Pergi ke kandungan

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
ديوان ڤرواکيلن اميريكا شريکت
United States House of Representatives
Jata
Mohor Dewan Perwakilan
Bendera Dewan Perwakilan
Kongres Amerika Syarikat ke-118
Jenis
Jenis
Tempoh menjawat
Tiada
Kepimpinan
Mike Johnson (R)
sejak 25 Oktober 2023
Steve Scalise (R)
sejak 3 Januari 2023
Hakeem Jeffries (D)
sejak 3 Januari 2023
Tom Emmer (R)
sejak 3 Januari 2023
Katherine Clark (D)
sejak 3 Januari 2019
Hal Rogers (R)
sejak 18 Mac 2022
Struktur
Ahli
  • 435 ahli
  • 6 ahli bukan pilihan
  • 218 untuk majoriti
Kumpulan politik
Majoriti

Minoriti

  •      Demokrat (212)
  •      Kosong (2)
Pilihan raya
Pilihan raya terakhir
8 November 2022
Pilihan raya seterusnya
5 November 2024
Tempat persidangan
Kamar Dewan
Kapitol Amerika Syarikat
Washington, D.C.
Amerika Syarikat
Laman sesawang
www.house.gov
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (Jawi: ديوان ڤرواکيلن اميريكا شريکت, Inggeris: United States House of Representatives) ialah dewan rendah dan salah satu daripada dua dewan Kongres Amerika Syarikat, dengan dewan tertingginya ialah Senat.[1]

Setiap negeri diwakili di dalam dewan adalah berkadar terus kepada penduduk, dan diberikan paling kurang satu wakil. Jumlah bilangan perwakilan juga ditetapkan sebanyak 435 oleh Akta Reapportasi 1929, walaupun Kongres mempunyai kuasa untuk mengubah nombor berkenaan. Setiap perwakilan berkhidmat selama dua tahun. Perwakilan hanya berkhidmat bagi tempoh dua tahun dan mungkin boleh dilantik beberapa kali yang mungkin. Pegawai Pengerusi dewan berkenaan dikenali sebagai Speaker yang dipilih secara undian oleh anggota-anggota dalam dewan tersebut.

Dewan ditugaskan dengan perundangan persekutuan, yang dikenali sebagai bil, dengan, setelah persetujuan Senat, dihantar kepada presiden untuk dipertimbangkan. Dewan ini juga mempunyai kuasa eksklusif: Dewan ini memulai semua bil pendapatan, mendakwa pegawai persekutuan, dan memilih presiden jika tidak ada calon yang mendapat suara terbanyak di Kolej Pilihan Raya.[2][3] Dewan bersidang di sayap selatan Kapitol Amerika Syarikat. Speaker dan barisan pimpinan Dewan dipilih oleh Kaukus Demokrat atau Sidang Republikan, bergantung kepada mana-mana parti yang mempunyai lebih banyak ahli mengundi.

Komposisi terkini

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya memilih ahli-ahli Dewan Perwakilan yang terkini telah diadakan pada 8 November 2022.

Komposisi setakat 2023

[sunting | sunting sumber]

Setakat Oktober 3, 2023

212 221
Demokrat Republikan
Gabungan Ahli Perwakilan/Pesuruhjaya Residen Majoriti Negeri
Demokrat 212 3 25
Republikan 221 3 29
Kosong 2
Jumlah 435 6 50
Majoriti[a] 4

Rujukan:[4]

  1. ^ Bilangan wakil pengundi parti majoriti dalam Dewan yang melebihi bilangan minimum yang diperlukan untuk mempunyai majoriti mutlak wakil mengundi.
  1. ^ "The House explained". United States House of Representatives. Dicapai pada 14 April 2021.
  2. ^ Seksyen 7 Artikel 1 Perlembagaan
  3. ^ Artikel 1, Seksyen 2, dan di dalam Pindaan ke-12
  4. ^ "Party Breakdown". July 20, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada March 14, 2019. Dicapai pada April 27, 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]