Pergi ke kandungan

What Women Want

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
What Women Want
Dibangunkan oleh
PhoSumpro
8TV
Dibintangi oleh
Malaysia Hannah Tan
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaInggeris
Bilangan episod12
Penerbitan
PenerbitTan Yin Yin
Joanne Chin
Tempoh siaran1 jam (episod biasa)
Penyiaran
Saluran asal8TV
Siaran asal16 Disember 20061 Mac 2007
Pautan luar
Malegrooming.com.my Laman sesawang

What Women Want ialah rancangan realiti Malaysia terbitan usahasama 8TV dan PhoSumpro yang pernah disiarkan di 8TV dari 14 Disember 2006 hingga 1 Mac 2007. Rancangan yang diacarakan oleh Hannah Tan ini menampilkan 13 orang lelaki muda yang bujang yang datang dari dalam dan luar negara untuk meraih gelaran "What Women Want" (apa yang dikehendaki oleh wanita) dan hadiah-hadiah lumayan yang setimpal dengan pemenang gelaran tersebut.

Pada akhir tahun 2007, What Women Want dinamakan "Program Realiti Terbaik" pada Anugerah Skrin ke-9.


Dalam setiap episod, para peserta dikehendaki menyahut pelbagai cabaran berlainan yang menguji ketabahan fizikal dan kecekalan mental sebagai ujian untuk menilai keserasian setiap lelaki tersebut dengan kehendak dan jangkaan wanita.

Pada permulaan setiap episod yang disiarkan, rakaman sekumpulan kecil wanita ditemubual mengenai kehendak mereka terhadap lelaki idaman mereka berdasarkan suatu tema yang ditentukan untuk cabaran dalam episod itu.

Sepanjang setiap satu episod, para peserta perlu mengharungi dua cabaran:

  1. Cabaran Ganjaran (Rewards Challenge): menawarkan ganjaran bagi pemenang cabaran tersebut iaitu bermalam dengan pengacara bersama seorang lagi rakan seperjuangan;
  2. Cabaran Penyingkiran (Elimination Challenge): menentukan nasib peserta dengan ancaman penyingkiran. Hanya juara cabaran ini yang terselamat dari penyingkiran, manakala peserta yang paling buruk prestasinya diancam penyingkiran.

Bukan sahaja peserta yang paling rendah prestasinya ketika cabaran itu diancam penyingkiran, malah para peserta juga boleh mengundi keluar seorang lagi daripada mereka, atas sebab kurang puas hati dengan kehadirannya dalam pertandingan.

Kedua-dua peserta yang menghadapi penyingkiran itu terpaksa menghadapi sebarisan juri yang semuanya wanita, iaitu tiga orang awam dan seorang selebriti. Barisan juri inilah yang menentukan nasib dua orang lelaki itu, sama ada salah seorang daripada mereka, kedua-dua mereka ataupun tiada seorang pun yang tersingkir.

Setelah bersemuka dengan juri, peserta yang dinamakan untuk penyingkiran itu bersiap sedia dengan mengisi bagasi mereka sekiranya tersingkir dan berehat dalam sebuah ruangan khusus dalam hotel sementara para juri membincangkan keputusannya. Setelah selesai, juri menyerahkan keputusan mereka kepada Hannah t yang seterusnya mengumumkan keputusan tersebut kepada peserta tersebut.

Pada penghujung setiap episod dalam penyiaran juga terdapat klip pendek yang memaparkan hannah t memberi tip-tip perapian bagi lelaki (Male Grooming Tips) ketika terpaparnya senarai krew rancangan (credits).


Musim pertama

[sunting | sunting sumber]
Peserta What Women Want
(dengan episod penyingkiran dan tarikh siarannya)
Musim 1
Mohd Hafiz bin Adnan Juara
Charles Brunold Naib Juara
Hisham Hamzah Ep 10 (15 Februari)
Christian Neal Capes Ep 9 (8 Februari)
Nicholl Eruthiaraj Ep 8 (1 Februari)
Talha Jamshaid Ep 8 (1 Februari)
Andrew Ting Lin Ep 6 (18 Januari)
Adzrool Idzwan Ismail Ep 5 (11 Januari)
Ram Gopal Raj Ep 4 (4 Januari)
Aloysius Wee Ep 3 (28 Disember)
Carliff Ridzwan bin Carleel Ep 3 (28 Disember)
Adrian Jalaludin Ep 2 (21 Disember)
Jasvinder Singh Gill Ep 1 (14 Disember)

Butiran yang diberi adalah tepat pada waktu bermulanya pertandingan.

  • Mohd Hafiz bin Adnan — seorang pendandan rambut muda dari Kedah
  • Charles Brunold — seorang ahli niaga dari Perancis
  • Hisham Hamzah (Sham) — seorang juruhebah radio bagi Mix FM
  • Christian Neal Capes — seorang pensyarah bahasa dan kesusateraan Inggeris
  • Nicholl Eruthiaraj — seorang penuntut universiti jurusan sains makanan dan bekas peserta Malaysian Idol yang berasal dari Bukit Mertajam
  • Talha Jamshaid — seorang pengembara berbangsa Pakistan yang dilahirkan di Argentina, dan mengaku Kathmandu, Nepal dan Ankara, Turki sebagai kampung halamannya
  • Andrew Ting Lin — seorang pekerja syarikat pengiklanan dan pengamal wusyu dari Amerika Syarikat
  • Adzrool Idzwan Ismail (Tom) — seorang penuntut universiti jurusan komunikasi
  • Ram Gopal Raj
  • Aloysius Wee (Alloy) — seorang pengurus acara
  • Carliff Ridzwan bin Carleel — seorang siswazah perniagaan
  • Adrian Jalaluddin — seorang siswazah kajian sejarah
  • Jasvinder Singh Gill — seorang penuntut universiti


Juri tetap

[sunting | sunting sumber]

Juri tetap terdiri daripada tiga orang wanita biasa (bukan selebriti) iaitu:

  • Nadia Shareef Ang
  • Nivi Nagapan
  • Maria Suwendy

Juri selebriti

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Produksi

[sunting | sunting sumber]
  • Mai Fernandez - Pengarah
  • Tan Yin Yin - Penerbit / Penolong Pengarah
  • Joanna Chan - Penerbit
  • Shahida Azad Jamaludin - Penolong Penerbit
  • Wong Yew Cheun- Penolong Produksi
  • Koh Xin Yi- Penolong Produksi
  • Ellis Juglie - Penggaya
  • Naomi Lim - Penggaya
  • Kelly Ang - Casting & PR
  • Lim Peak Leong - Handyman

Kumpulan Teknikal

[sunting | sunting sumber]
  • Wong Tak Fung - Kamera
  • Steven En - Kamera
  • John Goh - Kamera
  • Andy Henry - Kamera
  • Tan Jer Reen - Kamera
  • Chia Tyzz Liang - Kamera
  • Ahmad Tajuddin b. Tahir - Bunyi
  • Emran b. Taib - Bunyi
  • Azlan Radzif b. Mohd Yusoff - Bunyi
  • Loh Yew Meng - Cahaya
  • Chin Poh Yen - Cahaya
  • Choo Kum Foo - Cahaya
  • Lee Kim Yaw - Cahaya

Kumpulan Pos Produksi

[sunting | sunting sumber]
  • MNG F - Penyelia
  • Janell - Online Editor
  • [J] - Online Editor
  • Syndie - Offline Editor
  • Anya - Offline Editor
  • Snowball - Muzik & Kesan Khas
  • Chan - Colorist


Perjalanan

[sunting | sunting sumber]
Bagi butiran Penyingkiran terdapat lebih daripada satu nama iaitu peserta-peserta yang dicalonkan untuk penyingkiran kerana kalah dalam cabaran atau diundi keluar peserta lain; nama yang ditebalkan itulah peserta yang tersingkir manakala yang lain terselamat.
Episod 1 (disiarkan 14 Disember 2006)

13 orang lelaki bujang telah terpilih setelah selesainya satu ujibakat. Sepanjang pertandingan ini mereka akan berdiam di Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre. Mereka berpeluang merakamkan sebuah video muzik bagi lagu Fly on the Wall nyanyian hannah t. Selain itu, para peserta dikehendaki untuk ditemubual para juri untuk memberi tanggapan pertama yang baik kepada mereka. Seorang daripada mereka, Jasvin, tidak dapat menjalaninya kerana terpaksa mengambil satu peperiksaan yang bertindih waktu dengan temubual itu, maka dialah yang pertama untuk disingkir dari rancangan ini setelah menerima kritikan daripada para juri di kawasan pancutan air di hotel.

Episod 2 (disiarkan 21 Disember 2006)

Cabaran ganjaran: Latihan ala ketenteraan
Kegiatan ini dijalankan di sebuah kem berhampiran Gombak.

  • Pemenang: Sham
  • Ganjaran: Menonton filem di pawagam IMAX Times Square
  • Dikongsi bersama: Nicholl

Cabaran penyingkiran: Paintball
Para peserta dibahagi kepada dua pasukan dan perlu menentang satu pasukan yang lain.

  • Pemenang: —
  • Penyingkiran: Adrian, Andrew, Hafiz, Carliff

Kedua-dua pasukan lelaki itu tumpas di tangan pasukan ketiga yang terdiri daripada wanita.

Episod 3 (disiarkan 28 Disember 2006)

Cabaran ganjaran: Ujian IQ
Hannah t mengajukan satu set soalan pengetahuan am kepada setiap peserta.

  • Pemenang: Ram
  • Ganjaran: Sut yang dijahit khusus
  • Dikongsi bersama: Carliff

Cabaran penyingkiran: Penghasilan iklan
Cabaran umpama the Apprentice ini membahagikan peserta kepada dua pasukan yang masing-masing mengemukakan idea bagi produk Gillette dan Head & Shoulders. Pasukan yang lebih bernas ideanya di depan pengurusan P&G menang.

  • Pemenang: Pasukan Gillette
  • Penyingkiran: Alloy, Carliff, Sham

Episod 4 (disiarkan 4 Januari 2007)

Cabaran ganjaran: Memanjat tembok
Peserta yang menghabiskan panjatana dalam catatan masa paling pantas menang.

Cabaran penyingkiran: Lumba merentasi kota
Peserta dibahagi kepada tiga kumpulan bagi cabaran seumpama The Amazing Race ini yang terdiri daripada larian balapan di Kampung Pandan, rintangan bungee jump, flying fox, dan G-force berdekatan Menara KL, dan lumba renang di kolam renang Times Square.

  • Pemenang: Kumpulan Hafiz, Nicholl dan Charles
  • Penyingkiran: Ram dan Andrew

Ram didapati tidak pandai berenang ketika saringan terakhir cabaran kedua.

Episod 5 (disiarkan 11 Januari 2007)

Cabaran ganjaran: Mencari dan membeli barang kemas
Para peserta dibawa ke kedai Habib Jewels Jalan Ampang membantu seorang peragawati membeli satu set barang kemas yang sesuai untuknya.

  • Pemenang: Hafiz
  • Ganjaran: Sepasang kafling
  • Dikongsi bersama: Nicholl

Cabaran penyingkiran:Tarian salsa
Setiap peserta dipasangkan dengan seorang wanita dalam malam cabaran salsa yang diadili oleh seorang pengadil tarian.

  • Pemenang: Christian
  • Penyingkiran: Charles dan Tom

Pada sesi penyingkiran, Charles cuba menawan hati para juri dengan menyanyikan sebuah lagu campuran bahasa Melayu dan Inggeris yang menampilkan cogan kata barunya "Tahu tak pe" lalu memastikan dia masih dalam pertandingan.

Episod 6 (disiarkan 18 Januari 2007)

Cabaran ganjaran: Jurujual
Peserta dibahagikan kepada dua pasukan yang masing-masing cuba menjual seberapa banyak produk Gillette dan Head & Shoulders di dua buah farmasi yang berlainan. Pasukan yang lebih banyak menjual barangan mereka menang.

  • Pemenang: Pasukan Gillette (Nicholl sebagai ketua menerima ganjaran)
  • Ganjaran: Bermakan malam bersama hannah t di Restoran Lafite, Hotel Shangri-La
  • Dikongsi bersama: Talha

Cabaran penyingkiran: Memasak dan menyediakan makanan
Dilangsungkan di Restoran Lafite yang sama di mana Nicholl menikmati ganjaran, peserta dibahagikan kepada empat pasangan dan bekerjasama menghasilkan makanan terbaik. Nicholl dipasangkan dengan seorang pembantu chef di restoran tersebut. Hasil mereka diadili oleh sebarisan penilai makanan.

  • Pemenang: Pasangan Christian dan Hafiz
  • Penyingkiran: Talha dan Andrew

Dalam satu babak pengakuan episod ini setelah berlalunya cabaran pertama, Andrew meluahkan rasa kurang senang terhadap budaya pembeli Malaysia. Kemudian pada sesi juri, peserta yang sama ini menghadapi komen yang kurang menyenangkan oleh juri dan peserta lain.

Episod 7 (disiarkan 25 Januari 2007)

Cabaran ganjaran: Berkayak
Para peserta dibawa ke Tasik Putrajaya untuk bersaing sesama sendiri dalam cabaran dalam perlumbaan sepanjang 450m.

  • Pemenang: Charles
  • Ganjaran: Rawatan urutan dan spa di Times Square
  • Dikongsi bersama: Talha

Cabaran penyingkiran: Ketahanan dalam hutan
Di Asian Overland Boot Camp, para peserta hanya beralaskan sarung dan tidak berkasut dalam cabaran empat saringan ini (mengangkat rakan menyeberangi sungai, merentasi hutan, memanjat turun terowong zaman perang, berlari sepanjang sungai ke garisan penamat).

  • Pemenang: Talha
  • Penyingkiran: Christian dan Sham

Christian yang terpaksa berkasut kerana kakinya cedera. Kemudian, dia tersesat dalam hutan selama lebih lima jam setelah semua peserta lain menghabiskan perlumbaan mereka, sebelum dijumpai semula oleh peserta lain itu pada waktu senja. Christian dan Sham terselamat dari penyingkiran kerana juri kagum dengan kisah mereka dalam cabaran tersebut.

Episod 8 (disiarkan 1 Februari 2007)

Cabaran ganjaran: Refleksologi kaki
Para peserta mengurut tapak kaki enam orang wanita yang ditutup mata mereka. Wanita-wanita ini menentukan keputusan cabaran ini.

  • Pemenang: Hafiz
  • Ganjaran: Bermakan malam dengan Monica Pang di Restoran No Black Tie
  • Dikongsi bersama: Sham

Cabaran penyingkiran: Senandung
Peserta mengunjungi Colmar Tropicale, Bukit Tinggi untuk cabaran memikat hati Aishah Sinclair melalui nyanyian, bacaan sajak atau luahan hati. Jika berjaya peserta diberi sekuntum bunga ros dari Aishah, jika tidak dia disimbah sebaldi air.

  • Pemenang: Charles
  • Penyingkiran: Nicholl dan Talha

Episod 9 (disiarkan 8 Februari 2007)

Cabaran ganjaran: Memandu uji kereta
Peserta belajar mengemudi kereta sport Lotus Elise dengan penuh kawalan di sebuah litar autocross. Peserta yang memandu dalam catatan masa terpantas sepanjang dua saringan menang.

  • Pemenang: Charles
  • Ganjaran: Membonceng motosikal yang ditunggang wanita secara berkumpulan, bermakan malam dan beramah mesra di Starbucks Times Square
  • Dikongsi bersama: Hafiz

Cabaran penyingkiran: Tinju
Keempat-empat peserta menjalankan dua pusingan perlawanan tinju. Sementara pihak yang menang bagi pusingan pertama mara ke pusingan akhir, pihak yang kalah berlawan sesama sendiri dalam play-off, yang mana pihak yang kalah lagi diancam penyingkiran.

  • Pemenang: Charles
  • Penyingkiran: Chrsitian dan Hafiz

Meskipun layak ke pusingan akhir bersama Charles, Hafiz jelas menonjolkan rasa ketidaksanggupan untuk berlawan di tengah cabarn ini. Oleh itu Hafiz diundi keluar untuk disoal oleh para juri bersama Christian. Christian disingkirkan selepas itu

Episod 10 (disiarkan 15 Februari 2007)

Cabaran ganjaran: Fesyen
Setiap peserta mencari dan membeli satu set pakaian sukan dan satu set pakain kasual yang sesuai bagi seorang peragawati di Tines Square, tanpa bertanya kepada peragawati terlebih dahulu.

  • Pemenang: Charles
  • Ganjaran: Membeli-belah pakaian, Penggayaan diri
  • Dikongsi bersama: Sham

Cabaran penyingkiran: Sesi fotografi
Peserta memberi penampilan bergaya untuk diambil foto oleh seorang jurukamera bagi majalah Oxygen yang juga akan menilai prestasi mereka bersama penyunting majalah tersebut.

  • Pemenang: Charles
  • Penyingkiran: Hafiz dan Sham

Setakat ini, Charles telah memenangi cabaran lima kali berturut-turut.

Episod 11 (disiarkan 22 Februari 2007)

Kini cuma tinggal Hafiz dan Charles untuk bersaing antara satu sama lain untuk meraih gelaran "What Women Want" dengan cabaran terakhir yang menampilkan seorang wanita dari kalangan rakyat jelata yang dipilih setelah memenangi satu peraduan yang diadakan oleh pihak penganjur. Kedua-dua jejaka ini dibawa ke Pulau Tioman dan dikehendaki mencuba sedaya upaya untuk memikat hati wanita tersebut dalam jangka masa sehari. Sebelum itu, Hafiz dan Charles perlu melalui ujian ingatan oleh Hannah t mengenai kesemua peserta What Women Want sepanjang keseluruhan pertandingan dan pemenangnya boleh memilih hari yang mana dia hendak menikmati sehari bersama wanita tersebut. Hafiz menang dalam cabaran ini lalu memilih hari kedua.

Pada "hari pertama" itu, Charles bertemu dengan Daphne Lourdes dan bersama-sama memulakan pertemuan mereka dengan menunggang keldai di tepi pantai (oleh sebab kalah dalam kuiz sebelumnya), disusuli dengan berbasikal di sekitar padang golf. Sungguhpun kedua-dua aktiviti tadi disifatkan sebagai "tidak bermasalah", tibanya sesi makan malam romantis di mana prestasi Charles menyebabkan Daphne kurang puas hati. Pada hari seterusnya, giliran Hafiz bertemu dengan Daphne dan memulakan pertemuan dengan mengelilingi perairan pulau di atas kapal, disusuli dengan sesi berkayak, menyelam, dan berkelah sambil bermain layang-layang. Daphne kelihatan lebih puas hati dengan Hafiz berbanding Charles.

Episod 12 (disiarkan 1 Mac 2007)

Pada episod terakhir rancangan ini yang disiarkan pada 1 Mac 2007, Mohd Hafiz Bin Adnan menewaskan Charles Brunold untuk meraih gelaran "What Women Want".


  • Mawi muncul dalam babak pembukaan episod ke-8, ke-9 dan ke-10 dengan mengajukan soalan-soalan berkenaan kehendak wanita.
  • Charles, Ram, Christian, Sham, Hafiz, dan Adrian menyertai CLEO's 50 Most Eligible Bachelor 2007. Christian menjuarai pertandingan ini dengan gelaran "Most Eligible Bachelor of the Year". Hafiz pula meraih gelaran "Bachelor With The Sexiest Shag".


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]