Pergi ke kandungan

Rosetta (kapal angkasa lepas)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rosetta
Kuar Rosetta
Model komputer Rosetta
Jenis misiPengorbit/pendarat komet
PengoperasiAgensi Angkasa Eropah
COSPAR ID2004-006A
SATCAT №28169
Tapak webwww.esa.int/rosetta
Jangka masa misi20 tahun, 8 bulan dan 9 hari berlalu
Ciri kapal angkasa lepas
PembuatAstrium
Berat berlepasPengorbit: 2,900 kg (6,400 lb)
Pendarat: 100 kg (220 lb)
Berat keringPengorbit: 1,230 kg (2,710 lb)
Berat muatanPengorbit: 165 kg (364 lb)
Pendarat: 27 kg (60 lb)
Dimensi2.8 × 2.1 × 2 m (9.2 × 6.9 × 6.6 ka)
Kuasa850 watt pada 3.4 AU[1]
Permulaan misi
Tarikh pelancaran2 March 2004, 07:17 (2004-03-02UTC07:17Z) UTC
RoketAriane 5G+ V-158
Tapak pelancaranKourou ELA-3
KontraktorArianespace
Lintas terbang Marikh
Pendekatan terhampir25 Februari 2007
Jarak250 km (160 bt)
Lintas terbang 2867 Šteins
Pendekatan terhampir5 September 2008, 20:38 UTC
Jarak800 km (500 bt)
Lintas terbang 21 Lutetia
Pendekatan terhampir10 Julai 2010, 16:10 UTC
Jarak3,162 km (1,965 bt)
Pengorbit 67P/Churyumov–Gerasimenko
Sisipan orbit6 Ogos 2014, 09:06 UTC[2]
Orbit parameters
Periapsis200 km (120 bt) dirancang
Transponder
JalurJalur S (antena gandaan rendah)
Jakur X band (antena gandaan tinggi)
Lebar jalur7.8 bit/s (Jalur S)
22 kbit/s (Jalur X)[3]
Peralatan
ALICE: Ultraviolet Imaging Spectrometer
CONSERT: COmet Nucleus Sounding Experiment by Radio wave Transmission
COSIMA: COmetary Secondary Ion Mass Spectrometer
GIADA: Grain Impact Analyser and Dust Accumulator
MIDAS: Micro-Imaging Dust Analysis System
MIRO: Microwave Spectrometer for the Rosetta Orbiter
OSIRIS: Optical, Spectroscopic, and InfraRed Remote Imaging System
ROSINA: Rosetta Orbiter Spectrometer for Ion and Neutral Analysis
RPC Rosetta Plasma Consortium
RSI: Radio Science Investigation
VIRTIS: Visible and Infrared Thermal Imaging Spectrometer

Rosetta ialah sebuah kuar angkasa lepas yang dibina dan dilancarkan oleh Agensi Angkasa Eropah untuk membuat kajian terperinci terhadap komet 67P/Churyumov–Gerasimenko.[4][5] Pada 6 Ogos 2014 ia menghampiri 67P/Churyumov–Gerasimenko sedekat 100 km dan mengurangkan halaju relatifnya kepada 1 m/s, dengan itu menjadi kapal angkasa lepas pertama bertemu dengan sebuah komet. Terdapat rancangan untuk memasuki orbit komet selepas kuar ini menghampiri sedekat 30 km kira-kira 6 minggu kemudian.[6][7] Ia sebahagian daripada misi asas ESA Horizon 2000 dan merupakan misi pertama yang direka untuk mengorbit dan mendarat pada komet tersebut.[8]

Rosetta dilancarkan pada Mac 2004 di atas sebuah roket Ariane 5 dan tiba ke komet mengikut jadual pada Ogos 2014.[9] Kapal angkasa lepas ini terdiri daripada dua bahagian utama: pengorbit kuar angkasa lepas Rosetta, yang memiliki 12 alatan, dan pendarat robotik Philae, dengan tambahan sembilan alatan.[10] Misi Rosetta akan mengorbit 67P selama 17 bulan dan dirangka untuk menjalankan kajian paling terperinci terhadap sebuah komet. Misi ini dikawal dari European Space Operations Centre (ESOC), di Darmstadt, Jerman.[11]

Kuar ini dinamakan bersempena Batu Rasyid (bahasa Inggeris: Rosetta Stone), sebuah batu bersurat Mesir Purba yang memaparkan suatu dekri dalam tiga tulisan penting tamadun Mesir Purba. Pendarat pula dinamakan bersempena pulau Philae di Sungai Nil, di mana sebatang tiang batu bertulis ditemui.

  1. ^ "Rosetta at a glance – technical data and timeline". DLR. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-08. Dicapai pada 8 January 2014.
  2. ^ "Rosetta timeline: countdown to comet arrival". European Space Agency. 5 Ogos 2014. Dicapai pada 6 Ogos 2014.
  3. ^ "No. 2 – Activating Rosetta". European Space Agency. 8 Mac 2004. Dicapai pada 8 Januari 2014.
  4. ^ Agle, DC; Brown, Dwayne; Bauer, Markus (30 Jun 2014). "Rosetta's Comet Target 'Releases' Plentiful Water". NASA. Dicapai pada 30 Jun 2014.
  5. ^ Chang, Kenneth (5 Ogos 2014). "Rosetta Spacecraft Set for Unprecedented Close Study of a Comet". New York Times. Dicapai pada 5 Ogos 2014.
  6. ^ Fischer, D. (2014-08-06). "Rendezvous with a crazy world". Planetary Society blog. The Planetary Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-06. Dicapai pada 2014-08-06. External link in |work= (bantuan)
  7. ^ Bauer, M. (2014-08-06). "Rosetta Arrives at Comet Destination". ESA press release. ESA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-06. Dicapai pada 2014-08-06.
  8. ^ Agle, D. C.; Cook, Jia-Rui; Brown, Dwayne; Bauer, Markus (17 Januari 2014). "Rosetta: To Chase a Comet". NASA. Dicapai pada 18 Januari 2014.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama OCM
  10. ^ "Rosetta at a glance". European Space Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-14. Dicapai pada 4 Oktober 2010.
  11. ^ Pearson, Michael; Smith, Matt (21 Januari 2014). "Comet-chasing probe wakes up, calls home". CNN. Dicapai pada 21 Januari 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]