Pergi ke kandungan

Vokal Mania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vokal Mania
FormatPertandingan nyanyian
Televisyen realiti
PengarahShahrizan Razalli
PengacaraAC Mizal
Azira Shafinaz
JuriYusry Abdul Halim
Misha Omar
Adibah Noor (konsert akhir)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifNurhul Huda Khalid
PenerbitShahrizan Razalli
Pemasangan kamera
Tetapan multi kamera
Tempoh siaran90–110 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal24 Oktober 2020 – 26 Disember 2020
Pautan luar
Laman sesawang

Vokal Mania ialah sebuah rancangan televisyen realiti Malaysia 2020 yang disiarkan di TV3 dari 24 Oktober 2020 hingga 26 Disember 2020.[1][2] Ia menampilkan penyanyi profesional yang dicabar oleh penyanyi amatur di mana setiap persembahan mereka akan dinilai oleh juri profesional.[3][4][5] Ia dihoskan oleh AC Mizal dan Azira Shafinaz dan diterbitkan oleh Shahrizan Razalli.

Format rancangan

[sunting | sunting sumber]

Vokal Mania menampilkan empat penyanyi profesional iaitu Aina Abdul,[6] Indah Ruhaila,[7] Lan Solo[8] dan Tomok,[9] dicabar oleh 24 penyanyi amatur.[10][11] Penyanyi profesional digelar Idol, manakala penyanyi amatur digelar rookie.[12] Setiap persembahan penyanyi profesional dan amatur akan dinilai oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.[13]

Pada minggu pertama hingga ke-6, empat rookie yang berlainan menyampaikan nyanyian secara mingguan. Setiap rookie akan menyampaikan persembahan secara solo terlebih dahulu, kemudian digandingkan pula dengan idol untuk pusingan lawan (battle).

Minggu ke-7 pula merupakan minggu separuh akhir, yang menyaksikan lapan orang rookie bertanding bagi mendapat empat tempat di minggu akhir. Minggu ke-8 merupakan minggu pengumuman empat rookie yang layak ke pertandingan akhir. Minggu ke-9 merupakan minggu akhir bagi Vokal Mania.

Anugerah Rookie Star Award diberikan kepada rookie yang mendapat undian dalam talian tertinggi pada minggu tersebut.[14]

Konsert mingguan

[sunting | sunting sumber]

Minggu 1 (24 Oktober 2020)

[sunting | sunting sumber]

Minggu Pertama diadakan pada 24 Oktober 2020, menampilkan:

Penyanyi Status Pusingan solo Pusingan battle (duet) Catatan
Aisha Retno

(Rookie Star Award)

Rookie "Getaran Jiwa"

(Nyanyian asal P. Ramlee)

"Jangan Kau Mimpi"

(Nyanyian asal Siti Sarah)

Rookie menang battle
Tomok Idol "Di Pintu Syurga"

(Nyanyian asal Dayang Nurfaizah)

Wafariena Rookie "Aku Bidadari Syurgamu"

(Nyanyian asal Siti Nurhaliza)

"Kita Insan Biasa"

(Nyanyian asal Ramli Sarip)

Idol menang battle
Lan Solo Idol "Bujang Senang"

(Nyanyian asal Wings)

Tuah Adzmi Rookie "Revolusi"

(Nyanyian asal Bunkface)

"Dirgahayu"

(Nyanyian asal Faizal Tahir & Siti Nurhaliza)

Idol menang battle
Indah Ruhaila Idol "Hanya Satu"

(Nyanyian asal Nora Ariffin)

Alif Kadim Rookie "Jampi"

(Nyanyian asal Hael Husaini)

"Takkan Terlerai"

(Nyanyian asal Syamel & Ernie Zakri)

Rookie menang battle
Aina Abdul Idol "Kelip2"

(Nyanyian asal Aina Abdul)

Minggu 2 (31 Oktober 2020)

[sunting | sunting sumber]

Minggu Kedua diadakan pada 31 Oktober 2020, menampilkan:

Penyanyi Status Pusingan solo Pusingan battle (duet) Catatan
Fiera Eisara Rookie "Destinasi Cinta"

(Nyanyian asal Siti Nurhaliza)

"Cinta"

(Nyanyian asal Kris Dayanti & Melly Goeslaw)

Idol menang battle
Aina Abdul Idol "Semalam"

(Nyanyian asal Aina Abdul)

Razak A'ai Rookie "Sakit"

(Nyanyian asal Achey Bocey)

"Drama"

(Nyanyian asal Drama Band)

Idol menang battle
Lan Solo Idol "Kejoraku Bersatu"

(Nyanyian asal Search)

Nuha Bahrin

(Rookie Star Award)

Rookie "Kekasih Awal dan Akhir"

(Nyanyian asal Jamal Abdillah)

"Di Matamu"

(Nyanyian asal Sufian Suhaimi)

Idol menang battle
Tomok Idol "Sumpah"

(Nyanyian asal Naim Daniel)

Daniesh Suffian Rookie "Bukan Cinta Biasa"

(Nyanyian asal Afgan)

"Salahkah"

(Nyanyian asal Rossa & Hafiz Suip)

Idol menang battle
Indah Ruhaila Idol "Ikut Rentakku"

(Nyanyian asal Jaclyn Victor)

Minggu 3 (7 November 2020)

[sunting | sunting sumber]

Minggu Ketiga diadakan pada 7 November 2020, menampilkan:

Penyanyi Status Pusingan solo Pusingan battle (duet) Catatan
Nur Syafiq Naser Rookie "Nirmala"

(Nyanyian asal Siti Nurhaliza)

"Kopi Dangdut"

(Nyanyian Fahmi Shahab)

Idol menang battle
Tomok Idol "Bangun"

(Nyanyian asal Aman RA)

Qiem Churros

(Rookie Star Award)

Rookie "Lebih Sempurna"

(Nyanyian asal Syamel)

"Lagu Untukmu"

(Nyanyian asal Meet Uncle Hussain)

Idol menang battle
Lan Solo Idol "Fanatik"

(Nyanyian asal KRU)

Aufahanie Rookie "Gundah"

(Nyanyian asal Ernie Zakri)

"Semua Jadi Satu"

(Nyanyian Kris Dayanti, Ruth Sahanaya & Titi DJ)

Idol menang battle
Indah Ruhaila Idol "Percayalah"

(Nyanyian asal Indah Ruhaila)

Hakeem Zamall Rookie "Kaulah Segalanya"

(Nyanyian asal Ruth Sahanaya)

"If I Ain't Got You"

(Nyanyian asal Alicia Keys)

Idol menang battle
Aina Abdul Idol "Jeritan Batinku"

(Nyanyian asal P. Ramlee)

Minggu 4 (14 November 2020)

[sunting | sunting sumber]

Minggu Keempat diadakan pada 14 November 2020, menampilkan:

Penyanyi Status Pusingan solo Pusingan battle (duet) Catatan
Danial Chuer

(Rookie Star Award)

Rookie "Ku Bersuara"

(Nyanyian asal Ernie Zakri)

"Shallow"

(Nyanyian asal Lady Gaga & Bradley Cooper)

Rookie menang battle
Indah Ruhaila Idol "Vroom Vroom"

(Nyanyian asal Nabila Razali)

Fatin Afeefa Rookie "Aku Cuma Punya Hati"

(Nyanyian asal Mytha Lestari)

"Satu Hati Sampai Mati"

(Nyanyian asal Thomas Arya & Elsa Pitaloka)

Idol menang battle
Tomok Idol "Fatwa Pujangga"

(Nyanyian asal Aishah)

Nisha Haque Rookie "Seksis"

(Nyanyian asal Anita Sarawak)

"Nisan Cinta"

(Nyanyian asal Siti Nordiana & Jaclyn Victor)

Idol menang battle
Aina Abdul Idol "Feeling Good"

(Nyanyian asal Michael Bublé)

Aedy Kama Rookie "Nur Nilam Sari"

(Nyanyian asal Awie & Search)

Dokter Cinta

(Nyanyian asal Dewi Dewi)

Idol menang battle
Lan Solo Idol "Sangkar Cinta"

(Nyanyian asal Ziana Zain)

Minggu 5 (28 November 2020)

[sunting | sunting sumber]

Minggu Kelima diadakan pada 28 November 2020, menampilkan:

Penyanyi Status Pusingan solo Pusingan battle (duet) Catatan
Yuveena Rookie "Bunga"

(Nyanyian asal Ara Johari)

"Hati Yang Engkau Sakiti"

(Nyanyian asal Rossa)

Rookie menang battle
Indah Ruhaila Idol "Takkan Terganti"

(Nyanyian asal Marcell)

Zareef Sein Rookie "Lelaki Ini"

(Nyanyian asal Anuar Zain)

"Baldu Biru"

(Nyanyian asal Ella & Awie)

Rookie menang battle
Aina Abdul Idol "Balqis"

(Nyanyian asal Siti Nurhaliza)

Afieq Shazwan

(Rookie Star Award)

Rookie "Hutang"

(Nyanyian asal Floor 88)

"Merisik Khabar"

(Nyanyian asal Sudirman)

"Sekadar Di Pinggiran"

(Nyanyian asal Francissca Peter)

Idol menang battle
Tomok Idol "Livin' La Vida Loca"

(Nyanyian asal Ricky Martin)

Hariz Danial Rookie "Joget Kenangan Manis"

(Nyanyian asal Sudirman)

Kesal

(Nyanyian asal Ella)

Idol menang battle
Lan Solo Idol "Siapa Tak Mahu"

(Nyanyian asal Siti Nurhaliza)

Minggu 6 (5 Disember 2020)

[sunting | sunting sumber]

Minggu Keenam diadakan pada 5 Disember 2020, menampilkan:

Penyanyi Status Pusingan solo Pusingan battle (duet) Catatan
Eranzz Lambert Rookie Dahsyat

(Nyanyian asal Mojo)

Isabella

(Nyanyian asal Search)

Rookie menang battle
Aina Abdul Idol Reflection

(Nyanyian asal Christina Aguilera)

Erin Syazreena Rookie Perasaanku

(Nyanyian asal Fieya Julia)

Bagaikan Puteri

(Nyanyian asal Tiara Jacquelina)

Idol menang battle
Tomok Idol Aku Cinta Padamu

(Nyanyian asal Siti Nurhaliza)

Daus Husny

(Rookie Star Award)

Rookie Hati

(Nyanyian asal Hael Husaini)

Without You

(Nyanyian asal Mariah Carey)

Rookie menang battle
Indah Ruhaila Idol It's A Man's Man's Man's World

(Nyanyian asal James Brown)

Zetty Rashid Rookie Peluang Kedua

(Nyanyian asal Nabila Razali)

Makhluk Tuhan Paling Seksi

(Nyanyian asal Mulan Jameela)

Rookie menang battle
Lan Solo Idol Tak Ada Logika

(Nyanyian asal Agnes Monica)

Minggu 7 - Separuh Akhir (12 Disember 2020)

[sunting | sunting sumber]

Minggu ke-7 pula merupakan minggu separuh akhir, yang menyaksikan lapan orang rookie bertanding bagi mendapat empat tempat di minggu akhir. Idol tidak menyampaikan nyanyian pada minggu ini. 8 rookie tersebut ialah:

Penyanyi Pusingan solo Catatan
Afieq Shazwan Kau Pun Sama

(Nyanyian asal Syamel)

Yuveena Sampai Bila

(Nyanyian asal Misha Omar)

Alif Kadim Seniman Menangis

(Nyanyian asal Jamal Abdillah)

Aisha Retno Hurt

(Nyanyian asal Christina Aguilera)

Eranzz Lambert I Don't Want to Miss a Thing

(Nyanyian asal Aerosmith)

Daus Husny Purnama

(Nyanyian asal Naim Daniel)

Danial Chuer Sumpah

(Nyanyian asal Aina Abdul)

Aedy Kama Bohemian Rhapsody

(Nyanyian asal Queen)

Joget Angan Tak Sudah

(Nyanyian asal Jay Jay)

[a]

Minggu 8 - Road To Finale (19 Disember 2020)

[sunting | sunting sumber]

Minggu ke-8 merupakan minggu pengumuman empat rookie yang layak ke pertandingan akhir. Mereka ialah Aisha Retno, Danial Chuer, Eranzz Lambert dan Alif Kadim.[15]

Minggu 9 - Minggu Akhir (26 Disember 2020)

[sunting | sunting sumber]

Minggu ke-9 merupakan minggu akhir bagi Vokal Mania. Kesemua peserta Rookie dan Idol memulakan pusingan pertama dengan persembahan solo yang menampilkan dua lagu medley. Rookie kemudiannya tampil dalam pusingan 'battle' menentang barisan Idol sebelum berentap dalam pusingan 'battle' seterusnya menentang sesama Rookie.

Kesemua persembahan Rookie dan Idol dinilai oleh juri tetap, Misha Omar dan Yusry Abdul Halim serta Adibah Noor pula juri jemputan yang membawa 70 peratus daripada markah keseluruhan, sementara baki 30 peratus lagi melalui undian penonton di laman sesawang. Konsert akhir Vokal Mania ini juga menggunakan format baharu di mana pemenang pusingan 'battle' Rookie VS Idol akan merampas 30 peratus daripada jumlah undian pihak lawannya untuk ditambah ke jumlah pemarkahan mereka.[16]

Pusingan 1 (Solo - Medley)

[sunting | sunting sumber]
Penyanyi Status Lagu 1 Lagu 2
Aina Abdul Idol Shadow

(Nyanyian asal Aina Abdul)

I Surrender

(Nyanyian asal Celine Dion)

Aisha Retno Rookie Lelaki Teragung

(Nyanyian asal Dayang Nurfaizah)

Don't You Worry 'Bout A Thing

(Nyanyian asal Stevie Wonder)

Alif Kadim Rookie Sampai Syurga

(Nyanyian asal Faizal Tahir)

Pesan Cinta

(Nyanyian asal Afgan)

Tomok Idol Ibu Kota Cinta

(Nyanyian asal Def-Gab-C)

Kabhi Khushi Kabhie Gham
Lan Solo Idol She's Gone

(Nyanyian asal Steelheart)

Bad Romance

(Nyanyian asal Lady Gaga)

Danial Chuer Rookie Beribu Sesalan

(Nyanyian asal Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah)

Believer

(Nyanyian asal Imagine Dragons)

Eranzz Lambert Rookie Mengapa

(Nyanyian asal Nicky Astria)

It's My Life

(Nyanyian asal Bon Jovi)

Indah Ruhaila Idol Run to You

(Nyanyian asal Whitney Houston)

Dream On

(Nyanyian asal Aerosmith)

Pusingan 2 - Rookie lawan Idol

[sunting | sunting sumber]
Penyanyi Status Lagu Catatan
Aina Abdul Idol Flashlight

(Nyanyian asal Jessie J)

Idol menang battle
Danial Chuer Rookie
Lan Solo Idol Asmaradana

(Nyanyian asal Tiara Jacquelina)

Rookie menang battle
Aisha Retno Rookie
Indah Ruhaila Idol Aku Cinta

(Nyanyian asal Syamel & Ernie Zakri)

Rookie menang battle
Alif Kadim Rookie
Tomok Idol Ghazal Untuk Rabiah

(Nyanyian asal Jamal Abdillah dan M. Nasir)

Idol menang battle
Eranzz Lambert Rookie

Pusingan 3 - Rookie lawan Rookie

[sunting | sunting sumber]
Penyanyi Status Lagu Keputusan
Aisha Retno Rookie Roadblock Hatiku

(Nyanyian asal Floor88 & Baby Shima)

Aisha Retno menang battle[b]
Danial Chuer Rookie
Alif Kadim Rookie Pencuri Hati

(Nyanyian asal Ayda Jebat)

Alif Kadim menang battle[c]
Eranzz Lambert Rookie

Keputusan

[sunting | sunting sumber]
Keputusan Pemenang Hadiah
Juara Idol Aina Abdul Wang tunai RM50,000; kerusi tajaan Tomaz; dan trofi.[17][18]
Juara Rookie Aisha Retno Wang tunai RM30,000; kerusi tajaan Tomaz; kelas vokal secara percuma dan trofi.[19][20]

Carta penyingkiran

[sunting | sunting sumber]
Keputusan Konsert Mingguan
Rank Finalis Top 10 Top 9 Top 8 Top 7 Top 6 Top 5 Top 4 Top 3 Finale
  1. ^ Mengisi tempat yang dikosongkan Fatin Afeefa yang layak ke separuh akhir, tetapi tidak dapat bertanding atas faktor kesihatan.
  2. ^ Ketiga-tiga juri memilih Aisha Retno, maka Aisha menang battle.
  3. ^ Juri Misha memilih Eranzz Lambert, manakala Juri Yusry dan Juri Adibah memilih Alif Kadim. Majoriti berpihak kepada Alif, maka Alif menang battle.
  1. ^ "Vokal Mania (TV3)". My Infotaip. 20 Oktober 2020. Dicapai pada 1 Disember 2020.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (25 November 2020). "Vokal Mania tetap bersiaran Sabtu ini". Harian Metro. Dicapai pada 29 Disember 2020.
  3. ^ Budiey (18 Oktober 2020). "Empat penyanyi profesional dicabar di program realiti terbaharu, Vokal Mania". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 29 Disember 2020.
  4. ^ Najiy Jefri (18 Oktober 2020). "Penyanyi profesional 'lawan' bakat amatur dalam Vokal Mania". Harian Metro. Dicapai pada 29 Disember 2020.
  5. ^ Khai Azfar (19 Oktober 2020). "4 'idol' bakal bersaing dengan 24 penyanyi 'rookie' ini". Murai.my. Dicapai pada 29 Disember 2020.
  6. ^ Najiy Jefri (26 Disember 2020). "Aina Abdul tak letak harapan jadi juara Vokal Mania". Harian Metro. Dicapai pada 3 Januari 2021.
  7. ^ Nur Asyikin Mayudin (19 Oktober 2020). "Indah Ruhaila sapu peluang depan mata, bakal muncul dalam Vokal Mania - "Dah lama saya duduk rumah tak keluar TV"". mStar Online. Dicapai pada 6 Disember 2020.
  8. ^ Norhayati Nordin (6 Disember 2020). "Ruang bersyukur tetap ada". Harian Metro. Dicapai pada 3 Januari 2021.
  9. ^ Nurul Fadila Awaludin (4 November 2020). "Tomok lawan pucuk muda". Kosmo!. Dicapai pada 3 Januari 2021.
  10. ^ Jefri, Najiy (21 Oktober 2020). "Cabaran Vokal Mania". Harian Metro. Dicapai pada 17 November 2020.
  11. ^ "Vokal Lan, Aina, Indah dan Tomok bakal dicabar 24 penyanyi amatur". Kopiplanet. 19 Oktober 2020. Dicapai pada 29 Disember 2020.
  12. ^ Padin (18 Oktober 2020). "Wafariena, Afieq, Nursyafiq dan 21 bakat baru lain cabar Aina, Indah, Lan dan Tomok dalam Vokal Mania". XTRA. Dicapai pada 29 Disember 2020.
  13. ^ Budiey (8 November 2020). ""Would You Be My Protege?" Persembahan Qiem Churros Menambat Hati Misha Omar". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Disember 2020.
  14. ^ Nurmastura Zulkefli (11 November 2020). "Mamee London Roll suntik kelainam program nyanyian Vokal Mania". Harian Metro. Dicapai pada 3 Januari 2021.
  15. ^ "Malam separuh akhir Vokal Mania, penentu lapan rookie terbaik". Utusan Borneo. 17 Disember 2020. Dicapai pada 29 Disember 2020.
  16. ^ Syafil Syazwan Jefri (27 Disember 2020). "AishaRetno juara 'Rookie', Aina Abdul dinobat juara 'Idol' Vokal Mania". HMetro. Dicapai pada 27 Disember 2020.
  17. ^ Aina Abdul juara Vokal Mania Kosmo!. 27 Disember 2020. Dicapai pada 27 Disember 2020.
  18. ^ Khai Azfar (29 Disember 2020). Tahun bertuah! Ini senarai kejayaan Aina Abdul sepanjang 2020 Murai.my Dicpai pada 31 Disember 2020.
  19. ^ "Aina & Aisha juara Idol, Rookie pertama Vokal Mania". Utusan Borneo. 30 Disember 2020. Dicapai pada 3 Januari 2021.
  20. ^ "Vokal Mania: Aina Abdul bergelar juara Idol, Aisha Retno jadi juara Rookie". Padin. 27 Disember 2020. Dicapai pada 3 Januari 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]