Pergi ke kandungan

Yahudi Ethiopia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Beta Israel
ביתא ישראל
Kawasan ramai penduduk
 Israel 130,000[1] (2011)
2.15% daripada jumlah penduduk agama Yahudi Israel
 Habsyah4,000[2]
 Amerika Syarikat1,000[3]
Agama
Yahudi (Haymanot · Rabbinisme) · Kristian Orthodoks Ethiopia

Yahudi Ethiopia atau Yahudi Habsyah (Bahasa Ibrani: יְהוּדֵי ‏אֶ‏תְיוֹ‏פְּ‏יָ‏ה‎: יְהוּדֵי ‏אֶ‏תְיוֹ‏פְּ‏יָ‏ה, Yehudei Atiopia, Ge'ez: "የኢትዮጵያ አይሁድዊ", "ye-Ityoppya Ayhudi") ialah nama untuk komuniti Yahudi yang tinggal di Empayar Aksum dan Habsyah (Ethiopia, Habesh atau Abyssinia), yang kini terbahagi antara Amhara dan Tigray.

Nama lainnya ialah Beta Israel (Bahasa Ibrani: בֵּיתֶא יִשְׂרָאֵל‎: בֵּיתֶא יִשְׂרָאֵל - Beyte (beyt) Yisrael, Ge'ez: ቤተ እስራኤል—Bēta 'Isrā'ēl, moden Bēte 'Isrā'ēl, EAE: "Betä Ǝsraʾel", "Rumah Israel" atau "Komuniti Israel"[4]

Hampir semua orang Yahudi Habsyah kini menetap di Israel. Kerajaan Israel telah melakukan operasi pemindahan Yahudi Habsyah, seperti Operasi Musa (1984) dan Operasi Salomo (1991), kerana meletusnya perang saudara dan kebuluran di Habsyah, namun ada juga yang masih tetap tinggal di Habsyah.

Tercatat semasa ini terdapat sekitar 119,500 orang etnik Israel Ethiopia, di mana 38,500 atau 32% dari komuniti tersebut lahir di Israel; yang lain lahir di Habsyah.[5]

Kitab Suci

[sunting | sunting sumber]

Mäṣḥafä Kedus (="Kitab Suci") ialah nama untuk kesusasteraan keagamaan golongan Yahudi Karait. Bahasa tulisan ialah bahasa Ge'ez. Kitab paling suci ialah "Orit" (dari bahasa Aramia "Oraita" - "Taurat") yang terdiri dari Lima Kitab Musa dan kitab-kitab Yosua, Hakim-hakim dan Rut. Bakinya dalam Alkitab Ibrani dianggap penting. Kitab Ratapan tidak termasuk ke dalam kanun.

Kitab-kitab Deuterokanonika yang termasuk kanun adalah kitab Sirakh, Yudith, Esdras 1 dan 2, Meqabyan, Yobel, Barukh 1 dan 4, Tobit, Henokh, dan wasiat-wasiat Abraham, Ishak, dan Yakub.

Tulisan-tulisan di luar Alkitab termasuk: Nagara Muse (Perbualan Musa), Mota Aaron (Kematian Harun), Mota Muse (Kematian Musa), Te'ezaza Sanbat (Aturan-aturan Shabbat), Arde'et (Murid-murid), Gorgorios, Mäṣḥafä Sa'atat (Kitab Masa), Abba Elias (Bapa Elias), Mäṣḥafä Mäla'əkt (Kitab Malaikat), Mäṣḥafä Kahan (Kitab Paderi), Dərsanä Abrəasasi Wäsara Bägabs (Khutbah tentang Abraham dan Sarah di Mesir), Gadla Sosna (Kisah Susana) dan Baqadāmi Gabra Egzi'abḥēr (Pada Mulanya Tuhan Menciptakan). Zëna Ayhud (Josippon; cerita Yahudi)) dan fālasfā (para falsafah) ialah dua kitab yang tidak dianggap suci tetapi berpengaruh kuat.

Rumah sembahyang

[sunting | sunting sumber]

Sinagog Yahudi Habsyah disebut masgid (dengan erti "rumah sembahyang") atau bet maqds ("Rumah kudus") atau ṣalot bet ("Rumah doa").

  1. ^ Israel Central Bureau of Statistics: The Ethiopian Community in Israel
  2. ^ "'Wings of the Dove' brings Ethiopia's Jews to Israel". The Jerusalem Post - JPost.com. Dicapai pada 12 September 2015.
  3. ^ Mozgovaya, Natasha (2008-04-02). "Focus U.S.A.-Israel News – Haaretz Israeli News source". Haaretz.com. Dicapai pada 2010-12-25.
  4. ^ Arti kata "Beta" dalam sosial atau agama adalah "komunitas".
  5. ^ [1] Ha'aretz.