Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib9/2006
Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi
Garis panduan baru
Dengan ini adalah dimaklumkan kepada dewan yang garis panduan baru Wikipedia:Gunakan bahasa Melayu piawai telah digubal dan sekiranya tidak terdapat bantahan ia akan berkuatkuasa serta merta. — Alistaire 05:42, 1 September 2006 (UTC)
Hai semua! Dimaklumkan bahawa rencana mengenai pengambilan cuti dari Wikipedia telah siap dengan beberapa templat yang menarik untuk digunakan buat mereka yang sedang bercuti itu. :D — Alistaire 03:15, 2 September 2006 (UTC)
Cadangan
Oleh kerana sekarang terdapat banyak portal-portal baru yang dicipta, saya cadangkan supaya pautan ke portal-portal berkenaan diletakkan di Laman Utama. — Master2841 11:55, 2 September 2006 (UTC)
- Boleh juga kerana Wikipedia Inggeris pun buat begitu. Pautan ke Portal juga lazimnya diletakkan di rencana berkenaan topik Portal. Misalnya pautan ke Portal:Undang-undang akan diletakkan di rencana Undang-undang. — Alistaire 16:56, 2 September 2006 (UTC)
Alamak! Ini pun boleh ke? Dari "Saya rasa tidak perlu kerana Wikipedia Inggeris pun tidak buat begitu." menjadi "Boleh juga kerana Wikipedia Inggeris pun buat begitu", hehehe. — PM Poon 14:38, 4 September 2006 (UTC)
Kelihatannya, Alistaire dah silap. Sebenarnya, semua portal Wikipedia bahasa Inggeris terletak di sebelah kanan pada bahagian teratas di Laman Utamanya. — PM Poon 17:08, 2 September 2006 (UTC)
- Eh? Mana ada saya silap? :D — Alistaire 17:10, 2 September 2006 (UTC)
|
Laman bahasa Inggeris kini dipindahkan ke sini, hehehe. — PM Poon 17:48, 2 September 2006 (UTC)
- Saya rasa dua2 boleh. ...Aurora... 13:40, 4 September 2006 (UTC)
Chinese Taipei
Merujuk kepada laman perbualan saya mengenai Chinese Taipei. Masalah yang dihadapi ialah adakah istilah Chinese Taipei dalam Bahasa Melayu? Kerana sepanjang pengetahuan saya pasukan Taiwan disebut sebagai Taiwan dan tidak pernah disebut Cina Taipei. Bolehkah sesiapa mendapatkan maklumat mengenai perkara ini? — Master2841 11:10, 3 September 2006 (UTC)
- Chinese Taipei ialah nama yang dipergunakan oleh Taiwan untuk menyertai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Ini disebabkan Republik Rakyat China (iaitu kerajaan komunis) tidak membenarkan Republik China (iaitu Taiwan) untuk menggunakan perkataan "China" secara rasmi. Oleh itu, "Taipei Cina" ialah terjemahan yang tepat untuk Chinese Taipei. Bunyi perkataan "China" dan "Cina" amat berbeza dalam bahasa Cina. China ialah ahem... "zhong guo", dan "Cina" ialah "zhong hua". — PM Poon 11:22, 3 September 2006 (UTC)
Bukan sahaja nama "China" secara rasmi tetapi juga nama "Taiwan" secara rasmi. Dahulunya semasa era Jiang Jieshi (iaitu Chiang Kai-Shek) mereka lebih mahu menggunakan nama "China". Kini disebabkan mereka mahu merdeka, mereka mahu menggunakan nama "Taiwan" secara rasmi pula. Walau apapun, rencana Cina Taipei telah dialihkan kepada Taipei Cina. Bolehkah sesiapa membantu menterjemahkannya?
Satu soalan menarik. Di tanah besar China, China ditulis sebagai 中国, tetapi di Taiwan, perkataan itu ditulis sebagai 中國. Mengapa ya? :D — Alistaire 10:33, 4 September 2006 (UTC)
中國 ialah tulisan Cina tradisional, manakala 中国 ialah perkataan daripada sistem tulisan mudah yang dicipta oleh Kerajaan Komunis China. Oleh itu, Taiwan tak nak menerimagunanya.
Pada mulanya, saya hairan mengapa nama Taipei dipergunakan, dan bukannya Taiwan. Sememangnya, ini merupakan satu tolak ansur. Taiwan adalah nama pada peringkat negara, sedangkan Taipei yang merupakan ibu kota Taiwan adalah nama pada peringkat bandar, iaitu satu peringkat yang lebih rendah.
Dunia politik memang aneh. Benda atau perkara yang sama, ketika diberi nama yang lain, menjadi benda atau perkara yang "lain", sedangkan seperti yang dikatakan oleh Shakespeare, "sekuntum bunga ros dengan nama yang lain masih merupakan sekuntum bunga ros", dan penyodok masih merupakan penyodok. Oleh itu, tidaklah hairan bahawa "politik" pernah ditakrifkan sebagai "seni untuk memungkinkan apa yang tak mungkin" (The art of the possible). Disebabkan ini, bidang politik adalah sebuah bidang bukan untuk orang, ooophhs, I mean... bukan untuk orang biasa, hehehe. — PM Poon 11:02, 4 September 2006 (UTC)
- Kelihatannya kini bahawa PM Poon silap pula, meskipun kesilapannya amat biasa. Ramai yang menyangka bahawa tulisan Cina mudah adalah "ciptaan kerajaan komunis" tetapi kurang yang mengetahui bahawa kerajaan Kuomintang yang berkuasa pada era Republik China (1911-1949) di tanah besar sendiri telah menggerakkan usul untuk mempermudahkan askara Cina, kerana pendapat para bangsawan pada masa itu adalah bahawa tulisan yang dipermudahkan akan menaiktaraf kebolehan menulis dan membaca (literacy). Republik Cina telah menghentikan proses ini apabila ke Taiwan, dengan tujuan semata-mata hendak membuat perkara yang berlawanan dengan Parti Komunis, dan sekarang Parti Komunis dipersalahkan kerana "tidak mengekalkan askara Cina yang tulen". Benar kata PM Poon, politik amat aneh, sehinggakan perkara praktikal pun dikorbankan gara-gara hendak berbeza dengan pelakuan "musuh", — Alistaire 18:45, 4 September 2006 (UTC)
Saya ingat saya hati baik nak cuba menjawab soalan yang dikemukakan oleh Alistair. Inilah hakikatnya! Bagaimanapun, petikan daripada rencana Wikipedia bahasa Inggeris, Simplified Chinese character, adalah jelas dengan sendirinya:
- Simplified Chinese characters (Cina Ringkas: 简体字 ; Cina Tradisional: 簡體字 ; pinyin: jiǎntǐzì; also Cina Ringkas: 简化字 ; Cina Tradisional: 簡化字 ; pinyin: jiǎnhuàzì) refer to one of two standard Chinese character sets of printed contemporary Chinese written language, officially simplified by the government of the People's Republic of China in an attempt to promote literacy. The other set is Traditional Chinese characters, which are the character forms before simplification is applied.
- In the 1930s and 1940s, discussions on character simplification took place within the Kuomintang government, and a large number of Chinese intellectuals and writers have long maintained that character simplification would help boost literacy in China. In many world languages, literacy has been promoted as a justification for spelling reforms.
- The People's Republic of China issued its first round of official character simplifications in two documents, the first in 1956 and the second in 1964. — PM Poon 20:27, 4 September 2006 (UTC)
Carian Wikipedia
Mengapa carian wikipedia melayu ni tak seperti dulu? Sekarang kena guna enjin pencarian luar pula. — Polar 15:11, 4 September 2006 (UTC)
- Kan Yosri dah jawab? Saya tidak dapat mencari jawapannya tetapi dia telah menerangkan bahawa carian itu amat membebankan dan melambatkan portal ini. Saya berasa hairan mengapa carian ini membebankan portal ini, sedangkan kita hanya mempunyai 15,000 rencana, berbanding dengan Wikipedia bahasa Inggeris yang mempunyai melebihi sejuta rencana. Bagaimanapun, carian Google pun okay juga, jika dah biasa. (Sebenarnya, saya masih belum biasa, hehehe.) — PM Poon 19:56, 4 September 2006 (UTC)
Tukaran nama sumbangan pilihan
Wikipedia:Rencana bulan ini kini dikenali sebagai Wikipedia:Rencana gotong-royong dalam perusahaan untuk membasmi kekeliruan akan peranan sumbangan pilihan ini. — Alistaire 18:48, 4 September 2006 (UTC)
Balasan saya terhadap tuduhan PM Poon
Rujukan: Perbualan:Negara#Kehendak diri atau kehendak pembaca, Perbualan Pengguna:Alistair/Arkib1#Perbualan:Negara, Perbualan Pengguna:Alistair#Arkib1#Templat Politik1, Perbualan Pengguna:Johnleemk, Wikipedia:Calon rencana pilihan. Perbualan Pengguna:Yosri#Archive6.
Sewaktu saya masih baru di sini, PM Poon pernah menyatakan kepada saya “Ingat, kita bincang sama bincang, tetapi jangan dimasukkan emosi” sebagai balasan kepada reaksi saya terhadap catatannya di laman perbualan rencana Negara. PM Poon pada masa itu menanggap saya sebagai seorang “orang muda yang beremosi” seperti yang dapat dilihat di arkib perbincangan Yosri. Saya menyangkal dakwaannya ini. Pada pendapat saya, rekasi saya itu merupakan reaksi yang patut kepada kata-katanya di sana. Tetapi pada masa ini, kita melihat bahawa orang yang sama meninggalkan Wikipedia Melayu alang-alang “tuduhan” saya terhadap beliau di Wikipedia:Calon rencana pilihan. Siapakah yang beremosi kini? Lebih penting, apakah yang saya telah kata dan apakah yang berbuat saya mengatakan sedemikian?
Kata-kata saya di Calon rencana pilihan sebenarnya amat jelas bagi yang boleh nampak. Saya mengatakan bahawa PM Poon seorang yang memintingkan diri sendiri dari segi apa yang telah dicakapkannya selama ini, bukan mengikut perlakuannya, atau dalam kata lain, sumbangannya. Saya merupakan orang terakhir yang akan menafikan sumbangan PM Poon yang begitu besar kepada Wikipedia Melayu. Namun, mengikut kata-kata PM Poon itu sendiri, dia lebih mementingkan dirinya berbanding kebaikan portal ini. Mengapa saya berkata begini? Mari kita lihat bersama sejarah arkib-arkib yang lepas, dan apa kata PM Poon dalam mereka:
Dari Perbualan:Negara#Kehendak diri atau kehendak pembaca
Secara terus terang, saya mengatakan bahawa tidak banyak orang yang bersikap altruistik, termasuk saya. Memang susah nak mencari orang seperti Gandhi dan Mother Theresa. Mereka tu bukan orang, hehehe. Saya menulis bukan untuk pembaca, tetapi untuk sendiri. Saya minat menulis, dan saya menulis mengikut angin saya. Setiap orang mempunyai idiosinkrasi masing-masing. Ada orang hangat-hangat tahi ayam, ada yang hangat-hangat tahi itik. Bagi saya, selepas menyertai portal ini, saya mendapati bahawa saya nie ahli Perikatan. Dengan kata yang lain, saya perahu layar. Jika tiada angin, saya langsung tidak dapat menyumbang, walaupun saya mencuba dengan bersungguh-sungguh; umpamanya, projek pengemaskinian antara muka Wikipedia bahasa Melayu ini, serta rencana-rencana kerelatifan yang saya memulakan tetapi tidak dapat menyiapkan. Saya cuma berharap bahawa terdapatnya manfaat sampingan kepada para pembaca sewaktu saya menyumbang.
Dari arkib laman perbincangan saya di mana dia telah mengaku secara jelas bahawa dirinya pentingkan diri sendiri, dan tidak bermasalah dengannya.
Saya berasa bahawa setiap orang mempunyai kelemahan, dan kelemahan itu tidak boleh diendahkan. Sebenarnya, motivasi berasas daripada kepentingan diri. Kalau setiap orang cuma berfikir tentang orang lain, tanpa memikirkan untuk diri sendiri, saya berasa mereka tidak akan mempunyai motivasi untuk menyumbang. Dalam kes ini, kebanyakan pengguna akan melarikan diri daripada portal ini. Kita cuma perlu membaca apa yang tertulis dalam halaman-halaman pengguna untuk mendapat gambaran yang sebenarnya. Saya berasa mementingkan diri bukan sesuatu yang salah, asalkan ia tidak menjejaskan kepentingan orang lain.
Yang paling mengecewakan, tulisannya sewaktu bertikai dengan Johnleemk dahulu. Saya tidak maksudkan atau peduli akan topik pertikaian mereka itu, itu hal antara mereka. Tetapi sewaktu PM Poon bertengkar dengannya, dia sanggup menulis:
Saya bukan orang Melayu. Mengapakah saya hendak peduli tentang sumber bahasa Melayu?
Tetapi kemudiannya semasa dia telah mengucapkan tahniah akan perlantikan saya sebagai penyelia, dia telah berkata
JADIKANLAH WIKIPEDIA BAHASA MELAYU SEBAGAI KEBANGGAAN PENGETAHUAN ORANG MELAYU!
Bukankah ia sesuatu yang ironik? Orang yang dahulunya menyatakan bahawa dia tidak peduli akan sumber-sumber Melayu atas sebab dirinya bukan Melayu kini menggalakkan kebanggaan orang Melayu? Saya juga telah berfikir begini pada masa itu, tetapi telah memutuskan untuk tidak mempedulikannya gara-gara perlakuannya, iaitu sumbangannya yang besar kepada Wikipedia Melayu. Itupun dia pernah menyatakan, motivasi itu datangnya setelah melihat usaha Yosri di Wikipedia Melayu. Adakah itu bermaksud bahawa sekiranya Yosri tiada, dia tidak akan menyumbang di Wikipedia Melayu? I guess what I am trying to ask you, PM Poon, is HAVE YOU NOT ONE IOTA OF ANY DESIRE WITHIN YOURSELF (not from outside!) TO COME TOGETHER AND HELP DEVELOP WIKIPEDIA MELAYU FOR THE BENEFIT OF SOCIETY IN GENERAL, AND THE MALAYS IN PARTICULAR?
Jawapannya, mengikut kata-katanya sehingga kini, adalah tidak. Sungguh mengecewakan. Tetapi memang, perlakuannya dan sumbangannya di Wikipedia Melayu itu sendiri tidak terhingga, dan ini menjadikan saya amat keliru. Saya sangat berharap PM Poon akan menyatakan pendiriannya yang sebenar, tetapi kini beliau telah mengambil keputusan drastik untuk pergi. Tiada apa-apa yang boleh dibuat mengenai itu.
Kini mengenai lemparan tuduhannya terhadap saya. Biar saya perjelaskan satu persatu.
1. Ubahan saya di Kedai Kopi ini memang dilakukan saya, tetapi ia bukan masalah “integriti” saya. Ia masalah ketiadaan pada PM Poon apa yang disebutkan dalam bahasa Inggeris sebagai sense of humour. Ubahan pesanan saya daripada Saya rasa tidak perlu kerana Wikipedia Inggeris pun tidak kepada Boleh juga kerana Wikipedia Inggeris pun berbuat begitu adalah satu lawak (joke) bukannya disebabkan saya ada apa-apa hendak disembunyikan. Kan saya telah letakkan pada masa yang sama Eh? Mana ada saya silap? :D Bukankah satu inferens boleh dibuat di sini bahawa ubahan saya hanyalah satu jenaka? Hairan bahawa orang yang gemar bermain Devil’s Advocate pun tidak boleh membuat deduksi semudah ini.
2. Ya memang. Saya telah tidak melaksanakan tanggungjawab saya hendak menterjemah Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan secara efektif. Ini adalah disebabkan saya sibuk dengan semester universiti saya, maklumlah menjadi seorang pelajar undang-undang tidak mudah. Namun saya sedar bahawa mengikut kata PM Poon, ini bukan alasan yang kukuh. Saya minta maaf kepada semua. Saya harus telah sedar dari awal lagi bahawa perlantikan sebagai penyelia bererti saya berjanji akan mendedikasi kehidupan dan nyawa saya kepada satu monestari. Tak kisahlah saya gagal kursus dan kena buang universiti, asalkan Wikipedia Melayu dapat Peristiwa Hari Ini di Laman Utamanya setiap hari, tak begitu?
Sebenarnya saya amat sibuk sekarang ini, dan saya sedar bahawa orang lain, sekiranya tidak melihat sendiri apa yang saya terpaksa hadapi, tidak dapat appriciate akan kesuntukan waktu untuk diperuntukkan ke Wikipedia. Tetapi jika masih ada sesiapa yang tidak puas hati dan mahu saya menyerah kembali jawatan penyelia, dipersilakan buat usul. Saya akan serahkan kembali jawatan ini dengan serta merta. Juga, jika masih ada ahli komuniti yang tidak jelas dan mahu mendengar lagi penerangan dan penjelasan buat pihak saya, dipersilakan menanya. Saya tiada apa-apa untuk disembunyikan.
Itulah sahaja penjelasan saya buat semua mengenai masalah ini pada masa kini. Sekiranya PM Poon kembali, dia boleh kirakan pesanan ini sebagai ,dalam kata sendirinya, jawapan saya yang terakhir kepadanya. Saya tiada apa-apa lagi hendak katakan kepadanya selepas ini. We’re finished. — Alistaire 08:00, 5 September 2006 (UTC)
- Saya berdukacita dengan perkembang akhir-akhir ini. Wikipedia adalah ruang bagi bergotong royong, oleh itu sebarang pertikaian amat dikesalkan. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Semoga PM Poon akan kembali bersama kita, sumbangannya terhadap pokok baru-baru ini amat menarik minat saya dan amat saya hargai. Yosri 12:19, 5 September 2006 (UTC)
- Saya juga harapkan PM Poon cuma bercuti, bukannya pergi. ...Aurora... 13:52, 5 September 2006 (UTC)
- Benar. Semoga dia akan kembali. Polar 13:55, 5 September 2006 (UTC)
- Saya sebenarnya terperanjat..alamak....sekarang ni perasaan bercampur-baur wujud dalam diri saya
- sedih...kerana PMPoon adalah seorang penyumbang artikel utama...dia orang pertama saya sembang dengan Aurora ke Polar...saya harap beliau dapat menghubungi saya...sila hubungi saya pada Yahoo Messenger...
- kecewa...kerana disebabkan perbalahan yang sebegini akan merencatkan pertumbuhan artikel bahasa Melayu sejajar dengan wikipedia bahasa lain terutamanya bahasa inggeris..pada pandangan saya terhadap PMPoon...dan para penyumbang wikipedia ini.....terdapat beberapa etika yang perlu ada bagi setiap penyumbang:-
- tujuan/objektif-pada pendapat saya tujuan utama..yang paling penting adalah artikel bahasa Melayu itu sendiri...bersifat kualitatif dan kuantitatif....ini bermaksud lebih banyak lebih bagus dan juga lebih baik kualitinya sangat bagussssss....!(rujuk imej di kanan)
- emosi-pada saya, walaupun kita bertentangan pendapat....kita harus juga mencari apakah persamaan di antara kita...kita tahu tujuan kita pada dasarnya nampak sama tetapi jika diamati betul-betul ...akan terdapat percanggahan...mungkin dari stail atau dari tanggapan gaya tulisan kita....pada hakikatnya, kadangkala kita inginkan tulisan kita diterima orang, dalam masa yang sama kita perlu menerima artikel orang lain yang ada sumbangan ...di sini perlu ada toleransi dan kebijaksanaan terutamanya dari penyelia-penyelia...elakkan dari menulis ayat-ayat yang bersifat provolasi...sama ada ayat yang ada emosi negatif...menghentam, mengata, mengkritik dan sebagainya....sebaliknya beri pujian yang memotivasikan orang lain membuat lebih banyak artikel dalam bahasa melayu...
- Saya harap beliau akan kembali.che 18:58, 6 September 2006 (UTC)
Penghargaan
Terima kasih kepada Aurora, Che Det, Polar, dan Yosri (mengikut abjad, hehehe) atas penghargaan kamu semua terhadap sumbangan saya di portal ini. Banyak air telah mengalir di bawah jambatan. Seperti yang Aurora dan Yosri mengetahui, pada masa saya bermula menjadi aktif pada bulan November 2005, saya cuma ingin berada di sini sehingga 31 Disember 2005. Kini dah 08 September 2006! Masa memang terbang dengan begitu pantas.
Hubung cinta saya dengan bahasa Melayu semakin mendalam. Walaupun saya mendaftar pada 16 Ogos 2005, saya langsung tidak yakin nak menyumbang ketika itu. Dah pulangkan semua bahasa Melayu kepada cik gu sejak 30 tahun dahulu! Lagipun, saya daripada zaman e tanda (kemudian digelarkan e pepet), serta kadang², bersama², dan sebagainya.
Dalam beberapa bulan yang singkat ini, terdapat perkembangan yang agak pesat di portal ini. Pertikaian seperti yang terkini adalah amat biasa di Wikipedia bahasa Inggeris. Oleh itu, tiada apa yang nak menyesal, disebabkan ini merupakan kesan sampingan perkembangan. Sebaliknya, kita harus berbangga kerana ini merupakan suatu petanda perkembangan, hehehe. Kini, kita bukan sahaja melihat orang yang berniat menjadi bikrokrat, kita juga nampak orang yang berniat menjadi Maharaja Wikipedia bahasa Melayu sehingga tidak teragak-agak membuang pesanan orang lain yang tidak secocok dengan pendapat diri, hehehe. Bentuk masa hadapan portal ini tidak perlu diramalkan. Kita hanya perlu tengok portal Wikipedia bahasa Inggeris.
Saya akan terus menyumbang, dengan sedikit pengubahsuaian. Mungkin dulu terlalu menonjolkan diri. Kini, saya akan menyumbang menggunakan nombor banduan dan jika amat perlu, saya akan mendaftar masuk untuk memuat naik sebilangan gambar. Bagaimanapun, saya masih dapat dihubungi melalui laman perbualan pengguna saya. — PM Poon 03:32, 8 September 2006 (UTC)
Pembuangan pesanan orang lain
Perkara ini tidak memberi justifikasi untuk membuang segala pesanan lain di sini, che.
Pemergian PM Poon sememangnya merupakan suatu kehilangan besar untuk Wikipedia Melayu. Beliau telah banyak menyumbang rencana-rencana baik lagi berkualiti, dan kehadirannya di sini menceriakan orang ramai.
Mari kita bersama menganalisa tulisan saya di Wikipedia:Calon rencana pilihan yang kononnya memulakan "pertikaian" ini. Saya akan berikan komentar di mana yang patut dan menunjukkan bagaimana ia harus ditafsirkan.
Pada masa ini, saya hairan mengapa rencana calonan saya mendapat komen yang sebegitu dalam daripada ahli komuniti. Secara terangnya saya telah anggap bahawa calonan saya hanya akan diletakkan tanpa komen, seperti calonan Didie sebelum itu. Apapun, antara mereka yang memberi komen termasuk PM Poon, dan dengan tujuan membalas perkara yang telah dibangkitkan beliau, saya telah menulis seperti di bawah.
Saya telah berasa hairan bahawa PM Poon seakan tidak mengetahui bahawa Wikipedia:Rencana gotong-royong (pada masa itu Wikipedia:Rencana bulan ini) dan Wikipedia:Rencana pilihan merupakan sumbangan pilihan yang berbeza dan merdeka antara satu sama lain. Satu berkenaan rencana yang akan dikerjakan orang ramai menjadi yang terbaik, manakala satu lagi berkenaan rencana terbaik yang akan dipamirkan di Laman Utama. Pencalonan untuk kedua-dua sudut ini juga berasingan. Sekiranya satu rencana telah menjadi Rencana bulan ini pada sebelumnya, ia tidak akan secara automatik menjadi Rencana pilihan kemudian. Ia hanya akan menjadi Rencana pilihan apabila ia dicalonkan menjadi Rencana pilihan dan dipersetujui semua. Sudut Rencana pilihan pula, sebagai satu sudut yang berasingan, mendapat pencalonan rencana bak yang telah menjadi Rencana bulan ini sebelumnya, atau tidak.
Saya katakan ini sebab PM Poon dalam pesanannya sebelum ini asyik merujuk kepada rencana Julius Caesar, Rencana bulan ini bagi bulan Julai sebagai "Rencana pilihan". Ini satu kesilapan yang besar dan inilah yang saya hendak betulkan sebenarnya. Namun seperti yang boleh dilihat seterusnya, cubaan saya gagal dengan begitu teruk. Orang ini bukan sahaja masih tidak tahu (nampaknya) beza Rencana bulan ini dan Rencana pilihan, malah telah membuat tanggapan tergesa-gesa, buruk sangka dan sebenarnya dalam perlakuannya ini telah melanggar suatu polisi, iaitu Wikipedia:Anggaplah niat baik.
Di bawah, saya cuba memberikan suatu gambaran kepentingan Wikipedia:Rencana bulan ini sebagai projek bersama dukungan komuniti dengan memberi contoh satu orang yang telah menyahut saranan komuniti itu dari segi perlakuan. Orang yang dimaksudkan ialah PM Poon.
Mengapa saya tekankan dari segi perlakuan di sini? Jawapannya akan anda temui seterusnya...
Seseorang yang teliti akan terus mengesan bahawa saya telah membuat suatu perbezaan antara apa yang PM Poon cakapkan dengan apa yang PM Poon lakukan/sumbangkan. Seperti yang telah saya buktikan di atas, pada masa lalu, PM Poon telah mengaku bahawa dia seorang yang pentingkan diri sendiri, percaya yang motivasi hanya datang dari sifat ini, dan tiada masalah dengannya. Lihatlah kata dia:Mementingkan diri sendiri bukanlah sesuatu yang salah. Saya memang tidak sukakan apa yang dicakapkan beliau pada masa itu kerana sebagai seorang yang berprinsip, saya berpendapat bahawa sumbangan harus iklas, bukan untuk diri sendiri. Saya juga telah sangsi akan kebaikan dia menjadi seorang pengguna Wikipedia Melayu kerana saya berpendapat bahawa Wikipedia Melayu sebagai satu portal kecil, perlukan penyumbang iklas, bukannya seorang yang pentingkan diri. Bagaimanapun, inilah fikiran saya pada masa itu, iaitu pada masa saya masih baru di sini dan saya baru menulis komen di Perbualan:Negara tentang apakah, pada firasat saya, menjadikan seorang Ahli Wikipedia yang bagus.
Namun, setelah berbulan lamanya di sini dan sedar akan perlakuan PM Poon, iaitu sentiasa menyumbang rencana, pandangan saya terhadapnya bertukar daripada negatif, kepada perantaraan antara negatif dan positif, atau kata bahasa Inggerisnya ambivalent. Seperti yang saya katakan dalam pesanan itu, PM Poon telah berbuat songsang kepada yang menjadi tabiat kebiasaan, iaitu bercakap tentang perkara baik tetapi tidak melakukannya. PM Poon, pada belah yang satu lagi, bercakap tentang perkara tidak baik tetapi tidak melakukannya. Saya tidak tahu akan sikap PM Poon yang sebenar, dan saya rasa tidak sesiapa di sini yang tahu. Manusia lazimnya sukar diduga dan ini faktor kehidupan. Pengajaran yang saya telah garap daripada ini adalah manusia tidak boleh secara mudah dianggap "baik" atau "tidak baik" sahaja atau kata metamophasis "putih" atau "hitam". Kebanyakan orang di dunia ini adalah di antara kedua-dua ekstrem itu, atau "berwarna kelabu". Saya juga bercaya yang PM Poon seorang yang digolongkan dalam kelas kelabu ini juga.
Ini pula adalah lanjutan keterangan saya mengenai peranan Rencana bulan ini.
Saya telah mengakhiri pesanan saya dengan satu senyuman, dan saya rasa ia cukup jelas membuktikan bahawa dalam pengarangan pesanan ini, saya tidak punyai apa-apa niat hendak menghentam. Saya hanya telah menyatakan semula apa yang PM Poon sendiri telah mengakui tentang sifatnya, dan juga perasaan saya pada masa itu mengenainya (bukan masa kini!)
Pada masa itu, saya sangkakan PM Poon akan menyambut pesanan saya itu seperti gaya biasa beliau, iaitu membalasnya dengan pendapat beliau bersama satu atau dua lawak dan kata hehe haha. Saya tidak sama sekali menyangka akan log masuk buat kemudiannya untuk mengetahui bahawa beliau telah pergi secara marah (dan masih kurang arif mengenai perbezaan kedua-dua sumbangan pilihan yang dikelirukannya!) Sebaliknya beliau meninggalkan kecaman terhadap apa yang kononnya menjadi masalah "integrisi" saya - yang sebenarnya adalah lawak yang tidak difahaminya bersama dengan tuduhan bahawa saya tidak mengotakan kata saya hendak menjaga sudut Peristiwa Hari Ini Laman Utama.
Wahai teman sekalian, adakah beliau telah baik sangka berbanding buruk sangka? Tidak. Adakah beliau telah cuba mencari kepastian tentang apa yang saya pesan (clarification)? Tidak. Sebaliknya, dia telah meninggalkan 3 pesanan yang berselangkan lebih kurang setengah jam, di mana beliau telah mencaci dan mengheret nama saya dalam lumpur, sebelum terus pergi. Tiada soalan, tiada mahu penjelasan, tiada apa!
Apakah gunanya polisi Wikipedia:Anggaplah niat baik jika begini? Adakah satu laman untuk perhiasan sahaja?
Walau apapun, saya pun salah juga. Seharusnya, saya mengetahui akan kekurangan keupayaannya mentafsir tulisan saya, kerana hal ini jelas dari hari pertama kami berdua bertemu, iaitu sewaktu pertikaikan Wikipedia:Pandangan berkecuali di laman perbincangannya. Permintaan saya untuk mengubah beberapa perkara yang tidak sesuai dalam polisi tersebut disangkanya saya mahu menghapuskan polisi tersebut, apalah! Inilah petanda pertama peristiwa ini akan berlaku. I should have seen this coming sooner or later.
Saya tidak menafikan kewujudannya sebagai aset Wikipedia Melayu yang telah banyak menyumbang. Dia telah menyumbang lebih ramai daripada mana-mana pengguna lain di Wikipedia ini, sekalipun sumbangan orang lain dijumlahkan. Sekiranya dia kembali, dia akan menyambung semula peranan sebagai penyumbang terpenting Wikipedia. Saya akan menyokong kepulangan beliau sebagai sesuatu yang baik untuk Wikipedia Melayu.
Tetapi saya tidak akan bercakap dengannya lagi. Nampaknya memang antara kami berdua memang ada masalah komunikasi. Tindakan saya ini baik untuk Wikipedia Melayu juga kerana sekiranya tiada komunikasi, tiada kemungkinan perselisihan, dan sekiranya tiada perselisihan, Wikipedia Melayu akan punyai keamanannya seperti yang diperlukan untuk kemajuan rencananya. Apabila semuanya telah dihitung, inilah perkara paling penting, iaitu bilangan dan kualiti rencana, dan bukan masalah antara penyumbang mereka.
Saya minta maaf kepada semua orang lain kerana menimbulkan kacau-bilau. Saya berjanji akan cuba mengelakkannya lain kali. — Alistaire 20:27, 6 September 2006 (UTC)
Jawapan yang memang panjang lebar tetapi langsung tidak menjawab pertanyaan Che, iaitu mengapa kau membuang pesanannya pada 19:13, 6 September 2006.
- Wah, nampaknya kita ada pengguna samaran yang suka berbohong. Sila lihat laman sejarah Kedai Kopi selepas 19:13 6 September 2006 untuk mengetahui sama ada katanya ini benar atau tidak. Di samping ini, beliau juga tidak mahu mengakui dirinya yang sebenar dan bersembunyi di belakang suatu nombor IP. Pengecut betullah. — Alistaire 01:46, 11 September 2006 (UTC)
Pengecut? Sebenarnya bukan. Kan nyata siapa yang menulisnya? Tetapi siapa yang menulisnya tidak mustahak. Cuma kandungannya. Jawapan kau kepada Che merupakan suatu perutusan licik yang panjangnya disengajakan semata-mata untuk melangkau dan mengelakkan pertanyaannya. Kalau nak kata tak jawab, kelihatan dah jawab dengan panjang lebar, tetapi kalau nak kata telah jawab, memang belum jawab. Kalau dalam peperiksaan, harus dapat kosong markah! Jika kau bersikap jujur dan menjawab soalannya secara langsung, komen itu tidak diperlukan. Aku hanya nak menarik perhatian kau kerana pengguna-pengguna lain di portal ini tak bodoh seperti kau sangka! Aku tidak nak meninggalkan nama kerana tak nak memulakan lagi satu pergaduhan yang tidak bermakna. Sebenarnya, penarikan perhatian kau terhadap perkara itu boleh dibuat oleh sesiapa pun.
Apakah yang mendorong engkau menghapuskan pesanan Che? Adakah ini secocok dengan hak pengguna Wikipedia untuk mengutarakan pendapatnya di laman Kedai Kopi? Apakah yang terjadi kepada prinsip hak asasi manusia yang kau memperbesar-besarkan, atau ini cuma merupakan cakap tak serupa bikin? Bagaimanapun, yang penting ialah niatnya, baik dari segi kesusilaan mahupun dari segi agama. Setakat ini, kau belum menerangkannya. Akankah engkau menjawab" Ini merupakan suatu soalan enam juta dolar.
Pengembalian penghapusan cuma meringankan kesalahan (mitigate the offence), bukannya menghapuskannya. Adakah ini juga merupakan lagi satu jenaka praktik kau, umpama menukarkan perutusan yang mengandungi kesilapan sendiri dan yang boleh mengakibatkan kekeliruan kepada para pembaca. Perbuatan itu memang dianggap sebagai satu salah laku di Wikipedia bahasa Inggeris. Jenaka yang melibatkan kesalahan bukannya jenaka dari segi undang-undang. Kalau bukan, saya boleh "meminjam" kereta mewah orang lain tanpa kebenaran untuk percutian , dan kemudian mendakwa bahawa itu cuma merupakan jenaka! — PM Poon
Cadangan saya ini tidak diberi perhatian
Di sini saya ingin memaklumkan yang saya pernah meminta supaya pautan Rencana Pilihan di kotak Pandu Arah yang berada di tepi juga penambahan simbol-simbol di dalam kotak penyuntingan yang berada di bawah ini tidak mendapat perhatian daripada komuniti Wikipedia. Saya mencadangkan ini untuk selaras dengan en. wikipedia dan tidak payah hendak 'copy and paste' simbol-simbol yang ada di en.wikipedia tetapi tiada di ms.wikipedia. Diharap cadangan ini diambil perhatian sewajarnya. - Didie 11:44, 5 September 2006 (UTC)
- Pautan rencana pilihan di Kotak Pandu Arah? Tak berapa faham boleh terangkan dengan lebih lanjut? — Master2841 11:52, 5 September 2006 (UTC)
- Hai Didie,
- Mungkin anda boleh maklumkan sekali lagi apa yang anda ingin tambah kepada kotak pandu arah di tepi sekali lagi. Saya kurang jelas apa yang perlu ditambah. Tambahkan pautan agar tidak tersilap. Berkenaan simbol, simbol sebagaimana yang anda ingin letakkan? Yosri 12:01, 5 September 2006 (UTC)
- Cuba anda lihat di Page en.wikipedia dan bagaimana pautan itu terletak. - Didie 12:06, 5 September 2006 (UTC)
Adakah anda maksudkan kotak maklumat yang terdapat di laman yang anda berikan itu? Minta maaf saya masih tidak faham. — Master2841 17:25, 5 September 2006 (UTC)
Nampaknya papan kekunci di bawah ini telah ditambah namun mengenai perletakan pautan rencana pilihan di pandu arah yang berada di tepi tidak dapat diselesaikan. Cuba anda lihat di laman en.wikipedia. Di sana rencana pilihan diletakkan di dalam kotak pandu arah(navigation). Ia harus diletakkan begini:
Pandu arah
Laman utama
Portal masyarakat
Rencana pilihan
Hal semasa
Perubahan terkini
Halaman rawak
Bantuan
Sumbangan dana
Laporan sabotaj
Saya ingin laporkan perbuatan sabotaj pada laman 'Nokia'. Diminta para penyelia mengembalikan ke laman sebelumnya. Terima kasih.
--Coljames 21:44, 5 September 2006 (UTC)
Soalan tatabahasa
Hai,
Kerana sudah beberapa tahun tidak mengambil Bahasa Melayu dan kurang tahu tentang perkembangan mutakhirnya, saya ada beberapa soalan berkenaan dengan tatabahsa Bahasa Melayu: 1) Adakah perkataan 'yang mana' dan 'di mana' sebagai terjemahan daripada Bahasa Inggeris bagi 'in which' atau 'whereby', masih tidak dianggap piawai? 2) Adakah perkataan 'oleh kerana' masih dianggap salah oleh DBP dan harus ditukar menjadi 'oleh sebab'?
--Coljames 09:56, 9 September 2006 (UTC)
- Perkataan "yang mana" dan "di mana" masih tidak dianggap piawai bagi terjemahan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu bagi "in which" mahupun "whereby". Pasti ada perkataan yang sesuai ataupun anda boleh mengubah struktur ayat tersebut. Apa salahnya untuk menjadi kreatif dalam Bahasa Melayu.
- Perkataan "oleh kerana" tetap di anggap salah kerana kedua dua itu adalah kata hubung dan dua kata hubung tidak boleh disatukan. - — Polar 10:08, 9 September 2006 (UTC)
Terima kasih --Coljames 10:49, 9 September 2006 (UTC)
- Silat lihat: Di mana, Dari mana, dan Yang mana — Banduan 219.95.229.92 14:22, 10 September 2006 (UTC)
Pelaksanaan tugas penyelia
Nampaknya ramai juga penyelia yang tidak menggunakan kuasa penyelia lebih 6 bulan. Saya ingin memaklumkan kedua penyelia ini. Berikut adalah penyelia yang tidak menggunakan kuasa penyelia lebih 6 bulan. Maklumat diambil dari laman Wikipedia:Penyelia
- Meursault2004
- Malekhanif
Dilihat bahawa pengguna Meursault2004 tampak lebih aktif di id.wikipedia berbanding ms.wikipedia ini buat masa sekarang. Lama juga Meursault2004 tidak kelihatan ye. Diharap tindakan dapat diambil ke atas kedua-dua penyelia ini. - Didie 08:46, 20 September 2006 (UTC)
- Tindakan apa ya :? ...Aurora... 11:59, 20 September 2006 (UTC)
Saya juga kurang mengerti maksudnya. Tindakan seperti apa yang Anda maksudkan? Hayabusa future 12:27, 20 September 2006 (UTC)
- Sila baca Tanggungjawab penyelia untuk maksudnya. — Penarik perhatian 12:50, 20 September 2006 (UTC)
Tindakan apa jua tidak yang sepatutnya dan sewajarnya ye. Cuba lihat Tanggungjawab penyelia sudah tertera dengan syarat seperti tidak menggunakan kuasa dan tidak membuat suntingan selama 6 bulan akan dilucut jawatan sebagai penyelia. Penyelia mesti menggunakan kuasa yang ada. Betul tak. Diharap perbincangan ini dapat dibincangkan secara tenang ye. Faham-faham sajelah ye. - Didie 13:11, 20 September 2006 (UTC)
- Nampaknya penyelia-penyelia sendiri tidak tahu tentang syarat-syarat dan tanggungjawab-tanggungjawab mereka. Oleh itu, adalah baik bahawa pemberitahuan diberikan lebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil. — Penarik perhatian 13:51, 20 September 2006 (UTC)
Saya merujuk kepada "tindakan dapat diambil ke atas kedua-dua penyelia ini" yang disebutkan Didie, bukan tindakan sebagai kewajiban penyelia. "Perlucutan jawatan" hanya dapat dilakukan jika:
- Menyalahgunakan kuasa
- Tidak menggunakan kuasa selama 6 bulan
- Tidak membuat suntingan selama 6 bulan
- Mengundur diri dari Wikipedia
Jika anda melihat Istimewa:Contributions/Hayabusa_future, maka Anda dapat melihat bahawa saya telah membuat suntingan selama 6 bulan. Saya tidak menyalahgunakan kuasa dan belum mengundurkan diri. Untuk "menggunakan kuasa selama 6 bulan" saya kurang tahu mesti diperiksa di mana, namun saya ingat pernah melakukan pemadaman rencana nonsens dalam 6 bulan terakhir. Hayabusa future 14:04, 20 September 2006 (UTC)
Hai Hayabusa, Didie tidak maksudkan anda. Jangan salah faham, hehehe. — PM Poon 14:36, 20 September 2006 (UTC)
OK maaf, saya tidak memperhatikan bahawa posting komen pertama Didie telah diubah. Btw tindakan pertama yang seharusnya dilakukan adalah menghubungi penyelia yang terkait mengenai permasalahan ini. Mungkin saja mereka sakit atau sangat sibuk sehingga tidak sempat lagi berkunjung. Hayabusa future 15:07, 20 September 2006 (UTC)
- Sebab itulah saya tanya, perkara rasmi macam ini tak boleh faham-faham sendiri sahaja. Kena cakap dengan jelas. Apa-apa pun, sekiranya mahu melucutkan jawatan mana-mana penyelia, silalah cadangkan di Wikipedia:Penyelia. Kemudian kita undi. Kena juga hubungi empunya diri terbabit. ...Aurora... 15:58, 20 September 2006 (UTC)
Rampasan kuasa di Negara Thai
Kami perlu rencana untuk rampasan kuasa di Negara Thai. Cepat lah! Nil Einne 12:01, 20 September 2006 (UTC)
- Anda boleh memulakan rencana itu sendiri. ;) — Master2841 12:12, 20 September 2006 (UTC)
Sejak bilakah wikipedia menjadi tempat orang awam mengarah dan meminta rencana? --Coljames 14:36, 20 September 2006 (UTC)
- Kan biasa dapat perutusan "Oei, mengapa tak ade rencana ini atau rencana itu?" — Anonimus 14:38, 20 September 2006 (UTC)
- Patutlah kerana biasanya dalam kes sedemikian, mata saya tiba-tiba menjadi buta ;) --Coljames 14:43, 20 September 2006 (UTC)
Cadangan untuk rencana gotong royong
Bulan Ramadhan adalah bulan yang terbaik untuk mengenang-ngenangkan Zaman Keemasan Islam dan jika boleh, menghidupkannya semula. Tanpa sengaja, saya mendapati rencana itu ketika mencapai rencana Zaman Kelam di Wikipedia bahasa Inggeris. Saya berasa bilangan penyumbang di sini yang minat menterjemahkan rencana tersebut adalah cukup dan oleh itu, saya tidak akan menterjemahkannya. — Anonim, iaitu Ahhh, no name!! 16:30, 24 September 2006 (UTC)
Portal:Islam
Portal:Islam telah dicipta sempena bulan Ramadhan. Sila teruskan. — 19:41, 24 September 2006 (UTC)
Sunting rencana/rencana baru
Hi! saya adalah pengunjung baru wikipedia bahasa Melayu. Saya berminat menyumbang rencana/menyuntingnya berdasarkan apa yang saya tahu. Bagaimanapun masih kurang arif dengan penggunaan butang pautan, sekatan, perbualan, dan perkara2 brkaitan "do's and dont'. Sesiapa boleh bantu saya?
- Anda boleh lihat panduan menyunting di Wikipedia:Menyunting. — Master2841 05:37, 30 September 2006 (UTC)