William Henry Harrison
William Henry Harrison | |
---|---|
Presiden Amerika Syarikat ke-9 | |
Dalam jawatan 4 Mac 1841 – 4 April 1841 | |
Naib Presiden | John Tyler |
Didahului oleh | Martin Van Buren |
Digantikan oleh | John Tyler |
Menteri Amerika Syarikat ke Gran Colombia | |
Dalam jawatan 24 Mei 1828 – 26 September 1829 | |
Presiden | John Quincy Adams Andrew Jackson |
Didahului oleh | Beaufort Taylor Watts |
Digantikan oleh | Thomas Patrick Moore |
Senator Amerika Syarikat dari Ohio | |
Dalam jawatan 4 Mac 1825 – 20 Mei 1828 | |
Didahului oleh | Ethan Allen Brown |
Digantikan oleh | Jacob Burnet |
Ahli U.S. House of Representatives from Ohio's kawasan 1st | |
Dalam jawatan 8 Oktober 1816 – 3 Mac 1819 | |
Didahului oleh | John McLean |
Digantikan oleh | Thomas R. Ross |
Gabenor Wilayah Indiana | |
Dalam jawatan 10 Januari 1801 – 28 Disember 1812 | |
Dilantik oleh | John Adams |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Thomas Posey |
Delegasi ke Dewan Rakyat Amerika Syarikat dari Wilayah Barat Laut | |
Dalam jawatan 4 Mac 1799 – 14 Mei 1800 | |
Didahului oleh | Kawasan pilihan raya ditubuhkan |
Digantikan oleh | William McMillan |
Setiausaha Wilayah Barat Laut | |
Dalam jawatan 28 Jun 1798 – 1 Oktober 1799 | |
Gabenor | Arthur St. Clair |
Didahului oleh | Winthrop Sargent |
Digantikan oleh | Charles Willing Byrd |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Charles City County, Virginia, Amerika British | 9 Februari 1773
Mati | 4 April 1841 Washington, D.C., A.S. | (umur 68)
Tempat semadi | Memorial Negeri Makam Harrison |
Parti politik | Demokrat-Republik (Sebelum 1828) Whig (1836–1841) |
Pasangan | Anna Symmes (k. 1795) |
Anak | 10, termasuk John dan Carter |
Saudara | Benjamin Harrison V (Bapa) |
Pendidikan | Hampden–Sydney College Universiti Pennsylvania |
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Cabang/khidmat | Tentera Darat Amerika Syarikat • militia Wilayah Indiana |
Tahun khidmat | 1791–1798, 1811, 1812–1814 |
Pangkat | Major General (U.S. Army) |
Unit | Legion Amerika Syarikat |
Pangkalan | Tentera Laut Barat Laut |
Perang/Pertempuran | |
William Henry Harrison ialah Presiden Amerika Syarikat yang ke-9. Beliau dilantik sebagai Presiden pada 4 Mac 1841 dan meninggal dunia 31 hari selepas pelantikan beliau. William H. Harrison adalah presiden Amerika Syarikat pertama yang meninggal dunia ketika masih menjawat jawatan presiden.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]William H. Harrison dilahirkan pada 9 Februari 1773 di Charles City, Virginia, Amerika Syarikat. Beliau merupakan anak kepada salah satu Pemimpin Amerika Syarikat, Benjamin Harrison V dan Elizabeth Basset. Ayahnya salah seorang menandatangani Deklarasi Kemerdekaan Amerika. Cucunya kemudian menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-23, Benjamin Harrison.
William Harrison awalnya mengikuti pendidikan kedoktoran, tetapi berhenti setelah ayahnya meninggal dunia. Beliau menyertai ketentaraan dan berkhidmat 7 tahun.
Pada 1812 saat Amerika berperang dengan SHTI, William Harrison yang berpangkat Brigadir Jenderal berjaya menewaskan pasukan SHTI di wilayah barat-laut Amerika Syarikat. Kemenangan ini secara tidak langsung menaikkan namanya menjadi mashyur.
Setelah menamatkan perkhidmatannya dalam bidang ketenteraan, William Harrison kembali semula ke kehidupan biasa dan menjadi ahli perniagaan walaupun perniagaannya menemui kegagalan. Pengalaman beliau yang terkenal di situ lalu dilantik sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat Amerika Syarikat kemudian menjadi Gabenor dan Senator. Pada tahun 1828, William Harrison dipilih menjadi Duta Amerika Syarikat untuk Colombia selama satu tahun. Beliau kemudian diusir kerana menghina Presiden Colombia. Pada tahun 1836, beliau dipilih menjadi calon presiden dari Parti Whig yang baru ditubuhkan. Dalam pemilihan presiden, beliau dikalahkan oleh Martin Van Buren yang kemudian menjadi Presiden Amerika yang ke-8.
Pada 4 Mac 1841 William Harrison dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-9, didampingi wakil presiden John Tyler walaupun menjawat jawatan tersebut selama 32 hari sahaja.
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Pada 4 April 1841, Presiden William Harrison disahkan meninggal dunia akibat penyakit radang paru-paru yang dihidapinya kerana terlali lama berdiri di bawah hujan ketika di hari perlantikannya menjadi presiden.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Buku Presiden-Presiden Amerika Syarikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: William Henry Harrison |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: William Henry Harrison. |