Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman ini mengumpulkan fakta-fakta dari Wikipedia:Tahukah anda yang pernah dipaparkan di Laman Utama dan fakta-fakta ini diletakkan di bawah kategori:
Fizik dan Astronomi
Merangkumi fakta berkenaan teori, tokoh, saintis, sumbangan dan fenomena sains fizik dan angkasa.
- "... bahawa semua unit SI berasal dari cuma tujuh unit asas, yang lainnya adalah unit terbitan?"
- "... bahawa Eris merupakan sebab utama Pluto diturun taraf menjadii planet kerdil?"
- "... bahawa gerhana bulan cuma boleh berlaku ketika bulan purnama?"
- "... bahawa mekanik kuantum adalah amat berbeza dengan konsep mekanik lain yang berasaskan Newton?"
- "... bahawa fungsi pemetakan adalah merupakan kuantiti yang paling penting bagi mengekod sifat statistik bagi sesuatu sistem dalam keseimbangan termodinamik?"
- "... bahawa unit hektar dan ekar tidak merupakan sebahagian Sistem Unit Antarabangsa?"
- "... bahawa persamaan E=mc² bukan sumbangan Albert Einstein seorang?"
- "... bahawa Fahrenheit merupakan skala suhu yang meluas digunakan di Amerika Syarikat dan Jamaica berbanding Celsius yang digunakan secara meluas di kawasan lain dunia?"
- "... bahawa mekanik klasik adalah satu cabang fizik yang menerangkan gerakan ojek-objek makroskop?"
- "... bahawa dalam pengelasan najam, matahari yang terletak dalam kelas G2 tidaklah begitu panas dibandingkan dengan bintang lain?"
- "... bahawa terdapat banyak sistem najam lain selain sistem suria?"
- "... bahawa elektrik berkait dengan kemagnetan, dan tindak balas keduanya dipanggil keelektromagnetan?"
- "... bahawa Teleskop Angkasa Hubble terletak dalam orbit dan oleh itu tidak terganggu oleh atmosfera Bumi?"
- "... bahawa bentuk gelombang berkala boleh diubah melalui proses pemodulatan?"
- "... bahawa zarah alfa serupa dengan nukleus helium?"
- "... bahawa sumber haba untuk enjin wap boleh diperolehi dari reaktor nuklear?"
- "... bahawa fenomena halo lebih kerap terjadi berbanding pelangi?"
- "... bahawa panjang unit astronomi sama dengan 149 597 870 691 ± 30 meter?"
- "... bahawa bunyi boleh merambat melalui semua jirim, bukan gas sahaja?"
- "... bahawa jalur meteor terjadi akibat kepanasan yang disebabkan tekanan, bukan geseran?"
- "... bahawa Hukum Bragg mengesahkan kewujudan zarah nyata pada skala atom?"
- "... bahawa terdapat pelbagai hipotesis tentang paradoks duniawi?"
- "... bahawa pengetahuan tentang konfigurasi elektron boleh membantu menerangkan ciri laser dan semikonduktor?"
- "... bahawa magnitud ketara bagi jasad samawi merupakan pengukuran kecerahannya seperti yang dilihat dari pencerap di atas Bumi?"
- "... bahawa udara lembap mempunyai ketumpatan yang lebih rendah berbanding udara kering pada suhu dan tekanan yang sama?"
- "... bahawa kebanyakan helium yang dihasilkan di Bumi muncul dari pereputan alfa?"
- "... bahawa Awan Magellan adalah galaksi kerdil terhampir dengan Bima Sakti?"
- "... bahawa gambar rajah fasa merupakan sejenis graf yang digunakan untuk menunjukkan keadaan keseimbangan antara fasa jirim yang dibezakan secara termodinamik?"
- "... bahawa frekuensi sangat tinggi (VHF) selalu digunakan untuk siaran radio FM dan siaran televisyen?"
- "... bahawa modulasi frekuensi adalah satu-satunya kaedah munasabah bagi merakam atau menerima video dari pita magnet tanpa herotan yang keterlaluan?"
- "... bahawa Tompok Merah Besar di Musytari sebenarnya adalah ribut?"
- "... bahawa Koyakan Besar merupakan hipotesis kosmologi mengenai nasib muktamad alam semesta?"
- "... bahawa unit antarabangsa isi padu ialah meter padu, bukan liter?"
- "... bahawa objek astronomi adalah entiti atau objek yang disahkan sains sekarang sebagai wujud di angkasa lepas?"
- "... bahawa fotonik ialah bidang aplikasi fizik yang menjana, mengawal dan mengesan foton?"
- "... bahawa terdapat beberapa nilai takrifan kuasa kuda yang digunakan secara meluas?"
- "... bahawa sangkar Faraday adalah ruang bertutup yang berfungsi menyekat medan elektrik statik luaran?"
- "... bahawa dua ahli terbesar Kumpulan Tempatan ialah Bima Sakti dan Galaksi Andromeda?"
- "... bahawa Galaksi Andromeda merupakan objek yang terjauh boleh dilihat dengan mata kasar, dan boleh dilihat dari kawasan bandar?"
- "... bahawa dalam menulis nombor Mach, angkanya diletakkan selepas unit?"
- "... bahawa daya nukleus kuat ialah daya yang mengekalkan kuark dan gluon bersama untuk membentuk proton dan neutron?"
- "... bahawa model petala nuklear merupakan model bagi nukleus atom yang menggunakan prinsip Pauli untuk menerangkan struktur nukleus?"
- "... bahawa pulau kestabilan menerangkan kemungkinan bagi unsur untuk stabil dengan "nombor ajaib" bagi proton dan neutron?"
- "... bahawa anak bulan ialah bulan sabit pertama yang kelihatan, iaitu selepas persilangan dengan matahari?"
- "... bahawa bulan biru akan berlaku setiap dua atau tiga tahun sekali?"
- "... bahawa kuark turun boleh mereput kepada kuark naik menerusi tindakan bersaling lemah?"
- "... bahawa pendawaian elektrik mestilah dibumikan bagi menyediakan perlindungan daripada bahaya renjatan elektrik akibat kebocoran arus elektrik?"
|