Afieq Shazwan
Afieq Shazwan | |
---|---|
Kelahiran | Mohammad Shafieq Shazwan bin Zamros 5 September 1997 |
Pendidikan | Ijazah Perniagaan |
Pusat pendidikan | Management & Science University (MSU) |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, pengacara |
Tahun aktif | 2008–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | FMC Music Trinity Optima Production (Indonesia) |
Mohammad Shafieq Shazwan Zamros (lahir 5 September 1997) atau lebih dikenali sebagai Afieq Shazwan (Jawi: آفق شذوان) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau meraih kejayaan apabila mara ke peringkat akhir Idola Kecil musim pertama di TV3 pada 2008. Afieq juga paling dikenali menerusi penyertaannya dalam rancangan TV realiti Big Stage Musim Pertama di Astro Ceria pada 2018, di mana beliau berjaya memenangi tempat ketiga.[1][2] Sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah siri drama TV termasuk Elly & Epit (2013), Wadi (2015) dan Miss Kapten Cikgu Waiz (2017).
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2008, pada usia 11 tahun dan menduduki Darjah 5, Afiq memulakan kerjaya hiburannya dengan menyertai rancangan realiti Idola Kecil di TV9 dan berjaya ke peringkat akhir. Selepas itu, beliau mula mengorak langkah ke Pentas Mystarz Oolala hingga ke peringkat akhir.
Beliau mula bergiat aktif dalam aktiviti seni apabila berjaya memegang watak Mahathir Mohamad sewaktu kecil di Muzikal Tun Mahathir 1 dan 2 yang merupakan antara teater terbaik di Malaysia gandingan bersama Erra Fazira, Zizan Nin dan lain-lain.[3]
Afieq menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sissy Imann, Ariff Bahran, Sarah Suhairi, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.[4] Big Stage musim pertama mengangkat Afieq selaku pemenang tempat ketiga. Beliau membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.[5]
Pada Disember 2019, Afieq melancarkan single terbaharu, "Lelaki Di Telefon".[6][7]
Big Stage (musim 1)
[sunting | sunting sumber]Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:[8]
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Lagu Viral | "Seandainya" | Dirinya sendiri | TERSELAMAT |
Minggu 2 | Lit Throwback | "Alasanmu" | Exists | TERSELAMAT |
Minggu 3 | Sama-sama Up | "Selamat Tinggal Sayang"
(duet bersama Haqiem Rusli) |
Haqiem Rusli | TERSELAMAT |
Minggu 4 | Tapi Bukan Aku | "Treasure" | Bruno Mars | TERSELAMAT |
Minggu 5 | Hot List Digital | "Lebih Sempurna" | Syamel | TERSELAMAT |
Minggu 6 | Lagu Pilihan Siti Nurhaliza | "Jadi Aku Sebentar Saja" | Judika | TERSELAMAT |
"Jampi"
(duet bersama Wani Kayrie) |
Hael Husaini | TERSELAMAT | ||
Minggu 7 | Road To Final | "Melompat Lebih Tinggi" | Sheila on 7 | TERSELAMAT |
"Muara Hati"
(duet bersama Siti Nordiana) |
Siti Nurhaliza & Hafiz Suip | TERSELAMAT | ||
Minggu 8 | Cover Penentuan & Lagu Baru | "Footloose" | Kenny Loggins | TEMPAT KETIGA |
"Darjat" | Dirinya sendiri |
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Afieq ialah pelajar Ijazah Perniagaan di Management & Science University (MSU).[9]
Ia telah dihebahkan di media pada Disember 2019 bahawa Afieq menjalin hubungan dengan rakan seperjuangannya dalam Big Stage musim pertama, Wani Kayrie.[10] Wani dilaporkan telah mengakui memiliki beberapa ciri pasangan impiannya.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Single
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk lagu |
---|---|
2018 | "Seandainya" |
"Darjat" | |
2019 | "Lelaki Di Telefon" (feat. Malik Abdullah) |
2020 | "Gerak Lu" (feat. Malik Abdullah) |
2021 | "Malam Semakin Dingin" (bersama Tajul) |
"Layu Di Hujung Mekar" | |
2022 | "Resah Kerinduan" ( bersama Tajul) |
"Mengusung Rindu" (bersama Tajul, Haqiem Rusli & Zack Zakwan | |
"Cinta Hanya Buatan" (bersama Muna Shahirah) | |
"Di Alam Fana Cintamu" (bersama Haqiem Rusli) | |
2023 | "Rindunya Rindu" |
"Dimana Janjimu Dulu (bersama Tajul) | |
"Insanku Sayang Kini Menghilang" (bersama Tajul) | |
2024 | "Langkah Seiringan" (bersama Asyraff Khan) |
"Querida Mi Amor" (feat. Sabbala) |
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2021 | Siapa Tutup Lampu? | Amar | Filem pertama |
2024 | Peluang Ketiga | Mikail | |
Saka Perawan | Ustaz Danial |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Idola Kecil Cindarella Stories | Afiq | TV9 | Pelakon Utama |
2011 | Idola Kecil The Series | Pelakon Sampingan | ||
Muzikal Tun Mahathir | Tun Mahathir kecil | |||
Elly & Epit (Musim 1) | Epit | Astro Ceria | ||
2013 | Elly & Epit (Musim 2) | |||
2014 | Azam Ramadan Su | Afiq | TV3 | |
2015 | Destinasi G4 | TV9 | ||
Wadi | TV3 | |||
2016 | 7 Hari Mencintaiku | Khuzairi remaja | ||
2017 | Miss Kapten Cikgu Waiz | Kamarul | ||
2019 | Dia Yang Ku Cinta | Iman | Pelakon Sampingan | |
Cerita Hantu Asrama | Apek | Astro Prima | ||
2021 | Pak Kodi 5G (Musim 1) | TV3 | Pelakon Undangan | |
Diari Seorang Suami | Hairi | |||
2022 | Republic Gombak | Ngah Gombak | ||
Rampas Cintaku | Rizal | IQIYI | ||
2024 | Rampas Cintaku 2 | |||
TBA | Elly & Epit (Musim 3) | Epit | Astro Ceria | Pelakon kembali |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2012 | Aku Mahu Terbang | Rezki | TV3 |
2019 | Cikgu Praktikal | Azim | TV Okey |
Geng Big Stage Beraya | Afieq | Astro Ria | |
2022 | Rock Sampai Jannah | TV2 |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Big Stage 2018 | Peserta | Astro Ria | Tempat ke-3 |
2020 | Persona XY | Penampilan Khas | Berita RTM | |
Selamat Malam Malaysia | bersama Wani Kayrie | |||
Konsert Kita Merdeka 1957 2020 | Pengacara | TV1 | bersama Neeta Manishaa | |
Vokal Mania | Peserta | TV3 | ||
2022 | Talent Teens | Pengacara |
Animasi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Dunia Eicak | Eicak | TV3 | Pelakon Suara |
UPSR Bahasa Melayu | Bob | Astro Tutor TV |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ifqdar Rahman (4 Ogos 2018). Nyanyian secara live kelebihan buat Afieq Shazwan Diarkibkan 2019-07-18 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Ogos 2018.
- ^ Syarrizuan Abd Rashid (3 September 2018). Afieq Shazwan keliru buat pilihan Berita Harian. Dicapai pada 10 September 2018.
- ^ Feride Hikmet Atak (28 September 2010). Muzikal Tun Mahathir bikin penonton sebak mStar Online. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.
- ^ Zulaikha Yusof (28 Ogos 2018). Big Stage: "Saya tak boleh terlalu selesa" - Afieq Shazwan Gempak. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ Afieq: I will not resort to cheap stunts to boost popularity The Star Online. 16 Januari 2020. Dicapai pada 15 Februari 2020.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (2 Disember 2019). Afieq lari daripada kebiasaan Harian Metro. Dicapai pada 15 Disember 2019.
- ^ Big Stage: Afieq Shazwan tak puas hati Astro Awani. 8 Ogos 2018. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ Norhayati Nordin (5 Mei 2020). Masa selesaikan pengajian Harian Metro. Dicapai pada 28 November 2020.
- ^ Norhayati Nordin (25 Julai 2020). Wani 'crush' saya dahulu - Afieq Shazwan Harian Metro. Dicapai pada 15 November 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1997
- Orang hidup
- Penyanyi lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-21
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Orang dari Selangor
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Peserta Big Stage
- Peserta Idola Kecil
- Alumni Management & Science University
- Peserta Vokal Mania
- Artis FMC Music