Pergi ke kandungan

Aksara Pallava

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Vatteluttu)
Aksara Pallava
Jenis tulisan
Tempoh masa
Abad ke-4 M hingga ke-8 M[1]
Arah tulisanLeft-to-right Sunting ini di Wikidata
Bahasa-bahasaKannada Pertengahan, Tamil Kuno, Khmer Kuno, Melayu Kuno
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
Brahma
Sistem tulisan turunan
Tamil, Grantha, Mon Kuno, Khmer, Cam, Kawi
Sistem tulisan kerabat
Vatteluttu, Kadamba
 Laman ini mengandungi transkripsi fonetik dari Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihat Bantuan:AFA. Untuk membezakan antara simbol [ ], / / dan ⟨ ⟩, sila lihat IPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi.

Aksara Palawa ialah salah satu aksara daripada aksara-aksara Brahma yang dinamakan sempena wangsa Pallava yang berbangsa Tamil di Kanchipuram, Tamil Nadu, India Selatan dan dibuktikan sejak abad ke-4 Masihi. Di India, aksara Pallava berkembang daripada aksara Tamil[3] dan aksara Grantha.[4] Pallava merebak ke Asia Tenggara dan berkembang menjadi aksara tempatan seperti aksara Bali,[5] aksara Baybayin,[6] aksara Burma,[7] aksara Jawa,[8] aksara Kawi,[9] aksara Khmer,[10] aksara Taitham,[11] aksara Lao,[12] aksara Mon,[13] aksara Tailu,[14] aksara Sunda,[15] dan aksara Thai.[16]

Usulan untuk mengekod aksara Pallava dalam Unikod telah dikemukakan pada 2018.[17]

Semasa zaman pemerintahan Pallava, aksara Pallava mengikuti pendeta, sami, sarjana, dan pedagang ke Asia Tenggara. Warga Pallava membangunkan aksara Pallava berdasarkan aksara Brahma-Tamil. Ciri-ciri utama aksara baharu tersebut ialah bentuk huruf konsonan yang lebih secocok dan lebih lengkap. Aksara Pallava merupakan perkembangan pertama aksara Brahmi yang penting di India, dengan menggabungkan coretan bulat dan petak serta menambahkan kesan tipografi, dan sesuai untuk naskhah sivik dan agama. Aksara Pallava-Kadamba[18], iaitu aksara pra-Kadamba, berkembang menjadi bentuk awal aksara Kannada dan Telugu. Bentuk huruf menjadi lebih bulat dan menggabungkan gelung kerana penulisan pada daun dan kertas.[18]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Bentuk yang ditunjukkan di sini adalah berdasarkan contoh dari abad ke-7 Masihi. Huruf berlabel * mempunyai nilai bunyi yang tidak dapat dipastikan, kerana ia jarang ditemui di Asia Tenggara.

Setiap konsonan mempunyai bunyi /a/ hakiki, yang akan dibunyikan jika tiada tanda vokal diltambahkan. Jika dua konsonan mengikut satu sama lain tanpa vokal campur, konsonan kedua dijadikan bentuk subaksara, dan dilampirkan di bawah yang pertama.

ka kha ga gha nga
ca cha ja jha* nya
ṭa ṭha* ḍa ḍha* ṇa
ta tha da dha na
pa pha ba bha mak
ya ra la va
śa ṣa sa ha

Vokal Bebas

[sunting | sunting sumber]
a ā i ī u e o ai* au*

Bunyi Vokal ini masih digunakan oleh Bahasa Tamil moden.

 

  1. ^ Griffiths, Arlo (2014). "Early Indic Inscriptions of Southeast Asia". Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ Handbook of Literacy in Akshara Orthography, R. Malatesha Joshi, Catherine McBride(2019),p.28
  3. ^ Salomon, Richard (1998). Indian Epigraphy. m/s. 40.
  4. ^ "Grantha alphabet". Dicapai pada 13 September 2018.
  5. ^ "Balinese alphabet". Dicapai pada 13 July 2019.
  6. ^ "Tagalog". Dicapai pada 13 September 2018.
  7. ^ "Burmese". Dicapai pada 13 September 2018.
  8. ^ "Javanese alphabet". Dicapai pada 13 September 2018.
  9. ^ "Kawi alphabet". Dicapai pada 13 September 2018.
  10. ^ "Khmer". Dicapai pada 13 September 2018.
  11. ^ "Lanna alphabet". Dicapai pada 13 September 2018.
  12. ^ "Lao". Dicapai pada 13 September 2018.
  13. ^ "Mon". Dicapai pada 13 September 2018.
  14. ^ "New Tai Lue script". Dicapai pada 13 September 2018.
  15. ^ "Sundanese". Dicapai pada 13 September 2018.
  16. ^ "Thai". Dicapai pada 13 September 2018.
  17. ^ Pandey, Anshuman. (2018).
  18. ^ a b "Pallava script". Skyknowledge.com. 2014-02-02. Dicapai pada 2014-03-13.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Sivaramamurti, C, Epigrafi India dan Skrip India Selatan. Buletin Muzium Kerajaan Madras. Chennai 1999

Templat:List of writing systems