Pergi ke kandungan

Laici

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laici
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Litchi

Spesies:
L. chinensis
Nama binomial
Litchi chinensis
Sinonim[3]
  • Corvinia litschi Stadtm. ex P.Willemet
  • Euphoria didyma Blanco
  • Euphoria punicea Lam.
  •  Litchi sinensis J.F.Gmel.
  •  Nephelium chinense (Sonn.) Druce 
  •  Nephelium litchi[2] Steud. 
  •  Nephelium didymum Craib
  •  Scytalia chinensis Gaertn.
  •  Scytalia squamosa Stokes

Laici, lengkeng, lingking, kelengkang atau kelengkeng (nama botani: Litchi chinensis)[4] adalah sejenis pokok yang tumbuh asal di kawasan tropika Guangdong, Fujian, dan Yunnan selatan China. Ia merupakan satu-satunya spesies dalam genus Litchi keluarga Sapindaceae.[5][6]

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Nama laici (Jawi: لايچي) dipinjamkan daripada kata Bahasa Cina: 荔枝Pinyin Mandarin: lìzhīJyutping: lai6 zi1; Pe̍h-ōe-jī: nāi-chi.[7]

Nama lingking (Jawi: ليڠكيڠ) digunakan di Sumatera.[2]

Pokok laici jenis malar hijau yang boleh tumbuh sehingga 30 meter. Daun-daunnya disusun berselang seli. Helai anak daunnya berbentuk bujur telur 5-11 sentimeter panjang dan 1.7-4 sm lebar; permukaan atasnya berkilat manakala bawahnya kelabu kusam.[5][6]

Buahnya berbentuk bujur atau jantung dengan garis pusat 2.5 hingga 4 sm. Beratnya kira-kira 20 gram.[8][9] Kulitnya nipis tapi kasar.[6]

Bijinya bujur, berwarna perang dan berkilat.[5]

  1. ^ "Litchi chinensis". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 17 Disember 2022.
  2. ^ a b Wilkinson, Richard James (1932). "laichi". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 10 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  3. ^ "Litchi chinensis (Thunb.) H.Deane". World Flora Online. World Flora Consortium. 2022. Dicapai pada 17 Disember 2022.
  4. ^ "Litchi chinensis". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  5. ^ a b c Hean Chooi Ong (2006). Buah: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications. m/s. 19, 82–83. ISBN 9789676118929.
  6. ^ a b c Morton, J.F. (1987). Lychee in Fruits of Warm Climates. West Lafayette, Indiana, Amerika Syarikat: Pusat Tanaman Baru, Jabatan Hortikukltur dan Seni Landskap Universiti Purdue. m/s. 249–259.
  7. ^ Choi Kim Yok; Chong Siew Ling (Jun 2017). "Campur aduk bahasa Melayu dan bahasa Cina". Journal of Modern Languages. Universiti Malaya. 18 (1): 56–66. ISSN 2462-1986.
  8. ^ Davidson, Jane L.; Davidson, Alan; Saberi, Helen; Jaine, Tom (2006). The Oxford companion to food. Oxford [Oxfordshire]: Oxford University Press. m/s. 467. ISBN 978-0-19-280681-9.
  9. ^ Hosahalli Ramaswamy; Diane Barrett; Laszlo P. Somogyi (2005). Processing fruits: science and technology. Boca Raton: CRC Press. m/s. 687. ISBN 978-0-8493-1478-0.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]