serta menolak segala unsur yang berkait umumnya dengan benua Afrika. Mereka membalikkan imej rasialis mereka dan menganggapnya primitif dan langsung dari hutan dan malah merangkulnya—meskipun itu berlawanan—dan menjadikan konsep-konsep ini sebagai sebahagian dari budaya Afrika yang dianggap telah dirampas daripada mereka sewaktu dibawa dari Afrika sebagai hamba. Dekat dengan alam dan dengan savana Afrika serta singa-singanya, di dalam roh, kalau bukan secara badani, adalah gagasan pemikiran bertumpu mereka tentang budaya Afrika.

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Para penganut Rastafari digalakkan memakan dari sumber yang "semula jadi"[4] diasaskan panduan khusus iaitu ital.[5] Makanan yang disumberkan berpandukan begini dihasilkan secara organik[6] dan tempatan.[7] Kebanyakan penganut mengikut larangan pemakanan tertulis dalam Kitab Imamat yang mengharamkan makan daging babi dan krustasea,[8] ada juga yang memilih menjadi vegetarian[9] malah turut mengelak sebarang penambah makanan termasuk gula dan garam.[10] Mereka juga mengelak daripada meminum arak,[11] merokok,[12] serta penggunaan narkotik keras seperti heroin and kokaina.[13]

Musik dipersembahkan penganut dengan tujuan memuji dan mendekatkan diri kepada Jah,.[14] serta menolak Babylon.[14] Mereka percaya bahawa muzik ini mempunyai ciri menyembuhkan pelbagai penyakit.[14] Kebanyakan lagu-lagu yang dipersembahkan mereka didasarkan kepada kidung Kristian lama,[15] namun ada juga yang digubah orang Rasta sendiri.[14] Muzik popular mula bertapak sebgai suatu wahana komunikasi apabila pergerakan ini semakin meluas.[16] Genre ska pada 1950-an misalnya menjadi suatu bentuk luahan idologi dan politik dalam kalangan masyarakat ini di Jamaica.[17]

Perhiasan

[sunting | sunting sumber]

Golongan penganut menggayakan rambut mereka dimayang lalu menggimbal,[18] amalan ini diilhamkan ajaran Bible terutamanya Kitab Bilangan (bab 6, ayat 5 hingga 6).[19] Ia dianggap sebagai suatu tanda pegangan dan ikatan mereka kepada Jah,[20] malah dilihat sebagai suatu tanda kekuatan sepertimana yang ditunjukkan Samson.[21]

  1. ^ a b c Edmonds 2012, m/s. 71.
  2. ^ Clarke 1986, m/s. 14; Edmonds 2012, m/s. 71.
  3. ^ Clarke 1986, m/s. 24.
  4. ^ Clarke 1986, m/s. 83.
  5. ^ Clarke 1986, m/s. 83; Barrett 1997, m/s. 141; Edmonds 2012, m/s. 47.
  6. ^ Clarke 1986, m/s. 83; Edmonds 2012, m/s. 47.
  7. ^ Edmonds 2012, m/s. 47.
  8. ^ Edmonds 2012, m/s. 49.
  9. ^ Clarke 1986, m/s. 83; Edmonds 2012, m/s. 49; Sibanda 2016, m/s. 184.
  10. ^ Barrett 1997, m/s. 141; Edmonds 2012, m/s. 49; Sibanda 2016, m/s. 184.
  11. ^ Clarke 1986, m/s. 85; Barrett 1997, m/s. 131.
  12. ^ Barrett 1997, m/s. 131; Edmonds 2012, m/s. 48.
  13. ^ Edmonds 2012, m/s. 48.
  14. ^ a b c d Clarke 1986, m/s. 94.
  15. ^ Clarke 1986, m/s. 94; Barrett 1997, m/s. 123; Edmonds 2012, m/s. 58.
  16. ^ King 2002, m/s. 5.
  17. ^ King 2002, m/s. 4.
  18. ^ Barrett 1997, m/s. ix.
  19. ^ Clarke 1986, m/s. 89; Barrett 1997, m/s. 137; Edmonds 2012, m/s. 43.
  20. ^ Clarke 1986, m/s. 89.
  21. ^ Clarke 1986, m/s. 90; Barrett 1997, m/s. 137.
  • Barrett, Leonard E. (1997) [1988]. The Rastafarians. Boston: Beacon Press. ISBN 9780807010396.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Clarke, Peter B. (1986). Black Paradise: The Rastafarian Movement. New Religious Movements Series. Wellingborough: The Aquarian Press. ISBN 978-0-85030-428-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Edmonds, Ennis B. (2012). Rastafari: A Very Short Introduction. Oxford University Press. ISBN 978-0199584529.CS1 maint: ref=harv (link)
  • King, Stephen A. (2002). Reggae, Rastafari, and the Rhetoric of Social Control. Jackson: University Press of Mississippi. ISBN 978-1604730036.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]