Fasa jirim
Dalam sains fizikal, satu fasa adalah satu set keadaan sistem fizikal makroskop yang mempunyai komposisi dan ciri-ciri fizikal yang seragam (iaitu ketumpatan, struktur kristal, indeks biasan dan lain-lain). Contoh fasa yang paling biasa ialah pepejal, cecair dan gas. Selain itu, terdapat juga plasma, plasma quark-gluon, kondensasi Bose-Einstein, kondensasi fermion, jirim pelik (strange matter), hablur cecair, superfluid dan supersolid, serta fasa paramagnet dan feromagnet bahan bermagnet.
Fasa juga kadangkala dipanggil keadaan jirim, namun istilah ini boleh menyebabkan kekeliruan dengan keadaan termodinamik. Sebagai contoh, dua gas pada tekanan yang berlainan mempunyai keadaan termodinamik yang berbeza, tetapi keadaan jirim yang sama.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Cecair berbilang fasa
- Fizik jirim terkondensasi
- Keadaan jirim
- Lengkung pendinginan
- Pemanasan lampau
- Pendinginan lampau
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Para ahli sains Perancis berjaya menyelesaikan pembekuan secara berbalik, dengan kenaikan suhu α-siklodekstrin, air, dan 4-metilpiridina
Error: tiada nama laman disertakan (help).