Tunku Kurshiah
Tuanku Kurshiah | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Raja Permaisuri Agong Persekutuan Tanah Melayu | |||||||||
Pemerintahan | 31 Ogos 1957 – 1 April 1960 | ||||||||
Diikuti oleh | Tengku Ampuan Jema'ah binti Almarhum Raja Ahmad | ||||||||
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan | |||||||||
Pemerintahan | 21 April 1934 – 1 April 1960 | ||||||||
Diikuti oleh | Tunku Ampuan Durah | ||||||||
Tunku Puan Besar Negeri Sembilan | |||||||||
Pemerintahan | 1 April 1960 – 2 Februari 1999 | ||||||||
Keputeraan | Istana Baroh, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Tanah Melayu | 16 Mei 1911||||||||
Kemangkatan | 2 Februari 1999 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 87)||||||||
Pemakaman | Makam Diraja Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Malaysia | ||||||||
Pasangan | Tuanku Abdul Rahman (k. 1929; m. 1960) | ||||||||
Anakanda | Tunku Bahiyah Tunku Shahariah | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Pagaruyung - Kerabat Yamtuan Raden | ||||||||
Ayahanda | Tunku Besar Burhanuddin ibni Almarhum Tuanku Antah | ||||||||
Bonda | Che Puan Sharifah Alawiyah |
Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang. |
Tuanku Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin ialah Raja Permaisuri Agong pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu. Baginda ialah permaisuri kepada Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Tunku Kurshiah diputerikan pada 16 Mei 1911 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti, dan mengikuti kelas bimbingan persendirian dalam bahasa Inggeris.
Tuanku Kurshiah berkahwin dengan Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan dikurniakan dengan dua orang puteri, Tunku Bahiyah, yang menjadi Sultanah Kedah dan adindanya Tunku Shahariah. Baginda turut ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan apabila DYMM Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar pada 25 April 1957.
Pada tahun 1954, baginda dilantik sebagai Presiden Pergerakan Pandu Puteri Negeri Sembilan. Baginda juga menjadi Penaung Institut Wanita Negeri Sembilan.
Pada bulan Mei 1961, baginda menubuhkan Majlis Kebajikan Wanita Islam dan menjadi Presiden Pelopor hingga hari ini.
Pada 27 Oktober 1974, baginda dianugerahkan Pingat Emas Tun Fatimah oleh Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan atas derma kurnia baginda menaikkan taraf wanita dan kanak-kanak dalam bidang kebajikan dan pendidikan.
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Malaysia:
- Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) (1980)[1]
- Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - Tun (1958)[2]
- Kedah:
- Negeri Sembilan:
- Darjah Kerabat Negeri Sembilan (D K.N.S.)
Tempat yang dinamakan sempena nama
[sunting | sunting sumber]Sebagai mengenang jasa baginda kepada negara, kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk menukar nama Maktab Perempuan Melayu, sebuah sekolah berasrama penuh yang ternama kepada Kolej Tunku Kurshiah sempena mengambil nama baginda. Universiti Malaya juga menamakan semula Kolej Kediaman Ketiga sebagai Kolej Tunku Kurshiah.
Beberapa tempat lain turut dinamakan sempena nama baginda, termasuklah:
- Jalan Tunku Kurshiah di Seremban, Negeri Sembilan
- Taman Tunku Kurshiah (taman perumahan di Seremban)
- Tunku Kurshiah College (penamaan semula Maktab Perempuan Melayu)
- SK Tunku Kurshiah, sekolah rendah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
- SMK Tunku Kurshiah, sekolah menengah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
- Universiti Malaya juga menamakan semula Kolej Kediaman Ketiga sebagai Kolej Kediaman Tunku Kurshiah.