Yakitate!! Japan
Yakitate!! Japan | |
Genre | shōnen, masakan, komedi |
---|---|
Manga | |
Pengarang | Takashi Hashiguchi |
Penerbit | Shougakukan Delcourt Elex Media Komputindo EMA Ivrea VIZ Media |
Anime | |
Pengarah | Yasunao Aoki |
Studio | Sunrise |
Penyiaran Asal | TV Tokyo |
Dikeluarkan pada | Oktober 12, 2004 – Mac 14, 2006 |
Yakitate!! Japan (焼きたて!! ジャぱん , bermaksud "Dibakar Segar!! Ja-pan") adalah manga karya Takashi Hashiguchi, disirikan dalam Shogakukan's Shōnen Ahad, dimana telah berkembang 23 jilid tankōbon, sehingga September 2006. Siri anime, disiarkan pada TV Tokyo dan lain-lain stesyen tempatan dari Oktober 2004 hingga Mac 2006, dikembangkan berjumlah 69 episod. Siri ini memenangi Shogakukan Hadiah Manga (小学館漫画賞 )) 2004 untuk Manga shōnen terbaik. [1] Siri manga ini kemudiannya dilesenkan oleh VIZ Media untuk edaran di Amerika Utara.
Plot
[sunting | sunting sumber]Yakitate!! Japan mengisahkan Azuma Kazuma yang bercita-cita untuk membuat roti kebangsaan Jepun iaitu Ja-pan (Roti Jepun). Dia bertolak ke Tokyo untuk mengasah bakatnya sebagai tukang roti di rangkaian kedai roti Pantasia, di samping gelagatnya bersama rakan sekerjanya.
Tajuk siri tersebut sendiri merupakan satu permainan perkataan; Yakitate bermaksud "dibakar segar", tetapi Japan mempunyai 2 makna. Selain merujuk kepada negara Jepun, "pan" bermaksud "roti" dalam bahasa Jepun (diambil dari bahasa Portugis pão; maka Japan adalah permainan kata bagi siri ini. Gaya tersebut mirip nama-nama roti lain dalam bahasa Jepun, seperti "furansupan" (Roti Perancis), "doitsupan" (Roti Jerman berasaskan rye), "itariapan" (Roti Itali), etc. Selain keinginan untuk menghasilkan Roti Jepun, Azuma juga memiliki Tangan Matahari. Tangan sebegini lebih hangat sedikit daripada suhu manusia biasa, membolehkan roti menapai lebih cepat. Ia memberikannya kelebihan pada awal siri ini, namun inovasi yang membolehkannya mencipta banyak Roti Jepun adalah bakatnya yang lebih besar. Walaupun ceritanya bertemakan pembuatan roti, namun yang lebih menarik adalah terdapat banyak unsur permainan kata, terutamanya berkaitan "reaksi" hakim yang sebegitu menonjol bagi menunjukkan bagaimana lazatnya roti yang diadili mereka. Secara umumnya, siri ini adalah menghiburkan bagi sebuah manga shōnen yang biasanya mempunyai jalan cerita serius.
Di Malaysia, siri Yakitate!! Japan turut diterbitkan di Majalah Kreko.
Watak
[sunting | sunting sumber]Watak utama
[sunting | sunting sumber]Kazuma Azuma (東和馬 , Azuma Kazuma): Hero utama siri ini yang merupakan seorang tukang roti yang bercita-cita membuat Roti Jepun. Dia tidaklah kelihatan seperti seorang yang pandai, tetapi dia adalah seorang yang pintar mengenai roti. (Dia berpengetahuan luas mengenai nasi kerana datuknya). Azuma juga memiliki Tangan Matahari yang hangat bagi membolehkan ragi menapai lebih pantas dan lebih baik ketika dia membuat roti. Dia berperwatakan optimistik dan ceria, serta tidak mudah patah semangat daripada saingan yang diterimanya, kecuali ketika menghadapi peristiwa tragis. Dia mendapat inspirasi dari pelbagai sumber seperti makanan Jepun serta cerita-cerita dari datuknya, seorang pesawah padi. Mempunyai kemahiran mencongak yang luar biasa apabila Pierrot sedang terkial-kial cuba menyelesaikan masalah matematik yang dilakar di atas pasir.
Kyousuke Kawachi (河内恭介 , Kawachi Kyōsuke): Rakan sekerja Azuma yang berasal dari kawasan Kansai. Kawachi lebih berpengetahuan mengenai roti berbanding Azuma, tetapi turut dikenali kerana selalu menjerit "Apa diaaa?!" (Nanyate?!) pada setiap bab. Dia menganggap Azuma sebagai pesaingnya, namun hubungan antara mereka saling tak ubah seperti "abang dan adik", kerana Kawachi lebih berpengalaman daripada Azuma mengenai hal selain roti. Dia memperolehi "Sarung Tangan Matahari" hasil latihan fizikal bersama Tsukino. Ada kalanya dia bersikap pemalas dan berperangai tidak senonoh, tetapi ketika masa terdesak dia menumpukan usahanya untuk membuat roti yang hebat. Pada satu ketika, dia berjaya menunaikan impian mendiang bapanya, seorang tukang roti yang tidak berbakat tetapi bersemangat tinggi, yang mahu membuat roti putih yang berkhasiat, lazat, dan sesuai dimakan setiap hari. Satu perkara yang menarik mengenai Kawachi ialah kerana dia kerap menukar stail rambut sepanjang siri ini (4 kali).
Kai Suwabara (諏訪原戒 , Suwabara Kai): Anak murid Kuroyanagi yang merupakan seorang tukang roti yang serius. Seorang yang mahir dalam ilmu pedang yang mendakwa telah meninggalkan jalan ahli pedang yang merampas kehidupan untuk mengikut jalan tukang roti yang boleh memberi kehidupan. Sungguhpun demikian, dia kerap bersikap seperti pahlawan dan menakutkan lawan ketika pertandingan roti, membuatkan orang lain tertanya-tanya adakah dia benar-benar "boleh memberi kehidupan" dengan rotinya. Seperti Kawachi, dia turut memiliki Sarung Tangan Matahari dan menganggap Azuma sebagai pesaingnya. Kelihatan dingin pada awalnya, tetapi dia jatuh cinta dengan wakil Amerika semasa Piala Monaco, Monica Adenauer, menampakkan jiwa lembut dalam dirinya.
Shigeru Kanmuri (冠茂 , Kanmuri Shigeru): Seorang tukang roti yang berbakat sangat besar, mula muncul semasa Pertandingan Pekerja Baru Pantasia dan turut memiliki Tangan Matahari. Seorang graduan Universiti Harvard seperti Kuroyanagi, dia melihatnya sebagai mentor dan sering memanggilnya 'senpai' (bermaksud senior). Dia dianggap sebagai "Si Pintar Junior Harvard" kerana bergraduat pada usia semuda 16 tahun. Asalnya bekerja dengan kakak Tsukino yang kejam, Azusagawa Yukino, Kanmuri berpindah ke Cawangan Selatan Tokyo untuk bekerja bersama Azuma serta ingin membalas dendam terhadap Yukino kerana memusnahkan makmalnya. Dia menjaga kedai semasa Piala Monaco, tetapi menyertai semula kumpulan Azuma untuk cabaran Yakitate!! 25/Yakitate!! 9. Dia sebenarnya adalah salah seorang daripada 2 pewaris bagi Kumpulan Hashiguchi (kumpulan kongsi gelap yakuza terbesar di Jepun). Walaupun dia menegaskan tidak akan menyertai yakuza, masalah timbul apabila abang tirinya, Masanobu Tsutsumi berkongsi sentimen yang sama. Tsutsumi mencemburui adik tirinya kerana sering mendapat perhatian daripada ayah mereka, menyemarakkan keyakinan untuk menewaskan Kanmuri dalam pertandingan memasak / membakar. Masalah diselesaikan melalui pertandingan satu lawan satu semasa cabaran Yakitate!! 25/Yakitate!!9 (episod 62).
Tsukino Azusagawa (梓川月乃 , Azusagawa Tsukino): Cucu kepada pemilik rangkaian Pantasia, serta anak murid Matsushiro Ken. Dikatakan jatuh cinta pada Azuma, walaupun tidak dinyatakan dengan jelas. Dia seolah-olah dipinggirkan oleh keluarga Azusagawa yang terlibat dalam Pantasia kerana dia adalah anak luar nikah. Sungguhpun demikian, dia amat berdedikasi terhadap rangkaian Pantasia, mencari tukang roti baru yang berbakat (seperti Kawachi dan Azuma) dan memperoleh sokongan daripada kebanyakan watak lain.
Ken Matsushiro (松代健 , Matsushiro Ken): Pengurus Pantasia Cawangan Selatan Tokyo. Seorang lelaki berotot besar dengan rambut afro dan cermin mata hitam. Dikenali sebagai pembuat Roti Perancis terbaik di Jepun, dia turut meluangkan masa bersama kuda serta bertaruh dalam perlumbaan kuda. Dia adalah bekas guru Kuroyanagi, tetapi sebaik sahaja dia mengesan bakat besar Kuroyanagi sebagai pengkritik makanan, dia tidak menggalakkan Kuroyanagi meneruskan kerjaya sebagai tukang roti. Dia juga suka mengejek Kawachi, yang berperangai serupa seperti zaman remajanya, ada kalanya untuk memberikannya idea membuat roti, tetapi selalunya sekadar suka-suka saja. Dia juga boleh membuat Kawachi khayal pada masa-masa tertentu.
Pengadil roti
[sunting | sunting sumber]- Ryo Kuroyanagi (黒柳亮 , Kuroyanagi Ryō): Pengurus Pantasia Cawangan Utama, dan graduan Universiti Harvard yang memegang Diploma Sains Makanan (di situlah dia mempunyai seorang teman wanita bernama Cathy tetapi terpaksa berpisah apabila dia terpaksa pulang ke Jepun). Bakat utamanya yang paling cemerlang adalah merasa makanan. Perwatakannya yang lurus bendul jelas bertentangan dengan "reaksi" ganjilnya semata-mata bagi menunjukkan betapa lazatnya roti yang dimakannya (Dia pernah mengahwini seorang wanita yang sangat hodoh hanya kerana permainan kata, dan bercerai 5 minit kemudiannya). Dia pernah menjadi anak murid Ken, tetapi kemudian disingkirkan kerana perangainya. Dia diberi peluang oleh Kirisaki Yuuichi untuk memanfaatkan sepenuhnya kebolehan yang dimilikinya sebagai hakim pertandingan Yakitate!! 25 (Yakitate!! 9 dalam anime).
- Pierrot Bolnez/Leonhart XV (ピエロ・ボルネーゼ , Piero Borunēze): Seorang badut bertaraf dunia yang bertugas sebagai hakim roti, berusia 22 tahun. Boleh tertutur dalam 135 bahasa, membahagikan dirinya kepada 135 klonnya, serta apa saja perkara menakjubkan berikutan statusnya sebagai badut bertaraf dunia. Pewaris takhta Monaco, walaupun dia sendiri tidak mengetahuinya pada mulanya sehinggalah Piala Monaco kedua. Pierrot menyedari dirinya sebagai pewaris takhta Monaco hanya semasa dia kehilangan darah, kerana dia memiliki darah yang sangat jarang ditemui iaitu darah Bombay yang turut dimiliki Raja Monaco. Dia menjadi badut bertaraf dunia dengan hasrat agar ibu bapanya yang dianggap telah membiarkannya semasa bayi dapat menemuinya. Sebenarnya, dia telah diserahkan di bawah jagaan keluarga angkat biasa menurut tradisi Monaco. Tetapi keluarga tersebut melarikan diri dengan duit yang diterima dan meninggalkan Pierrot. Apabila mereka membunuh diri, dia diisytiharkan sebagai sudah mati, tetapi sebenarnya berada di sarkas Quedam.
Ibu kandungnya meninggal dunia semasa melahirkannya. Raja Monaco (yang mengetahui dia mempunyai darah jarang yang sama jenis dengan Pierrot) mengorbankan dirinya untuk menderma darah, selepas reaksi Pierrot (roti Final Victory Kawachi) bertukar menjadi 'pembunuhan' dan membongkar identiti sebenarnya. Dia kemudian dianggap 'Putera Ajaib' dan kedua-dua kumpulan finalis bercadang membuat roti supaya Pierrot dapat bertemu kembali dengan ibu bapanya. Roti Jepun #61 Azuma mengubah sejarah, menyelamatkan kedua ibu bapanya, dan mengubah kehidupannya menjadi lebih baik. Pierrot adalah watak yang mendominasi babak Piala Monaco, yang memberikan aspek yang segar kepada siri tersebut, bukan sekadar membuat roti.
- Si Gemuk (Dave) Hachiguchi (デーブ橋口 , Dēbu Hachiguchi): Seorang hakim roti yang terlampau gemuk. Watak tersebut adalah rujukan sendiri oleh pengarang Yakitate!! Japan, Takashi Hashiguchi. Dia pernah menjadi pelukis manga yang berjaya, tetapi dia menjadi terlampau berjaya dan banyak makan. Akibatnya, dia menjadi terlampau gemuk dan hanya tahu menyebut, "Sibuk, sibuk".
Watak jahat
[sunting | sunting sumber]Yūichi Kirisaki (霧崎雄一 , Kirisaki Yūichi): Watak antagonis utama, pemilik rangkaian St. Pierre, dan ironinya dia jugalah 'pakcik baik hati' yang menggalakkan Azuma membuat roti dari episod yang paling awal. Dia bersekongkol dengan Yukino, yang bertungkus-lumus ingin mendominasi adik-beradiknya untuk memiliki Pantasia, mengkhianati rangkaian tersebut dan membenarkan Kirisaki membelinya. Tujuan utama penyertaan Pantasia dalam Monaco Cup adalah supaya Kanmuri dapat menguruskan 10 bilion yen untuk melindungi syarikat, tetapi akhirnya rancangan tersebut gagal. Walau bagaimanapun, Kirisaki memberikan kumpulan Azuma peluang terakhir untuk merampas semula Pantasia melalui pertandingan Yakitate!! 25 (manga) / 9 (anime), tetapi motif sebenarnya masih tidak diketahui. Anak lelaki Yuuichi yang pintar, Meister Sylvan Kirisaki adalah pengurus besar rangkaian Pantasia, dan anak perempuannya Sophie Balzac Kirisaki membantu kumpulan Azuma semasa Piala Monaco. Semasa memakan roti Azuma dalam pusingan akhir Yakitate!! 9, dia mula berubah hati dan berterus-terang kepada Pierrot tentang mengapa dia bersikap kejam terhadap Azuma, tetapi apabila kesan roti tersebut hilang, perangai lamanya kembali dan dia terus mencabar Azuma.
Yukino Azusagawa (梓川雪乃 , Azusagawa Yukino): Anak perempuan sulung keluarga Azusagawa. Dia sememangnya sangat kejam, dan turut tergamak membuang abu mendiang ibu Tsukino di bawah pokok dan bukannya di kubur sebenarnya. Yukino membeli sejumlah besar saham datuknya tetapi kemudiannya menjadi presiden St. Pierre pula. Dia mempunyai kebencian terhadap Pantasia dan turut cuba menghabiskan wang 12 bilion yen milik Pantasia. Watak ini adalah satu lagi watak musuh utama dalam Pantasia dan mempunyai sepasang tangan yang berlawanan dengan Tangan Matahari - Tangan Ribut Salji.
Tukang roti pesaing
[sunting | sunting sumber]- Tsuyoshi Mokoyama (模糊山剛 , Mokoyama Tsuyoshi) - Pesaing Matsushiro Ken dan pakar membuat roti manis. Dia berlatih bersama-sama Ken untuk mendapat Sarung Tangan Matahari, tetapi setelah dinaikkan jawatan di St. Pierre, dia menjadi malas dan berubah menjadi lelaki lembut. Dia menjadi pengurus cawangan utama St. Pierre di Selatan Tokyo, terletak seberang jalan sahaja dengan kedai yang diuruskan Ken dan Tsukino. Setelah seri dengan Azuma dalam pertandingan roti kebangsaan yang disiarkan di televisyan, Mokoyama dipecat dari St. Pierre dan mengenali Azusagawa Mizuno serta berubah semula menjadi lelaki waja sebenar setelah dia hilang segala-galanya. Dia menyertai Pertandingan Pekerja baru Pantasia dengan memakai topeng koala di mana sekali lagi dia seri dengan Azuma (tetapi kemudiannya dia sendiri menyerah kalah). Kemudian dalam pertandingan Yakitate!! 9/25, kali ini menyamar sebagai panda, dia kalah dengan Azuma. Tambahan pula, roti berperisa buluh rekaan Azuma berkesan menukarkannya menjadi panda sebenar.
- Mizuno Azusagawa (梓川水乃 , Azusagawa Mizuno) - Adik tiri Tsukino. Memandangkan Tsukino hanyalah anak luar nikah, Mizuno mendapat sokongan ayahnya. Mereka bersaing mengenai Azuma, sama ada kerana kemahirannya ataupun hatinya. Dia suka bersaing dan tidak begitu menepati janji. Azuma pernah mendesaknya untuk memanggil Tsukino sebagai "kakak" setelah Azuma menang. Sebaliknya, jika dia kalah, dia terpaksa bekerja di kedai Mizuno. Mizuno kalah, tetapi pada mulanya dia enggan memanggil Tsukino sebagai "kakak". Sebaliknya, dia memasang pertaruhan baru, jika Azuma kalah dengan Koala (Mokoyama), Tsukino terpaksa melupakan haknya untuk memiliki Pantasia, lengkap dengan surat kontrak. Azuma dan Mokoyama seri, tetapi kemudian Azuma menang setelah Mokoyama menyerah kalah. Setelah peristiwa itu, Mizuno masih lagi berminat dalam hal pemilikan Pantasia.
CMAP
[sunting | sunting sumber]CMAP adalah kependekan bagi "Cooking Meal Assemble People". Ia juga adalah parodi bagi kumpulan penyanyi Jepun, SMAP. CMAP adalah sekumpulan 4 chef selebriti.
- Takumi Tsubozuka (坪塚拓美 , Tsubozuka Takumi): Ahli CMAP yang paling popular. Dia berambut merah dan mempunyai sepasang mata yang agak kuyu. Takumi amat diminati terutamanya oleh perempuan. Dia menganggap masakan sebagai bisnes yang serius. Oleh kerana dia banyak berlakon watak luar, dia sudah biasa berbahasa rojak Inggeris dan Jepun dalam masa yang sama.
- Hiroshi Kaname (要博士 , Kaname Hiroshi): Ahli CMAP yang bercermin mata. Dia dikenali sebagai si pintar utama kumpulan tersebut. Namun, ada kalanya dia tidaklah begitu pintar, memandangkan dia mengakui Kawachi sebagai "komander" kumpulan Azuma kerana sering berada di luar gelanggang.
- Shizuto Narumi (成海静人 , Narumi Shizuto): Ahli CMAP berambut panjang dengan perangai suka berteriak "Matilah!" kepada lawannya.
- Gō Chimatsuri (千祭剛 , Chimatsuri Gō) voiced by: Kosuke Toriumi. Gō adalah ahli CMAP berambut putih. Dia memiliki Tangan Berapi, yang lebih hebat daripada Tangan Matahari.
Watak lain
[sunting | sunting sumber]- Meister Kirisaki (マイスター霧崎 , Masutā Kirisaki): Hakim roti serta Pengurus Besar Cawangan Utama Pantasia. Nama sebenarnya ialah Sylvan (シルヴァン). Berdarah kacukan Jepun-Perancis, dia adalah anak kepada Kirisaki Yuuichi. Dia mempunyai ramai peminat wanita yang sering mengikutinya ke mana saja.
- Sophie Balzac Kirisaki: Adik perempuan Meister. Dia tinggal di Perancis sebagai seorang tukang roti. Dia dianggap sebagai Meister versi perempuan, dengan warna mata (biru) dan rambut (perang) yang sama.
- Sadanao Azusagawa (梓川貞尚 , Azusagawa Sadanao): Pemilik Pantasia
- Spencer Henry Hokō (スペンサー・ヘンリー・ホコー , Nama timangan: "Sachihoko") - Pekerja baru berdarah Itali-Amerika yang bekerja di Pantasia Cawangan Nagoya.
- Heidi: Heidi adalah pembantu Debu. Memandangkan Debu tidak dapat bergerak, dialah yang melakukan semua kerja untuknya.
- Brad Kidd: Watak sokongan yang merupakan rakan sekelas Kuroyanagi semasa di sekolah menengah. Watak ini adalah parodi bagi orang Amerika yang serba bleh. Kidd banyak digunakan dalam manga dan anime untuk pelbagai peranan termasuklah sebagai ketua firma penyasatan. Ada kalanya, Kidd sering disalah anggap sebagai Brad Pitt kerana penampilan mereka yang hampir serupa.
- Kageto Kinoshita (木下陰人 , Kinoshita Kageto): Pekerja Pantasia Cawangan Selatan Tokyo yang mempunyai rambut mirip cendawan. Walaupun watak lain semuanya bercakap mengenai roti terbaru, Kinoshita sajalah yang membuat semua kerja sedangkan yang lain terlibat dalam pertandingan roti. Dalam sekali imbas, dia bukanlah seorang tukang roti yang sehandal Azuma atau Kawachi tetapi dia berkeupayaan bekerja sangat pantas seolah-olah seperti dia mengklonkan dirinya. Ini kerana dia dibesarkan di dalam keluarga yang bekerja di sarkas. Dia juga boleh meniru kemahiran roti orang lain 95% serupa seperti asal.
Babak cerita
[sunting | sunting sumber]Cerita bermula dengan zaman kanak-kanak Azuma apabila dia mula berminat dan belajar membuat roti yang lebih sedap daripada nasi bagi membuktikannya kepada datuknya. 10 tahun telah berlalu...
Babak Ujian Kemasukan Pantasia
[sunting | sunting sumber]Babak ini adalah permulaan di mana Azuma pergi ke Cawangan Utama Pantasia bagi mengharapkan jawatan kosong tetapi dia baru sedar bahawa dia terpaksa melalui satu siri ujian bagi jawatan kosong tersebut. Lebih malang lagi, Azuma bermula dengan hampir kehilangan semua mata bagi mengelakkannya disingkirkan. Dalam babak inilah Azuma mula mengenali Kawachi, Kuroyanagi, Tsukino dan Suwabara Kai. Selepas sahaja pertandingan tamat, Azuma dan Kawachi mendapat pekerjaan di Pantasia Cawangan Tokyo Selatan. Pelbagai cerita pendek mengambil tempat setelah mereka bertemu pengurus mereka Matsushiro Ken dan Azuma bertanding dengan seorang tukang roti yang mahir tetapi berperwatakan seperti lelaki lembut, Mokoyama.
Babak Pertandingan Pekerja Baru
[sunting | sunting sumber]Babak cerita ini memaparkan satu pertarungan sengit antara semua pekerja baru Pantasia pada tahun tersebut. Selepas mereka mengetahuinya, Kawachi mengisytiharkan Azuma sebagai pesaingnya dan memulakan latihan fizikal bagi memperoleh Tangan Matahari tiruan, dikenali sebagai Sarung Tangan Matahari. Babak ini memperkenalkan adik-beradik Tsukino serta perselisihan di antara mereka. Terdapat beberapa tukang roti pesaing yang kembali sebaik Azuma dan Kawachi menyertai pertandingan. Kemuncak pertandingan adalah pertarungan antara Azuma dengan graduan Universiti Harvard bernama Kanmuri.
Babak Piala Monaco
[sunting | sunting sumber]Kanmuri yang bertukar ke Cawangan Tokyo Selatan mendedahkan rancangan jahat bekas pengurusnya Yukino yang bersekongkol dengan Kirisaki Yuuichi untuk mengambil alih Pantasia. Azuma, Kawachi dan Suwabara pergi ke Monaco untuk menyertai pertandingan roti antarabangsa bagi menyelamatkan Pantasia daripada dimiliki Kirisaki Yuuichi. Mereka bertemu badut hakim Pierrot, di samping Raja Monaco berkepala singa yang menganjurkan pertandingan. Namun, pesaing Pantasia, St. Pierre cuba merasuah panel hakim serta berbuat apa saja untuk menghalang Wakil Jepun (kumpulan Azuma) memenanginya, termasuk cubaan membunuh mereka. Terdapat juga cerita sampingan mengenai Pierrot, yang juga merupakan "anak yatim" yang mencari keluarga kandungnya.
Babak Yakitate!! 9/25
[sunting | sunting sumber]Azuma dan rakan-rakannya telah memenangi Piala Monaco tetapi gagal menyelamatkan Pantasia kerana Kirisaki Yuuichi sudah pun mengambil alih Pantasia sebelum mereka memenanginya. Namun, pemilik St. Pierre itu menawarkan peluang terakhir kepada mereka untuk merampas semula Pantasia melalui pertandingan Yakitate!! 9 (25 dalam manga) yang bercorak seperti permainan Othello. Di dalam anime, cerita dipendekkan kepada Yakitate!! 9, di mana kumpulan Azuma mesti menang sekurang-kurangnya 5 daripada 9 pertarungan.
Mereka menghadapi persaingan yang sangat sengit daripada beberapa pesaing lama dan baru, termasuklah ahli kumpulan CMAP (Cooking Meal Assemble People; parodi kepada kumpulan SMAP di Jepun), Suwabara dan Monica, Azusagawa Yukino dan Meister Kirisaki sendiri.
Senarai Roti Jepun
[sunting | sunting sumber]- Roti Jepun #1: Roti bakar susu soya
- Roti Jepun #2: Roti periuk nasi elektrik
- Roti Jepun #3: Roti Bijan ketuhar gelombang mikro.
- Roti Jepun #8: Roti kura-kura, diwarna, disalut gula-gula dan dibakar perlahan
- Roti Jepun #9: Roti Taiyaki
- Roti Jepun #10: Roti millet terendam (Roti Diet Jepun rendah kalori)
- Roti Jepun #15: Roti millet Jepun hadam sendiri
- Roti Jepun #15 (varian): Roti hadam sendiri tepung gandum Nanshõkasei (roti disasarkan kepada gadis sekolah)
- Roti Jepun #16: Roti Kari Jepun Gunung Fuji (sebenarnya roti nan India)
- Roti Jepun #21: Roti Castella daripada tepung gandum berputik (Castella ialah kek span popular di Jepun)
- Roti Jepun #22: RotiKamaboko
- Roti Jepun #24: Roti mentega susu kambing (Hanako)
- Roti Jepun #24 (varian): Roti Perancis susu kambing (Hanako)
- Roti Jepun #32: Roti sandwic wasabi
- Roti Jepun #43: Croissant 324 lapisan
- Roti Jepun #44: Roti Petalite Kayangan
- Roti Jepun #51: Roti Sukan Bawang Putih
- Roti Jepun #51 Kai (varian): Roti Sukan berintikan ikan keli, nori, ulat sutera dan kacang soya hitam, disasarkan kepada pelumba kereta (dibuat bersama-sama Suwabara Kai)
- Roti Jepun #55: "Anpan" (roti inti kacang merah)
- Roti Jepun #56: Roti Hitam Jepun (diabaikan kerana doh yang rosak ketika ujian kemasukan Pantasia, hanya ditonjolkan dalam episod 29 anime; asalnya roti dengan bran beras tetapi diganti dengan arang buluh hasil idea Kyousuke)
- Roti Jepun #57: Roti lebihan Kabukiage
- Roti Jepun #58: Roti Tembikai gaya sushi
- Roti Jepun #59: Sandwic Okonomiyaki dengan inti Yakisoba
- Roti Jepun #60: Roti Vital Gluten melekit dan kenyal
- Roti Jepun #61: Donat kanabis
Selepas Piala Monaco, Azuma tidak lagi melabelkan Roti Jepunnya dengan nombor, sebaliknya dengan nama lokasi pertarungan Yakitate!! 9.
- Roti Jepun Ōma: Roti Chawanmushi landak laut
- Roti Jepun Saito: Wafel mangga Haniwa (Haniwaffle)
- Roti Jepun Ōmagari: Roti Blanchir daun bawang bengkok "Double Fondue" (bukan Fondue)
- Roti Jepun Uppurui: Roti gulung dicampur nori
- Roti Jepun Gero: Roti Daun Buluh 3 Kali Ganda
- Roti Jepun Nou
- Roti Jepun Tomiura: Tart jeruk diawet
- Pau Jepun: Pau Jepun Ōkuchi: Tenobe Man ("Man" bermaksud "pau" dalam bahasa Jepun, dan merujuk kepada pau kukus biasa Cina. tenobe adalah sejenis mi yang dibuat dengan meregangkan doh dengan tangan beberapa kali, dan juga merujuk kepada proses pembuatannya. Hanya ditunjukkan dalam episod 56 siri anime, dan merupakan satu-satunya dalam kelasnya, jadi tiada penandaan nombor) (tidak halal kerana menggunakan daging khinzir)
Roti lain
[sunting | sunting sumber](disusun mengikut turutan pembuatnya diikuti penampilannya)
Roti Azuma selain Roti Jepun
[sunting | sunting sumber]- Rotu gulung marjerin tindakan wap lampau
Roti Kawachi
[sunting | sunting sumber]- Roti Hua-Chuan bakar
- Roti Perancis berasaskan oat
- Roti sandwic "O-sake" gaya Osaka (tidak halal kerana menggunakan arak)
- Roti Tembikai Super Matahari Terbit (dibuat dengan adunan pai dan bukannya adunan biskut)
- Yakisoba-dog (Yakisoba dikisar ke bentuk hotdog, kemudian dibubuh di dalam roti)
- Roti ketam bergerak
- Roti Perancis Menyanyi "Kerak Berganda"
- Roti putih "Kemenangan" Terulung (dengan kerak lapisan croissant, bentuk lebar luar biasa dan sobayu yang kaya dengan antioksida)
Roti Suwabara
[sunting | sunting sumber]- Criossant 648 lapisan tindakan wap lampau
- Roti panjang Perancis "Menari"
- Lu-pan #5: "Jus campur dengan kacang dan badam, memberikan roti rasa berempah dan rangup yang sekata" (Pain d'epices)
- Lu-pan #6: Roti Sukan Kura-kura Merah (dengan darah Kura-kura Snapper dan wain merah) (tidak halal kerana menggunakan arak)
- Lu-pan #1: Mahkota D'loro Keemasan dengan Permata Buah-buahan Bersinar
- Lu-pan Ōmagari "Berpintal": Roti "Tourner" Blanchir daun bawang bengkok
Roti tukang roti lain
[sunting | sunting sumber]- [Tsuyoshi Mokoyama] Kouign Pudding Amann, kek mentega manis dengan puding rendah gula di dalamnya
- [Mizuno Azusagawa] Roti Tembikai Super Manis
- [Spencer Henry Hokou "Shachihoko"] Roti Yakisoba "Kouchinmi" gaya Nagoya
- ["Koala" (Mokoyama)] Roti Naga dianyam dan disalut jus marmalade oren dan cip coklat
- [Shigeru Kanmuri] Pain au algue dengan yis Kaiyou
- [Shigeru Kanmuri] Pain au rustique dengan yis Kaiyou RAS (Resilience Against Salt; Tahan Garam)
- [Edward Kayser] Kouglof au Miel
- [Wakil Amerika Syarikat] "Roti Belon" debuat dengan pengadun Cangkuk Naga
- [Wakil Perancis] "Roti Soda Irish" dibuat dengan yis dan bukannya tepung penaik
- [Gran Kayser] Roti Sukan "Lagun Biru" dengan yogurt blueberry, Amacha Hydrangea, dan tepung mutiara "Kan Kyuu Mo"
- [Shadow White/Yuuichi Kirisaki] Go-pan #97: Roti Paella dengan tepung beras, makanan laut dan ekstrak nutrien
- [Monica Adenauer] Roti Rye "Ibu", dengan mawar kandi dan 5 adunan tepung rye berbeza
- [Shachihoko] Roti Mesir "Iskandariah", dengan perisa Kodaimai Miso
- [Shadow White/Yuuichi Kirisaki] Go-pan #???: Roti Bagel "Bima Sakti" Terulung
- [Yuuichi Kirisaki] Go-pan #104: "Penulis Semula Anime" (hanya dipaparkan dalam anime episod 53)
- [Takumi Tsubodzuka] Roti Ōma: Super Toro Aburi (Toro ialah sushi tuna berlemak, Aburi bermaksud "disalai") di atas Pastri Sarang Lebah
- [CMAP tanpa Tsubodzuka] Roti Saito: Roti Kari Mangga Istimewa CMAP
- ["Panda" (Mokoyama)] Roti Alpine 3 Kali Ganda
- [Azusagawa Yukino] Tart strawberi dengan teknik lipatan songsang
- [Meister Kirisaki] Omanta Go-pan
Muzik
[sunting | sunting sumber]Pembukaan
- Houki Gumo (『ホウキ雲』) oleh Rythem (1-29)
- Promise oleh TiA (30-53)
- Chiisana Uta (『小さな詩』) oleh MARIA (54-68)
Penamat
- Sunday oleh The Babystars (1-12)
- To All Tha Dreamers oleh SOUL'd OUT (13-29)
- Hummingbird (ハミングバード) oleh little by little (30-42)
- Re: START oleh SURFACE (43-53)
- Merry Go Round oleh Mai Hoshimura (54-62)
- Kokoro Biidama (『ココロビーダマ』) oleh Rythem (63-68)
- Houki Gumo (『ホウキ雲』) oleh Rythem (69)
Senarai episod
[sunting | sunting sumber]Pertandingan Pekerja Baru Pantasia
[sunting | sunting sumber]No. | Terjemahan tajuk | Tajuk asal |
---|---|---|
1. | Dia Sudah Tiba! Budak dengan Tangan Matahari! | 来たぞッ! 太陽の手を持つ少年! |
2. | Maharaja! Hari Runtuhnya Gunung Fuji! | マハラジャッ! 富士山が降ってきた日! |
3. | Dibakar Hangus! Inikah Kurowa-San Terakhir!? | 黒コゲ! これが究極の黒輪さん!? |
4. | Hiihin! Buatlah Roti Yang Lazat! | ヒヒーン! 馬味(うま)いパンを作れ! |
5. | Sedap! Mentega Terulung Pilihan! | 美(う)メェ~ッ! 決め手は究極のバター! |
6. | Itulah Cawangan Utama! Meister Yang Menari! | 本店だ! 踊るマイスター! |
7. | Kejutan Hattori! Pertukaran Dengan Sos Rahsia! | びっくり服部! 秘密のタレで変身じゃ! |
8. | Kawachi Kai! Sarung Tangan Matahari! | 河内(改)! 太陽のガントレット! |
9. | Aku Takkan Kalah! Aku Cabar Dengan Roti Osaka Aku! | 負けへん! 大阪パンで勝負や! |
10. | Pembukaan Tirai! Pertandingan Pekerja Baru Pantasia Bermula! | それぞれの開幕! パンタジア新人戦開始! |
11. | Sampah-sarap! Kazuma Memilih Mentega Paling Teruk! | クズカスッ! 和馬が選んだ最低バター! |
12. | Kazuma Tersingkir!? Bangkit Semula Dengan Ultra C! | 和馬失格!? 起死回生のウルトラC! |
13. | Maaf Menunggu! Tembikai Tembikai dengan Roti Tembikai! | ヘイお待ちィ! メロンパンでメロンメロン! |
14. | Sedap! Perangkap Roti Yakisoba! | 美麺(うめーん)~ッ! 焼きそばパンの落とし穴! |
15. | Pasukan Berkemungkinan Terbaik! Kami Akan Menang Dengan Onono Komachi-San! | 最強チーム! 小野小町さんで勝つんじゃ! |
16. | Keajaiban Hijau! Itulah Ahli Magik Kazuma! | ミドリの奇跡! 魔法使い和馬ッ! |
17. | Pertarungan Penentuan! Naga Koala Vs. Kura-Kura Kazuma! | 大決戦! コアラの竜VS和馬のカメ! |
18. | Dengan Sedikit Doa! Sumpah janji Di Kubur! | 祈りをこめて! 墓前の誓い! |
19. | Separuh Akhir yang Seram! Perangkap Kejam Yukino! | 悪夢の準決勝! 雪乃の卑劣な罠! |
20. | Semangat Juang yang Kuat! Gunakan Kesukaran Sebagai Pendorong Kejayaan! | 不屈の闘志! 逆境をバネに立ち上がれ! |
21. | Roti Dalam Ujian, Bersejarah, Terulung! Roti Jepun #44! | 試作史上最強のパン! ジャぱん44号じゃッ! |
22. | Sebelum Pusingan Akhir! Bayangan Hitam Menghantui Kazuma! | 決勝戦直前! 和馬に迫る黒い影 |
23. | Pertarungan Melekit! Azuma Kazuma vs. Kanmuri Shigeru! | モチモチ対決! 東和馬VS冠茂! |
24. | Meister Terbang Di Udara! Siapa yang Akan Menang?! | 空飛ぶマイスター! 勝つのはどっち!? |
25. | Apa dia?! Kawachi, Latihan Keras Seorang Lelaki! | なんやてっ! 河内、漢の猛特訓! |
26. | Pusingan Terakhir Pertandingan Pekerja Baru! Roti Perancis yang Menyanyi dan Menari! | 新人戦最終試合! 歌って踊るフランスパン! |
Babak Piala Monaco
[sunting | sunting sumber]No. | Terjemahan tajuk | Tajuk asal |
---|---|---|
27. | Mari Buat Bersama-sama! Roti Jepun #2! | レッツみんなでパン作り! ジャぱん2号じゃッ! |
28. | Lelaki 10 Bilion Yen!? Krisis Hidup Mati Pantasia! | 百億の男!? パンタジア存亡の危機! |
29. | Serangan Jarak Dekat! Kelahiran Roti Hitam Jepun! | 迫撃! ブラックジャぱん誕生! |
30. | Sekarang, Perancis! Sasarkan Piala Monaco! | いざフランス! 目指せモナコカップ! |
31. | Situasi Sentuhan Kritikal! Strategi Larangan Rodin! | 一触即発! 禁断のロダン作戦! |
32. | Bertaraf Dunia! Roulette Yang Membawa Ribut! | これぞ世界レベル! 嵐を呼ぶルーレット! |
33. | Snek Pukul 3! Roti Jepun #21! | 3時のおやつ! ジャぱん21号じゃッ! |
34. | Lupan #3! Pain D'epice, Gaya Kai | ルパン3号! パン・デ・エピス戒(改)! |
35. | Dunia Memberi Tumpuan! Pusingan Akhir Piala Monaco Bermula! | 世界が注目! モナコカップ本選スタート! |
36. | Pertandingan Kelajuan! Ping Ia Dengan Itu! | スピード勝負! アレでチンしてッ! |
37. | Kelangsungan Hidup! Tukang Roti di Pulau Terpencil! | サバイバル! 無人島のパン職人! |
38. | Sekarang Berenanglah! Tai-Yaki-Kun dari Pulau Selatan! | いざ泳げ! 南の島のタイ焼きくん! |
39. | Terjunan ke Neraka! Rancangan Baru! | 地獄へのダイブ! 新たなる謀略! |
40. | Pierrot Tersalah Kira! Makan Malam Terakhir, Bagaimana Rasanya? | ピエロの大誤算! 最後の晩餐お味はいかが? |
41. | Soalan Raja! Siapa Yang Patut Merasa Roti Yang Lazat Dulu? | 王様の質問! 美味しそうなパンを最初に食べさせるのは? |
42. | Adik-beradik Misteri! Bentuk Asal Kayzer! | 奇々怪々! カイザーの正体! |
43. | Sanat Berkhasiat! Konfrantasi Roti Sukan! | 栄養たっぷり! スポーツパン対決! |
44. | Ancaman Kelajuan Bunyi! Gopan #97! | 音速の脅威! ゴぱん97号! |
45. | Bogel, bogel, bogel (Ra, Ra, Ra!)! Pertarungan Roti Menarik! | 裸・裸・裸! 華麗なるパン勝負! |
46. | Pierrot Ditangkap?! Perhubungan Antara Kasih Sayang dan Roti! | ピエロ護送!? 愛がぎっしり詰まったパン! |
47. | Berjaya! Revolusi Industri Roti! | ヴィクトリー! パン業界に革命を! |
48. | Detektif Hebat Pierrot! Reaksi yang Menggadai Nyawa! | 名探偵ピエロ! 命をかけたリアクション! |
49. | Bertemu Kembali di Kerusi VIP! Kayangan Lagi! | VIP席で再開! ヘブン・アゲイン! |
50. | Aku Tunjukkan Alam Semesta! Lelaki yang Mewarisi Gopan! | 宇宙を魅せる! ゴぱんを継ぐ男! |
51. | Bahan Terulung Terkumpul! Pusingan Akhir Terhebat Dalam Sejarah! | 集められた究極の食材! 史上最大の決勝戦! |
52. | Pierrot Merentas Masa! Roti Jepun di Kemuncak Dunia?! | 時を越えるピエロ! ジャぱん世界の頂点へ!? |
Babak Yakitate! 9
[sunting | sunting sumber]No. | Terjemahan tajuk | Tajuk asal |
---|---|---|
53. | Cabaran Kirisaki!! Mulakan Program "Yakitate! 9"! | 霧崎からの挑戦状!! 新番組『焼きたて!9』スタート! |
54. | Pertarungan Roti di Lokasi Istimewa!! Akhirnya, Dialah Idola! | ご当地パン対決!! なんてったってアイドル! |
55. | Sudah bangkit!! Super Kuroyanagi! | 目覚めよ!! スーパー黒柳! |
56. | Kuroyanagi Dalam Bahaya!! Hilang Reaksi! | 危うし黒柳!! 失われたリアクション! |
57. | Ooo, Mangga!! Serangan Balas CMAP! | ウー、マンゴー!! CMAPの大逆襲! |
58. | Kasih Sayang Menyelamatkan Saito!! Tangan Matahari vs Tangan Berapi! | 愛は西都も救う!! 太陽の手VS炎の腕! |
59. | Nin Nin Nin!! Jalan Ninjaku! | ニンニンニン!! オレの忍道だってばよ! |
60. | Aku Benci Benda Berpintal!! Gandingan Kai dan Monica! | 曲がったことが大キライ!! 戒とモニカの二人三脚! |
61. | Rahsia Kanmuri!! Pertarungan Jem Tanpa Kod Moral! | 冠の秘密!! 仁義なきジャム対決! |
62. | Perhitungan Adik-beradik!! Lelaki Kelas Pertama Pilihan Ayah! | 兄弟決戦!! 父が選んだ一流の男! |
63. | Pertarungan Roti Rumpai Laut!! Seorang yang Sangat Terkenal Akan Muncul! | 海苔パン対決!! 超有名人が出るんですよ! |
64. | Rasa Tradisional!! Hati yang Berfikir Jepun Adalah Satu! | 伝統の味!! 日本を思うココロはひとつ! |
65. | Balas Dendam Yang Menakutkan!! Lelaki Panda Muncul! | 恐怖のリベンジ!! パンダ男、現る! |
66. | Roti Kukus Menakjubkan!! Hari Panda Menjadi Seekor Panda! | 奇跡の蒸しパン!! パンダがパンダになった日! |
67. | Matahari VS. Ribut Salji!! Perhitungan Tart Terulung! | 太陽VS吹雪!! 究極のタルト対決! |
68. | Inikah Jalan yang Patut Diambil!? Jalan Jeruk! | これが私の進む道!? ロード・オブ・ザ・ビワ! |
69. | Siapa Yang Kau Ingin Beri Roti Yang Lazat!? Roti Jepun selamanya! | 本当に美味いパンを食べさせるのは!? ジャぱんよ、永遠に! |
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Sementara kebanyakan watak mungkin mencipta roti yang paling ekstrim, kebanyakan daripanya memang benar-benar wujud, atau sekurang-kurangnya berasaskan roti sebenar. Hashiguchi mengupah konsultan roti, Kouichi Uchimura (内村 浩一 Uchimura Kōichi). Uchimura mencipta roti yang sama seperti di dalam manga, dan ada di antara roti yang ditampilkan di dalam manga adalah hasil ciptaannya sendiri. Uchimura mempunyai kedai roti bernama Pan no Mimi di Kyoto. [1]
Nota dan Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Now You Can Eat "Yakitate!! Japan" (2004-10). Retrieved Feb. 24, 2005.
- ^ (Jepun) ja:焼きたて!!ジャぱん Rencana wikipedia Jepun.
Gambar lain
[sunting | sunting sumber]Bahasa Inggeris
[sunting | sunting sumber]-
volume 1
-
volume 2
Bahasa Jepun
[sunting | sunting sumber]-
volume 11
Gambar lain
[sunting | sunting sumber]-
Edward Kayser
-
Gran Kayser
-
Leonhart XIV, Raja Monaco
-
Sachihoko
-
Sophie
-
Kid
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Jepun) Laman web Yakitate!! Japan
- (Jepun) Laman web Yakitate!! Japan Shōnen Sunday Diarkibkan 2005-02-03 di Wayback Machine
- (Jepun) Laman web TV Tokyo Yakitate!! Japan Diarkibkan 2008-04-19 di Wayback Machine
- Anime and manga articles using obsolete and incorrect infobox parameters
- Siri manga
- Manga (tahun keluaran hilang)
- Rencana anime dan manga dengan parameter kotak info yang usang hilang
- Rencana anime dan manga yang menggunakan parameter kotak info yang usang dan tidak betul
- Anime (tahun keluaran hilang)
- Rencana anime dan manga dengan parameter kotak info yang hilang
- Sunrise
- Anime
- Anime komedi
- Manga komedi
- Shōnen
- Manga Viz Media
- Siri manga Shonen Sunday
- Manga