Perbincangan pengguna:Alistair/Arkib1
Selamat datang ke Wikipedia, Alistair/Arkib1!
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda: | Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
|
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh: | atau: |
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
|
|
Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang pada laman penyuntingan.
Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia bahasa Melayu. Selamat menyumbang!
Teruskan usaha baik anda :)
Aurora 09:11, 17 Januari 2006 (UTC)
Terima Kasih
[sunting sumber]Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar. Alistair 07:45, 29 April 2006 (UTC)
Selamat Maju Jaya
[sunting sumber]Salam perkenalan dan selamat bergiat aktif di ruangan Wikipedia ini dan sememangnya kami memerlukan orang seperti anda untuk memperbaiki dan menambah lagi rencana berkenaan undang-undang. Oleh kerana portal ini adalah sumbangan sukarela, mungkin anda dapat memberi yang terbaik untuk dikongsi bersama. Semoga sumbangan anda bukan sahaja dapat memberikan maklumat tambahan kepada diri anda dalam bidang yang dipelajari tetapi juga kepada umum. Selamat maju jaya. — Polar 08:54, 30 April 2006 (UTC)
Undang-undang antarabangsa
[sunting sumber]Hai Alistair, rencana Undang-undang antarabangsa amat menakutkan dari segi usaha yang diperlukan untuk menterjemahkannya. Wikipedia bahasa Melayu dah wujud sejak 2003, dan sejak masa itu, tidak terdapat seorang yang pernah menulis rencana undang-undang yang begitu lengkap.
Walaupun kita kekadang mempunyai pandangan yang berbeza, saya cuma merupakan seorang saje dalam portal ini. Bak orang berkata, "Let's agree to disagree." Diharap anda akan berasa selesa dalam portal ini dengan beberapa orang pengguna yang amat aktif dan penuh diplomasi, khususnya Yosri, Aurora, Polar, Master2841 dan Che Det. Anda memang merupakan seorang yang bukan saje amat teliti tetapi berkebolehan. Saya berharap anda akan kekal di portal ini supaya matlamat portal masyarakat ini dapat dicapai. — PM Poon 19:43, 2 Mei 2006 (UTC)
- Sudah tentu saya menerima perlawaan awak itu. Saya cintakan ilmu pengetahuan dan mahu bangsa saya menguasainya, jadi saya akan membantu dalam apa-apa usaha untuk mengembangkan ilmu. Dan walaupun saya sependapat dengan falsafah agree to disagree itu, saya rasa diantara saya dan anda sekarang masih belum ada apa-apa pertikaian, cuma kita mendekati sesuatu daripada sudut lain atau approach from a different angle sahaja, tetapi pada penghujungnya kita sama. Saya teringat akan satu kisah (kisah yang pertama pula itu) daripada komik popular Doraemon dimana Nobita kecil telah berkata kepada Nobita bahawa terdapat pelbagai cara untuk pergi daripada bandar Tokyo ke Kyoto, boleh naik kapal laut, kapat terbang, kereta, kereta api dan sebagainya tetapi tetap sampai di bandar yang sama juga. Dengan ringkas, ini bermaksud kita boleh menggunakan apa sahaja cara untuk berjalan, tetapi matlamat tetap sama. Sungguh dalam maksud yang dibawa oleh satu komik kecil, patut pun Doraemon dinobatkan sebagai satu-satunya hero Asia yang fiksyen oleh majalah Time. Gembira berkerja dengan anda semua :) Alistair 04:35, 3 Mei 2006 (UTC)
Kotak Arkib
[sunting sumber]Hai Alistair... Berkenaan kotak arkib, anda tak perlu risau tentangnya sehingga laman perbincangan anda ini terlalu panjang (atau itu yang saya rasakan). Sila ke Wikipedia:Bagaimana mengarkibkan halaman perbualan yang diterjemahkan bulat-bulat oleh PM Poon (hehehe) untuk lebih lanjut. — Polar 06:41, 3 Mei 2006 (UTC)
- Hai Alistair, anda tidak perlu risau. Sewaktu halaman perbualan ini terlalu panjang sehingga susah nak digunakan, saya akan membantu anda menciptanya jika anda masih tidak fasih sewaktu itu. — PM Poon 08:57, 3 Mei 2006 (UTC)
Pada tarikh November 02, tahun 2005 hari Rabu rencana 'Republik China' telah dicipta bagi tujuan menerangkan tentang kerajaan yang memerintah di Taiwan. Perlu ditekankan disini bahawa artikel 'Republik China' dan 'Taiwan' adalah artikel berlainan dengan artikel ini menerangkan tentang entiti Taiwan sebagai sebuah 'political state' manakala artikel 'Taiwan' lebih kepada asal-usul Taiwan sebagai pulau. Rencana ini pada ketika ini sedang mengalami pengalihan bahasa daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.
November 03, 2005
Lihat Perbualan:Republik_China Yosri 09:58, 5 Mei 2006 (UTC)
Hai Alistair, Anda sepatutnya menerangkan sedemikian semasa anda menukarkannya. Lakukannya. Saya akan periksa kemudian. Sekiranya sama seperti prinsip di BI, saya tidak akan usik lagi. Yosri 12:21, 5 Mei 2006 (UTC)
Hai Alistair, sila lihat balasan saya mengenai rencana ini di bahagian Perbualan Taiwan.
P/S: Untuk pautan yang mengaitkan halaman dalam Wikipedia bahasa Melayu, anda tidak perlu menggunakan alamat halaman yang penuh, iaitu: [http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbualan:Taiwan Perbualan Taiwan]. Anda cuma diperlukan menulis [[Perbualan:Taiwan|Perbualan Taiwan]] dengan dua pasang tanda kurung dan satu garis pemisah ditengah. Bagaimanapun, kesannya adalah sama. — PM Poon 14:05, 5 Mei 2006 (UTC)
Rencana Taiwan dan China
[sunting sumber]Hai Alistair, sori ye... tak dapat bantu kerana kini memang tiada angin. Saya dengar seorang penulis yang baik sering mempunyai banyak angin. Oleh sebab saya ingin menjadi pengarang seperti Ernest Hemingway, saya juga kena mempunyai banyak angin, hehehe. Saya dengar beliau juga mempunyai gangguan angin dwikutub (bipolar mood disorder). Entah bagaimana boleh dapat gangguan itu. Saya pun nak, hehehe. — PM Poon 08:30, 11 Mei 2006 (UTC)
Kotak 'Conflict of Laws'
[sunting sumber]Hai Alistair, saya amat letih selepas menterjemahkan sebahagian rencana anda, Undang-undang antarabangsa khusus. Menterjemahkan satu bahagian rencana undang-undang seolah-olah berlari 20 kilometer, hehehe. Banyak sweat!
Nak keluar kejap. Akan balik dua jam nanti. Templat yang anda maksudkan ialah templat ConflictLaw. Untuk mencapai halaman itu, tulis Templat:ConflictLaw dalam kotak carian.
Setiap kali anda hendak mengubah templat, umpamanya templat {{XYZ}}, masukkan "Templat:XYZ" dalam kotak carian. Jika anda tidak faham apa-apa di portal ini, saya boleh membantu, jika saya tahu. Bagaimanapun, banyaknya yang saya tak tau, hehehe. — PM Poon 13:04, 11 Mei 2006 (UTC)
Undang-undang antarabangsa khusus
[sunting sumber]Hai Alistair, Templat:ConflictLaw telah dikemaskinikan. Adakah anda yang mengubahkan "negeri" menjadi "negara" melalui alamat IP 219.95.161.233? Jika ya, mengapa anda tidak mengubah Konflik undang-undang menjadi Undang-undang antarabangsa khusus? Kan caranya sama saje?
Saya cuma bermain-main saje sewaktu saya menterjemahkan bahagian Pengharmonian dalam rencana Undang-undang antarabangsa khusus. Cuma nak menaksir betapa susah penterjemahan rencana teknikal. Hmmmm... memang susah! hehehe.
Saya berasa bahagian Rujukan tidak perlu diterjemahkan. Selain daripada tidak membantu, terjemahan tajuk buku-buku menjejaskan pencariannya, jika pengguna hendak membeli atau mencari buku-buku tersebut dalam perpustakaan.
Jika anda minat belajar bagaimana mencipta templat, saya boleh mengajar. Sebagaimana dengan semua pengajar Cina, kami cuma mengajar 9 langkah bagi setiap 10 langkah, hehehe. — PM Poon 15:35, 11 Mei 2006 (UTC)
Jawapan untuk pesanan anda di Perbualan:Taiwan
[sunting sumber]Hai Alistair, saya baru membaca pesanan anda dalam Perbualan:Taiwan. Baik saya menjawabkan pesanan anda di sini saje... kalau tidak, nanti kena tembak pulak daripada kaum orang Cina, hehehe.
Tentang China
[sunting sumber]Tun Razak memperoleh ijazah undang-undangnya daripada Lincoln's Inn dalam tempoh 18 bulan, sedangkan Tunku Abdul Rahman memperoleh ijazah undang-undangnya di England dalam tempoh 30 tahun, iaitu selepas tiga percubaan. Siapakah yang pandai? Tetapi Tunku menjadi Perdana Menteri sedangkan Tun Razak menjadi timbalannya. Siapa yang pandai?
Sebenarnya, saya bermain-main saje, tetapi saya memang tidak mengambil berat tentang negara China. Bagaimanapun, apa yang saya mengatakan ialah "...pencapaian China dalam bidang sains dan teknologi, walaupun diberikan masa yang begitu panjang." Bapa saya pernah mencabar saya, "Tengok di rumah ini saje. Tak perlu tengok di luar. Namakan satu barang yang direka oleh orang Cina?" Saya tengok di sekeliling saya tetapi tidak dapat menamakan sesuatu yang direka oleh orang Cina.
Mungkin kita mempunyai jurang generasi, hehehe. Sewaktu dekad 1960-an, rencana-rencana Reader Digest memang menghinakan orang Cina dan menyamakan kami dengan anjing. Ini bukan bohong. Sewaktu saya membaca rencana-rencananya pada saat itu, saya memang sakit hati. Bagaimanapun, China kini mula berkembang semula.
Perisian penterjemah
[sunting sumber]Alamat portal yang saya berikan itu salah, hehehe. Saya keliru kerana saya memang pakai banyak topang... kalau tidak, saya memang tidak boleh menyertai portal ini. Alamat yang saya maksudkan ialah LinguaWeb. Ia memang amat bagus. Cuba tengok terjemahannya yang begitu elok!
- As a result, the Quanzhen School of Taoism continued to flourish long after Wang's death and even up to the present.
- Hasilnya, Quanzhen Sekolah yang Taoism meneruskan makmur lama selepas kematian Wang dan malah sehingga hadiah.
Siapa cakap tak baik, hehehe. Mungkin anda pakar dalam bahasa Melayu... that's why, sedangkan saya bakar dalam bahasa Melayu, hehehe. — PM Poon 16:54, 11 Mei 2006 (UTC)
Templat Konflik Undang-undang
[sunting sumber]Hai Alistair, kini saya amat keliru. Adakah anda hendak memulihkan tajuk templat menjadi "Konflik Undang-undang"? Jika ya, bolehkah anda berbuat demikian? Tahukah anda mencipta templat Wikipedia yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan XML (jika tak silap)?
Sewaktu mencipta rencana-rencana harian "Hari ulang tahun pilihan", saya mendapati terdapatnya lagi satu rencana di Wikipedia bahasa Inggeris yang bertajuk Republic of Taiwan!!!! Mampus kamu, hehehe. — PM Poon 12:37, 12 Mei 2006 (UTC)
Hmmm... nampaknya terlalu banyak rencana Taiwan! Saya berasa anda harus menumpukan masa anda kepada rencana-rencana undang-undang kerana anda boleh menjadi bukan saje seorang pengarang undang-undang yang kaya tetapi termasyhur.
Banyaknya pengarang tempatan yang menulis dalam bidang khusus, terutama sekali dalam pengurusan sumber manusia yang mempunyai pasaran tempatan yang besar, umpamanya Maimunah dan alamak... kena periksa perpustakaan saya, tetapi kini bilik itu terbalik, susah nak cari, hehehe. Terdapat juga pertindanan antara pengurusan sumber manusia dan undang-undang, umpamanya buku tempatan, "Dismissal: Salient Points to Ponder Before Industrial Court Proceedings in Malaysia", oleh Hew Soon Kiong.
Saya pernah bertugas di sebuah syarikat penerbitan, dan saya berasa anda boleh menjadi seorang pengarang yang cemerlang. Mengapa? Kerana anda amat, amat, amat teliti, hehehe. Jadikanlah portal Wikipedia sebagai batu loncatan anda untuk memulakan kerjaya anda sebagai peguam merangkap pengarang. Penulisan juga boleh membantu anda dalam profesion undang-undang anda, kerana ia memberikan kemasyhuran dan kuasa (authority). Oleh itu, terdapatnya sinergi yang boleh saling membantu kedua-dua bidang profesion anda.
Jika anda memerlukan petunjuk dari semasa ke semasa, saya boleh membantu jika saya berupaya, hehehe. Saya dah tua, kena mewariskan pengetahuan saya, kalau tidak... nanti tanam dalam kubur, hehehe. — PM Poon 13:53, 12 Mei 2006 (UTC)
Hai Alistair, saya bukan 老师, saya 老鼠, hehehe. Ingat saya boleh tulis bahasa Cina ke? Itu pun anak ajar khusus untuk pesanan ini, hehehe.
Untuk kaedah-kaedah Wikipedia, saya akan tulis dalam portal ini supaya semua pengguna yang baca akan tahu. Lagi banyak orang tahu, lagi baik untuk portal ini. Tetapi untuk cara menjadi pengarang profesional dengan pantas, saya tidak hendak tulis di sini. Itu trade secret, hehehe.
Emel saya pmpoon@yahoo.com. Berikan saya alamat emel anda supaya saya boleh menulis kepada anda tentang langkah-langkah pendahuluan untuk buat masa ini. Anda sudah boleh memulakan pembinaan asas buat masa ini (tetapi cuma seolah-olah buat piling saje, tak nampak bangunan sampai anda memperoleh ijazah anda dan bekerja dua tiga tahun, hehehe). Ciptalah sebuah emel Yahoo (atau apa-apa saje) yang khas; jangan bagi alamat emel yang anda biasa menggunakan di sini untuk mengelakkan spam. Portal ini seakan-akan supermarket. Banyaknya pelaku musnah, seolah-olah pickpocket di supermarket, hehehe. Mana tahu pelaku musnah di sini nanti akan pindah ke emel anda, hehehe.
Sebenarnya, portal ini mempunyai kemudahan emel tanpa memerlukan alamat emel kepada pengirim. Tadi saya baru mendaftar, tetapi nampaknya, kemudahan itu tak berfungsi. Biasalaaaa, hehehe. Kena ketuk Yosri nieee. — PM Poon 16:00, 12 Mei 2006 (UTC)
Hai Alistair, nampaknya kemudahan emel Wikipedia bahasa Melayu dah berfungsi! Mungkin ini disebabkan saya mengugut nak ketut kepala Yosri, hehehe.
Untuk mendaftar, masuk halaman perbualan anda, kemudian tekan pautan "Emelkan pengguna ini" di panel di sebelah kiri skrin. Lepas itu, ikut saje arahan-arahannya. Untuk mengirim, masuk halaman perbualan pengguna dan tekan pautan "Emelkan pengguna ini" yang sama. — PM Poon 16:22, 12 Mei 2006 (UTC)
Hehehe, nampaknya saya bodoh saje. Betul, saya tidak menandakan kotak "Enable e-mail from other users". Dah buat dah!
(P/S: Terdapat sumbangan baru daripada Hayabusa dalam halaman Perbualan:Negara selepas perbincangan itu telah pun tutup dan semua orang sudah balik rumah, hehehe.) — PM Poon 12:39, 13 Mei 2006 (UTC)
- Bodoh saya! Lepas menandakan kotak enable, lupa save pulak! Memang dah tua, hehehe. — PM Poon 12:50, 13 Mei 2006 (UTC)
Hai Alistair, saya dah enable kotak "Enable e-mail from other users" sejak pesanan anda semalam. Tak nampak apa-apa sehingga sekarang! Sori ye... kini, anda jadi sifu saya, hehehe. — PM Poon 10:02, 14 Mei 2006 (UTC)
- Alistair, dah jawab emel anda!
Perisian penterjemah bergurau-gurau dengan saya!
[sunting sumber]On one Esperanto bulletin board was written the following which sums this up well.
Pada satu Esperanto bulletin naik adalah ditulis berikutan yang jumlah ini naik telaga.
Tetapi perisian itu pandai sewaktu saya memintanya menterjemahkan: Don't play play!" Dia berkata: Jangan main drama! Tahupun menggunakan perkataan yang lain, walaupun bahasa Inggeris sama saje! hehehe — PM Poon 16:43, 15 Mei 2006 (UTC)
Perisian penterjemah
[sunting sumber]Hai Alistair, walaupun perisian penterjemah tidak begitu baik, kekadang ia boleh membantu saya juga. Oleh itu, saya kini telah amat bergantung kepadanya. Tetapi masih kena menggunakan Kamus Dewan dalam talian. Kini saya ada dua topang ketiak; di sebelah kiri, Linguaweb, di sebelah kanan, Kamus Dewan Bahasa, hehehe. Jalan lagi cepat! Malangnya, angin tak ada sekarang. Segala-galanya sunyi sepi hingga jarum jatuh pun dapat didengar (disalin daripada Kamus Dewan, hehehe; jangan terfikir saya boleh tulis sepatah ayat tanpa kesilapan tatabahasa!!).
Saya dah belajar menguasai penggunaan perisian penterjemah. Kekadangnya, ayatnya memang sempurna. Tetapi sewaktu ayatnya amat teruk, saya tidak menggunakannya, sebab masa untuk memahaminya lebih banyak berbanding menulis sendiri. Tetapi kebolehgunaan ini mungkin untuk saya saje. Untuk orang Melayu dan mereka daripada aliran bahasa Melayu (saya aliran bahasa Inggeris), saya berasa tak perlu.
Selepas mengirim emel kepada anda, saya baru ingat saya tidak memberikan anda maklumat yang akan memotivasikan anda, iaitu, berapa anda akan untung daripada sebuah buku, hehehe. Tak nak cakap di sini. Nanti saya beritahu dalam emel yang lain. Bagaimanapun, kata sikit-sikit di sini supaya jangan membuat anda tak sabar. Dulu semasa bertugas dalam sebuah syarikat penerbitan, saya mendapati bahawa ketika sebuah buku berjaya, penulisnya tukar Volvo, beli rumah sebandung dua tingkat, pergi luar negeri makan angin, tetapi sebagai pengurus, saya cuma makan angin yang salah tiup ke rumah saya saje, hehehe. — PM Poon 12:47, 16 Mei 2006 (UTC)
Tentang Ferrari
[sunting sumber]Jangan cakap Ferrari, Rolls Royce pun boleh. Tetapi jenis mainan Matchbox saje. Nampaknya, kena ajar anda sikit tentang gaya hidup, hehehe. — PM Poon 15:32, 16 Mei 2006 (UTC)
- Tengok catatan saya di Perbualan:Negara — PM Poon 15:50, 16 Mei 2006 (UTC)
Perbualan:Negara
[sunting sumber]Nampaknya garang sahaja, hehehe. Bagaimanapun, itu cuma merupakan pandangan saya.
Saya berasa bahawa setiap orang mempunyai kelemahan, dan kelemahan itu tidak boleh diendahkan. Sebenarnya, motivasi berasas daripada kepentingan diri. Kalau setiap orang cuma berfikir tentang orang lain, tanpa memikirkan untuk diri sendiri, saya berasa mereka tidak akan mempunyai motivasi untuk menyumbang. Dalam kes ini, kebanyakan pengguna akan melarikan diri daripada portal ini. Kita cuma perlu membaca apa yang tertulis dalam halaman-halaman pengguna untuk mendapat gambaran yang sebenarnya. Saya berasa mementingkan diri bukan sesuatu yang salah, asalkan ia tidak menjejaskan orang lain. — PM Poon 02:16, 17 Mei 2006 (UTC)
Templat Politik1
[sunting sumber]Hai Alistair, marah ke? hehehe. Selalu ingati, bincang, kita bincang.... tapi jangan masukkan emosi, hehehe.
Menurut Dewan Bahasa:
- comparative government = kerajaan perbandingan
- political economy = ekonomi politik
Pengguna:219.95.248.10
[sunting sumber]Hai Alistair, bolehkah anda memastikan bahawa kotak "Sentiasa ingati kata laluan saya" dalam halaman Log Masuk anda telah ditandai. Kejadian anda ini mungkin disebabkan sambungan tak stabil dan terputus sebentar.
Saya pun mengesyaki bahawa anda ialah Pengguna:219.95.248.10 kerana siapakah yang lagi berani menyentuh rencana Negara (politik), selepas perbincangan sebegitu dasyhat yang mendedahkan kejahilan hampir (perkataan ini merupakan escape clause untuk mengelakkan pergaduhan, walaupun saya berasa penggunaan perkataan itu tidak begitu tepat) semua pengguna, hehehe. Bagaimanapun, saya juga hairan mengapa anda tidak hendak menggunakan nama daftar anda, dan berpendapat bahawa pengguna tanpa nama mungkin merupakan pengguna baru yang tidak sedar tentang perbincangan itu. Oleh itu, pengguna itu kelihatan "berani" kerana tidak tahu adanya satu perkataan dalam bahasa Melayu yang dipanggil "mati", hehehe.
Baik saya membuat kesilapan daripada melepaskan seorang pengguna yang mungkin sekurang-kurang separuh baik berbanding anda. Nak mencari seorang pengguna seperti anda memang susah! Portal ini memang amat kekurangan penyumbang, walaupun kita kekadang berlagak seolah-olah bilangan penyumbang dan rencana adalah memuaskan, hehehe. — PM Poon 09:25, 18 Mei 2006 (UTC)
Sumbangan anda.
[sunting sumber]Hai Alistair, Syabas kerana rencana anda yang begitu mendalam. Saya tidak sempat membaca sekali lalu. Kena rehat dahulu.. Ini betul-betul bacaan berat ni. Yosri 10:16, 18 Mei 2006 (UTC)
Salam
[sunting sumber]Salam, Alistair
Saya amat gembira kerana anda sudi menyertai komuniti wikipedia! Wikipedia sebenarnya sangat memerlukan ahli aktif seperti anda, saya berharap anda boleh terus bersama wikipedia.
这里所有人都是朋友,在这里大家都很开心。 (orang di sini semua berkawan, kita semua banyak gembira di sini!)
Ychmatematik 13:50, 23 Mei 2006 (UTC)
Rencana pilihan
[sunting sumber]Hai Alistair. Mengenai mesej terbaru anda tentang rencana pilihan ialah itu cuma cadangan belum dipersetujui lagi. Saya bersetuju oleh kerana kurangnya pencalonan rencana baru. Kalau ikutkan hati saya akan meletakkan rencana yang ditulis saya tetapi saya ingin melihat rencana yang bukan ditulis oleh saya dicalonkan supaya kelihatan lebih menarik. Kalau anda ingin calonkan rencana, lihat Perbualan Wikipedia:Calon rencana pilihan. — Master2841 17:00, 25 Mei 2006 (UTC)
Masalah pengaruh Bahasa Indonesia di Wikipedia ini
[sunting sumber]OK saya telah meletakkan pesanan Anda di Warung Kopi Wikipedia Indonesia. Hayabusa future 07:32, 30 Mei 2006 (UTC)
Garis Panduan Baru
[sunting sumber]Berdasarkan perbincangan di kedai kopi berkenaan isu Bahasa Indonesia dalam ms.wikipedia, saya akan memasukkan satu lagi garis panduan ke dalam bahagian polisi. Sekiranya tiada bantahan ia akan dikuatkuasakan sebagai garis panduan
Garis Panduan yang Dicadangkan ialah:
- Jagan Masukkan Salinan Rencana Wikipedia Indonesia secara bulat-bulat
- Jagan Masukkan Salinan Rencana Bahasa Asing
Kalau ada nama yang lebih baik untuk garis panduan baru ini, tolong cadangkan
(pergi kedai kopi untuk buat undian)
Ychmatematik 08:11, 30 Mei 2006 (UTC)
Hai Alistair, saya semakin tua, semakin tidak pasti tentang dunia ini, hehehe.
Tiga puluh lebih tahun dahulu, semasa saya muda seperti anda, saya hendak melihat satu dunia yang teratur. Semasa saya menyertai kursus Perumahan, Bangunan, dan Perancangan di Universiti Sains Malaysia, saya hendak melihat suatu dunia di mana setiap tanah pembangunan adalah rata dan setiap jalan raya adalah lurus. Dengan itu, saya fikir bahawa walaupun kos pembinaan akan naik, tetapi penggunaan minyak untuk bas dan kereta akan dikurangkan dan oleh itu, tambang bas juga akan menurun. Dalam jangka panjang, perbezaan kos untuk meratakan tanah akan dibiayai oleh wang minyak yang dijimat, serta manfaat lain.
Kemudian, saya mendapati bahawa jika tanah terlalu rata pun tidak baik. Umpamanya, di Metromanila yang merupakan gabungan 11 bandar dan 3 bandar raya ketika saya ke sana, tanahnya terlalu rata sehingga air paip pun kena menggunakan pam. Jika tiada letrik, habislah air juga. Selain itu, jalan raya yang terlalu lurus biasa menyebabkan kemalangan kerana pemandu mengantuk.
Selain daripada tidak faham tentang dunia, saya juga tidak faham tentang diri sendiri. Sebenarnya, saya seorang pengarang bahasa Inggeris. Banyaknya pujian yang saya pernah menerima daripada profesor-profesor, majikan-majikan, bank-bank, kementerian-kementerian dan sebagainya. Semasa di sekolah, saya benci bahasa Melayu. Oleh itu, saya hampir gagal bahasa Melayu dalam MCE, iaitu SPM sekarang. Sejak meninggalkan sekolah, tak pernah saya membaca satu rencana bahasa Melayu. Entah mengapa, kini saya amat suka bahasa Melayu dan tidak suka menulis dalam bahasa Inggeris lagi, walaupun penguasaan tatabahasa bahasa Melayu saya tidak baik.
Sebelum menyertai portal ini, saya telah membeli hampir 20 buah buku tatabahasa UPSR, SAP, dan SPM serta buku kerja tetapi langsung tak sentuh. Beli saje, hehehe. Kini, saya berasa saya kena membacanya jika saya hendak memperbaik bahasa saya. Oleh itu, saya kini tidak begitu aktif dalam portal Wikipedia bahasa Melayu. Lagipun, saya juga tengah memperbaik kemahiran saya dalam penggunaan Adobe Photoshop serta Adobe Illustrator.
Tentang polisi
[sunting sumber]Sebenarnya, saya cuma memberikan sudut pandangan saya sewaktu melihat perbualan di Kedai Kopi. Kekadang juga, saya memainkan peranan "devil's advocate" untuk memperluas sudut pandangan semua pembaca. Jangan ingatlah bahawa saya menentang sesiapa secara peribadi. Sebenarnya, saya tidak akan membantah mana-mana satu polisi. Kalau polisi itu salah, masa akan memberitahu, hehehe. Tetapi janganlah takut mencuba. Kekadang, sesuatu yang prima facie nampak tidak berlogik, sebenarnya lebih berkesan, hehehe. Banyaknya penciptaan yang dibuat tanpa logik, serta banyak lagi perniagaan yang dimulakan tanpa berdasarkan logik. — PM Poon 19:29, 31 Mei 2006 (UTC)
Wikipedia bahasa Melayu memang bertuah memperoleh penyertaan anda. Jika terdapat dua puluh orang semacam anda, dah cukup. Tak perlu beribu-ribu.
Entah mengapa, saya "mendaftarkan" banyak orang pada minggu lepas, tetapi habuk pun tak nampak, hehehe. Bagaimanapun, jika dalam kalangan itu, terdapat lagi beberapa orang seumpama anda, saya rasa dah cukup. Tak kesahlaaa kalau yang lain tak menyumbang. Kita hanya boleh membawa kuda ke pinggir air, tetapi kita tidak boleh memaksakannya minum, kan?
Alistair, selepas anda mencapai tiga bulan di sini, pohonlah menjadi penyelia. Saya yakin bahawa anda akan menerima sokongan tanah runtuh (hehehe... ketika menterjemahkan landslide, nampaknya agak negatif). Kepimpinan anda akan mewujudkan suatu portal yang cemerlang dalam semangat "Malaysia Boleh!", tetapi banyak penyumbang yang substandard akan menderita, hehehe. — PM Poon 19:43, 31 Mei 2006 (UTC)
Berita
[sunting sumber]Hai! Alistair...pertama kali saya mendengar suara mu memanggil daku hehehe....pertama kali saya ingin mengucapkan syabas kepada anda kerana anda begitu kritikal terhadap wikipedia ini...sebenarnya sekiranya ingin menjadi membuat sudut berita tak ada masalah cuma saya fikir ada beberapa faktor sekiranya ingin menjadikan portal berita kelihatan menarik dan terus menarik minat para wikipedian bahasa melayu...
- Penyumbang - kuantiti tak perlu tetapi kualiti diperlukan - kena dipantau supaya nilai maklumat adalah selari dengan polisi wikipedia dan juga kena ada kesinambungan supaya ia tidak menjadi usang/gajah putih hingga menjejaskan imej wikipedia bahasa melayu itu sendiri...
- Kualiti berita - bermutu (terkini, tepat,padat dan eksklusif)
- Faktor lain - masih ada faktor lain tetapi dua faktor diatas amat penting sebelum ianya dijalankan..bagaimana...?
Tentang Yosri
[sunting sumber]Terima kasih, Alistair. Ingat beliau marah kerana perbualan tentang taraf mutu portal ini, kerana beliau tu memang usahawan dan pengilang stub, hehehe. Bagaimanapun, Yosri seorang peramah, kalau marah pun sekejap sahaja. — PM Poon 17:23, 2 Jun 2006 (UTC)
Terima kasih dan mohon maaf
[sunting sumber]Hai Alistair, saya juga perlu minta maaf juga kerana telah salah menafsirkan permintaan Anda :-). Saya juga berharap :ms dan :id boleh bersaing dengan baik untuk saling meningkatkan mutunya. Hayabusa future 16:58, 3 Jun 2006 (UTC)
Permintaan Maaf
[sunting sumber]Saya adalah Warga Negara Indonesia, yang tentunya memiliki kekurangan didalam ber Bahasa Melayu. Namun walaupun begitu, saya mencuba mempelajarinya, kerana tidak sedikit perbezaan yang ada diantara kedua bahasa ibu tersebut. Sesungguhnya saya membutuhkan penyesuaian di laman Malay Wiki ini. Maka, disinilah posisi Anda sebagai penyelia untuk membantu saya sebagai anggota (anggauta?).
Satu lagi, mengapa permasalahan ini begitu dibesar-besarkan? Seolah-olah muncul persaingan antara laman Melayu dengan Indonesia. Satu hal yang pasti, saya menyumbang disini kerana untuk mencuba memajukan rancangan laman Melayu ini. Ketidakmampuan saya didalam ber bahasa Melayu, itu merupakan kekurangan yang saya mencuba perbaikinya. Andi Ramadhan 00:41, 4 Jun 2006 (UTC)
Bahasa Melayu
[sunting sumber]Bagaimana pula saya akan menyumbang apabila saya harus menyempurnakan betul Bahasa Melayu saya? Saya berasa kalau saya sudah berusaha dengan mengubah beberapa istilah seperti:
- Karena menjadi kerana.
- Tentara menjadi tentera.
- Beda menjadi beza.
- Dan sebagainya.
Padahal, lebih banyak kesamaan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia. Yang berbeza saya rasa hanyalah masalah penulisan, seperti hal-hal tersebut diatas. Walau tidak di nafikan ada beberapa kata yang bisa menjadi berbeza artinya. Saya sepakat (setakat?), hal tersebut memang haruslah diubah. Saya punya pertanyaan, bagaimana pula dengan artikel-artikel yang masih berbahasa Inggeris? Berbahasa Jerman?Dan lainnya? Seandainya tidak ada artikel tersebut didalam laman ini, saya yakin laman Melayu ini sulit untuk berkembang. Karena saya sebagai anggauta dan Anda sebagai penyelia, juga lainnya, yang akan meneruskan dan menterjemahkan artikel-artikel ber bahasa asing tersebut kedalam bahasa Melayu. Namun bagaimanapun, masukan Anda sangat berguna bagi saya. Salam. Andi Ramadhan 01:41, 4 Jun 2006 (UTC)
Cuti seminggu
[sunting sumber]Kini setelah melihat Yosri kembali daripada cutinya, saya pula ingin mengambil cuti selama tempoh satu minggu oleh sebab adanya hal dalam kehidupan sebenar. Saya akan kembali hari Selasa depan, iaitu pada 13 Jun 2006. Diharap semua yang mengambil tahu sedia maklum.
Pada masa yang sama, saya tinggalkan satu cadangan untuk direnungi. Apa kata kita menterjemah Wikiholiday bersama dengan templatnya daripada Wikipedia Inggeris. Saya rasa templat-templat itu berguna bagi mereka yang hendak berehat sebentar. Salam. Alistair 阿力斯特伊儿 15:00, 5 Jun 2006 (UTC)
- Saya mengistiharkan penamatan cuti seminggu saya pada hari ini, 11 Jun 2006, iaitu 2 hari lebih awal daripada yang ditetapkan. Oleh kerana cadangan saya mengenai terjemahan rencana Wikiholiday masih belum mendapat sambutan, saya akan merehatkannya buat kini untuk dipindahkan ke Kedai Kopi pada masa yang difikirkan sesuai. Alistair 阿力斯特伊儿 08:30, 11 Jun 2006 (UTC)
Perbualan terkini.
[sunting sumber]Hai Alistair. Salam. Hmm. Dah lama juga saya tidak berbual dengan anda. Kali terakhir pesanan saya ialah 3 Mei iaitu saya baru habis periksa. Bulan lima yang lepas saya sangat sibuk dengan peperiksaan dan aktiviti di luar seperti perjumpaan pelajar lama (alumni) dan menyambut pelajar baru serta balik kampung (dah setengah tahun saya tak balik). Maka, saya memang agak pasif bulan lepas dan hanya sempat berbual dengan PM Poon. Kalau saya tiba-tiba terfikir hendak sampaikan sesuatu. Bukannya apa. PM Poon tu dah macam kaunter perkhidmatan 24 jam. Bila bagi mesej, dalam masa setengah jam, adalah balasannya.
Nampaknya, anda sekarang sudah bergiat aktif dan menjadi antara yang kuat memberikan pendapat. Bagus dan tahniah saya ucapkan. Sekurang-kurangnya, Wikipedia kini sudah mempunyai komuniti yang amat mengambil berat tentangnya. Teruskan. Saya selalu bersetuju dengan pendapat anda di Kedai Kopi tetapi kadang-kadang tidak sempat membalasnya di sana. Saya pun selalu menterjemah atau menyunting artikel di Microsoft Word sebab lebih senang nampak. Maka, saya jaranglah di sini melainkan untuk sunting yang sikit-sikit dan kawal pelaku musnah (serta mengendap laman perbincangan pengguna lain. Hehe.)
Berkenaan wikiholiday tu, anda cadangkan sajalah di Kedai Kopi. Memandangkan musim yang baru ni banyak pengguna serta penyelia sendiri bercuti. Sesuai juga dengan mood masing-masing yang baru lepas bercuti. Hehe. Rasa itu sahaja buat masa ini. Kalau anda nak jadi Mahathir, jadilah. Saya tak kisah. Tak tahulah ada pengguna yang lain kisah ke. Tapi jangan pula nanti ada puak dalam Wikipedia ni. Kita kerja sama-sama, kritik sama-sama dan betulkan kesilapan sama-sama. — Polar 08:04, 13 Jun 2006 (UTC)
P/S - Mungkin saya perlu rajin ke Kedai Kopi selepas ini memandangkan Kedai Kopi dah semakin meriah. Dulu, macam tak laku kedai tu. Kopinya basi agaknya.
- Tentang Lokey3310 tu, dia pengguna baru... dan anda telahpun sapanya. Jadi, anda lebih mengetahuinya. Seperti yang dikatakannya, "tidak perlu risau tentang saya. Saya boleh menguruskan diri saya di sini dengan baik.". Jadi, biarlah dia uruskan diri sendiri. Saya tak mahu kacau. Nanti kena marah pula. Hehe. — Polar 08:58, 13 Jun 2006 (UTC)
Bidang yang diminati saya
[sunting sumber]Hai Alistair, berkenaan bidang saya. Bidang yang diminati saya adalah bidang multimedia, bahasa dan seni lukis. — Lokey3310 08:42, 13 Jun 2006 (UTC)
P/S:Hehe, berkenaan saya lagi, saya ingin tolong memajukan Wikipedia Melayu ini seberapa banyak yang boleh. Jadi, lagi satu, saya akan belajar untuk "anggap niat baik" di Wikipedia setelah saya terserempak dan terbaca laman ini. Yang terakhir, anda tidak perlu risau tentang saya. Saya boleh menguruskan diri saya di sini dengan baik.
Terima kasih
[sunting sumber]Terima kasih atas pesanan yang anda berikan..... — Lokey3310 09:03, 13 Jun 2006 (UTC)
Berkenaan templat pengguna:
[sunting sumber]Tentang templat pengguna, saya telah ajarkan kepada Pengguna:Aiman abmajid dan boleh dikatakan banyak juga saya tunjukkan. Orang baru pun boleh buat dengan senangnya kalau dia lihat apa yang saya ajar tu. Awak pergilah ke laman perbualan Aiman dan cuba-cubalah... — Polar 09:19, 13 Jun 2006 (UTC)
Tentang Emrrans
[sunting sumber]Hai Alistair, Emrrans itu merupakan kawan saya. Tetapi dia itu amat tidak menghargai apa yang ada di Wikipedia ini. Saya rasa lebih baik jika dia disekat dari menggunakan Wikipedia ini. Hal ini perlu dibuat sebelum dia menyusahkan lagi orang lain jika dia kembali ke sini. Silalah sekatkan dia walaupun dia kawan saya sendiri. Saya rasa susah kerana dia. — Lokey3310 09:29, 13 Jun 2006 (UTC)
Taniah! Alistair dihargai sebagai pengguna aktif
[sunting sumber]Di sini saya memaklumkan Encik Alistair dihargai sebagai pengguna aktif, atas keterlibatannya yang aktif dalam komuniti wikipedia. Ychmatematik 13:00, 13 Jun 2006 (UTC)
- Hai Ychmatematik, Alistair nie Cik Alistair atau Encik Alistair? Sebenarnya, Cik atau TakCik pun sama sahaja. Di dalam alam siber, semua uniseks. Banyaknya pengguna lelaki di chatroom yang menggunakan nama samaran perempuan, sehingga lelaki atau perempuan tidak lagi dapat dibezakan, hehehe. (Mengikut internet, Alistair ialah nama lelaki yang berasal dari Scotland, tetapi bagi saya, bunyi memang merupakan wanita. Kalau Alistair betul-betul lelaki, mungkin Aurora lelaki juga, hehehe). — PM Poon 20:18, 13 Jun 2006 (UTC)
Hai Alistair, saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana dianugerahkan pingat "pengguna aktif". Sebenarnya, di lingkungan pengguna-pengguna yang akan menerima anugerah ini pada masa ini, anda adalah jauh di hadapan dari segi kelayakan.
Di dalam mana-mana sebuah syarikat, ada orang yang menunggu jawatan kosong untuk mendapat kenaikan pangkat. Ada yang menciptakan jawatan kosong untuk dinaikkan pangkat. Sikap anda dalam golongan kedua. Bagaimanapun, anda banyak keras dan ketat pada prinsip. Oleh itu, saya kekadang berfikir: "Adakah anda akan berasa kecewa kemudian (ketika anda bekerja di dalam dunia yang benar (the real world) berbanding schooldays) dengan kebenaran dunia ini di mana prinsip hanya diberikan "perkhidmatan bibir" (lip service, bukan kiss, kiss), iaitu cakap kosong, dan dipergunakan untuk merasionalisasikan (rationalization) tindakan seseorang yang sebenarnya berasaskan perasaan atau emosi, dan bukan alasan yang dikemukakan.
Khususnya, anda telah menyertai bidang undang-undang yang bertujuan untuk memeliharakan keadilan. Tetapi ketika anda masuk kerja dalam bidang itu, anda akan mendapati bahawa keadilan dan proses undang-undang kekadang tidak bertindan. Undang-undang adalah hanya untuk orang-orang yang lemah, iaitu orang yang tidak berkuasa dan tidak ada wang. Ada segolongan orang di mana-mana satu masyarakat yang memperoleh keimunan daripada tindakan mahkamah, sehingga hakim pun takut akan mereka. Hakim yang tak takut dengan segeranya akan menjadi bekas hakim. Sebenarnya, membuat keputusan mahkamah adalah lawan dengan memandu kereta. Untuk mengelakkan kemalangan sewaktu memandu kereta, anda kena tengok hadapan; untuk membuat keputusan mahkamah, anda kena tengok belakang. Kalau all clear baru boleh!
Saya telah membaca pesanan anda kepada Polar. Jika anda boleh mengorbankan orang yang jujur untuk kepentingan diri tanpa teragak-agak dan tanpa perasaan, memang anda boleh menjadi seolah-olah orang itu. Sebenarnya, dalam kesusasteraan Barat, terdapat sebuah buku Si Putera (The Prince) yang ditulis oleh Nicole Machiavelli yang menonjolkan prinsip "the ends justify the means". Asalkan boleh mencapai matlumat, bunuh mak dan bapak pun tak apa. Orang sebegini kini digelarkan "Machiavellian" dalam bahasa Inggeris.
Bagi saya, kejayaan kebendaan tak mustahak. Saya cuma hendak mengamalkan suatu kehidupan yang sederhana, tanpa memerlukan banyak panadol. Penulisan dan bidang akademik merupakan satu kegemaran (passion) saya, dan hobi ini tidak memerlukan banyak wang. Kalau-kalau Wikipedia bahasa Melayu tutup pun, saya akan pindah ke portal lain. Sebenarnya, saya telah pindah daripada tiga portal yang lain sebelum ini.
Ketika menyertai sebuah portal, kita juga suka melihat portal itu berjaya. Oleh itu, kekadang saya akan memberikan pendapat saya. Banyak kali, saya akan memainkan peranan "penyokong hantu" (devil's advocate; dulu silap diterjemahkan secara harfiah sebagai "peguambela hantu") untuk meluaskan sudut-sudut pandangan. Tidaklah berkesan kalau sebuah perbincangan hanya mempunyai satu sudut pandangan dengan semua orang berkata: Setuju, setuju! Memang senang untuk mengendalikan sesuatu dengan demikian tetapi seringnya, idea-idea yang dihasilkan tidak begitu berkesan.
Bagaimanapun, saya cenderung tidak akan membantah sesuatu keputusan; saya cuma hendak memberikan pandangan sahaja dan saya, dengan penuh kesedaran, juga mengetahui bahawa kekadangnya, pandangan saya tidak betul, mungkin disebabkan penglihatan terowong (tunnel vision), ataupun fakta-fakta yang tidak sempurna. Bagi saya, saya tidak takut membuat kesilapan mengemukakan pandangan, asalkan pandangan itu adalah pandangan yang jujur sewaktu mengemukakannya. Pandangan-pandangan saya tidak bertujuan untuk memihak sesiapa dan oleh itu, kekadang orang boleh berasa sakit hati. Tetapi ini memang sikap saya, baik di sini mahupun di mana-mana satu syarikat yang saya bertugas. Bagaimanapun, janganlah ikut cara saya jika anda hendak menjadi seorang yang berjaya dari segi kebendaan. — PM Poon 20:18, 13 Jun 2006 (UTC)