Wolverin
Wolverin[1] | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Gulo Pallas, 1780
|
Spesies: | G. gulo
|
Nama binomial | |
Gulo gulo (Linnaeus, 1758)
| |
Taburan wolverin |
Wolverin atau nama saintifik ia Gulo gulo (juga dipanggil setempatL glutton, carcajou, skunk bear, quickhatch atau gulon) adalah spesies darat terbesar dalam keluarga Mustelidea. Ia adalah karnivor yang sangat kuat dan diibaratkan sebagai beruang kecil berbeza berbanding Mustelid lain. Wolverin terkenal dengan kekuatan dan keganasannya yang diketahui mampu membunuh mangsa yang jauh lebih besar darinya.
Wolverin ditemui di kawasan hutan tundra dan subartik di hemisfera utara, dengan jumlah paling banyak ditemui di Alaska, Kanada, negara-negara Nordik Eropah, barat Rusia dan Siberia. Populasi haiwan ini mengalami pengurangan yang stabil sejak abad ke-19 akibat terjerat, kawasan yang berkurangan dan perubahan habitat yang tidak sesuai, hinggakan secara relatifnya haiwan ini tidak wujud sama sekali di bahagian selatan Eropah. Bagaimanapun, dianggarkan populasi besar masih wujud di Amerika Utara dan Asia Utara.
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan bukti genetik, wolverine berkait rapat dengan tayra dan samur (nama saintifik masing-masing Eira dan Martes) yang berkongsi nenek moyang Eurasia yang sama.
Dalam genus Gulo, terdapat 2 perbezaan subspesies, bentuk Dunia Lama Gulo gulo gulo dan bentuk Dunia Baru G.g.luscus. Kebanyakan pengkaji menyatakan terdapat 4 subspesies di Amerika Utara termasuk spesies jarang di pulau Vancouer (G. g. vancouverensis) dan di semenanjung Kenai (G. g. katschemakensis) di negeri Alaska. Akan tetapi, taksonomi terkini yang paling diterima mengenalpasti 2 kontinental subspesies atau dikenali sebagai G.gulo sebagai Holartic takson yang tunggal.
Terbaru, hasil kajian perbandingan genetik mendapati wolverine Amerika Utara berasal dari moyang yang tunggal, kemunkinan dari Beringia semasa pengglasieran yang terakhir dan berkembang pesat setelah itu. Walau bagaimanapun, teori ini tidak dapat dipastikan disebabkan kesukaran mendapatkan sampel di kawasan selatan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 532–628. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaiucn