Wang kertas gulden Austria-Hungary
Penampilan
Wang kertas gulden Austria-Hungary muncul buat pertama kali selepas 1881. Inskripsi pada nota bank ditulis dalam bahasa Jerman pada satu bahagian dan bahasa Hungary pada bahagian yang lain. Bagaimanapun, reka bentuk pada kedua-dua bahagian adalah sama sahaja. Nota-nota bank itu dikeluarkan oleh Bank Austria-Hungary, dengan nilainya dijamin menerusi perlindungan emas, sebagaimana digubal dalam Akta Perbankan. Sebaliknya, nota-nota negeri yang dikeluarkan oleh perbendaharaan tidak mempunyai sebarang perlindungan. Kedua-dua nota bank dan nota negeri diedarkan bersama-sama.
Nota-nota bank selepas Kompromi Austria-Hungary 1867 (Ausgleich) | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Imej | Nilai | Ukuran | Pemerian | Tarikh | ||||
Bahagian depan | Bahagian belakang | Bahagian depan | Bahagian belakang | Pencetakan | Pengeluaran | Penarikan balik | ||
10 Gulden / forint | 132 × 89 mm | Model wanita | Model wanita | 1 Mei 1880 | 3 Januari 1881 | 28 Februari 1903 | ||
100 Gulden / forint | 153 × 107 mm | Watak alegori | Watak alegori | 1 Mei 1880 | 31 Oktober 1881 | 30 April 1904 | ||
1000 Gulden / forint | 180 × 126 mm | Model wanita muda | Model wanita muda | 1 Mei 1880 | 31 Oktober 1881 | 30 April 1904 | ||
Nota negeri selepas Kompromi Austria-Hungary 1867 (Ausgleich) | ||||||||
1 Gulden / forint | 71 × 112 mm | Franz Joseph I dari Austria | Franz Joseph I dari Austria | 1 Januari 1882 | 6 Oktober 1882 | 30 Jun 1890 | ||
1 Gulden / forint | 68 × 105 mm | Franz Joseph I dari Austria dan malaikat kanak-kanak | Franz Joseph I dari Austria dan malaikat kanak-kanak | 1 Julai 1888 | 13 Julai 1889 | 30 Jun 1890 | ||
5 Gulden / forint | 136 × 92 mm | Franz Joseph I dari Austria dan model wanita | Franz Joseph I dari Austria dan model wanita | 1 Januari 1881 | 1 Oktober 1881 | 28 Februari 1903 | ||
50 Gulden / forint | 170 × 110 mm | Franz Joseph I dari Austria dan gubahan alegori | Franz Joseph I dari Austria dan gubahan alegori | 1 Januari 1884 | 23 Mei 1884 | 28 Februari 1903 | ||
Imej-imej ini adalah mengikut skala pada 0.7 piksel per millimeter. Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas. |