Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/21 Februari
Penampilan
21 Februari: Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa; Hari Pergerakan Bahasa di Bangladesh.
- 1613 – Mikhail I dipilih sebulat suara oleh Zemsky Sobor untuk menjadi Tsar lalu memulakan dinasti Romanov yang memerintah Empayar Rusia.
- 1848 – Manifesto Komunis tulisan Karl Marx dan Friedrich Engels diterbitkan buat pertama kali.
- 1952 – Pembantah di Dhaka, Pakistan Timur ditembak oleh tentera semasa menuntut bahasa Benggali diberikan status bahasa rasmi.
- 1965 – Nasionalis kulit hitam Malcolm X (gambar) dibunuh di Bandar Raya New York oleh anggota pertubuhan Nation of Islam.
- 1973 – Tersilap memasuki ruang udara Sinai, Penerbangan 114 Penerbangan Arab Libya ditembak jatuh pesawat pejuang Israel.
Hari-hari sebelum: 20 Februari – 19 Februari – 18 Februari