Pergi ke kandungan

Kranberi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kranberi
Semak kranberi berbuah
separa tenggelam
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Asterid
Order:
Ericale
Keluarga:
Ericaceae
Genus:
Vaccinium
Subgenus:
Oxycoccus
Spesies

Vaccinium erythrocarpum
Vaccinium macrocarpon
Vaccinium microcarpum
Vaccinium oxycoccos

Kranberi adalah kumpulan tumbuhan renek kerdil malar hijau yang menjalar dalam subgenus Oxycoccus genus Vaccinium didapati dalam rawa (tanah bencah) berasid di serata kawasan beriklim sejuk Hemisfera Utara. Jenis beriini pula lebih diperincikan mengikut kawasan: "kranberi" di Britain dikaitkan dengan spesies Vaccinium oxycoccos yang ditanam di Eropah Tengah dan Utara[1] manakala "kranberi" di Amerika Utara pula mungkin merujuk kepada spesies Vaccinium macrocarpon yang ditanam di seluruh utara Amerika Syarikat, Kanada dan Chile.[2][3] Dalam beberapa kaedah pengelasan, Oxycoccus dianggap sebagai sebuah genus yang tersendiri.[4]

Buah dihasilkan pokok ini dimanfaatkan di Amerika Utara menjadi pelbagai produk seperti jus, sos, jem, dan buah kering, dengan baki selebihnya dijual segar kepada pengguna. Sos kranberi merupakan kuah sampingan kepada hidangan ayam belanda panggang yang secara tradisinya dimakan pada malam Krismas di United Kingdom dan Amerika Syarikat serta majlis makan malam sewaktu Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat dan Kanada.[5]

Nama asal pokok ini dalam bahasa Inggeris yang diserap iaitu cranberry dinamakan oleh para peneroka awal Eropah di benua Amerika berdasarkan pemerhatian tangkai dan kelopak bunga pokok ini menyerupai leher, kepala, dan paruh burung jenjang (crane).[6][7]

Pokok kranberi bercirikan renek dan menjalar sepanjang 2 meter (7 ka) dengan ketinggian 5 hingga 20 sentimeter (2.0 hingga 7.9 in)[8] dengan batang yang tidak berkayu tebal dan daun malar hijau yang kecil.

Bunganya berwarna merah jambu gelap, dengan ranggi atau kelopak melenting serta stilus dan stamen yang terdedah sepenuhnya dan menunjuk ke hadapan. Pokok ini disenyawakan oleh lebah. Buahnya bercirikan beri yang bersaiz lebih besar daripada daun tumbuhan; ia pada mulanya berwarna hijau terang tetapi kemudiannya bertukar menjadi merah apabila masak. Buah ini boleh dimakan, dengan rasa masam yang melebihi rasa manisnya.

Kegunaan dalam makanan

[sunting | sunting sumber]
Buah kranberi kering
The Cranberry Harvest on the Island of Nantucket, lukisan Eastman Johnson, 1880.

Nilai nutrisi

[sunting | sunting sumber]
Buah kranberi, mentah (Vaccinium macrocarpon)
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 46 kcal (190 kJ)
Karbohidrat 12.2 g
- Gula 4.04 g
- Serabut diet 4.6 g
Lemak 0.13 g
Protein 0.39 g
Air 87.13 g
Vitamin A setara 3 μg (0%)
Vitamin A 623 IU
- beta-karotena 36 μg (0%)
- lutein dan zeaksantin 91 μg
Tiamina (vit. B1) 0.012 mg (1%)
Riboflavin (vit. B2) 0.02 mg (2%)
Niasin (vit. B3) 0.101 mg (1%)
Asid pantotenik (B5) 0.295 mg (6%)
Vitamin B6 0.057 mg (4%)
Folat (vit. B9) 1 μg (0%)
Vitamin C 13.3 mg (16%)
Vitamin E 1.2 mg (8%)
Vitamin K 5.1 μg (5%)
Kalsium 8 mg (1%)
Besi 0.25 mg (2%)
Magnesium 6 mg (2%)
Mangan 0.36 mg (17%)
Fosforus 13 mg (2%)
Kalium 85 mg (2%)
Natrium 2 mg (0%)
Zink 0.1 mg (1%)
Link to USDA Database entry
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Buah kranberi biasanya dimasak menjadi manisan buah atau jem yang dikenali sebagai sos kranberi. Bahan makanan ini dihidangkan secara tradisinya dengan ayam belanda panggang sebagai makanan utama pada malam Krismas di England, serta keraian Hari Kesyukuran di Kanada dan Amerika Syarikat.

Beri ini juga digunakan dalam kuih-muih (mufin, skon, kek dan roti), di mana ia sering digabungkan dengan buah oren atau kulitnya. Kranberi kurang biasanya juga digunakan untuk menambah rasa masam kepada masakan berlauk seperti sup dan stu.

  1. ^ Stace, Clive (2010), New Flora of the British Isles (ed. ke-3), Cambridge, UK: Cambridge University Press, m/s. 512, ISBN 978-0-521-70772-5
  2. ^ USDA, NRCS (n.d.). "Vaccinium macrocarpon". Pangkalan Data PLANTS (plants.usda.gov) (dalam bahasa Inggeris). Greensboro, Carolina Utara: Pasukan Data Tumbuhan Kebangsaan. Dicapai pada 11 November 2014.
  3. ^ "How Cranberries Grow: "Cranberries 101" - An Introduction". Cape Cod Cranberry Growers' Association. 2014. Dicapai pada 11 November 2014.
  4. ^ Steven Clemants. "Vaccinium oxycoccos: Small Cranberry, Technical Page". Brooklyn Botanic Garden. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-23. Dicapai pada 2017-09-12.
  5. ^ Carol Cloud Bailey (19 November 2009). "Garden Tips: Give thanks for cranberries, grown with a taste of Florida". TCPalm.com. Scripps Interactive Newspapers Group. Dicapai pada 20 November 2009.
  6. ^ "Cranberry". Online Etymology Dictionary, Douglas Harper. 2017. Dicapai pada 7 December 2017.
  7. ^ Caruso FL; Bristow PR; Oudemans PV (2000). "Cranberries: The Most Intriguing Native North American Fruit". Apsnet Feature Articles. doi:10.1094/APSnetFeature-2000-1100. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2017. Dicapai pada 7 December 2017.
  8. ^ "About Cranberries". Cranberry Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Januari 2010. Dicapai pada 13 November 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)