Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman ini mengumpulkan fakta-fakta dari Wikipedia:Tahukah anda yang pernah dipaparkan di Laman Utama dan fakta-fakta ini diletakkan di bawah kategori:
Sejarah
Merangkumi fakta berkenaan tokoh, tarikh, pentadbiran, peristiwa silam dan penemuan artifak bersejarah.
- "... bahawa tamadun Mesopotamia terletak di antara dua sungai, sungai Tigris dan Sungai Furat?"
- "... bahawa Labuan tidak berpenghuni sebelum digunakan British sebagai tapak operasi menentang lanun?"
- "... bahawa Sungai Rhine dan Danube membentuk sebahagian besar sempadan utara Empayar Rom?"
- "... bahawa Tehran cuma berkembang pesat akibat orang yang melarikan diri dari serangan Mongol bertumpu ke situ?"
- "... bahawa Muixeranga adalah nama kolektif yang diberikan kepada persembahan purba tarian jalanan dan istana manusia?"
- "... bahawa Pertempuran Muar merupakan balasan tentera Jepun terhadap Pertempuran Jambatan Gemencheh?"
- "... bahawa penemuan cara membuat api dianggap salah satu dari kecanggihan manusia yang terpenting?"
- "... bahawa Maut Hitam ialah pandemik yang paling teruk dalam sejarah manusia?"
- "... bahawa pahlawan Melayu Mat Kilau hidup lebih dari 100 tahun?"
- "... bahawa Empayar Rom terakhir, Empayar Byzantine jatuh akibat ditakluk oleh Empayar Turki Uthmaniyyah?"
- "... bahawa Orang India Malaysia telah berhijrah dari India ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu?"
- "... bahawa Raja Namrud dikatakan mati akibat seekor nyamuk masuk ke dalam otaknya?"
- "... bahawa Ibrahim Libya merupakan pegawai JAKIM sebelum dituduh membawa ajaran sesat dan terbunuh dalam Peristiwa Memali 1985?"
- "... bahawa selepas dibubarkan pada 1994, ahli-ahli Jemaah Arqam yang insaf bersatu semula dalam kumpulan Rufaqa'?"
- "... bahawa Pemberontakan Taiping dilancarkan oleh rakyat-rakyat miskin China untuk menggulingkan kerajaan Manchu yang berkuasa melalui Dinasti Ching?"
- "... bahawa gangsa merupakan antara aloi yang terawal digunakan di dunia, iaitu sejak Zaman Gangsa?"
- "... bahawa Perjanjian Inggeris-Siam 1909 membahagikan Negeri-Negeri Melayu kepada dua, namun kerajaan Melayu yang berkuasa di negeri-negeri tersebut tidak diajak berunding?"
- "... bahawa Puteri Diana cemerlang dalam sukan dan merupakan seorang penyanyi amatur yang baik?"
- "... bahawa Darurat Tanah Melayu adalah akibat persengketaan antara Parti Komunis Malaya dengan kerajaan British?"
- "... bahawa Rumah Api Iskandariah tiada dalam senarai asal Tujuh Keajaiban Dunia?"
- "... bahawa Kerajaan Fatimiyyah merupakan satu-satunya kerajaan Syiah yang diakui sebagai khalifah Islam?"
- "... bahawa Empayar British merupakan empayar terbesar yang pernah didirikan dalam sejarah?"
- "... bahawa tahanan Kawat Kematian Sandakan dikerah berjalan kaki sejauh kira-kira 250 kilometer?"
- "... bahawa Dinasti Zhou adalah dinasti yang bertahan paling lama dibandingkan dengan dinasti yang lain dalam sejarah China?"
- "... bahawa Saracen adalah istilah yang digunakan oleh orang Kristian Eropah pada Abad Pertengahan untuk merujuk kepada orang Islam?"
- "... bahawa empayar terbesar dalam sejarah ialah Empayar British?"
- "... bahawa Hatshepsut adalah firaun perempuan yang paling berjaya di Mesir?"
- "... bahawa golongan Khawarij merancang untuk membunuh kedua-dua Muawiyah dan Ali, tapi yang berjaya mereka bunuh hanya Ali?"
- "... bahawa Empayar Byzantine bermula apabila Constantine I memindahkan Empayar Rom ke Byzantium?"
- "... bahawa Amerika Syarikat tertubuh akibat koloni Inggeris di benua Amerika menentang cukai?"
- "... bahawa Perang Salib Keempat asalnya dirancang untuk menawan Jerusalem dari orang Islam, tetapi akhirnya tentera salib menyerang dan menawan Constantinople, ibu negara Empayar Byzantine?"
- "... bahawa sejarah dunia, menurut kelaziman, adalah sejarah manusia, dari kemunculan Homo sapiens sehingga masa kini?"
- "... bahawa Holy Grail merupakan sejenis pinggan, cawan atau mangkuk yang digunakan oleh Jesus dalam Makan Terakhir?"
- "... bahawa Zaman Meleset dikatakan tamat di ambang Perang Dunia II disebabkan persediaan perang yang merangsang ekonomi?"
- "... bahawa Pemberontakan Panthay telah menyebabkan kematian sejuta orang di Yunnan?"
- "... bahawa Abrahah pernah membina sebuah gereja besar di Sana'a, untuk menyaingi Kaabah di Makkah?"
- "... bahawa antara kesan Perang Lubnan 1982 ialah penubuhan pertubuhan Hizbullah?"
- "... bahawa Perpecahan Timur-Barat menyebabkan dunia Kristian Zaman Pertengahan berpecah kepada Timur (Greek) dan Barat (Latin)?"
- "... bahawa Perang Salib Kelima berakhir dengan perjanjian damai selama lapan tahun?"
- "... bahawa manga pertama adalah sebuah skrol yang dibaca dari kanan ke kiri?"
- "... bahawa kerabat diraja China, Korea, Vietnam dan Jepun menggunakan nama selepas kematian bedasarkan pencapaian mereka semasa hidup?"
|