Pergi ke kandungan

Muhammad Walid Abdul Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammad Walid Abdul Aziz
Presiden Mauritania
Menyandang jawatan
5 Ogos 2009
Perdana MenteriMoulaye Ould Mohamed Laghdaf
Didahului olehBa Mamadou Mbaré (memangku)
Pengerusi Kesatuan Afrika ke-12
Menyandang jawatan
30 Januari 2014
Didahului olehHailemariam Desalegn
Presiden Majlis Tertinggi Negara
memangku Presiden Mauritania
Dalam jawatan
6 Ogos 2008 – 15 April 2009*
memangku
Perdana MenteriMoulaye Ould Mohamed Laghdaf
Didahului olehSidi Ould Cheikh Abdallahi
Digantikan olehBa Mamadou Mbaré (memangku)
Maklumat peribadi
Lahir (1956-12-20) 20 Disember 1956 (umur 67)
Akjoujt, Afrika Barat Perancis
(kini Mauritania)
Parti politikKesatuan untuk Republik
Tempat belajarRoyal Military Academy of Meknes
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Mauritania
Cabang/khidmatTentera Darat Mauritania
Tahun khidmat1977–2009
PangkatBrigedier Jeneral

Muhammad Walid Abdul Aziz (Arab: محمد ولد عبد العزيز), juga ditansliterasi Mohamed Ould Abdel Aziz (lahir 20 Disember 1956[1]) ialah Presiden Mauritania sejak 2009. Seorang pegawai tentera berpangkat tinggi, beliau ialah seorang tokoh utama dalam rampasan kuasa Ogos 2005 yang menggulingkan Presiden Maaouya Ould Sid'Ahmed Taya. Pada Ogos 2008 beliau mengetuai satu lagi rampasan kuasa, kali ini menggulingkan Presiden Sidi Ould Cheikh Abdallahi. Selepas itu, beliau menjadi Presiden Majlis Tertinggi Negara sebagai apa yang dikatakan peralihan politik ke arah pilihan raya baharu.[2] Beliau meletak jawatan tersebut pada April 2009 bagi menjadi calon pilihan raya presiden, yang dimenanginya. Beliau mengangkat sumpah pada 5 Ogos 2009.[3] Beliau terpilih semula pada Jun 2014, dalam pilihan raya yang diboikot oleh ramai pembangkang.[4]

Sejak Januari 2014, Muhammad Walid juga telah menjadi Pengerusi Kesatuan Afrika.

  1. ^ (Sepanyol) Biografías de Líderes Políticos es un servicio de la Fundació CIDOB. Cidob.org (8 Januari 2009). Dicapai 2013-09-12.
  2. ^ "Le Haut Conseil d'Etat rend public un nouveau communiqué" Diarkibkan 2008-08-12 di Wayback Machine, AMI, 7 Ogos 2008 (Perancis).
  3. ^ "Mauritarian coup leader sworn in as president", AFP, 5 Ogos 2009.
  4. ^ "Mauritanian President Abdel Aziz easily re-elected in boycotted vote". Reuters. 2014-06-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-04. Dicapai pada 2014-06-23.