1435H
Penampilan
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1435H. Untuk tahun 1435, lihat 1435. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1435 (nombor).
Tahun hijrah |
1433H 1434H - 1435H - 1436H 1437H |
1435 Hijrah, (1 Muharam 1435H = 5 November 2013)
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Zulhijah
[sunting | sunting sumber]Zulkaedah
[sunting | sunting sumber]- 29 Zulkaedah – Kuar ISRO Mars Orbiter Mission memasuki orbit di sekeliling Marikh untuk mengkaji atmosfera planet itu.
- 27 Zulkaedah – Kuar NASA MAVEN (gambar) memasuki orbit di sekeliling Marikh untuk mengkaji atmosfera planet itu.
- 24 Zulkaedah – Syarikat e-dagang China Alibaba Group mendapat AS$25 bilion di Bursa Saham New York, IPO terbesar dalam sejarah.
- 24 Zulkaedah – Sukan Asia ke-17 dirasmikan di Incheon, Korea Selatan.
- 23 Zulkaedah – Scotland mengundi tidak merdeka daripada United Kingdom.
- 19 Zulkaedah – Parti Demokrat Sosial pimpinan Stefan Löfven mendapat kemajmukan dalam pilihan raya umum Sweden.
- 15 Zulkaedah – Ahli sains melaporkan sintesis pertama germanena, nanobahan satu-atom-tebal daripada germanium setara grafena.
- 14 Zulkaedah – Salah satu kapal ekspedisi Franklin yang hilang sejak 1845, ditemui di perairan Pulau Raja William, Kanada.
- 8 Zulkaedah – Ahli sains mengumumkan bahawa spesimen Dendrogrammayang baharu diperikan mungkin mewakili filum haiwan yang belum diketahui.
- 5 Zulkaedah – Pasukan badminton China memenangi tiga daripada lima kejuaraan di Kejohanan Dunia BWF 2014.
Syawal
[sunting | sunting sumber]- 30 Syawal – Hamas dan Israel bersetuju gencata senjata jangka panjang selepas tujuh minggu berkonflik.
- 10 Syawal – Kapal angkasa lepas ESA Rosetta (gambar) tiba di komet 67P/Churyumov–Gerasimenko.
- 7 Syawal – Sukan Komanwel XX berakhir di Glasgow, Scotland.
Ramadan
[sunting | sunting sumber]- 26 Ramadan – Penerbangan 5017 Air Algérie, dalam perjalanan dari Ouagadougou ke Algiers, terhempas di Mali dengan 116 orang di dalamnya.
- 25 Ramadan – Sukan Komanwel XX bermula di Glasgow, Scotland.
- 25 Ramadan – Penerbangan 222 TransAsia Airways terhempas di pulau Penghu Taiwan, mengorbankan 48 orang di dalamnya.
- 24 Ramadan – Joko Widodo secara rasmi terpilih sebagai Presiden Indonesia.
- 19 Ramadan – Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (gambar pesawat), dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di timur Ukraine, mengorbankan kesemua 298 orang di dalamnya.
- 19 Ramadan – Taufan Rammasun mengorbankan lebih 110 orang di Filipina dan China.
- 15 Ramadan – Piala Dunia FIFA berakhir dengan Jerman mengalahkan Argentina 1-0 dalam perlawanan akhir.
- 1 Ramadan – Wabak Ebola Afrika Barat menjadi yang paling teruk dalam sejarah, dengan lebih 467 kematian.
Syaaban
[sunting | sunting sumber]- 23 Syaaban - Muhammad Walid Abdul Aziz terpilih semula sebagai Presiden Mauritania.
- 20 Syaaban - Felipe VI menjadi Raja Sepanyol, mewarisi ayahandanya Juan Carlos I.
- 17 Syaaban - Australia menewaskan tuan rumah Belanda untuk memenangi Piala Dunia Hoki.
- 16 Syaaban - Sebuah pesawat Ilyushin Il-76 milik Tentera Udara Ukraine ditembak jatuh berhampiran Luhansk, membunuh kesemua 49 orang di dalamnya.
- 14 Syaaban - Tesla Motors mengumumkan yang ia akan membenarkan pesaing menggunakan patennya tanpa membayar royalti.
- 4 Syaaban - Raja Juan Carlos I dari Sepanyol mengumumkan hasratnya untuk turun takhta.
- 3 Syaaban - Telangana secara rasmi menjadi negeri ke-29 di India.
- 1 Syaaban - Peter Mutharika terpilih sebagai Presiden Malawi baharu.
Rejab
[sunting | sunting sumber]- 29 Rejab - Pemimpin Rusia, Kazakhstan dan Belarus menandatangani perjanjian bagi membentuk Kesatuan Ekonomi Eurasia.
- 29 Rejab - Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang menggulingkan Mohammed Mursi terpilih sebagai Presiden Mesir.
- 28 Rejab - Bekas Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dari Perak mangkat.
- 25 Rejab - Petro Poroshenko terpilih sebagai Presiden Ukraine baharu.
- 25 Rejab - Dalam badminton, Jepun menewaskan Malaysia dan memenangi Piala Thomas buat kali pertama, manakala China mempertahankan Piala Uber.
- 24 Rejab - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam kejadian tembakan di Muzium Yahudi Belgium, Brussel.
- 24 Rejab - Dalam bola sepak, Real Madrid menewaskan Atlético Madrid dalam perlawanan akhir untuk memenangi Liga Juara-Juara UEFA.
- 22 Rejab - Lebih 40 orang terbunuh dalam pengeboman kereta di Ürümqi, China.
- 22 Rejab - Komander tentera Thai Jeneral Prayuth Chan-ocha mengumumkan rampasan kuasa selepas berbulan-bulan berlakunya krisis politik.
- 20 Rejab - Sekurang-kurangnya 118 orang terbunuh dalam dua pengeboman yang terjadi di Jos, Nigeria.
- 11 Rejab - Parti Bharatiya Janata pimpinan Narendra Modi memenangi majoriti dalam pilihan raya umum India.
- 11 Rejab - Dalam bola sepak, Manchester City memenangi Liga Perdana Inggeris.
- 10 Rejab - Parti pemerintah Kongres Kebangsaan Afrika menang majoriti dalam pilihan raya umum Afrika Selatan.
- 9 Rejab - Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan pimpinan bekas presiden Megawati Soekarnoputri mendapat kemajmukan dalam pilihan raya perundangan Indonesia.
- 7 Rejab - Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra menyalahgunakan kuasa dan menyingkirkan beliau daripada jawatannya.
- 4 Rejab - Dua letupan bas terjadi di Nairobi, Kenya, tiga orang terbunuh dan enam puluh dua lagi tercedera.
- 4 Rejab - Korea Selatan memenangi Hoki Cabaran Juara-Juara I 2014, edisi terakhir kejohanan itu.
- 2 Rejab - Dua gelongsoran lumpur berlaku di Badakhshan, Afghanistan, membunuh sekurang-kurangnya 350 orang dan 2,500 mangsa lagi hilang.
Jamadilakhir
[sunting | sunting sumber]- 27 Jamadilakhir - Gjorge Ivanov terpilih semula sebagai Presiden Republik Macedonia, manakala kerajaan campuran pimpinan VMRO-DPMNE mengekalkan kemajmukan dalam parlimen.
- 22 Jamadilakhir - Sebuah kereta api tergelincir di Katanga, Republik Demokratik Congo, menyebabkan 48 orang maut.
- 18 Jamadilakhir - NASA mengakhiri misi LADEE dengan sengaja menjatuhkannya ke permukaan sisi jauh Bulan.
- 18 Jamadilakhir - Abdelaziz Bouteflika dipilih semula sebagai Presiden Algeria setelah memperoleh 82% undian dalam pilihan raya.
- 18 Jamadilakhir - 16 orang jurupandu Nepal terbunuh dalam satu runtuhan salji di Gunung Everest.
- 17 Jamadilakhir - Penulis Colombia Gabriel García Márquez, penerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan 1982, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
- 7 Jamadilakhir - Lebih 100 orang meninggal dunia akibat wabak Ebola di Afrika Barat.
- 6 Jamadilakhir - Viktor Orbán terpilih semula sebagai Perdana Menteri Hungary selepas partinya memenangi pilihan raya parlimen.
- 3 Jamadilakhir - Ahli sains mendapati bahawa salah satu bulan Zuhal, Enceladus (gambar) mempunyai lautan air cecair di bawah permukaan bekunya.
Jamadilawal
[sunting | sunting sumber]- 26 Jamadilawal - Majlis Atlantik Utara melantik Jens Stoltenberg sebagai Setiausaha Agung NATO yang berikutnya.
- 22 Jamadilawal - Penerbangan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan 370 (gambar pesawat), yang hilang pada 8 Mac, berakhir di selatan Lautan Hindi tanpa ada yang terselamat.
- 21 Jamadilawal - Pasukan hoki kebangsaan Australia menjuarai Piala Sultan Azlan Shah buat kali keempat berturut-turut.
- 15 Jamadilawal - Selepas berjayanya pungutan suara pemisahan, Republik Krimea mengisytiharkan kemerdekaan dari Ukraine dan memulakan proses kemasukan ke Persekutuan Rusia.
- 14 Jamadilawal - Nico Rosberg memenangi perlumbaan pertama Formula Satu musim 2014 Grand Prix Australia.
- 13 Jamadilawal - Amerika Syarikat mengumumkan akan melepaskan kawalan zon akar DNS, menghentikan pengawasannya terhadap ICANN.
- 8 Jamadilawal - Chiquita dan Fyffes bersetuju bergabung, membentuk syarikat pengeluar pisang terbesar di dunia.
- 6 Jamadilawal - Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia (gambar pesawat), dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan dinaiki 239 orang, hilang di Teluk Thailand.
- 5 Jamadilawal - Mahkamah Jenayah Antarabangsa mendapati bekas ketua militia Republik Demokratik Congo Germain Katanga bersalah melakukan jenayah perang pada 2003.
- 4 Jamadilawal - Majlis Tertinggi Krimea mengundi meninggalkan Ukraine dan memohon menyertai Persekutuan Rusia.
Rabiulakhir
[sunting | sunting sumber]- 29 Rabiulakhir - Jambatan terpanjang di Asia Tenggara, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (gambar) dirasmikan Perdana Menteri Malaysia.
- 29 Rabiulakhir - Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
- 23 Rabiulakhir - Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 ditutup (gambar) dengan tuan rumah Rusia mendapat pingat terbanyak.
- 22 Rabiulakhir - Sesudah kekacauan awam, parlimen Ukraine membebaskan bekas PM Yulia Tymoshenko dan menyingkirkan Presiden Viktor Yanukovych.
- 20 Rabiulakhir - Biatlet Norway Ole Einar Bjørndalen menjadi atlet Sukan Olimpik Musim Sejuk paling berjaya dengan 13 pingat.
- 13 Rabiulakhir - Letusan Gunung Kelud mengakibatkan ribuan penduduk Jawa dipindahkan dan tujuh lapangan terbang ditutup.
- 11 Rabiulakhir - Sekurang-kurangnya 75 orang maut apabila sebuah pesawat tentera terhempas di Algeria.
- 7 Rabiulakhir - Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 dirasmikan (gambar) di Sochi, Rusia.
- 1 Rabiulakhir - Monorel pertama India sejak kemerdekaannya, Monorel Mumbai dilancarkan.
Rabiulawal
[sunting | sunting sumber]- 19 Rabiulawal - Di tengah-tengah rusuhan anti kerajaan (gambar), perdana menteri Ukraine Mykola Azarov meletakkan jawatan.
- 19 Rabiulawal - Planet kerdil Ceres dicerap mengeluarkan wap air.
- 15 Rabiulawal - Ahli sains dilaporkan mengukur spektrum optik kilat bebola buat pertama kali.
- 12 Rabiulawal - Ahli arkeologi menemui makam firaun Sobekhotep I dan Seneb Kay daripada dinasti yang sebelum ini tidak diketahui, Dinasti Abydos.
- 8 Rabiulawal - Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon meninggal dunia setelah berada dalam keadaan vegetatif berterusan selama lapan tahun.
- 3 Rabiulawal - Liga Awami Bangladesh pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina Wazed memenangi pilihan raya umum Bangladesh.
- 2 Rabiulawal - Tahun Melawat Malaysia 2014 dirasmikan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Safar
[sunting | sunting sumber]- 29 Safar - Latvia menjadi negara anggota Kesatuan Eropah (EU) ke-18 yang menggunakan euro sebagai mata wang.
- 27 Safar - Dalam penerbangan sulungnya, roket Soyuz-2-1v Rusia melancarkan mikrosatelit Aist 1 dan dua satelit penentukuran radar.
- 19 Safar - Thailand mendapat pingat emas terbanyak dalam Sukan Asia Tenggara ke-27.
- 12 Safar - Michelle Bachelet terpilih kembali sebagai Presiden Chile buat kali kedua.
- 11 Safar - Chang'e 3, membawa perayau Yutu, menjadi kapal angkasa lepas pertama mendarat di Bulan sejak 1976.
- 7 Safar - Uruguay menjadi negara pertama di dunia yang membenarkan di sisi undang-undang penanaman, penjualan dan penggunaan ganja.
- 2 Safar - Bekas Presiden Afrika Selatan dan aktivis anti-aparteid Nelson Mandela meninggal dunia pada usia 95 tahun.
Muharam
[sunting | sunting sumber]- 27 Muharam - Misi perayau bulan pertama China, Chang'e 3 berjaya dilancarkan dari Xichang.
- 25 Muharam - Penerbangan 470 LAM Mozambique Airlines terhempas di Namibia, mengorbankan kesemua 33 anak kapal dan penumpangnya.
- 23 Muharam - Juan Orlando Hernández disahkan terpilih sebagai Presiden Honduras yang baharu.
- 22 Muharam - Tokong agama Buddha yang tertua diketahui didedahkan di Kuil Maya Dewi di Lumbini, Nepal.
- 20 Muharam - Iran menyetujui perjanjian sementara dengan negara P5+1, mengehadkan program nuklearnya sebagai balasan pelonggaran sekatan.
- 17 Muharam - Bumbung sebuah pasar raya di Riga, Latvia runtuh, mengorbankan lebih 50 orang.
- 15 Muharam - Ahli biokimia British dan penerima Hadiah Nobel dalam Kimia dua kali Frederick Sanger meninggal dunia pada usia 95 tahun.
- 14 Muharam - NASA melancarkan kuar angkasa lepas MAVEN ke Marikh.
- 13 Muharam - 50 orang terbunuh apabila sebuah pesawat Boeing 737 Tatarstan Airlines (gambar) terhempas di Lapangan Terbang Kazan, Rusia.
- 12 Muharam - Abdulla Yameen terpilih sebagai Presiden Maldives.
- 11 Muharam - China mengumumkan akan melonggarkan dasar satu anaknya.
- 7 Muharam - Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan bahawa tanjung tinggi di Kuil Preah Vihear milik Kemboja dan angkatan Thai perlu berundur.
- 4 Muharam - Taufan Haiyan (imej satelit), siklon tropika 2013 terkuat, menyebabkan kerosakan besar dan ribuan orang maut di Filipina.
- 1 Muharam - India melancarkan Mars Orbiter Mission, kuar antara planet pertamanya.
- 1 Muharam - Awal Muharram