Vroom Vroom
"Vroom Vroom" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Nabila Razali | ||||
Dilancarkan | 1 Februari 2019 | |||
Dirakamkan | 2018 | |||
Format | Muat turun digital, media penstriman | |||
Genre | Power Pop | |||
Panjang | 3:38 | |||
Syarikat | Seventeen Eleven Music | |||
Penulis | Hael Husaini, Ezra Kong | |||
Penerbit | Hael Husaini, Ezra Kong | |||
Kronologi single Nabila Razali | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Vroom Vroom" merupakan lagu nyanyian Nabila Razali dikeluarkan sebagai single keempat beliau selepas tiga single terdahulu.[1][2] Lagu ini merupakan hasil nukilan Hael Husaini dan Ezra Kong, dan dikeluarkan pada 1 Februari 2019 oleh Seventeen Eleven Music.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Dalam temuramah bersama Malaysiakini, Nabila Razali berkata mengenai "Vroom Vroom": "Alhamdulilah, selepas lebih setahun, ini merupakan waktu yang tepat untuk saya muncul dengan "Vroom Vroom". Lirik lagunya berkisarkan seorang wanita yang perlu meneruskan hidupnya selepas jatuh akibat kekecewaan lampau,".[3]
Muzik video
[sunting | sunting sumber]Muzik video untuk "Vroom Vroom" menerima lebih sejuta tontonan selepas empat hari dilancarkan. Dikatakan bahawa muzik video itu berdepan masalah teknikal berikutan gagal mencatatkan jumlah tontonan atau tanda suka beberapa jam selepas dimuat naik di YouTube. Ia turut menduduki tangga kedua sohor kini Malaysia dengan 38,000 tanda suka. Muzik video "Vroom Vroom" turut menampilkan Fendy Bakry, Ara Johari, Sharifah Rose dan Nia Atasha.[4][5]
Format dan senarai runut
[sunting | sunting sumber]- Muat turun digital
- "Vroom Vroom" – 3:38[6]
Sejarah keluaran
[sunting | sunting sumber]Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 1 Februari 2019 | Muat turun digital[6] Penstriman digital[7] |
Seventeen Eleven Music |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Tahir Alhamzah (1 Februari 2019). "#Showbiz: 'I'm sorry if my voice sounds stupid' – Nabila Razali". New Straits Times. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Feride Hikmet Atak (1 Mei 2019). "Nabila Razali 'muntah-muntah' sebelum nyanyi". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Nadia Azam (24 Januari 2019). "Iklan acah Vroom Vroom tak menjadi, Nabila masih kena kecam". Malaysiakini. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (27 Januari 2019). "Vroom Vroom capai sejuta tontonan". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Kemalia Othman (23 Januari 2019). "'Vroom Vroom' dah lancar tapi tiada orang tonton? Itu bukan gimik - Nabila Razali". mStar Online. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ a b "Vroom Vroom - Single by Nabila Razali". iTunes Malaysia. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ "Vroom Vroom, a song by Nabila Razali". Spotify. 1 Februari 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.