Ekspedisi Franklin hilang 1845
Ekspedisi Franklin hilang 1845 merujuk kepada ahli pelayaran British menjelajah ke Artik diketuai oleh Kapten Sir John Franklin yang berlepas dari pulau England pada tahun 1845. Beliau adalah pegawai Tentera Laut Diraja British dan peneroka berpengalaman. Sebelum ekspedisi itu, Franklin pernah melakukan tiga ekspedisi ke Artik.Dua yang terakhir sebagai pegawai pemerintah. Keempat dan terakhir ketika berusia 59 tahun, bertujuan mencari bahagian yang belum dipetakan di Laluan Barat Laut. Kedua-dua kapal menjadi terperangkap dalam ais beku di Selat Victoria berhampiran Pulau King William di Artik Kanada. Seluruh pelayar termasuk Franklin dan 128 lelaki, telah disahkan hilang.
Isteri Franklin, Jane, Lady Franklin melancarkan gerakan mencari pada 1848. Ramai yang turut serta mencari kerana adanya tawaran hadiah lumayan. Pada tahun 1850, 11 rakyat British dan dua kapal Amerika turut mencari sekitar luar pantai timur Pulau Beechey dan terdapat 3 buah kubur anak kapal. Pada tahun 1854, penjelajah John Rae ke sana. Kemudian Francis Leopold McClintock melakukan penjelajahan pada tahun 1859 menemui nota yang ditinggalkan di Pulau King William mengenai nasib ekspedisi ini. Akhirnya pada tahun 2014, salah satu daripada kapal-kapal ditemui di barat Pulau O'Reilly, di bahagian timur Teluk Queen Maud di perairan kepulauan Artik.
Pada tahun 1981, sebuah pasukan saintis yang diketuai oleh Owen Beattie, seorang profesor antropologi di Universiti Alberta, memulakan siri kajian saintifik dalam kubur, badan, dan bukti fizikal yang ditinggalkan oleh anak kapal Franklin di Pulau Beechey dan Pulau King William. Rumusannya ialah mereka meninggal dunia akibat radang paru-paru ,batuk kering dan keracunan plumbum. Mungkin juga akibat hipotermia, kelaparan, keracunan plumbum dan penyakit termasuk skurvi sekitar tahun 1845.
Media Victoria mengangkat Franklin sebagai wira walaupun ekspedisi ini gagal. Patung beliau didirikan di kampung halamannya, di London dan di Tasmania. Ekspedisi Franklin yang hilang telah menjadi subjek bagi banyak karya seni, termasuk lagu-lagu, kata-kata, cerpen dan novel, serta dokumentari televisyen.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Franklin, Jane, Lady (1792–1875)". Dictionary of Australian Biography. Project Gutenberg Australia. Dicapai pada 2 March 2008.