Pergi ke kandungan

Reversi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Reversi
PengarahAdrian Teh
PenulisAdrian Teh
Nazifdin Nasrudin
Dihasilkan oleh
  • Adrian Teh
  • Guinevere Loh (penyelaras)
  • May Woo (eksekutif bersama)
  • Paulyn Chua (eksekutif bersama)
  • Esther Hau (eksekutif bersama)
  • Tee Yee Peng (eksekutif)
  • Lim Teck (eksekutif)
  • Tung Yow Kong (eksekutif)
  • Bumsu Lee (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiDanny Lala
Disunting olehLee Pai Seang
Muzik olehJackey Yow
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
19 Disember 2024
Masa tayangan
135 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM1.22 juta

Reversi merupakan sebuah filem cinta cereka sains Malaysia 2024 arahan Adrian Teh. Filem ini dibintangi oleh Beto Kusyairy, Shiqin Kamal, Hasnul Rahmat, Vanida Imran, Azhan Rani, Zahiril Adzim dan Qi Razali. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 19 Disember 2024.[1]

Mengisahkan Akid, seorang pengawai polis yang diberikan kelebihan untuk merentas masa lalu. Kuasa yang diwarisi daripada keluarganya, namun setiap kali merentas masa ia mengorbankan jangka hayatnya. Selepas kemalangan tragis yang menimpa isteri dan anaknya, Akid berusaha mengubah masa lalu demi masa depan mereka.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah disenarai pendek dalam bahagian pertandingan Festival Filem Udine Far East (FEFF) di Itali dan mengadakan tayangan perdana di peringkat antarabangsa pada 2 Mei 2024.[2]

Sambutan dan penerimaan

[sunting | sunting sumber]

Ulasan filem ini ialah positif dan bercampur. Hafizan Mohd dari majalah Elle Malaysia memuji filem ini sebagai sebuah "naskah yang menawan".[3] Panos Kotzathanasis dari portal perfileman Asian Movie Pulse memberi ulasan "filem pintar dengan lakonan dan karakter watak yang cemerlang".[4] Portal filem Hadam Project memberi penilaian sebanyak 7 per 10.[5]

Ezzatul Aqmar dari Sinar Harian mengulas filem ialah karya yang berbeza dari Adrian Teh dan memberi 3.5 dari 5 bintang.[6]Wafa Aula dari Utusan Malaysia mengulas filem ini sebagai "menarik tetapi kurang berbekas".[7]

  1. ^ Mohd Sallehuddin, Serimah (19 Disember 2024). "Padah lawan takdir". Berita Harian. Dicapai pada 23 Disember 2024.
  2. ^ Kamal, Zai (27 Mac 2024). "Adrian Teh's new movie 'Reversi' to compete at Italy's Udine Far East Film Festival". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Disember 2024.
  3. ^ Mohd, Hafizan (2024-12-26). "Ulasan Filem: Reversi - Hidup Di Tangan Beto Kusyairi". Elle Malaysia. Dicapai pada 2024-12-31.
  4. ^ Kotzathanasis, Panos. "Film Review: Reversi (2024) by Adrian Teh". Asian Movie Pulse (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ "Reversi (2024)". Hadam Project.
  6. ^ Mustaza, Nurezzatul Aqmar (20 Disember 2024). "Reversi sentuhan berbeza Adrian Teh". Sinar Harian. Dicapai pada 23 Disember 2024.
  7. ^ Aula, Wafa (15 Disember 2024). "Ulasan Reversi: kesialan hujan dan kekeliruan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 Disember 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]