Andrew Jackson
Andrew Jackson | |
---|---|
Presiden Amerika Syarikat ke-7 | |
Dalam jawatan 4 Mac 1829 – 4 Mac 1837 | |
Naib Presiden | John C. Calhoun (1829–1832), Tiada (1832–1833), Martin Van Buren (1833–1837) |
Didahului oleh | John Quincy Adams |
Digantikan oleh | Martin Van Buren |
Gabenor Wilayah Florida Pertama Gabenor Ketenteraan | |
Dalam jawatan 10 Mac 1821 – 12 November 1821 | |
Presiden | James Monroe |
Didahului oleh | Tiada (Wilayah Sepanyol) |
Digantikan oleh | William P. Duval |
Senator Amerika Syarikat dari Tennessee | |
Dalam jawatan 26 September 1797 – April 1798 | |
Didahului oleh | William Cocke |
Digantikan oleh | Daniel Smith |
Dalam jawatan 4 Mac 1823 – 14 Oktober 1825 | |
Didahului oleh | John Williams |
Digantikan oleh | Hugh Lawson White |
Ahli U.S. House of Representatives from Tennessee's kawasan At-Large | |
Dalam jawatan 4 Disember 1796 – 26 September 1797 | |
Didahului oleh | Tiada — Ahli Kongres pertama (diisytiharkan negeri) |
Digantikan oleh | William C. C. Claiborne |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 200px 15 Mac 1767 kawasan Waxhaws |
Mati | 8 Jun 1845 Nashville, Tennessee; | (umur 78)
Tempat semadi | 200px |
Kewarganegaraan | Amerika |
Parti politik | Demokrat-Republik dan Demokrat |
Pasangan | Duda. Rachel Donelson Robards Jackson. (Anak saudara Emily Donelson Jackson dan menantu Sarah Yorke Jackson merupakan Wanita Pertama) |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Pekerjaan | Pendakwa, Hakim, Petani (Peladang), Askar (Jeneral) |
Tandatangan | |
Andrew Jackson (15 Mac 1767–8 Jun 1845) ialah Presiden Amerika Syarikat yang ke-7. Beliau memegang jawatan Presiden A.S selama dua penggal berturut-turut iaitu bermula tahun 1829 sehingga 1837. Amerika memasuki fasa penting selama 8 tahun pemerintahan Presiden Andrew Jackson, berkatnya Amerika Syarikat menjadi lebih kuat.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Andrew Jackson lahir pada 15 Mac 1767 di sebuah ladang, Waxhaw, Carolina Selatan. Dua minggu sebelum kelahirannya, ayah beliau telah meninggal dunia. Andrew Jackson menjadi anak yatim sejak lahir. Andrew Jackson diasuh oleh ibu beliau yang tinggal bersama-sama ipar beliau. Pada masa itu beliau tidak memiliki banyak kesempatan untuk bersekolah, namun beliau memiliki kemahuan kuat, semangat merdeka dan keberanian besar yang hidup dalam dirinya.
Pada usia 13 tahun, beliau memasuki tentera Amerika dan turut berjuang dalam Revolusi Amerika dalam melawan Inggeris, yang kemudian merebak menjadi Perang Kemerdekaan Amerika. Beliau pernah ditangkap dan ditawan oleh pihak musuh. Semasa ditawan, beliau pernah menolak untuk menggosok kasut seorang askar Inggeris, askar tersebut memukul beliau dengan sebilah pedang, parut disebabkan oleh pedang itu tidak hilang seumur hidup beliau. Berkat permohonan ibu beliau, beliau dibebaskan dari tawanan, tetapi beberapa bulan kemudian ibu beliau meninggal dunia akibat demam yang diderita beliau ketika beliau bekerja sebagai jururawat sukarela bagi orang Amerika yang ditawan oleh tentera Inggeris. Andrew Jackson menjadi yatim piatu pada usia 14 tahun. Hal ini menimbulkan rasa tidak suka beliau kepada orang-orang Inggeris, perasaan yang berpengaruh selama hidupnya.
Pada mulanya, Andrew Jackson berusaha untuk menjadi seorang guru, lalu beliau mulai belajar undang-undang pada usia 17 tahun. Pembelajaran ini tidak beliau dapatkan melalui sekolah, tetapi dari sebuah pejabat seorang peguam. Beliau lalu mendapat surat keizinan untuk membuka pusat latihan undang-undang dan berpindah ke Nashville, Tennessee lalu beliau menjadi orang yang kaya dan berpengaruh. Beliau menjadi orang pertama yang mewakili negeri Tennessee di Kongres Amerika Syarikat, dan kemudian diangkat menjadi senator untuk mengisi kerusi seorang senator yang meninggal dunia. Pada tahun yang sama, beliau keluar dari senat untuk mengurus hal-hal pribadi.
Setelah keluar dari senat, Andrew Jackson menjadi hakim di Makamah Tinggi Tennessee.
Pada tahun 1804, beliau menjadi Mejar Jeneral dalam Tentera Tennessee dan terbukti cekap sebagai seorang tentera, dua tahun kemudian, beliau meninggalkan pekerjaannya sebagai hakim di Makamah Tinggi Tennessee dan mendedikasikan waktunya pada jabatan ketenteraan. Kecekapannya sebagai seorang tentera membuahkan kemenangan-kemenangan Amerika ke atas Inggeris pada peperangan yang terjadi pada tahun 1812-1814 di bawah pemerintahan Presiden James Madison, beliau menjadi masyhur dikalangan rakyat Amerika. Hal ini merintis jalan baginya untuk menjadi presiden.
Pernikaha beliau dengan Rachel Donelson Jackson tidak dikurniakan keturunan, tetapi beliau mengambil anak saudara isterinya sebagai anak angkatnya, dan menamakannya Andrew Jackson Jr.
Andrew Jackson berusaha untuk dipilih menjadi Presiden pada tahun 1824, tetapi gagal. Empat tahun kemudian beliau berusaha lagi, dan kali ini berjaya.
Pada tahun 1829 Andrew Jackson dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-7. Sewaktu menjawat, beliau didampingi oleh John Caldwell Calhoun (1829-1832) dan Martin Van Buren (1832-1837) sebagai wakil presiden.
Kemenangannya melambangkan kemenangan rakyat pada umumnya kerana Andrew Jackson melambangkan rasa dan harapan orang biasa. Rakyat umum menaruh kepercayaan pada dirinya dan tetap berdiri di belakangnya.
Andrew Jackson pengikut parti Demokrat, yang hingga kini, tetap berpegang pada prinsip-prinsip yang ditetapkannya.
Pada 4 Mac 1837, Andrew Jackson meninggalkan Rumah Putih, kala itu kekayaannya telah merudum dan kesihatannya semakin buruk.
Pada 8 Jun 1845, Andrew Jackson meninggal dunia ketika usianya 78 tahun di Hermitage, Nashville, Tennessee.
Erti baru yang diberikan Andrew Jackson pada istilah "Demokrasi" tetap hidup sebagai sumbangannya yang terbesar pada masa depan.
Slogan
[sunting | sunting sumber]Slogan beliau yang terkenal adalah
Berikan pemerintahan kepada rakyat
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Buku Presiden - Presiden Amerika Serikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Andrew Jackson |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Andrew Jackson. |