Pilihan raya presiden Algeria 2014
| |||||||||||||||||
22,880,678 pengundi berdaftar | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengundi hadir | 51.70% | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
|
Pilihan raya presiden telah diadakan di Algeria pada 17 April 2014.[1] Penyadang jawatan presiden Abdelaziz Bouteflika telah dipilih semula dengan 82% undi.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Berikutan pilihan raya presiden pada 2009, Algeria dan rantau Arab telah diselebungi oleh kebangkitan yang dikenali sebagai "Musim Bunga Arab". Suatu siri bantahan berlaku diantara tahun 2010 hingga 2012, tetapi negara ini tidak mengalami perubahan rejim seperti negara jirannya, Tunisia dan Libya.
Calon
[sunting | sunting sumber]Pada November 2013, Barisan Pembebasan Kebangsaan mengesahkan bahawa penyandang jawatan presiden bermasalah, Abdelaziz Bouteflika sebagai calonnya.[2] Pencalonan Bouteflika disahkan oleh Perdana Menteri, Abdelmalek Sellal pada lewat Februari.[3] Ali Benflis, mantan Perdana Menteri mengumumkan pada 19 Februari 2014 bahawa beliau akan bertanding bagi jawatan presiden.[4] Louisa Hanoune, Setiausaha Agung Parti Pekerja, mengemukakan pencalonan beliau pada 21 Januari 2014.[5]
Keputusan
[sunting | sunting sumber]Menteri Dalam Negeri, Taieb Belaiz mengumumkan pada 18 April bahawa Bouteflika telah memenangi 81.53% undi manakala Benflis pula di tempat kedua dengan 12.18%.[6] Peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 51.7%, iaitu lebih rendah berbanding pada tahun 2009 dengan 75%.[7]
Calon | Parti | Jumlah undian | % | |
---|---|---|---|---|
Abdelaziz Bouteflika | Barisan Pembebasan Kebangsaan | 8,332,598 | 81.53 | |
Ali Benflis | Bebas | 1,244,918 | 12.18 | |
Abdelaziz Belaid | Barisan untuk Masa Hadapan | 343,624 | 3.36 | |
Louisa Hanoune | Parti Pekerja | 140,253 | 1.37 | |
Ali Fawzi Rebaine | Ahd 54 | 101,046 | 0.99 | |
Moussa Touati | Barisan Kebangsaan Algeria | 57,590 | 0.56 | |
Undian tidak sah/kosong | 1,087,449 | – | ||
Jumlah | 11,307,478 | 100 | ||
Pengundi berdaftar/Keluar mengundi | 21,871,393 | 51.70 | ||
Sumber: Kementerian Dalam Negeri Diarkibkan 2014-04-22 di Wayback Machine |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Algeria set to start presidential election on April 17". Shanghai Daily. 18 January 2014. Dicapai pada 20 Januari 2014.
- ^ "Algeria's president nominated for fourth term". Al Jazeera. 16 November 2013. Dicapai pada 20 Januari 2014.
- ^ "Algeria's Bouteflika to run for re-election". Al Jazeera. 22 Februari 2014. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ "Ex-PM to run for Algeria presidency" (dalam bahasa Inggeris). Al Jazeera Inggeris. 19 Januari 2014. Dicapai pada 20 Januari 2014.
- ^ "Algérie: Louisa Hanoune, candidate à l'élection présidentielle" (dalam bahasa Perancis). RFI. 25 Januari 2014. Dicapai pada 29 Januari 2014.
- ^ "Bouteflika wins 4th term as Algerian president". Al Arabiya. 18 April 2014. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ "Algeria's ailing president wins fourth term". Al Jazeera. 18 April 2014. Dicapai pada 19 April 2014.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman Kementerian Dalam Negeri Algeria Diarkibkan 2014-03-01 di Wayback Machine